Sunday, July 23, 2017

The Least.

Sometimes I feel like I'm asking too much from life. 

To look for a believing & practicing husband, am I really asking for too much? To find such a reliable person whom I would not mind sacrificing everything, am I really asking for too much?

Because I will have to sacrifice my whole life for him eventually, so can't I atleast set a benchmark for whom I would give away my life to?

Friday, July 21, 2017

Leave.

I come and go, wherever I am, I'll leave.
However there are times when it's so hard to leave. I guess that's when I'm attached to people around me that certain time. Like what happened in Tioman, and what's happening now. Deep inside I don't wanna go. But it's time.

I guess it's really time to go. Especially when I really do not want to. That's the exact time. Not when I really wanted to go. This isn't the time I ever wanted to leave, so it's exactly when I should. Right when I've got hints.

Saturday, June 10, 2017

Masa Depan.

Paling menakutkan bila berhadapan perkara yang kau tak mampu jangka. Kadang rasa menarik, tapi kebanyakan masa rasa terancam. Rasa tak selamat. Sekarang rasa tak pasti dengan masa depan. Yang pasti ya semua orang ada rasa yang sama tentang masa depan sendiri. Tapi aku makin kabur. Sampai aku mula kumpulkan semua sumber maklumat tentang latarbelakang aku sendiri. Mula nampak. Apa yang aku rancang sekarang, kemungkinan besar tak akan bertahan lama. Rancangan aku sekarang?

***
Kerja kembara dengan advencer, dengan gaji bermatawang asing yang boleh aku tukar-ganda sepulang ke Malaysia. Singapura, macam yang aku ceritakan masa lepas cuma pemula. Langkah pertama untuk aku peroleh modal untuk kembara-kembara seterusnya. Cuma satu antara anak tangga yang aku injak. Singapura tidak seburuk yang mewajibkan aku tinggalkan, untuk aku tidak kekal menetap dalam suasananya cuma ia tidak toleransi dengan satu-satunya perkara yang aku tidak mahu kompromi. Solat (Ini aku beritahu supaya kamu yang mahu cuba kesana lebih waspada). Kalau ini bukan tempat untuk aku solat, maka ini bukan tempat untuk aku settle down. Maka itulah ia tidak lebih dari satu persinggahan. Iya aku sudah lepasi anak tangga itu, dan sedang mara mendaki anak-anak tangga seterusnya.

Jalan ini 'The Road Not Taken' macam yang kuceritakan dulu. Sekabur-kabur jalan depan mata, inilah yang tampak paling jelas. Selama aku tidak bocorkan pada bulatan aku - mengelak komen-komen negatif, aku akan baik. Ciri-ciri kerja impian selama ini yang baru aku kenalpasti. Kerja kontrak yang bolehkan aku berhenti sehabis musim dan kembali di pembuka musim baharu. Kerja yang bolehkan aku pilih untuk cuti berminggu bahkan berbulan bila perlu. Jadi aku boleh cuti semahu-mahu bila Ramadhan lepas sepanjang tahun di tempat asing, kembali ke tempat asal merai ketibaan bulan itu. Habis segala keraian aku pulang semula bekerja untuk sepanjang tahun dan kembali pula di Ramadhan seterusnya. Kedengaran indah bukan?

Aku bayangkan seindah itu - aku dapat kembara sepanjang tahun, kembali dengan sejumlah amaun banyak, dan pilih masa untuk aku tidak bekerja. Lebih kurang begitulah. Pastilah adanya PRO dan CON, tapi itu sudah fitrah. Ada perkara yang perlu dikorbankan, asal kau faham. Objektif yang aku nak capai sebelum umur 30, itu sudah tak lama. Jadi usaha perlu lebih keras. Supaya aku dapat kembali ke Malaysia bersara seawal umur 30. Supaya aku tak perlu biarkan darah dicekik sektor swasta yang aku faham keperluan mereka juga. Bukan salah siapa-siapa, sudah begitu putaran dunia. Jadi tak mengapa, kalau aku boleh pilih jalan ini. Apa halangan kejalan ini?

