tag:blogger.com,1999:blog-64452491805241564442024-03-13T08:20:46.105-07:00DesTini DuNi4... the destiny is around us, the choice is on us ...fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.comBlogger284125tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-77924898017090074992017-07-23T22:12:00.000-07:002017-07-23T22:12:20.703-07:00The Least.Sometimes I feel like I'm asking too much from life.

To look for a believing & practicing husband, am I really asking for too much? To find such a reliable person whom I would not mind sacrificing everything, am I really asking for too much?

Because I will have to sacrifice my whole life for him eventually, so can't I atleast set a benchmark for whom I would give away my life to?

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-36796536548115689432017-07-21T03:38:00.000-07:002017-07-21T03:38:58.722-07:00Leave.I come and go, wherever I am, I'll leave.

However there are times when it's so hard to leave. I guess that's when I'm attached to people around me that certain time. Like what happened in Tioman, and what's happening now. Deep inside I don't wanna go. But it's time.

I guess it's really time to go. Especially when I really do not want to. That's the exact time. Not when I really wanted to go. This isn't the time I ever wanted to leave, so it's exactly when I should. Right when I've got hints.fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-24382617546744379772017-06-10T22:21:00.002-07:002017-06-10T22:21:41.698-07:00Masa Depan.Paling menakutkan bila berhadapan perkara yang kau tak mampu jangka. Kadang rasa menarik, tapi kebanyakan masa rasa terancam. Rasa tak selamat. Sekarang rasa tak pasti dengan masa depan. Yang pasti ya semua orang ada rasa yang sama tentang masa depan sendiri. Tapi aku makin kabur. Sampai aku mula kumpulkan semua sumber maklumat tentang latarbelakang aku sendiri. Mula nampak. Apa yang aku rancang sekarang, kemungkinan besar tak akan bertahan lama. Rancangan aku sekarang?

Kerja kembara dengan advencer, dengan gaji bermatawang asing yang boleh aku tukar-ganda sepulang ke Malaysia. Singapura, macam yang aku ceritakan masa lepas cuma pemula. Langkah pertama untuk aku peroleh modal untuk kembara-kembara seterusnya. Cuma satu antara anak tangga yang aku injak. Singapura tidak seburuk yang mewajibkan aku tinggalkan, untuk aku tidak kekal menetap dalam suasananya cuma ia tidak toleransi dengan satu-satunya perkara yang aku tidak mahu kompromi. Solat (Ini aku beritahu supaya kamu yang mahu cuba kesana lebih waspada). Kalau ini bukan tempat untuk aku solat, maka ini bukan tempat untuk aku settle down. Maka itulah ia tidak lebih dari satu persinggahan. Iya aku sudah lepasi anak tangga itu, dan sedang mara mendaki anak-anak tangga seterusnya.

Jalan ini 'The Road Not Taken' macam yang kuceritakan dulu. Sekabur-kabur jalan depan mata, inilah yang tampak paling jelas. Selama aku tidak bocorkan pada bulatan aku - mengelak komen-komen negatif, aku akan baik. Ciri-ciri kerja impian selama ini yang baru aku kenalpasti. Kerja kontrak yang bolehkan aku berhenti sehabis musim dan kembali di pembuka musim baharu. Kerja yang bolehkan aku pilih untuk cuti berminggu bahkan berbulan bila perlu. Jadi aku boleh cuti semahu-mahu bila Ramadhan lepas sepanjang tahun di tempat asing, kembali ke tempat asal merai ketibaan bulan itu. Habis segala keraian aku pulang semula bekerja untuk sepanjang tahun dan kembali pula di Ramadhan seterusnya. Kedengaran indah bukan?

Aku bayangkan seindah itu - aku dapat kembara sepanjang tahun, kembali dengan sejumlah amaun banyak, dan pilih masa untuk aku tidak bekerja. Lebih kurang begitulah. Pastilah adanya PRO dan CON, tapi itu sudah fitrah. Ada perkara yang perlu dikorbankan, asal kau faham. Objektif yang aku nak capai sebelum umur 30, itu sudah tak lama. Jadi usaha perlu lebih keras. Supaya aku dapat kembali ke Malaysia bersara seawal umur 30. Supaya aku tak perlu biarkan darah dicekik sektor swasta yang aku faham keperluan mereka juga. Bukan salah siapa-siapa, sudah begitu putaran dunia. Jadi tak mengapa, kalau aku boleh pilih jalan ini. Apa halangan kejalan ini?

Bila aku semak-semak semula latarbelakang aku. Tajaan biasiswa kerajaan yang bukan sikit jumlahnya. Ya, mengikat aku selama 4tahun. Ikatan yang juga peluang aku untuk salurkan sesuatu untuk negara. Mahu aku tolak? "Tak perlu tolak, kau tak semestinya dipanggil berkhidmat dengan kerajaan pun,". Kalau mereka salah dan aku dipanggil berkhidmat? Kau bukannya tahu rezeki manusia. Itu semua rahsia Pencipta, kau siapa? Meski aku tau sekarang pun ramai tajaan kerajaan yang menganggur tidak dipanggil berkhidmat tapi masih menanti, tapi aku risau kalau sebenarnya Allah aturkan itu untuk aku. Maka perlulah aku batalkan misi TRNT yang aku cerita tadi itu nanti. Wah, sesudah lamanya aku merancang. Haha. Memanglah kalau kerajaan seru aku berkhidmat aku mahu batalkan saja TRNT aku sebab khidmat kerajaan nampaknya saluran paling efektif untuk aku utilisasi kemahiran-kemahiran aku. Kemahiran apa?

Aku berhenti dulu di sini. Sebagai berkongsi kemahiran pertama, melatih semua pengikut setia kisah kembara aku tentang SABAR. Kau jangan bengang, kawan-kawan dalam bulatan aku sudah lebih dahulu hadapi dugaan penantian ini. Salam Ramadhan. :-)

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-11638018906094316802017-04-22T18:55:00.000-07:002017-04-22T18:55:01.813-07:00Mutual RespectGuys, if you're looking for a girlfriend or wife, all the best.

Just take a frank advice from me, you should first learn and understand how to respect a lady. Sincerely give them what they deserve, they will happily give you what you desire. But if you only demand your desires from them, they wont even give you what you deserve... let alone what you desire.

That's the formula.fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-78329643580141731862017-04-11T06:50:00.000-07:002017-04-11T06:50:40.448-07:00First.Singapura.

Aku sedar singapura dan Malaysia cuma bersebelahan. Mungkin cabaran tak sekuat yang merantau ke Eropah, tapi ini permula aku.

Hari ini jumpa 'bomba'. The thing is at the very first impression I'm impressed. They wore black outfits, and were pushing this trolley full of saving life equipments. I guess they're what we call as bomba and penyelamat back in Malaysia. That was in the morning, when i'm om my way to work. Surprisingly I met with one of the lifesaver again at night, reading nearby a busker. I bet that's his friend busking melodically. His friend's voice is splendid, though.

