Monday, March 28, 2011

markah

papp! belakang aku dipukul. die cakap "kau ni suke macam tu...!".

sume nye sebab aku tak tengok carry marks untuk subjek pn lina. kelas pn lina-skrip tv habis awal hari ini, dan kami dibagi peluang tengok carry marks. masa yang lain berkerumun tengok markah, aku salam pn lina dan keluar dari bilik kuliah. sampai2 bawah, nama aku dipanggil. toleh2 rupanya sorang classmate aku, tanyakan markah aku. jawap aku "tah...aku tak tengok." dah cukup untuk buat dia angin. sebab sebelum ini pun dia tanya markah aku sem lepas tapi aku tak tengok2. suruh kawan yang aku percaya tengokkan, asalkan tahu aku lulus semua dah cukup. tak perlu lah tahu lebih...tak perlu bagi aku. dan aku rasa tak perlu bagi yang lain untuk tahu markah tu. jadi maaflah bila aku tak bagitahu markah aku bila kalian tanya...sebab mungkin aku sendiri tak tahu markah aku, sebab aku sangat2 tak mahu tahu.

bukan sebab aku tak mahu terima kegagalan, atau kecorotan atau ketidakpandaian. cuma aku tak suka, sangat tak suka dengan markah. markah yang tinggi tak patut jadi kayu pengukur kejayaan atau ilmu. biarlah aku terus belajar untuk ilmu, bukan untuk markah.

memang markah tu penting, tapi biarlah... biar aku. memang dalam sesetengah keadaan markah sangat berfungsi dalam meningkat semangat tapi biarlah. aku tak mahu dipengaruh pesimistik. pesimistik terhadap pensyarah. sebab kadang2 aku pun ada rasa sesetengah pensyarah tu sangat bias, atau kata lain diskriminasi. jadi kepakaran mengambil hati sangat penting dalam kehidupan di universiti...mungkin. dan aku tiada kepakaran itu, sejak zaman sekolah aku cuba mengelak berurusan dengan guru. aku tak kata semua tapi tetap ada pensyarah yang bias, itu aku faham dan tak salahkan mereka sebab mereka manusia juga. ada perasaan... dan menilai juga. kadang2 perasaan pengaruh mereka dalam menilai. itu bukan salah mereka. sebab kalau di tempat mereka pun aku mungkin terbawa2 dengan perasaan juga... kalau tak banyak pun sikit, tapi ia tetap ada... mungkin. maka aku pilih untuk tidak ambil tahu sejauh mana perasaan mereka menilai aku. atau serendah mana mereka memandang aku. dengan itu aku boleh terus barbaik sangka pada mereka.

pemarkahan di universiti sangat bergantung pada pensyarah. ada antara mereka sangat professional dan boleh menilai berdasarkan pencapaian pelajr dalam subjek. tapi tak kurang juga yang menilai berdasarkan keseluruhan diri pelajar itu sendiri. atau mungkin memang itu cara yang sebenar, aku tidak tahu. markah yang mereka beri pada aku boleh menggambarkan tanggapan mereka pada aku, bagi aku. dan itu akan membuahkan tanggapan aku pada mereka. jadi bagi mengelakkan aku berburuk tanggapan pada mereka dengan markah yang dibagi, aku memilih untuk tidak ambil tahu markah tersebut.

aku tahu, dalam markah juga tercerita sebanyak mana usaha kita. kalaulah markah aku sikit, mungkin sebab aku kurang usaha. tapi kadang2 ada yang menghasut kita... katanya "ala... dengan lecturer ni, buat elok mana pun kalau tak pandai bodek dia takkan dapat markah tinggi.". ya lah... manusia selalu bagi alasan untuk lepaskan diri sendiri. instead of salahkan diri tak cukup bagus, kita salahkan lecturer tu yang pilih kasih. yang salah dan betul jadi kabur. jadi daripada keadaan jadi seburuk itu sebab aku tak pandai kawal emosi, mungkin lebih baik biarkan semuanya neutral. tiada tanggapan bukan2. aku teruskan hidup dengan aman. siapa betul siapa salah bukan masalah...