Bila aku semak-semak semula latarbelakang aku. Tajaan biasiswa kerajaan yang bukan sikit jumlahnya. Ya, mengikat aku selama 4tahun. Ikatan yang juga peluang aku untuk salurkan sesuatu untuk negara. Mahu aku tolak? "Tak perlu tolak, kau tak semestinya dipanggil berkhidmat dengan kerajaan pun,". Kalau mereka salah dan aku dipanggil berkhidmat? Kau bukannya tahu rezeki manusia. Itu semua rahsia Pencipta, kau siapa? Meski aku tau sekarang pun ramai tajaan kerajaan yang menganggur tidak dipanggil berkhidmat tapi masih menanti, tapi aku risau kalau sebenarnya Allah aturkan itu untuk aku. Maka perlulah aku batalkan misi TRNT yang aku cerita tadi itu nanti. Wah, sesudah lamanya aku merancang. Haha. Memanglah kalau kerajaan seru aku berkhidmat aku mahu batalkan saja TRNT aku sebab khidmat kerajaan nampaknya saluran paling efektif untuk aku utilisasi kemahiran-kemahiran aku. Kemahiran apa?

Aku berhenti dulu di sini. Sebagai berkongsi kemahiran pertama, melatih semua pengikut setia kisah kembara aku tentang SABAR. Kau jangan bengang, kawan-kawan dalam bulatan aku sudah lebih dahulu hadapi dugaan penantian ini. Salam Ramadhan. :-)




Saturday, April 22, 2017

Mutual Respect

Guys, if you're looking for a girlfriend or wife, all the best.

Just take a frank advice from me, you should first learn and understand how to respect a lady. Sincerely give them what they deserve, they will happily give you what you desire. But if you only demand your desires from them, they wont even give you what you deserve... let alone what you desire.

That's the formula.

Tuesday, April 11, 2017

First.

Singapura.

Aku sedar singapura dan Malaysia cuma bersebelahan. Mungkin cabaran tak sekuat yang merantau ke Eropah, tapi ini permula aku.

Hari ini jumpa 'bomba'. The thing is at the very first impression I'm impressed. They wore black outfits, and were pushing this trolley full of saving life equipments. I guess they're what we call as bomba and penyelamat back in Malaysia. That was in the morning, when i'm om my way to work. Surprisingly I met with one of the lifesaver again at night, reading nearby a busker. I bet that's his friend busking melodically. His friend's voice is splendid, though.

I guess he caught my attention since he's the one I met in the morning and night on the very same day. Not sure if tomorrow or the day after I'm gonna see him again. And while I'm writing this, suddenly he's singing, replacing his friend. A Thousand Year. Gonna just take note of the song. If someday fate brought him to me, it's not because he's singing but because he's reading.

Anyway, this ain't a fairytale though. I'm no Cinderella haha. Dont try to wait for the sequence of this post huh. Might dissapoint you.

Friday, July 1, 2016

Manusia Pelik.

Aku memang pelik sikit.
Con nya senarai kawan aku tak sampai lah beribu-ribu.
Pro nya senang aku tapis senarai kawan aku. Cuma yang berani hadap kepelikan aku je yang approach dan jadi kawan aku.

Either way, aku bersyukur aku pelik sikit. Meski kebanyakan masa aku rasa terasing. Dari komuniti, masyarakat, kumpulan, hm... aku pun tak pasti kami diasing dan dimasukkan dalam komuniti berdasarkan apa. Tempat asal usul ke? Entah.

Jadi manusia pelik sikit, hidup kau takkan mudah. Tapi semuanya atas kau jugak, macam mana nak hadap. Sekarang aku tengah neutral, jadi aku ok. Sesetengah masa, aku rasa macam nak gila. Nak adapt dengan masyarakat tak sepatutnya susah mana, cuma bila kau tak macam kebanyakan ahli masyarakat, kau akan faham apa yang susah sangat. Masa tu kau sendiri pun susah nak faham.