I guess he caught my attention since he's the one I met in the morning and night on the very same day. Not sure if tomorrow or the day after I'm gonna see him again. And while I'm writing this, suddenly he's singing, replacing his friend. A Thousand Year. Gonna just take note of the song. If someday fate brought him to me, it's not because he's singing but because he's reading.

Anyway, this ain't a fairytale though. I'm no Cinderella haha. Dont try to wait for the sequence of this post huh. Might dissapoint you.fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-21436667221559547812016-07-01T08:02:00.001-07:002016-07-02T02:31:01.311-07:00Manusia Pelik.Aku memang pelik sikit.

Con nya senarai kawan aku tak sampai lah beribu-ribu.

Pro nya senang aku tapis senarai kawan aku. Cuma yang berani hadap kepelikan aku je yang approach dan jadi kawan aku.

Either way, aku bersyukur aku pelik sikit. Meski kebanyakan masa aku rasa terasing. Dari komuniti, masyarakat, kumpulan, hm... aku pun tak pasti kami diasing dan dimasukkan dalam komuniti berdasarkan apa. Tempat asal usul ke? Entah.

Jadi manusia pelik sikit, hidup kau takkan mudah. Tapi semuanya atas kau jugak, macam mana nak hadap. Sekarang aku tengah neutral, jadi aku ok. Sesetengah masa, aku rasa macam nak gila. Nak adapt dengan masyarakat tak sepatutnya susah mana, cuma bila kau tak macam kebanyakan ahli masyarakat, kau akan faham apa yang susah sangat. Masa tu kau sendiri pun susah nak faham.

Just... get hold of yourself. At certain times, you're allowed to hate yourself, despise yourself, loath yourself, cry your eyes out, get insane, but right after that... make sure you get up. Get hold of yourself. Because nobody else will. It's just you. You and only you. The reason to get up? Just so you could help others out, help them to stand back on their feet. Remember that.

Jadi manusia pelik. Kau terasing.

Ada yang anggap kau saingan kuat tapi kau jangan punya tanggapan sama.

Sebab kau bukan orang lain. (Sebab itu kau pelik sikit).

Kau akan terasing sebab kau tak mahu pandang cara mereka.

Kau akan sendiri sebab kau tak mahu terikut cara mereka.

Cara mereka yang bertentang dengan kemanusiaan kau.

Jadi manusia pelik. Kau luar kawalan.

Ada yang anggap kau ancaman tapi kau jangan tertipu dan ikut percaya.

Sebab kau tahu diri kau. (Kau pelik sikit).

Kau bukan ancaman tapi kau kawan.

Kau kena pertahankan meski mereka lancar serangan.

Pertahankan hakikat kau kawan bukan lawan.

Jadi manusia pelik. Kau dalam kekeliruan.

Ada arus yang kau lawan saat kau cuba berdiri tegak tapi kau harus nekad.

Sebab kau ada yang jaga.

Kau tahu dengan yakin kau akan terus terpelihara.

Kau tahu kuasa sebenar bukan atas dunia.

Dunia tak lebih dari persinggahan.

Jadi, ini hadiah aku untuk semua 'manusia pelik' di seluruh dunia.

Kau memang pelik, tapi bukan aneh.

Kau unik. Falsafah kau tersendiri.

Jangan kau cemar dengan apa pun.

Kita mungkin sama pelik. Dengan cara sendiri.

*Tinggalkan emel kalau kau rasa kau manusia pelik. Aku teringin nak buat kawan.fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-81894684980144332482016-06-16T20:02:00.003-07:002016-06-16T20:02:31.012-07:00Worst.It hits hard when you look at how far you've been.

Knowing how good your life is.

Thinking how you've been given all the intelligence,

but you dont quite know how you can use it for the sake of Allah.

The worst part of life is that.fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-13200287409837500272016-05-31T02:40:00.001-07:002016-05-31T02:40:30.181-07:00Complicated.They used to say "You're so complicated..."

Why wouldn't I be? I don't even wanna live. So every little thing seems too much for me, it's more than I can bear. Especially when life itself is unbearable.

Now, atleast. That's why I'm so complicated I guess. That's why everything is.fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-81677946313294955782016-02-20T08:28:00.000-08:002016-02-21T03:43:43.886-08:00Tahan.

Lupakan cerita karut aku tentang taktik. Dan sebagai tanda pengecut aku pun hide post tu. Mari move on, ke realiti.

Aku fikir aku perlu keluar bertapa. Aku fikir aku perlu pergi menggua. Kalau dah perilaku aku selalu sakiti orang. Kalau dah kata-kata aku selalu kasari orang. Kalau dah hampir semua tentang aku selalu payahi orang.

Kesal yang peribadi aku tak semanis orang, runsing yang fikiran aku tak sebaik orang. Khuatir yang fahaman aku tak sebiasa orang. Meski tahu perihal hidup orang semuanya perlu tak sama. Aku cuma nak biasa.

Dan hakikat yang membaca bawa aku ke dunia maya, aku suka. Cara untuk aku keluar dari dunia yang aku sukar nak terima atau diterima. Walau sedar ada masa aku perlu kembali ke dunia nyata. Tapi separuh hati aku pertahan yang itu jalan derita.

Macam mak selalu kata. Dunia ni memang tempat ujian. Ujian yang kadang aku takut tak dapat nak tahan.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-23040944964229393872016-02-03T17:34:00.004-08:002016-02-03T17:37:17.945-08:00Unik atau palsu.

Aku percaya lagu ada pengaruh tersendiri pada personaliti, pemikiran dan perlakuan manusia. Sebab itu aku 'pilih' lagu apa yang aku benarkan diri aku dengar. Namun tak semua orang percaya benda yang sama.

Terpulanglah, itu hak mereka. Apapun, bila aku keluarkan kenyataan-kenyataan macam "lagu ni tak elok," aku sendiri rasa tak selesa. Sebab bukan semua orang mampu dan mahu terima. Situasinya bila mereka dengar dan nyanyi lagu itu beria, sedang aku diam. Kalau mereka persoal barulah aku nyatakan. Lagu ni tak elok. Kenapa? Sebab lirik dia. Sebab maksud dia. Sebab pengaruh dia. Sedang bagi mereka, "lagu je pun..."

Bagi mereka itu cuma lagu, tapi bagi aku itu lebih dari yang kita sangka. Entahlah, bagi aku semua perkara adalah lebih rumit dari yang kita sangka. Lagu bukan sekadar lagu. Filem yang kita tonton, hubungan, hadiah, cara, gaya, kata-kata, segalanya adalah simbolik, ada makna. Cuma seperkara yang aku bimbangkan. Mungkin aku yang lebih rumit dari segala perkara yang aku sangka itu, hahaha. Pemikiran buat aku jadi rumit. Dan semakin aku berfikir, semakin aku merumit.

I guess I'm suffering from overthinking. Sebabnya aku sendiri tak faham segala fikiran ini, dan bila dah terlampau banyak perbezaan dengan orang lain yang nampak lebih biasa atau normal, aku sendiri jadi tak pasti kalau semua yang aku fikir itu benar. Kadang aku jumpa orang yang hadapi benda sama, aku jadi overwhelmed sebab akhirnya aku mampu fikir yang itu biasa. Aku cuma nak biasa.