Saturday, March 26, 2011

awasi peri-badi.

ok.

lupekan pasal komander dan tae kwon do. jom tengok progress dalam hidup lak. ade terfikir2 untuk buat sesuatu, tapi selalu ade yang tak kena lah. 'buat sesuatu' bukan dengan tujuan nak ubah seluruh hidup aku, tapi sekurang-kurangnya ubah persepsi aku pada hidup. bukan senang untuk hadapi hari-hari dalam hidup bile impresi pada hidup tak seindah dulu. mungkin dengan sikit anjakan dari dunia yang bukan dunia harian aku, hati boleh tergerak... tapi papepon dengan izin Allah gak lah. ape yang boleh aku kate pasal hidup sekarang? susah? payah? penat nak hidup?

tak tau lah... mungkin benda tak seteruk yang aku sangke, cume sekarang aku tengah keliru. keliru dengan semua haru-biru yang aku lalu. harap nye aku boleh duduk dan menung2 je, kontemplasi peri hal hidup aku sekarang. tapi datang lak anasir2, parkir dalam otak yang berfikir. semua nya bahana sikap prokrastinasi yang aku senangi sebelum ni. *prokrastinasi? hahaha!... assignment ayah agi, biografi dan adaptasi, skrip puan lina dan lenny, dan sir maranmani -ah... asalkan aku bahagie, aku bahagie je tulis name die macam ni. tambah assignment group ctu lagi. sekarang makan padah lah sebab melengah-lengah.

kalau lah aku boleh elak kata kalau... dan aku harap aku boleh kurang kata harap... dan boleh2 aku tak nak kata tak nak...  mungkin tak mengapa aku kata mungkin. tahu? kalau tu kata2 orang yang tak cukup bersyukur. harap tu kata2 orang yang tak mahu usaha. dan tak nak tu kata2 aku? em...mungkin.

tanya ini tanya itu, oah sangat rimas! dan aku selalu terus tanya dan tanya. rimaslah mereka. kadang2 macam aku sengaja -rimaskan mereka, haha. kadang2 macam aku memang nak tahu. kadang2 macam aku memang dah tahu. tapi kenapa tanya? kadang2 macam untuk ingatkan je. kadang2 macam aku dah runsing sangat - otak tak dapat berfungsi dengan baik. kadang2 aku saja2 nak tanya... kamu rasa?

dan ego tinggi.

dan untuk benda-perlu-ada ;
perhati dan cari, yang indah2 dalam destini. hari ini...?
mungkin sangat patut disyukuri, bila aku sedar aku makin tak sedar diri.  >__<

 mind-setting dah terpelanting-lanting,
     behaviour dah makin bahaya.
terus macam ni dan aku akan binasa sekelip mata.

jadi tolong ingat... dan tolong ingatkan aku -ana raffali-, siapa yang patut aku kejar sebab aku dah makin tersasar. semudah kacang aku lupa. yang aku kejar sekarang bukan siapa2. bukan pulak dia yang akan tolong aku kat sana nanti, sedang diri dia sendiri pon tak tertolong, melainkan dia tu... (*tak perlu cakap). dan semua perlakuan aku baru2 ni, sangat menjatuhkan air muka malahan muka juga jatuh. bukan lah aku tu warak, tapi tak perlu lah nak tunjuk perangai haprak. tak perlu lah. perlakuan sangat mengecewakan dalam bulan ni... kepada yang terlibat, terbabit, tersabit, maaf. bulan ni aku lupa diri sikit... mungkin banyak, tapi InsyaAllah aku cuba betulkan. bukan nak hipokrit, tapi kena ingatlah...nak tak nak jadi baik memang atas kita. tapi perlu tak perlu, harus tak harus, mesti tak mesti jadi baik, atas agama. atas yang Nabi ajar pada kita.

kenapa nak kisah? 
  "jadi diri sendiri... jangan hipokrit"
    "nape nak susah2 pike baik buruk pape?"

bukan nya apa-apa. cuma sebab ada hidup lepas kematian. sebab semuanya ada perhitungan. sebab semuanya ada kesan pada masa depan. kalau masih belum kira masa depan akhirat, sia-sia kira masa depan dunia. semua yang kat dunia akan ditanya, diungkit di akhirat. dengan apa yang kau buat di dunia, dapat ke selamat di akhirat?

dan peri hal diri macam ada badi... akan sentiasa di datangi misteri. :-]

Wednesday, March 23, 2011

dan lagi...