Just... get hold of yourself. At certain times, you're allowed to hate yourself, despise yourself, loath yourself, cry your eyes out, get insane, but right after that... make sure you get up. Get hold of yourself. Because nobody else will. It's just you. You and only you. The reason to get up? Just so you could help others out, help them to stand back on their feet. Remember that. 

Jadi manusia pelik. Kau terasing.
Ada yang anggap kau saingan kuat tapi kau jangan punya tanggapan sama.
Sebab kau bukan orang lain. (Sebab itu kau pelik sikit).
Kau akan terasing sebab kau tak mahu pandang cara mereka.
Kau akan sendiri sebab kau tak mahu terikut cara mereka.
Cara mereka yang bertentang dengan kemanusiaan kau.

Jadi manusia pelik. Kau luar kawalan.
Ada yang anggap kau ancaman tapi kau jangan tertipu dan ikut percaya.
Sebab kau tahu diri kau. (Kau pelik sikit).
Kau bukan ancaman tapi kau kawan.
Kau kena pertahankan meski mereka lancar serangan.
Pertahankan hakikat kau kawan bukan lawan.

Jadi manusia pelik. Kau dalam kekeliruan.
Ada arus yang kau lawan saat kau cuba berdiri tegak tapi kau harus nekad.
Sebab kau ada yang jaga.
Kau tahu dengan yakin kau akan terus terpelihara.
Kau tahu kuasa sebenar bukan atas dunia.
Dunia tak lebih dari persinggahan.

Jadi, ini hadiah aku untuk semua 'manusia pelik' di seluruh dunia.
Kau memang pelik, tapi bukan aneh.
Kau unik. Falsafah kau tersendiri.
Jangan kau cemar dengan apa pun.
Kita mungkin sama pelik. Dengan cara sendiri.

*Tinggalkan emel kalau kau rasa kau manusia pelik. Aku teringin nak buat kawan.

Thursday, June 16, 2016

Worst.

It hits hard when you look at how far you've been.
Knowing how good your life is.

Thinking how you've been given all the intelligence,
but you dont quite know how you can use it for the sake of Allah.

The worst part of life is that.

Tuesday, May 31, 2016

Complicated.

They used to say "You're so complicated..."

Why wouldn't I be? I don't even wanna live. So every little thing seems too much for me, it's more than I can bear. Especially when life itself is unbearable.

Now, atleast. That's why I'm so complicated I guess. That's why everything is.

Saturday, February 20, 2016

Tahan.

Lupakan cerita karut aku tentang taktik. Dan sebagai tanda pengecut aku pun hide post tu. Mari move on, ke realiti.

Aku fikir aku perlu keluar bertapa. Aku fikir aku perlu pergi menggua. Kalau dah perilaku aku selalu sakiti orang. Kalau dah kata-kata aku selalu kasari orang. Kalau dah hampir semua tentang aku selalu payahi orang. 

Kesal yang peribadi aku tak semanis orang, runsing yang fikiran aku tak sebaik orang. Khuatir yang fahaman aku tak sebiasa orang. Meski tahu perihal hidup orang semuanya perlu tak sama. Aku cuma nak biasa. 

Dan hakikat yang membaca bawa aku ke dunia maya, aku suka. Cara untuk aku keluar dari dunia yang aku sukar nak terima atau diterima. Walau sedar ada masa aku perlu kembali ke dunia nyata. Tapi separuh hati aku pertahan yang itu jalan derita.

Macam mak selalu kata. Dunia ni memang tempat ujian. Ujian yang kadang aku takut tak dapat nak tahan. 

Wednesday, February 3, 2016

Unik atau palsu.

Aku percaya lagu ada pengaruh tersendiri pada personaliti, pemikiran dan perlakuan manusia. Sebab itu aku 'pilih' lagu apa yang aku benarkan diri aku dengar. Namun tak semua orang percaya benda yang sama.