Aku cuma nak jadi biasa. Rasa biasa. Sebab kadang-kadang aku penat dengan segala perbedaan ni. Walaupun kawan kata itu unik, tapi apalah sangat kebaikan yang 'unik' boleh beri pada aku. Akhirnya aku cuma harapkan biasa, yang nampaknya terlalu palsu untuk aku.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-52552138735838792122016-02-01T08:56:00.003-08:002016-02-01T08:58:32.780-08:00All The Best Untuk Kau Pula.

Dah lama aku cuba sungguh-sungguh uji kesabaran dia. Tapi biasanya dia tetap dengan attitude malas nak layan itu. Jadi aku cuba lagi dan cuba lagi. Nampak macam sengaja cuba buat dia marah. Ada benar. Gedik, mengada, segala kutukan dia aku terima. Cuma ada sedikit kebenaran lain juga sebalik percubaan-percubaan annoying aku itu.

Gara-gara dia dengan aku macam orang asing. Dia dengan aku masih macam bukan saling kenal. Dengan dia aku macam dengan lelaki-lelaki yang aku tak rapat, yang baru kenal atau yang tak sekepala atau yang cuma kawan kepada kawan aku. Tak berani nak bergurau pun. Bila aku cuba bercakap dia jawab sepatah-sepatah. Bila aku cuba bergurau dia senyum pun kaver-kaver, yang aku faham kami tak biasa bergelak ketawa sama. Bila aku cuba buat dia marah dia macam biasa tetap dengan attitude malas nak layan itu. Aku cuba juga lah walau macam mana pun.

Sampai kali ini aku cuba dengan lebih konsisten. Dari kesempatan pertama, sehingga kedua, ketiga dan seterusnya setiap kali dapat peluang aku buat lagi dan lagi. Aku buat dia annoying. Aku ulang-ulang taktik yang sama yang aku kira sederhana. Cuma aku ulang-ulang dengan sangat istiqamah, hahaha istiqamah dalam usaha buat dia annoying. Biarlah sikit demi sikit dia layankan. Tapi sikitlah. Tak apa, sikit-sikit dulu. Cuma aku masih teruskan, guna konsep yang sama.

Yang akhirnya berbuah hasil. Yang akhirnya dia tak lagi 'malas nak layan'. Dia bengang, geram, tak kisahlah asalkan tak lagi 'malas nak layan'. Dan akhirnya sekarang dah boleh bercakap macam kawan sendiri, bukan lagi macam kawan kepada kawan aku lagi. Dah boleh bahan membahan, tak lagi ketawa kaver-kaver macam dulu kala.

Cubaan dapatkan perhatian abang sendiri lepas bertahun akhirnya berjaya. Tengok... usaha tangga kejayaan oh. Kalau kau seorang adik perempuan yang terasing dengan abang sendiri macam aku, ada kawan pernah cakap... "Memang kau yang kena effort, jangan give up sebab benda ni makan masa...". Memang pun, sebab benda ini dia cakap kat aku masa zaman sekolah menengah rendah lagi. Selama itu, kalau nak tahu.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-72611691475441091562016-01-26T18:23:00.001-08:002016-01-26T18:23:36.198-08:00Diam Lebih Baik.Ini perkara mudah yang semua orang tahu. Mudah untuk diam, biasanya. Malas nak cakap, diam. Tak tahu apa nak cakap, diam. Tak kenal rapat orang yang duduk sebelah, diam. Takut cakap perkara yang malukan diri, diam. Takut kata-kata tak diterima, diam.

Bila ada kekurangan depan mata, diam. Bila makanan tengahari atau malam tak sedap, diam. Bila semua orang meriah bergosip, diam. Bila tak ada benda baik untuk dicakap, diam. Bila marah, diam. Bila geram, diam. Inilah masa-masa yang susah sangat kita nak diamkan. Sedang inilah masa-masa yang kita betul-betul kena diam. Bila kita betul-betul rasa tak nak diam. Masa tu lah sebenarnya, lebih baik DIAM. Sebab masa tu kita sedang emosi, semua kata-kata kita berbaur durjana nanti.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-22824301264318659242016-01-10T19:38:00.000-08:002016-01-26T18:13:59.409-08:00Kenapa hidup.

Nampaknya aku memang tak boleh survive hidup dengan manusia normal. Dah dapat housemates yang happening gila pun hari ini aku masih rasa nak mati. Maksud aku, rasa teruk, rasa susah nak bernafas, rasa sesak dada. Setahun duduk dengan diorang aku cukup bersyukur, seronok gembira dan segala yang aku jarang rasa dengan orang lain dalam hidup ni. Tapi nampaknya hidup plain dan fake ini tak mampu tahan lama. Selama ini aku fikir biarlah fake asalkan aku gembira. Tapi nampaknya benda-benda yang palsu macam ini memang ada expire.

Jadi aku fikir, kenapa sampai hari ini aku masih hidup?

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-11892448883272727552016-01-09T15:50:00.001-08:002016-01-26T18:15:29.041-08:00Tersailang.

Berita terbaru adalah aku melawat narathiwat. Lain-lain cuma hal-hal biasa, ujian-ujian biasa yang selalu sailang hamba. Segala berat hati, sakit rasa, betul-betul buat aku nak bercerita. Cuma aku tak berminat nak bercerita berita terbaru itu, sebaliknya tentang hal-hal biasa yang buat aku sebu. Sampai hati aku jadi beku, otak aku tepu. Aku nak bercerita yang itu.

Aku faham ujian yang datang menyailang hakikatnya cuma bertahap kemampuan aku. Namun hati masih gemar terkesan. Aku faham ujian akan naikkan darjat aku. Namun aku jadi kaku tak tahu apa nak buat. Ujian kuat memaku. Sampai-sampai langkah-langkah yang aku susun satu demi satu dah tak lagi mara. Aku nak lompat lepaskan diri pun tak pernah cukup tinggi. Jadi persoalan sama tu berulang-ulang, apa nak buat. Apa aku nak buat. Akal jadi mati. Tubuh jadi kaku. Aku cuma mahu tidur tak bangun-bangun.

Katanya kalau kau murung jangan sendiri. Banyakkan bersama kawan-kawan. Benar, tapi itu cuma berkesan dengan kawan yang sayangkan kau. Kawan yang biasa selalunya tidak begitu peduli, dan akhirnya kau lebih makan hati dengan kegembiraan mereka saat kau sengsara. Aku fikir mungkin sebab itu Allah ajarkan cara hidup Islam yang berkonsep 'be the best you can be to others'. Supaya saat-saat begini, orang yang hampir sakit jiwa pun mampu rasa lebih baik tentang dunia. Hakikatnya mungkin itu. Tentang dunia itu memang tempat ujian. Tapi siapa yang ada sekeliling kau saat ujian datang itulah yang akan tetapkan bagaimana kau hadapi segala sailangan itu. Jadi saat ni jika aku sedang bersama dengan 'kawan-kawan bergembira', tak patutlah aku harapkan mereka turut serta dalam aku punya sengsara. Yang aku dah tahu ini perlu aku faham. Supaya nanti aku tidak jadi parasit yang persalah-persalahkan mereka yang tidak berkaitan.