ingat tak sebelum ni ak ade citer pasal dinner komander? mase tu aku kena pegi dinner dan lepaskan can untuk pegi merantau ke pulau... lepas ni minggu depan akan ade camping untuk HBU121-kesatria di Ulu Bendul Negri 9. tarikh 1, 2, 3 april... combine ngan komander puncak alam neh, (tp diorang cam ramai) so rasenye memang ramai lah. bile ramai mesti rileks2 je, tak perlu la nak denda2 24/7 kan... tp denda memang lah mungkin ade, tapi tak lah sebanyak mane kot. rileks punye...

waa... sounds great! ade lak banyak benda yang challenging kat situ - kate nye. jadi aku dah tertarik nak g... cambest je. tapi tetibe aku teringat... grading 3 april lah?!!!
grading tu ape? penting ke?

well... grading tu ujian peningkatan tali pinggang untuk tae kwon do. untuk silat, diorang panggil bengkung. dan ini bukan selalu ade... terlepas sekali maknenye kena tunggu lame lagi baru ade balik, baru dapat amek. JADI?

macam mane nih... bile nak pegi program kesatria mesti ade lak tembung ngn benda2 penting yang lain. nak ke aku korban semue semate2 kesatria? kawan aku kate... ni bagi ko tande untuk terus komander atau benda2 lain. pilih quit komander atau korban je SEMUA yang lainnye? die suggest : quit je...

lah... aku tak lah sampai nak quit. aku bukan gak tamak atau jipang nak sume. ini pon dah tolak benda2 lain yang aku nak masuk... force, karisma, projek klas, etc etc etc aku dah anaktiri kan. tolak2 tinggal komander, tae kwon do dan segale assignment yang dah lame jadi anak terbiar. aku kisah pasal kesatria dan tae kwon do je skarang... huhuu... aim dah lari, kan? antare dua ni pon dah buat urat kepale aku timbul sebab fikir tau... ape lah.

aritu dah miss tournament, jadi aku fikir mungkin aku boleh ok kalau miss grading ni. tapi tak sedar aku ade rase sesal SIKIT tak g tournament. nak2 plak syed faris sebut, sebut, dan terus sebut pasal tournament. hati dah ok memule pon jadi tergerak balik. betul2 ke aku rugi sebab tak pegi tournament? skarang cume aku rase ade bagus nye aku tak pegi tournament tu. atas sebab ape skalipon mesti ade hikmah. tapi camne lak dengan GRADING ni? grading ni macam ujian2 yang korang amek untuk kuliah @ kelas jugaklah. aku nak amek sebab nak upgrade level aku. lagipon dah 2 tahun jugak aku tak amek grading?

grading, camping, grading, camping, grading, camping, grading, camping...
erh, dilema lagi


Sunday, March 20, 2011

Dinner Komander.

sini ada cerita.
cerita yang tak ada makna.
tapi aku ada kat sana.
nak buat macam mana,
nak tak nak kena pergi juga.

jadi ni lah, cerita dinner komander kesatria
kampus puncak alam dan puncak perdana.

basic nye majlis tu sama macam dinner2 yang lain. pergi hotel, duduk, dengar ucapan, alu-aluan, makan dan persembahan. sebab tu lah... aku tak ada bahan nak cerita pasal dinner tu. pergi pun macam yang korang baca kat atas, nak tak nak kena pergi juga. sebab dinner ni diwajibkan macam tahap "kalau tak pergi, nahas kau!"

dan sebab "kau baru junior, jangan nak skip2 lak.." yang secara person-to-person diucapkan kat aku, aku lepaskan peluang merantau ke pulau. dan aku pergi dinner. dinner yang...

maaf lah, no offense, aku kata dinner ni tak seronok tak lain tak bukan cuma sebab aku tak suka pergi majlis2 macam ni. jadi kalau nak tanye dinner ni best ke tak, jangan tanye kat aku sebab jawapan aku same je dulu, sekarang dan selamanya. dan komander2 sumer, jangan kecik2 ati lak... aku bukan ngate dinner korang ni, aku ngate sumer jenis dinner.

oh, tolong!!! aku nak main payung terjun... sape cukup berani untuk pergi dengan aku?