Terpulanglah, itu hak mereka. Apapun, bila aku keluarkan kenyataan-kenyataan macam "lagu ni tak elok," aku sendiri rasa tak selesa. Sebab bukan semua orang mampu dan mahu terima. Situasinya bila mereka dengar dan nyanyi lagu itu beria, sedang aku diam. Kalau mereka persoal barulah aku nyatakan. Lagu ni tak elok. Kenapa? Sebab lirik dia. Sebab maksud dia. Sebab pengaruh dia. Sedang bagi mereka, "lagu je pun..."

Bagi mereka itu cuma lagu, tapi bagi aku itu lebih dari yang kita sangka. Entahlah, bagi aku semua perkara adalah lebih rumit dari yang kita sangka. Lagu bukan sekadar lagu. Filem yang kita tonton, hubungan, hadiah, cara, gaya, kata-kata, segalanya adalah simbolik, ada makna. Cuma seperkara yang aku bimbangkan. Mungkin aku yang lebih rumit dari segala perkara yang aku sangka itu, hahaha. Pemikiran buat aku jadi rumit. Dan semakin aku berfikir, semakin aku merumit.

I guess I'm suffering from overthinking. Sebabnya aku sendiri tak faham segala fikiran ini, dan bila dah terlampau banyak perbezaan dengan orang lain yang nampak lebih biasa atau normal, aku sendiri jadi tak pasti kalau semua yang aku fikir itu benar. Kadang aku jumpa orang yang hadapi benda sama, aku jadi overwhelmed sebab akhirnya aku mampu fikir yang itu biasa. Aku cuma nak biasa. 

Aku cuma nak jadi biasa. Rasa biasa. Sebab kadang-kadang aku penat dengan segala perbedaan ni. Walaupun kawan kata itu unik, tapi apalah sangat kebaikan yang 'unik' boleh beri pada aku. Akhirnya aku cuma harapkan biasa, yang nampaknya terlalu palsu untuk aku.

Monday, February 1, 2016

All The Best Untuk Kau Pula.

Dah lama aku cuba sungguh-sungguh uji kesabaran dia. Tapi biasanya dia tetap dengan attitude malas nak layan itu. Jadi aku cuba lagi dan cuba lagi. Nampak macam sengaja cuba buat dia marah. Ada benar. Gedik, mengada, segala kutukan dia aku terima. Cuma ada sedikit kebenaran lain juga sebalik percubaan-percubaan annoying aku itu.

Gara-gara dia dengan aku macam orang asing. Dia dengan aku masih macam bukan saling kenal. Dengan dia aku macam dengan lelaki-lelaki yang aku tak rapat, yang baru kenal atau yang tak sekepala atau yang cuma kawan kepada kawan aku. Tak berani nak bergurau pun. Bila aku cuba bercakap dia jawab sepatah-sepatah. Bila aku cuba bergurau dia senyum pun kaver-kaver, yang aku faham kami tak biasa bergelak ketawa sama. Bila aku cuba buat dia marah dia macam biasa tetap dengan attitude malas nak layan itu. Aku cuba juga lah walau macam mana pun. 

Sampai kali ini aku cuba dengan lebih konsisten. Dari kesempatan pertama, sehingga kedua, ketiga dan seterusnya setiap kali dapat peluang aku buat lagi dan lagi. Aku buat dia annoying. Aku ulang-ulang taktik yang sama yang aku kira sederhana. Cuma aku ulang-ulang dengan sangat istiqamah, hahaha istiqamah dalam usaha buat dia annoying. Biarlah sikit demi sikit dia layankan. Tapi sikitlah. Tak apa, sikit-sikit dulu. Cuma aku masih teruskan, guna konsep yang sama. 

Yang akhirnya berbuah hasil. Yang akhirnya dia tak lagi 'malas nak layan'. Dia bengang, geram, tak kisahlah asalkan tak lagi 'malas nak layan'. Dan akhirnya sekarang dah boleh bercakap macam kawan sendiri, bukan lagi macam kawan kepada kawan aku lagi. Dah boleh bahan membahan, tak lagi ketawa kaver-kaver macam dulu kala. 