Buntu ini. Apa aku nak buat. Masa ini mungkin kalau aku di bangunan pun aku terjun. Kalau di acu M16 pun aku lebih harap ditembak. Kalau di jalanan pun aku lebih harap dilanggar. Kalau di laut pun lebih harap dibawa arus. Janganlah aku mula berkata-kata seperti si atheis, yang sehabis ujian hanya pandai minta mati.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-98520843525899902015-12-19T13:45:00.000-08:002015-12-19T13:47:13.344-08:00Past Can't RepeatWatched 'The Great Gatsby'. I guess that's just how the world is.

Gatsby, who once had a great and wonderful past tried to get it back. He lived his whole life working for it, gave everything for that wonderfully wretched past. And how his life ends, perfectly shows how it can't repeat. Where before that life ends, he already had a fortune that he hadn't looked at just because he'd been looking at his past persistently. And that past had ruined his life, too. Just because he kept that hope very severely.

The past can't repeat. Stop wishing for it. Instead, live your present and let the past be your sweet memories. That you can recall whenever present hits you hard and you feel like losing yourself. I guess that's what past is all about. Atleast, that's what James Gatsby had taught me very deeply.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-85816553067363292932015-12-13T05:06:00.002-08:002015-12-13T05:06:37.302-08:00Rebound.Dah ada yang join airforce, darat, dan laut sendiri. Dari kalangan kawan-kawan zaman diploma aku. Kawan-kawan main-main dulu. Sekarang, Betul kah aku nak lepaskan cita-cita aku?

Tahu tak, kalau mahu aku boleh kekalkan cita-cita tu walau jauh mana pun dia dah melayang. Cuma aku... yang bila makin tak dapat, pilih untuk lepaskan. Nampak macam aku mudah give up, kan? Tanpa ambil kira berapa lama aku pertimbangkan. Bila aku pilih untuk lepaskan, aku adalah seorang yang mudah give up. Tak kira apa.

Tapi kalau aku kekalkan walau apa pun jadi, aku takut aku kekalkan atas dasar ego. Kerana aku dah kata aku nak jadi, aku nak jadi sebab aku nak tunaikan kata-kata aku. Kalau atas dasar itu, aku ragu boleh bertahan ke aku lalu benda-benda sakit tu? Sebab rasanya aku dah tak macam dulu, yang tak peduli sakit penat segala.

Sebab aku dah mula selesa. Sejak aku kenal zon itu, aku dah senang selesa.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-76100919429236194152015-12-11T23:52:00.002-08:002015-12-12T00:12:59.586-08:00Zaman Apa Lagi.Zaman-zaman jiwa kacau ni dah berlalu. Atleast, aku fikir begitu.

Tapi tiba-tiba baru-baru ni aku termakan racun lagi. Racun pemikiran. Yang buat segenap tubuh badan aku tanggung kesannya sekarang. Pernah dengar tak... "If you judge a fish by its ability to fly, you'd kill him?". Benda-benda macam tu lah.

Mampu aku buat sesuatu, bukannya sesuatu yang aku buat sekarang. Kerana itu aku jadi pemalang. Screw up sana sini. Sampai bila pun tak pasti. Tapi kalau fikir lama, wujud aku kat sini cuma sekadar untuk jadi loser kah? Kau tahu kah rasanya jadi loser...

Kenapa. Bila kau tengok orang boleh senang hati macam tak akan mati. Bila kau tengok orang boleh buat sewenang-wenang macam tak akan pulang. Bila kau tengok orang boleh pergi macam tak akan kembali. Bila kau tengok orang boleh buat itu ini sedang kau masih berdiri kira satu per satu konsekuensi.

Kau nak merokok tapi takut rosakkan jantung. Kau nak hisap dadah tapi takut rosakkan badan. Kau nak fanatik kpop tapi takut rosakkan pemikiran. Kau nak fanatik barat tapi takut rosakkan kepercayaan. Kau nak bergaduh tapi takut rosakkan kebaikan. Kau nak bertumbuk tapi takut rosakkan keperibadian. Kau nak kejar duit tapi takut rosakkan prinsip. Kau nak terjun laut tapi takut mayat tak diterima bumi.

Jadi... ini semua apa? dan bila aku sedar, aku yang tentukan samada ini sejenis ketakutan atau pemeliharaan.

Tapi masih... nak anggap ini benar-benar pemeliharaan, takut itu kekaburan.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-76578270265132900852015-12-11T23:10:00.000-08:002015-12-11T23:11:27.342-08:00Cari Kawan.Maaf aku tak cari kawan macam yang kau harap.

Bila kawan datang aku terima masuk dalam hidup aku. Cuma itu yang aku mampu. Untuk aku jemput dengan rela hati terbuka, itu tak mungkin berlaku. Sebab aku cuma tahu yang itu tak akan lama. Jemputan aku biasanya sementara, entahkan mereka yang memang tak mahu lama atau aku yang tak biasa. Jadi hanya bila mereka sanggup merendah hati meminta masuk kotak selesa aku yang sempit, aku dengan lapang hati terima mereka masuk dan berkongsi ruang segenap dimensi.

Paling penting, aku tak mahu tersalah memberi jemputan. Biarlah aku tersalah beri izin untuk masuk, tapi jangan aku yang tersalah menjemput masuk. Kerana yang minta untuk masuk itu, setidak-tidaknya aku sekadar memenuhi permintaannya untuk masuk. Alangkan yang aku jemput masuk itu, apa kebaikan yang aku buat padanya kalau jemputan itu tidak benar?

Kawan memang aku tak cari. Mungkin sebab itu ada kalanya aku bosan. Tapi kawan yang datang aku tak buang. Dengan cara itu aku cuma ada kawan yang mahu tinggal dalam kekacauan aku. Yang mahu main bersama dalam keserabutan aku. Memang. Kadang bosan. Tapi cukuplah dengan apa yang ada. Dan mampu bertahan pun kerana bumi masih luas.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-12379724451884592092015-12-11T02:55:00.001-08:002015-12-11T03:08:01.976-08:00Kata...kata.[Last update, Oct 20. Hehee...mana lah pergi azam nak update selalu tu.]

Bila-bila. Apa yang kau kata hari ni, akan makan kau esok. Macam apa yang kau kata lima tahun lepas makan diri kau hari ini. Kau tahu. Apa yang aku kata ini.

Maaf lah sebab kata-kata aku selalu menyakitkan. Kata-kata aku selalu makan dalam.

Itu kata-kata yang aku rasa perlu kau tahu, sementara kata-kata aku yang sifatnya tak begitu aku lebih pilih untuk pendam. Biar aku sendiri yang faham. Kerana faham itu banyak dimensi, aku risau sudut yang kita ambil untuk terjemah kata-kata yang tak penting itu masing-masing berbeza. Akhirnya jadi punca. Telagah sampai timbul sandiwara. Drama. Sampai kau dan aku tak lagi bicara.