Wednesday, March 16, 2011

( >___< )

mungkin hidup ni terlalu penuh dengan kebanggaan. mane pucuk pangkal nye?
mungkin ke sebab aku terlebih menghargai hidup ni...

semuanya indah bila fikiran aku macam ni...:

      boleh tak aku nak terus hidup dengan ape yang ade sekarang, boleh tak aku terus di tahap ni dan tak payah naik ke tahap lebih tinggi? boleh terus hepi. kalau boleh, dan aku harap boleh...

tapi semuanye berubah bile fikiran aku macam ni...:

      boleh tak aku nak kumpul duit banyak2 dan beli rumah besar, kereta best2, payment tinggi, boleh tak aku nak sume tu? aku nak usehe sampai boleh dapat sume tu... boleh senang sikit hidup.

kamu rase mane elok? yang 1 itu zuhud. yang kedua itu maju. dua-dua pun dituntut. kite dituntut untuk zuhud dan maju. ni kombinasi yang sangat mncabar. dan kalau kamu mampu, itulah yang sebaik-baiknya. macam mana kalau tak mampu? percayelah cakap aku, yg 1st tu yang akan beri ketenangan pade korang. yang kedue tu, tidak sekali-kali... percayalah...

Thursday, March 10, 2011

senang makin susah...

ape yang buat runsing sekarang? macam-macam... dinner yang aku tak nak pegi, terpakse pegi sampai tak pegi kursus yang aku nak pegi. assignment yang aku tahu orang2 kat luar sane pon runsing pasal. cube list sikit, bukan nak tunjuk banyak assignment, cume nak ingatkan diri je.

jom mule dengan assignment group dulu. a script on public service announcement (PSA). an essay (kot) for CTU . a research on homosexual issue nowadays. then for individual assignment, there's a research on factors of lack of support towards Malaysian local films.a script on a traditional theatre : Mak Yong DEWA MUDA. a script on adaptation from a famous poet's poems.

dan trime kasih pade sume kawan2 yang same group dengan aku untuk mane2 assignment... trime kasih atas respon korang bile aku tanye pasal assignment. mungkin kredit tu jauh lagi berharge dari komitmen. aku kena belajar tu dari korang...

cahaye macam makin jauh. even lepas aku tolak assignment ke tepi pon, ade lagi berat kat sini. berat yang macam-macam. ade unsur dan elemen2 yang tak patut ade kat dalam hati. tapi camne nak buat?

bile orang yang menuntut ilmu rase mcm ilmu dia makin banyak.
bile orang yang fikirkan hal2 akhirat tak mampu rase.
bile orang yang makin usehe tapi makin sia-sia.
bile orang yang perlu peringatan tapi tak dibantu kawan.
bile orang beriman cume dengan akal, tapi tak dengan hati.
mati dah ke hati?

yang aku tahu, yang aku sedar, cume hati mati tu permulaan. mati nye hati, iman dengan akal tu tak bakal kekal. jadi cube beritahu ape patut buat? sebelum mati nye akal aku macam mati nye hati. akal dengan hati mesti, kene ade untuk iman. tanpe salah satu dari ni, tak tahu ape jadi dengan iman kite. yang pasti, takkan lengkap dan takkan sempurna...

Monday, March 7, 2011

ketak!

peluang yang aku cerite sebelum ni cume peluang untuk masuk tournament. senior dah ajak, aku yang tak pegi. sedangkan dulu aku yang paling batak nak gi tournament. dulu aku paling excited kalau dengar pasal tournament. cite2 aku nak pegi tournament. aku nak pegi tournament tu, orang barat kate more than anything else. sebab tu aku sangat bersemangat pegi tae kwon do. kalau orang2 yang penah buat latihan dengan aku tu, kalau nak tahu kenapa aku boleh tetap nak buat latihan on-time, sebab nye tu lah... aku nak masuk tournament. tu lah antarenye. aku betul-betul, sangat-sangat nak masuk tournament.

tibe-tibe aku menolak bile dapat peluang tu...

sume nye lepas aku pike baek2 nape aku nak sangat masuk tournament. kenapa, agak-agak?
dulu aku nak sangat masuk tournament atas beberape sebab. antarenye mase tu... sebab semangat aku terbakar dengan piale2 yang kakak sepupu aku kumpul, yang tertayang dalam almari kat rumah opah. piale2 die pegi tournament. dan mase tu gak aku rase aku nak gak ade personal achievement yang aku boleh banggekan kat diri aku - yang penting diri aku, orang lain cite lain. mungkin gak piale tu akan jadi bukti pade diri aku yang aku boleh pegi sejauh tu. huu....megah nye kalau dapat tu.