Cubaan dapatkan perhatian abang sendiri lepas bertahun akhirnya berjaya. Tengok... usaha tangga kejayaan oh. Kalau kau seorang adik perempuan yang terasing dengan abang sendiri macam aku, ada kawan pernah cakap... "Memang kau yang kena effort, jangan give up sebab benda ni makan masa...". Memang pun, sebab benda ini dia cakap kat aku masa zaman sekolah menengah rendah lagi. Selama itu, kalau nak tahu.

Tuesday, January 26, 2016

Diam Lebih Baik.

Ini perkara mudah yang semua orang tahu. Mudah untuk diam, biasanya. Malas nak cakap, diam. Tak tahu apa nak cakap, diam. Tak kenal rapat orang yang duduk sebelah, diam. Takut cakap perkara yang malukan diri, diam. Takut kata-kata tak diterima, diam.

Bila ada kekurangan depan mata, diam. Bila makanan tengahari atau malam tak sedap, diam. Bila semua orang meriah bergosip, diam. Bila tak ada benda baik untuk dicakap, diam. Bila marah, diam. Bila geram, diam. Inilah masa-masa yang susah sangat kita nak diamkan. Sedang inilah masa-masa yang kita betul-betul kena diam. Bila kita betul-betul rasa tak nak diam. Masa tu lah sebenarnya, lebih baik DIAM. Sebab masa tu kita sedang emosi, semua kata-kata kita berbaur durjana nanti. 

Sunday, January 10, 2016

Kenapa hidup.

Nampaknya aku memang tak boleh survive hidup dengan manusia normal. Dah dapat housemates yang happening gila pun hari ini aku masih rasa nak mati. Maksud aku, rasa teruk, rasa susah nak bernafas, rasa sesak dada. Setahun duduk dengan diorang aku cukup bersyukur, seronok gembira dan segala yang aku jarang rasa dengan orang lain dalam hidup ni. Tapi nampaknya hidup plain dan fake ini tak mampu tahan lama. Selama ini aku fikir biarlah fake asalkan aku gembira. Tapi nampaknya benda-benda yang palsu macam ini memang ada expire

Jadi aku fikir, kenapa sampai hari ini aku masih hidup? 

Saturday, January 9, 2016

Tersailang.

Berita terbaru adalah aku melawat narathiwat. Lain-lain cuma hal-hal biasa, ujian-ujian biasa yang selalu sailang hamba. Segala berat hati, sakit rasa, betul-betul buat aku nak bercerita. Cuma aku tak berminat nak bercerita berita terbaru itu, sebaliknya tentang hal-hal biasa yang buat aku sebu. Sampai hati aku jadi beku, otak aku tepu. Aku nak bercerita yang itu.

Aku faham ujian yang datang menyailang hakikatnya cuma bertahap kemampuan aku. Namun hati masih gemar terkesan. Aku faham ujian akan naikkan darjat aku. Namun aku jadi kaku tak tahu apa nak buat. Ujian kuat memaku. Sampai-sampai langkah-langkah yang aku susun satu demi satu dah tak lagi mara. Aku nak lompat lepaskan diri pun tak pernah cukup tinggi. Jadi persoalan sama tu berulang-ulang, apa nak buat. Apa aku nak buat. Akal jadi mati. Tubuh jadi kaku. Aku cuma mahu tidur tak bangun-bangun. 

Katanya kalau kau murung jangan sendiri. Banyakkan bersama kawan-kawan. Benar, tapi itu cuma berkesan dengan kawan yang sayangkan kau. Kawan yang biasa selalunya tidak begitu peduli, dan akhirnya kau lebih makan hati dengan kegembiraan mereka saat kau sengsara. Aku fikir mungkin sebab itu Allah ajarkan cara hidup Islam yang berkonsep 'be the best you can be to others'. Supaya saat-saat begini, orang yang hampir sakit jiwa pun mampu rasa lebih baik tentang dunia. Hakikatnya mungkin itu. Tentang dunia itu memang tempat ujian. Tapi siapa yang ada sekeliling kau saat ujian datang itulah yang akan tetapkan bagaimana kau hadapi segala sailangan itu. Jadi saat ni jika aku sedang bersama dengan 'kawan-kawan bergembira', tak patutlah aku harapkan mereka turut serta dalam aku punya sengsara. Yang aku dah tahu ini perlu aku faham. Supaya nanti aku tidak jadi parasit yang persalah-persalahkan mereka yang tidak berkaitan. 