Aku faham. Sebab dah banyak macam itu. Cuma segelintir yang mampu bertahan, tetap di sisi walau aku menarik diri. Aku memang akan tarik diri, bila aku rasa kau tersakiti.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-55498751610487120092015-10-20T06:55:00.002-07:002015-10-20T06:55:35.888-07:00Positif Negatif

Hari ni dah tak lagi fikir apa yang aku tak dapat. Sebab banyak sangat yang aku dah dapat. Satu benda tentang Terengganu yang aku masih tak faham, walau macam mana aku resist perkara-perkara kat Terengganu ni, masih banyak lagi yang baik-baik datang. Maksudnya continuous negative vibes yang ada kat aku tak hentikan positive vibes yang nak datang. Aku pun tak faham kenapa, tapi macam itu lah flow nya kat Terengganu ni.

Jadi untuk semua ni, Alhamdulillah.

Nurhafidzah Abdul Wahab

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-48819304793609153632015-09-21T06:29:00.000-07:002015-09-21T06:29:08.584-07:00I Ain't Me.Bila semua yang kau rancang tak jadi. Allah pun ada perancangan. Yang lebih muktamad.

Kau tahu takkan dapat lawan, tak ada niat pun nak lawan. Memang nak kan perancangan sendiri tu, usaha bukan main hebat, doa pun sama. Nak kan perancangan kau menjadi. Tapi akhirnya bila semuanya hilang, kau tahu rancangan Allah jugaklah paling hebat. Redha kalau memang itu yang terbaik. Cuma sekarang sebab kau masih kabur, tak nampak perancangan Allah yang sebenar lagi. Tak nampak lagi takdir kau yang sebenar. Sabar.

Sabar tu, nak suruh orang memang senang. Tapi sekarang aku cakap dengan kau, sabar. Sebab aku pun tengah rasa tu. Kabur. Mana halatuju tak nampak. Bila toleh belakang pulak, nampak betapa jauh aku boleh pergi bila ada cita-cita. Betapa tinggi aku boleh terbang. Dan tak biasa hidup dengan tiada cita-cita. Betapa rapuh aku tanpa cita, betapa rendah hidup aku tanpa cita. Sebab dah biasa hidup bercita-cita.

Betapa. Jatuhnya aku tanpa cita. Jadi aku putuskan untuk cari cita-cita baru. Tapi tak semudah tu. Untuk kenal balik diri sendiri, untuk cari bahagian dalam diri aku yang aku belum jumpa selama ini. Cita-cita yang lepas, yang dah hilang tu, aku figured out since a long time ago, dari aku kanak-kanak. Yang aku tanam, siram, baja sampai cambah. Usaha tu bertahun, jadi bukan senang nak aku mulakan yang baru sekarang. Tapi apa lagi pilihan aku ada?

Betul-betul. Apa lagi pilihan yang aku ada...

*this is so not me, dammit

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-59820373668804579922015-08-07T09:07:00.000-07:002015-08-07T09:07:10.039-07:00Perkara yang Menyakitkan.

'Tak kiralah kau rapat macam adik-beradik ke, kau belangkas ke, kau cuma kawan ke, atau kalaupun kau memang dah biasa pun, jangan lah pegang-pegang macam tu...'

Senang-senang je. Sedap mulut (hati) aku je kata kat dia macam tu. Bajet bagus, macam lah mulia sangat aku nak kata dia macam tu. Ini bagaimanapun beri peringatan kat aku, pasal benda-benda buruk yang aku buat depan orang dulu. Barangkali lintasan-lintasan macam ni lah yang muncul dalam hati diorang. Meluat tengok aku buat maksiat (apa jenis sekalipun, dari kecil sampai yang sebesar-besarnya), walaupun aku rasa perkara biasa. Jadi itulah, apa pun alasannya, kalau dah maksiat tu maksiat jugak. Aku kena ingat ni. Sentiasa. Sebab sekarang ni memang macam Allah nak ingatkan aku ni, pasal tu. Allah letak rasa meluat dalam hati aku, biar aku rasa balik meluatnya orang lain rasa bila pelakunya aku.

Orang yang jadi perantaraan teguran ni, buat teguran ni jadi deep sangat. Mungkin supaya teguran tu terus masuk dalam hati, Allah hantarkan 'orang dalam'. Directly. Takpelah. Memang mula-mula berat jugak, tapi syukurlah Allah letak muhasabah dalam hati dan pemikiran aku. Supaya ambil perkara yang dilihat menyakitkan tu sebagai peringatan kat diri sendiri.

'Perkara yang menyakitkan' kat sini bukan sebarangan. Itu cuma perkara-perkara yang betul-betul menyakitkan aku. Aku tak jaga hal orang lain selama ni, tapi ada sesetengah perkara yang aku peduli. Yang satu ni, aku peduli. Sebab aku peduli, bila dia buat perkara yang menyakitkan aku cuba rationalize. Aku gunakan imaginasi-imaginasi indah aku untuk rasionalkan. Walhal kalau ditengok dari sudut pandangan normal, perkara tu memanglah jenis-jenis 'perkara yang menyakitkan jugak hakikatnya. Aku je tak sedar-sedar. Sampailah ditayangkan dengan jelas nyata, barulah nak terbeliak mata aku, barulah nak terima je 'perkara yang menyakitkan' tu.

Nak terima 'perkara yang menyakitkan' tu memang berat, sebab tu aku cenderung untuk eksploitasi imaginasi aku bila berhadapan perkara-perkara macam tu. Sebab itu yang aku dah biasa buat dari dulu. Kalau tak entah macam mana aku nak survive. Tapi sekarang memandangkan aku dah dewasa, dah lebih matang (sepatutnya), dah sedikit sedar imaginasi bukan untuk dieksploitasi, dan dah mula belajar terima 'perkara yang menyakitkan'. Cara terbaik untuk terima adalah guna benda tu untuk muhasabah diri. Jadinya, kalau kau jumpa lagi perkara-perkara yang menyakitkan, jangan benci pelakunya. Tapi letakkan diri kau sebagai pelakunya, bukan untuk beri alasan dan terima perlakuan keji tu, tapi untuk kau faham betapa buruk dan busuk nya bila kau buat perkara keji macam tu. Pelaku asal? Kau pergi lah tegur. Kalau tak berani, jangan nak kutuk dia, kutuk perbuatan dia je supaya kau tahu kenapa kau tak patut buat suatu masa nanti.

Kalau terima 'perkara yang menyakitkan' tu, kena hadapi lah kan. Cara aku hadapi biasanya singkirkan sampai ke akar umbi. Maksudnya cari tahu. Bila perkara tu jadi, kenapa dia jadi. Kalau kenapa dia jadi tu tak ada kena-mengena dengan aku atau luar kawalan aku, kenapa dia boleh sakitkan aku. Kalau dah tahu kenapa dia sakitkan aku, macam mana nak hilangkan. Kalau kena padam semua yang berkaitan, padamlah. Tapi dalam kes aku, aku minimakan perkara padam memadam sebab aku tak nak hilang lagi memori-memori yang tinggal. Jadi aku padam yang zahir jelah. Yang dalam memori biarkan. Mana yang aku boleh dominasi, aku pergunakan. Untuk bantu aku hadap perkara-perkara yang menyakitkan dalam hidup aku.