tapi tengok2 balik niat aku tu... mane antare niat tu yang bukan riya' ? mane? dan peluang tu aku tolak atas dasar ape sekalipun, hikmahnye mungkin aku terselamat dari riya' dan  perkare sie2 tu. bukan niat aku nak kate pegi tournament tu sia2... bukan camtu. pegi tournament bagus, tak sia2. tapi bila niat pegi tu macam niat aku atau yang lebih teruk dari tu, terima lah bahawe sume tu sia2. nak bermegah semata2. kebaikan takkan datang dengan keburukan....

mungkin banyak yang boleh di tafsir pade kenyataan tu. tapi yang aku maksudkan kat sini, kalau dah niat tak tak baik, ia tak boleh di cover dengan alasan yang baik2. kalau dah niat aku nak bermegah2, alasan aku untuk jadikan bende tu care nak tambahkan ilmu, takkan bawe aku ke mana. contoh je la... usehe yang akan aku lakukan seterusnye bukan bersandar alasan untuk pertambah ilmu seni bela diri tu, tapi aku akan usehe untuk perbaikkan diri aku supaye boleh bermegah atau dengan nama lainnya, dikagumi/disanjung/direspek orang. tapi basicnye, supaye aku nampak hebat di mate orang... kan? nak nafikan pon bukannye Allah tak tahu ape dalam hati. aku cume boleh tipu diri sendiri je...

tapi jangan lah jadikan alasan tu sebagai medium kite nak biarkan diri terus di belakang. betulkanlah niat tu... dan insyaAllah terpelihara. aku... kenapa tak betulkan niat? betullah... kenapa aku tak betulkan niat dan masuk je tournament tu?

sebab nye... kalau nak di betulkan niat tu, tengok skit lah ape niat aku yang betul tu. nak tambah ilmu? janganlah... tak malu ke, ilmu yang di lelong-lelong depan mate pon aku tak grab bebenar. ilmu2 yang dipegang kat sini pon berterabur dan tak sempat nak dimanfaat bebaik lagi. sibuk nak kejar2 yang melayang. tak salah tuntut ilmu banyak2, tapi janganlah sampai ade ilmu yang di sie2 kan. aku kena pandai manfaatkan dulu ape yang ade depan mate ni, baru kejar yang lain2. ni tak... ni aku nak, tu aku nak... lame2 yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. tak ke sie2 sume skali nanti?

paling penting, banyak lagi bende yang aku tak setelkan, yang dah lame sangat terbengkalai nih. kene setel tu dulu ah baru bleh fikir pasal tournament, kan? kalau camtu all de best tuk aku, harap bleh cepat2 setel sumenye atau at least most of it supaye aku dapat cube masuk tournament dengn niat yang lebih baik nanti...!

Saturday, March 5, 2011

peluang cuma satu...

salam, lagi...
minggu belakangan ni alat yang aku gune sebagai medium terganggu, sampai aku tak bleh bukak intenet. tapi papepon, Alhamdulillah sebab da dapat bkk blk - tu pon lepas format balik. jadi aku dah benti menulis untuk mase yang agak lame. tambah lak dengan macam2 yang datang dan pergi saban hari, aku takde kesempatan nak bukak ni. pasni assignment lagi. jadi mungkin aku akan amek sikit je mase.

peluang cuma satu, kata orang. ini cerita aku dan peluang...

peluang dah di sua ke aku
tapi aku tak ambil
aku tak pulak buang
aku cuma letak tepi dulu
aku nak tunggu
bile nanti aku dah mahu
bile nanti aku dah tak ragu

orang kate peluang jangan tolak
cume sekali dalam hidup
tapi peluang ni, aku rase akan datang lagi
sebab tu aku berani tolak tepi
akan ada lain kali
insyaAllah.

lagipula ada perkara2 yang perlu aku baiki
sebelum aku terus mendaki
gunung yang aku tengah usehekan ni
gunung lain pula yang aku cari
aku rase tak patut
sebab aku patut abeskan dulu yang ni
nanti bile dah stabil
baru aku boleh tengok2 balik
peluang yang aku letak kat tepi
mase tu tengok lah aku nak ambil
atau nak terus biar kat tepi.

untuk buang tak mungkin
sebab peluang jangan dibuang
kalau pun peluang tu nak hilang
biar ia hilang
asalkan bukan kita yang buang.

hilang dan buang
itu sangat beza

yang hilang bukan kehendak kita,
maka tidak disesali
tapi yang dibuang itu salah kita
takut nanti dikesali.