Buntu ini. Apa aku nak buat. Masa ini mungkin kalau aku di bangunan pun aku terjun. Kalau di acu M16 pun aku lebih harap ditembak. Kalau di jalanan pun aku lebih harap dilanggar. Kalau di laut pun lebih harap dibawa arus. Janganlah aku mula berkata-kata seperti si atheis, yang sehabis ujian hanya pandai minta mati. 

Saturday, December 19, 2015

Past Can't Repeat

Watched 'The Great Gatsby'. I guess that's just how the world is.

Gatsby, who once had a great and wonderful past tried to get it back. He lived his whole life working for it, gave everything for that wonderfully wretched past. And how his life ends, perfectly shows how it can't repeat. Where before that life ends, he already had a fortune that he hadn't looked at just because he'd been looking at his past persistently. And that past had ruined his life, too. Just because he kept that hope very severely. 

The past can't repeat. Stop wishing for it. Instead, live your present and let the past be your sweet memories. That you can recall whenever present hits you hard and you feel like losing yourself. I guess that's what past is all about. Atleast, that's what James Gatsby had taught me very deeply.

Sunday, December 13, 2015

Rebound.

Dah ada yang join airforce, darat, dan laut sendiri. Dari kalangan kawan-kawan zaman diploma aku. Kawan-kawan main-main dulu. Sekarang, Betul kah aku nak lepaskan cita-cita aku?

Tahu tak, kalau mahu aku boleh kekalkan cita-cita tu walau jauh mana pun dia dah melayang. Cuma aku... yang bila makin tak dapat, pilih untuk lepaskan. Nampak macam aku mudah give up, kan? Tanpa ambil kira berapa lama aku pertimbangkan. Bila aku pilih untuk lepaskan, aku adalah seorang yang mudah give up. Tak kira apa. 

Tapi kalau aku kekalkan walau apa pun jadi, aku takut aku kekalkan atas dasar ego. Kerana aku dah kata aku nak jadi, aku nak jadi sebab aku nak tunaikan kata-kata aku. Kalau atas dasar itu, aku ragu boleh bertahan ke aku lalu benda-benda sakit tu? Sebab rasanya aku dah tak macam dulu, yang tak peduli sakit penat segala. 

Sebab aku dah mula selesa. Sejak aku kenal zon itu, aku dah senang selesa.

Friday, December 11, 2015

Zaman Apa Lagi.

Zaman-zaman jiwa kacau ni dah berlalu. Atleast, aku fikir begitu.

Tapi tiba-tiba baru-baru ni aku termakan racun lagi. Racun pemikiran. Yang buat segenap tubuh badan aku tanggung kesannya sekarang. Pernah dengar tak... "If you judge a fish by its ability to fly, you'd kill him?". Benda-benda macam tu lah. 

Mampu aku buat sesuatu, bukannya sesuatu yang aku buat sekarang. Kerana itu aku jadi pemalang. Screw up sana sini. Sampai bila pun tak pasti. Tapi kalau fikir lama, wujud aku kat sini cuma sekadar untuk jadi loser kah? Kau tahu kah rasanya jadi loser...

Kenapa. Bila kau tengok orang boleh senang hati macam tak akan mati. Bila kau tengok orang boleh buat sewenang-wenang macam tak akan pulang. Bila kau tengok orang boleh pergi macam tak akan kembali. Bila kau tengok orang boleh buat itu ini sedang kau masih berdiri kira satu per satu konsekuensi.