Aduh. Maaf kalau kamu makin kurang faham. Sentimental hari ni. Perkataan kacau bilau. Aku tak lah serabut sangat, sebab masa-masa sakit hati macam ni ada pulak kawan-kawan yang timbul dan serongkan fokus aku. Alhamdulillah. Yang menyakitkan kurang menyakitkan dengan cara ni. Betul. Kawan-kawan yang kau ada, jangan expect diorang jadi penceria hari kau, penawar duka kau, pendengar masalah kau, sebab diorang bukan. Jadi bila-bila ada yang jadi satu dari semua tu untuk kau, jangan kau anggap itu memang fungsi diorang sebab hakikatnya tidak. Hargai kehadiran dan kewujudan diorang setiap masa, bukan hanya bila kau perlu cahaya dalam gelap semata-mata.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-17222338041367193782015-08-05T09:17:00.000-07:002015-08-05T09:43:57.139-07:00Tembam.

Kau rasa ni cerita pasal apa? Haa... betul tak betul, kali ni pasal kucing. Kau tahu, kecil-kecil dulu rumah aku selalu ada kucing. Paling seronok bila kucing tu beranak. Sekali beranak keluar empat ekor. Maka cukuplah untuk kami adik-beradik sorang satu. Berlarutan jugak lah, jadi setiap kali kucing tu beranak, kami dapat anak kucing baru seorang satu. Yang seronok tentang kucing bila main dengan anak kucing je sebenarnya, haha. Masa tu lah.

Aku pun dah lama tak main kucing sebenarnya. Aku tak sedar sejak bila aku tak suka kucing - bukan takut, cuma tak suka. Untuk satu tempoh yang lama jugak sebenarnya. Sampai aku dah dewasa. Mungkin nampak normal, tapi mengenangkan diri aku dulu yang hidup siang malam dengan kucing, tidur mandi dengan kucing, macam mana sebenarnya aku boleh berhenti suka kucing? Macam mana aku boleh lupa yang aku pernah suka kucing... Dan sekarang macam mana aku boleh ingat balik? Bukan dengan tiba-tiba. Si Hussainy. Lepas bertahun-tahun aku lupa, dia ingatkan balik. Jadi yelah, terima kasih.

Lepas dia sentap aku macam tu (tanpa dia sedar pun), aku mula tengok kucing balik. Aku mula rasa kucing tu something balik. Bertahun-tahun aku hilang rasa tu. Rasa yang aku cuma boleh dapat bila main dengan kucing. Dengan anak kucing. Yang tak reti takut, yang tak peduli manusia sibuk buat kerja, yang entah macam mana bila manusia serabut anak kucing ni semacam faham. Jadi serabut macam mana pun, dia berani datang dekat dan tak jauhkan diri. Lagi-lagi masa zaman-zaman 'gelap' aku dulu. Dengan segala macam yang tunggang terbalik, dengan segala rasa yang kacau kecamuk, dengan segala pemikiran yang merosakkan, dengan semua tu lah adanya si tembam.

Si Tembam ni tabah sangat, bagi aku. Anak kucing kelabu yang lahir-lahir, aku cop (macam adik-badik aku cop yang lain-lain). Sebab budak kelabu ni tak ada orang nak sebab warna paling tak comel kot. Tapi yang diorang tak nak lah aku nak, tak adalah hak aku kena kacau. Kononnya hak aku. Mengarut. Aku cakap si Tembam ni tabah? ... Berat nak cerita, tapi tulah. Yang aku ingat sangat pasal tembam, dah macam-macam aku buat kat dia tapi dia tetap balik kat aku. 'Macam-macam' yang aku maksudkan kat sini, macam aku ni takda akal. Macam mana dia tahan dengan semua tu pun aku tak tahu. Sampai satu hari tu dia dah lembik lunyai kena dengan anak jiran pun masih datang balik kat aku lepas tu.

Hari tu lah. Mula-mula aku bawak dia mandi (macam psycopath), jahatnya aku kat dia yang kecik lagi. Jahat bukan sebab aku mandikan dia, tapi atas semua benda yang aku buat masa mandikan dia. Tak kira apa pun sebab atau alasan aku buat macam tu masa tu, it's unforgivable. Sebab lepas tu dia lari keluar, sebab takut sangat, atau tak tahan. Dia keluar. Bila aku cari, nampak anak-anak jiran aku tengah main dengan dia. Main yang sakitkan dia - tarik ekor, dan lain-lain. Kesian kat dia, tapi aku tak berani pergi ambil dia. *carut kan, aku? Kuat dia mengiau, mintak lepas barangkali. Dia sakit. Macam minta aku selamatkan dia, tapi aku tak pergi pun, Sebab tu, *carut kan, aku?

Petang tu masa aku keluar nak pergi main kat padang macam biasa, aku lalu depan rumah jiran tadi. Aku panggil-panggil Tembam tapi tak nyahut. Tak lama lepas tu dia datang lambat-lambat kat aku. Lemah sangat aku tengok. Macam tak larat sangat. Aku ambil dia bawak sampai hujung blok sebelah padang. Aku tinggalkan dia kat tepi tu suruh dia tunggu aku, balik nanti baru aku ambil dia bawak balik. Aku pun pergi main dengan gembiranya. Dah puas main, bila maghrib aku pun gerak balik. Sampai hujung blok tadi aku panggil-panggil Tembam tapi dia tak datang. Aku tak jumpa dia, aku pun balik. Esoknya aku pergi balik tempat tu cari Tembam, masih tak jumpa. Dua tiga hari lepas tu aku dapat tahu dia dah mati kat hujung blok tu, tempat yang aku tinggalkan dia tu. Yang petang tu aku panggil dia tak datang, yang aku cari tak jumpa. Dia mati kat situ. Sakitnya aku.

Hari tu, sebenarnya... petang lepas aku habis main tu, hidup lagi ke dia? Kenapa aku tak cari jugak sampai jumpa? Aku panggil dia tak datang, aku balik. Kalau aku cari jugak lama-lama mungkin tak aku jumpa dia tengah baring sebab tak larat nak jalan pergi kat aku. Mungkin aku boleh bawak jugak dia balik, mungkin dia tak terbaring dan mati kesejukan malamnya. Atau masa dia datang lemah longlai kat aku masa aku nak pergi main petang tu, mungkin aku patut hantar dia balik rumah dulu baru patah balik pergi padang untuk main? Mungkin dia boleh rehat dan recover kat rumah, mungkin dia tak terbaring dan mati kelaparan kat situ. Atau masa aku dengar dia menjerit-jerit kat depan rumah jiran aku, kena torture dengan anak-anak jiran aku, mungkin aku patut pergi dan ambil dia balik biarpun terpaksa bertumbuk dengan diorang. Mungkin dia takde lah jadi selemah tu sampai tak larat nak jalan balik. Atau masa dia masih hidup, dengan aku... mungkin aku patut gunakan akal aku dengan lebih baik untuk jaga dia dan tak sakitkan dia, aku patut tak lepaskan geram kat dia, aku patut ingat yang dia pun makhluk hidup yang rasa sakit, aku patut buat baik kat dia, mungkin dia tak lari keluar dari rumah sebab takut. Semua yang aku patut tu. Sebab dia yang selalu ada dengan aku bila aku seorang, bila aku nangis, bila aku bengang, bila sedih, bila-bila. Tu yang paling-paling, buat aku rasa sakit bila dia mati.

Bahkan masa menulis ni pun, sakit tu rasa macam baru lagi. Bertahun-tahun yang aku lupa tu, sebab ni ke? Ini ke bendanya yang aku nak lupa sangat, sampai aku betul-betul lupa semua yang indah-indah sekali dengan Tembam... rasa sakit ni, rasa sesak dada ni, macam semua tu baru je jadi. Sebab ni ke, aku lupa semua benda tu? Dan langsung tak teringat apa-apa pasal masa kanak-kanak aku yang hidup hampir setiap masa dengan kucing, Tak ingat langsung, sampai lah Hussainy cakap kat aku "kau dari dulu memang always suka kucing,". Benda tu yang sentap aku, sampai lah hari ni - bila aku buat keputusan untuk tulis pasal si Tembam, tanpa sedar aku akan recall satu lagi episod hitam dalam zaman kanak-kanak aku. Aku include ini sebagai episod hitam sebab ini satu dari perkara yang menyakitkan aku. Sangat, sampai memori tu terbenam jauh kat dalam. Sampai aku kena korek dalam-dalam hati ni, sampai rasa macam kena tarah-tarah hati ni. Lama aku fikir semua soalan-soalan 'kalau' untuk petang tu, kalau ini kalau itu. Tak pernah terjawab pun memandangkan semua tu terkubur, terbenam kat dasar sedalam mungkin, tak timbul-muncul sampailah hari ni. Syukurlah hari ni tiba bila aku dah lebih besar. Setidaknya bila nak hancur hati ni teringat balik benda ni, aku dah matang sikit nak hadapi. Ada jawapan berhikmah untuk semuanya. Syukurlah.

Itulah cerita si Tembam. Aku harap boleh tebus semua dosa aku kat dia, memandangkan aku memang tak boleh patah balik masa. Sebab semua yang aku ingat pasal dia, menyakitkan aku sebab menyakitkan dia dulu. Maaf kalau kau kurang faham, cukuplah sekadar yang kau faham.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-62051508028441694342015-07-30T20:19:00.000-07:002015-07-30T20:19:02.780-07:00Malam Paling Berbintang.Teringat. Malam paling banyak bintang tu. Terbaik. Terindah.

Bila?

Yang pertama. Malam terakhir aku di asrama SAMTAJ Sungai Besar, awal tahun 2008 sebelum aku berpindah ke SMKA Simpang Lima. Malam tu aku dengan crime partners raikan sesuatu kat dewan makan. Sekali warden datang serbu. Dengan exco asrama yang join kitorang kena sekali. Kesian dia, haha. Walaupun sebelum tu ada drama sikit, that celebration went well, even better than expected. We had such a good time. Well, as for me and another friend because we knew I wouldn't be long. Antara kami ramai-ramai, cuma seorang dua yang tahu aku dah tak lama, sebab akan pindah masuk SMKA Simpang Lima. Itupun diorang tak tahu aku akan pergi esoknya. Malas aku nak bagitahu.

Balik pada cerita, lepas bersuka ria kat dewan makan tu tiba-tiba kena serbu dengan warden. Aku pun... damn. Ketat je muka dia masa tu, suruh berhenti dan kemas serta-merta. Kelam kabut budak-budak ni kemas, haha. Takut kena denda lah tu. Aku cuak sikit, tapi mungkin sebab dah biasa kena denda aku fikir apalah sangat denda yang kami kena nanti. Tapi kesian jugak kat budak-budak ni, tak pasal-pasal kena denda jugak sebab antara diorang ada budak-budak yang tak biasa jugak. Hm... takpelah dik (yang tak biasa kena denda tu adik-adik junior aku) sekali sekala cubalah rasa sikit denda tu macam mana, it's fun though, if you get punished with the right people. Macam kebiasaan aku. Habis kemas tu, warden iring kami balik ke hostel. Sampai depan pagar, tengok-tengok memang ada pelajar-pelajar berbaris depan bilik (hostel cuma level bawah, tak ada tingkat atas jadi depan bilik-bilik tu ada kawasan lapang). Aku pun tak tahu kenapa tiba-tiba ada roll-call tengah-tengah malam buta ni, masuk jelah dalam barisan macam yang diarahkan.

Lepas habis warden bagi 'ucapan', beliau bagi arahan masuk dalam bilik ambil bantal, selimut. Akhirnya 'hukuman' dijatuhkan. Terkejut, sebab denda macam ni aku belum pernah kena. Hadoi... malam terakhir ni. Dah bersurai tu baru aku berpeluang tanya budak-budak ni diorang buat salah apa sampai kena denda jugak tadi. Katanya sebab lepas curfew diorang masih belum tidur. 'Selama hari ni tak jadi apa pun, kenapa tiba-tiba malam ni?' pelik aku. Lepas budak tu bagitahu warden buat spotcheck barulah aku faham. Ini memaang kes jarang, kalau takat tidur lambat ni jarang kantoi. Tapi malam ni kantoi, besar-besaran pulak tu. Ramai yang kena. Boleh kata majoriti, sebab yang dapat tidur dalam bilik cuma berapa orang je - tu pun sebab diorang memang dah tidur masa spotcheck tu. Redha jelah. Jadi kami hamparkan tikar memanjang kat kawasan lapang tu, dan ambil parking masing-masing. Nampaklah beratur budak-budak asrama tidur kat luar malam tu. Rasa macam lawak pun ada. Maaflah kalau denda-denda kat asrama tu aku memang rasa macam main game true or dare tu je. Cuma game ni takda bahagian true, yang ada hanya dare.

Boleh tahan sejuk ni pagi esok, aku fikir. Ingat lagi aku. Bila kepala aku landing je kat bantal, mata aku ke langit. Lapangnya dada masa tu, aku yang rasa. Rasa lapang macam lapangnya langit malam tu. Rasa macam tak pernah aku tengok bintang sebanyak ni kat langit selama ni. Atau adakah sebab aku yang tak pernah cuba tidur menelentang bawah langit malam macam ni? Barangkali ya. Apa-apapun malam tu aku rasa denda tu hadiah paling valuable untuk aku, sebelum aku tinggalkan tempat tu. Rasa macam bintang-bintang yang banyak tu pun raikan hari terakhir aku. Tak tahulah kalau tu cuma bayangan aku, imaginasi aku memang tinggi sikit. Biarlah. Aku yang reka perkara-perkara yang senangkan hati. Memandangkan realiti bukan selalunya indah, biarlah aku main dengan imaginasi. Jadi malam tu lah. Malam yang pertama dalam hidup aku, yang paling banyak bintang. Mungkin ada sebelum-sebelumnya masa aku kecik, yang aku duduk bawah langit malam renung bintang-bintang yang banyak, tapi aku tak mahu kira yang itu sebab itu masa-masa pahit. Bukannya indah macam ni. Ini cara aku simpan perkara-perkara indah dalam hidup aku. Dan itu memang, jadi malam paling indah, paling banyak bintang untuk aku.