Kau nak merokok tapi takut rosakkan jantung. Kau nak hisap dadah tapi takut rosakkan badan. Kau nak fanatik kpop tapi takut rosakkan pemikiran. Kau nak fanatik barat tapi takut rosakkan kepercayaan. Kau nak bergaduh tapi takut rosakkan kebaikan. Kau nak bertumbuk tapi takut rosakkan keperibadian. Kau nak kejar duit tapi takut rosakkan prinsip. Kau nak terjun laut tapi takut mayat tak diterima bumi.

Jadi... ini semua apa? dan bila aku sedar, aku yang tentukan samada ini sejenis ketakutan atau pemeliharaan.

Tapi masih... nak anggap ini benar-benar pemeliharaan, takut itu kekaburan.

Cari Kawan.

Maaf aku tak cari kawan macam yang kau harap.

Bila kawan datang aku terima masuk dalam hidup aku. Cuma itu yang aku mampu. Untuk aku jemput dengan rela hati terbuka, itu tak mungkin berlaku. Sebab aku cuma tahu yang itu tak akan lama. Jemputan aku biasanya sementara, entahkan mereka yang memang tak mahu lama atau aku yang tak biasa. Jadi hanya bila mereka sanggup merendah hati meminta masuk kotak selesa aku yang sempit, aku dengan lapang hati terima mereka masuk dan berkongsi ruang segenap dimensi. 

Paling penting, aku tak mahu tersalah memberi jemputan. Biarlah aku tersalah beri izin untuk masuk, tapi jangan aku yang tersalah menjemput masuk. Kerana yang minta untuk masuk itu, setidak-tidaknya aku sekadar memenuhi permintaannya untuk masuk. Alangkan yang aku jemput masuk itu, apa kebaikan yang aku buat padanya kalau jemputan itu tidak benar?

Kawan memang aku tak cari. Mungkin sebab itu ada kalanya aku bosan. Tapi kawan yang datang aku tak buang. Dengan cara itu aku cuma ada kawan yang mahu tinggal dalam kekacauan aku. Yang mahu main bersama dalam keserabutan aku. Memang. Kadang bosan. Tapi cukuplah dengan apa yang ada. Dan mampu bertahan pun kerana bumi masih luas.

Kata...kata.

[Last update, Oct 20. Hehee...mana lah pergi azam nak update selalu tu.]

Bila-bila. Apa yang kau kata hari ni, akan makan kau esok. Macam apa yang kau kata lima tahun lepas makan diri kau hari ini. Kau tahu. Apa yang aku kata ini.

Maaf lah sebab kata-kata aku selalu menyakitkan. Kata-kata aku selalu makan dalam.
Itu kata-kata yang aku rasa perlu kau tahu, sementara kata-kata aku yang sifatnya tak begitu aku lebih pilih untuk pendam. Biar aku sendiri yang faham. Kerana faham itu banyak dimensi, aku risau sudut yang kita ambil untuk terjemah kata-kata yang tak penting itu masing-masing berbeza. Akhirnya jadi punca. Telagah sampai timbul sandiwara. Drama. Sampai kau dan aku tak lagi bicara. 

Aku faham. Sebab dah banyak macam itu. Cuma segelintir yang mampu bertahan, tetap di sisi walau aku menarik diri. Aku memang akan tarik diri, bila aku rasa kau tersakiti.

Tuesday, October 20, 2015

Positif Negatif

Hari ni dah tak lagi fikir apa yang aku tak dapat. Sebab banyak sangat yang aku dah dapat. Satu benda tentang Terengganu yang aku masih tak faham, walau macam mana aku resist perkara-perkara kat Terengganu ni, masih banyak lagi yang baik-baik datang. Maksudnya continuous negative vibes yang ada kat aku tak hentikan positive vibes yang nak datang. Aku pun tak faham kenapa, tapi macam itu lah flow nya kat Terengganu ni. 

Jadi untuk semua ni, Alhamdulillah. 

Nurhafidzah Abdul Wahab