By the way, esok paginya aku memang bangun awal. Sebab aku dah pesan siap-siap kat mak abah datang amek aku subuh-subuh sebelum orang lain bangun tidur. Barang aku dah kemas hari sebelumnya dan sorok dalam loker, jadi bila mak abah datang aku cuma tinggal tarik beg dari dalam loker dan pergi. Rasanya pelan aku menjadi. Memang tak ada kawan-kawan yang perasan aku pergi. Ada lah seorang dua yang nampak sebab aku kan bukannya halimunan, tapi atleast diorang bukan kawan-kawan yang aku berat nak tinggalkan tu. Kenapa aku tak bagitahu diorang? Sebab aku tak suka goodbyes. Aku tak suka diorang hantar aku masa nak pergi, sebab diorang akan buat aku berat hati. Jadi biarlah diorang tak tahu, biar aku ringan nak pergi. Sebab memang, there's nothing like them out there... Banyak sangat benda yang aku belajar dari diorang, dari persahabatan dengan diorang. Moga Allah pelihara mereka siap satunya.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6445249180524156444.post-73076452784096374882015-07-29T22:47:00.001-07:002015-07-29T22:47:43.519-07:00Untitled.

Dalam masa terdekat ni mungkin kau takkan jumpa entri-entri yang deep kat sini, sebab aku kinda not feeling terrible these days. In case kau kurang faham, entri-entri yang deep adalah hasil coretan masa aku rasa teruk - masa emosi berkecamuk. Memandangkan masa ini perkara-perkara macam tu kurang (in another way, Alhamdulillah), jadi akan kurang jugaklah sinikal dalam penulisan aku.

Beberapa hari ni ada benda-benda baik yang jadi kat aku - syukur, tapi aku tak sedap hati. Sebab aku tak familiar dengan benda-benda macam tu dalam hidup ni. Aku rasa insecure, sebab sepanjang hidup ni kalau ada benda baik jadi kemudiannya akan muncul benda yang aku tak jangka. Benda-benda yang aku tak duga, mostly aku tak suka. Aku tak boleh kata benda-benda teruk, tapi boleh dikira sebagai benda-benda yang buat aku rasa teruk. Benda tu teruk ke tak, satunya sebab mungkin itu ujian atau itu memang terbaik untuk aku jadi tak patut aku hukumkan macam tu walaupun not to my liking. Duanya sebab kalau nak kata benda tu teruk, teruk lagi benda-benda yang orang lain kena hadap. Cukuplah aku kata benda tu buat aku rasa teruk.

Benda apa? Aku tak rasa nak hujahkan kat sini, lagipun masih awal lagi untuk aku ulas apa-apa pasal benda sekarang ni. Keadaan sekarang. Cuma aku rasa patut menulis - for the sake of keep on writing, aku tulis entri ni. Teringin jugak aku nak buat macam amanat ke, kata-kata pesan ke, tapi mungkin bukan sekarang. Kalau rasa nak amanat aku masa ni, baca lah entri yang lepas-lepas, banyak amanat dalam blog ni sebenarnya. Rupanya. Tempat aku susun perkara-perkara dalam hidup aku dalam bentuk kata-kata. Mudah-mudahan kalau masa aku sampai nanti, kalau ada yang rindu aku boleh keep in touch dengan kata-kata aku kat sini. Bajet macam ada lah kan? Kalau dulu mungkin aku akan fikir macam tu - tak ada orang pun nak rindu aku, mungkin takkan perasan pun bila aku dah tak ada. Tapi sekarang tak. Aku yakin ada yang akan rindu. Sounds cocky kan? Well, I'm telling ya, it's not about being cocky, it's about recognising the value of our life. If you don't think you are 'someone' to somebody else, might possibly because you don't value yourself. Trust me in this, there's always somebody else in your life like I said, who's having you as 'someone' in their life. So live with it, that you're not a 'no one'. Even that I'm not Atiqah Khairi though (It's personal).

Masa ni kalau nak cakap pasal politik, isu semasa Malaysia, mual. Hakikatnya cuma Allah yang tahu. Siapa betul siapa salah. Atau sebenarnya siapa salah dan siapa lebih salah. Yang penting bukan siapa betul dan siapa lebih betul. Mungkin itu. Atau sebaliknya. Yang pasti aku cuma boleh kesal dengan keadaan. Sebab tak ada apa yang aku boleh buat untuk untuk ubah sedikitpun keadaan yang menyesakkan dalam sistem politik atau pemerintahan Malaysia ni. Kalau setakat berkata-kata, siapa pun boleh. Tapi untuk buat sesuatu, bukandalam bidang kuasa aku pulak. Bahkan bukan dalam kemampuan aku. Aku cuma boleh harap muncul seorang City Hunter Melayu, tapi tu kan cuma angan-angan penyedap hati. Untuk redakan rasa takut aku.

Aah aku takut. Takut jadi macam India - soal pertahanan dan penguasa seluruh negara, dibawah pengaruh orang-orang kenamaan. Takut jadi macam Singapura - soal Melayu hilang hak dan pengaruh di tanah asal usul sendiri. Takut jadi macam Indonesia - soal sekali tampuk pemerintahan buat kesilapan besar, kesan buruk kat rakyat seluruh negara dalam jangkamasa panjang. Impak-impak maksima yang terpaksa ditanggung cuma gara-gara segelintir barisan pemimpin yang terlupa sumpah janji yang dibuat masa mula-mula naik dahulu. Iya aku kata kat sini SEGELINTIR, memang awal mulanya segelintir itulah. Tak kira lah siapa yang mulakan, tapi yang segelintir itu lah... lama-lama penyakit menular sampai akar umbi. Sampai tahap yang aku paling takut, jadi macam Mesir. Yang meskipun (akhirnya) pemimpin zalim itu dijatuhkan setelah terlalu lama rakyat dizalimi, meskipun pemimpin pilihan rakyat berjaya dinaikkan, diakhir ceritanya berlaku kudeta. Pemimpin pilihan majoriti rakyat Mesir pun dijatuhkan jugak oleh pihak-pihak yang pegang kuasa, bahkan pemerintahan diambil alih dengan kejam. Kembali. Ke zaman zalim. Barangkali itu pengajaran besar buat kita yang ikuti perkembangannya, tapi tetap juga kita ulangi kesalahan yang sama. Dan kalau difikir lagi, takut jadi macam Greek. Empayar besar yang telah capai zaman kegemilangan, tapi akhirnya jatuh sebab permainan wang. Yang mana Malaysia sedang hadapi perkara-perkara sama macam yang dihadapi Greek sebelum empayar tu jatuh.

Ok habis cerita isu semasa Malaysia. Habis kat sini. Spending time writing for such things are not worth it for me, unless I'm a proffessional political analyst. So I'm gonna wash my hands off thins for now.

fidza wahabhttp://www.blogger.com/profile/04047748277433348524noreply@blogger.com0