Wednesday, April 6, 2011

jom tengok balik...

kenapa kita memblog? sebab apa ya...
sebab nak menulis. lama-lama baru aku sedar, memblog tak seseronok menulis diari. patutlah...
lepas baca satu research tu, rupa-rupanya bila kita menulis dengan tangan, ada hormon tertentu yang akan membuahkan lebih banyak idea, berbeza dengan cuma menaip sebab kita hanya menekan-nekan keyboard papan kekunci. patutlah...

patutlah bila buat assignment selalu kering idea. patutlah bila rasa nak tulis sesuatu, kalau on blog untuk update, sangkut tiba-tiba. sebab ni rupanya. disebabkan menaip, jadi minda tak begitu terangsang untuk berfikir dan keluarkan idea-idea yang sepatutnya.

apakah maksudnya aku akan berhenti berblog? tah... tak kot. cume aku takkan paksa2 diri update blog lagi. aku harap untuk masa terdekat ni aku akan kontemplasi lagi pasal penulisan-penulisan aku. supaya aku tak tulis perkara yang sia-sia...lagi.

tak mahu sia-sia...

mungkin tak faham...

tulis dari hati... kalau tak, tulisan itu sia-sia.
itu sangat mendalam.

ok? hari ini, dan sebelumnya aku agak runsing. pening macam kepala pusing. keliru.

keliru aku dengan mereka. kadang-kadang aku tak sedar dan tiba-tiba mereka 'hilang'.
kadang-kadang aku berkata dan tiba-tiba mereka menyita. kadang-kadang aku tenang dan tiba-tiba mereka mahu perang. kadang-kadang aku pun tak tahu.

bila aku risau mereka tak pernah ada. bila aku ngeri mereka tak peduli. jadi mengapa bila aku bahagia?

bila-bila aku terfikir. aku mengintai dunia dari ruang yang terpinggir. mungkin lebih baik berhijrah dan bermusafir. merentas dunia dan jauh dari hampir. seberang sungai yang mengalir. meneliti kesesatan orang-orang kafir. mengingatkan diri yang tersingkir.

aku jatuh tersadung. berhujan tanpa payung.

ah...mungkin semua itu cuma perasaan. kenapa perasaan memberontak? tak tahu... oh, mungkin.
baguslah. bagus... hati kamu jangan biarkan jadi pemberontak, meski semua di sekeliling kamu baling bom pada kamu. kalau kamu rasa mereka semacam, selagi mereka tak beritahu apa salah kamu. kamu fikir sendiri dan jika kamu masih tak dapat detect, biarkan sajalah. mereka rasa kamu salah dan tidak pula mereka tegur salah kamu. kenapa? buat kamu rasa kamu salah tapi kamu tak tahu kenapa. tiba-tiba saja menghukum dan balingkan bom kepada kamu. sudahlah... tak perlu risaukan sangat kot. bom itu mereka baling, tapi belum tentu mengena kamu. bom itu menuju ke kamu tapi belum tentu ia meletup. kalaupun bom itu meletup kamu, belum tentu kamu hidup atau mati. cuba lah hadapi dengan berani. kalau mampu, tanyakan untuk apa bom itu dibaling ke kamu. kalau perlu cuba ambil dan 'pulangkan' semula bom itu ke mereka.

aku pun kadang-kadang letih dengan kerenah mereka...

Monday, April 4, 2011

feedback

untuk perkhemahan kesatria negara II?
hari tu tak sempat lah  komander, mase tulis tu sikit sangat tak sempat nak fikir.
tapi kalau serius nak tau...

aku letak sikit feedback lah eh. tapi ni personally lah... orang laen mebi rase laen.

bende baru yang aku dapat:
teknik abseiling - even tak sempat pratikal, tak kesah la sebab aku tau care die skarang.
bace peta n kompas - lagi2 kompas la...ni kompas moden ah, bukan kompas org dulu2 yang simple tu...
kenal sket2 attitude member2 puncak alam - whoa...no komen, bia aku dengan impresi sendiri.
kenal lebih sikit budak2 puncak alam - ikhlas ni dowh...mase jambori dulu bape org je, mase refreshment ngan dinner tak sempat nak kenal2.
mule reti hargai air minum - haus sangat tak sempat minum mase latihan, so skarang bile minum air je aku rase nikmat gile!

baru paham nape orang penat slalu kate "tak larat" - ni mase kitorang mandi kolam awam hutan lipur tu. bola tercampak kat sungai luar tembok kolam tu. aku turun sebelah sane untuk amek bola kat sungai tepi kolam tu. tengah2 antare sungai dengan kolam tu ade lak tembok tinggi gak. nak terjun pergi belah sane memang senang, tapi nak panjat naik balik... sampai ade rase nak giveup sbb dengan ketinggian atas paras kepala, aku kena push lebih sikit untuk panjat. tapi mase tu tak boleh nak push sebab penat gile... member2 tak tolong sebab diorang ingat aku boleh handle. masalah nye mase tu aku PENAT GILE dowh... tapi Allah bagi aku sikit lagi tenaga, cukup2 tuk aku panjat tembok antare kolam n sungai tu. dapat2 naik atas tembok tu, dah habis tenaga, tak boleh nak turun pelan2 dalam kolam... aku jatuhkan je badan dalam kolam tu. wa...puas gile sebab success!

yang tak bape nak sonok tu...
flying fox punye kabel putus jadi semua tak dapat buat. tapi takpe lah... takde rezki namenye. kalau aku dapat buat lagi kang, takut jadi pro sangat sebab asyik dapat buat je kan...
river crossing pon tak buat, mebi sebab tak cukup mase. emh...

lagi...dah tak bape nak ingat. tunggu eh, len kali kalau ade lagi aku edit kat sini. stakat ni, ni lah... kat sini korang bace bende2 yang positif je sebab aku malas lah nak tuils yang negatif. bukan takut komander2 tu terbace... bahkan aku rase macam tak mungkin diorang lalu sini dan bace blog ni kalau aku kutuk2 pon. cume tu etika sendiri la... kalau aku tulis kutuk2 diorang pon, pe faedah kat korang? ape lak faedah kat aku?

yang positif banyak faedah jadi aku tak kesah la nak tulis bende2 tu. faedah kat semua... sedar tak sedar, there must be something...


Monday, March 28, 2011

markah

papp! belakang aku dipukul. die cakap "kau ni suke macam tu...!".

sume nye sebab aku tak tengok carry marks untuk subjek pn lina. kelas pn lina-skrip tv habis awal hari ini, dan kami dibagi peluang tengok carry marks. masa yang lain berkerumun tengok markah, aku salam pn lina dan keluar dari bilik kuliah. sampai2 bawah, nama aku dipanggil. toleh2 rupanya sorang classmate aku, tanyakan markah aku. jawap aku "tah...aku tak tengok." dah cukup untuk buat dia angin. sebab sebelum ini pun dia tanya markah aku sem lepas tapi aku tak tengok2. suruh kawan yang aku percaya tengokkan, asalkan tahu aku lulus semua dah cukup. tak perlu lah tahu lebih...tak perlu bagi aku. dan aku rasa tak perlu bagi yang lain untuk tahu markah tu. jadi maaflah bila aku tak bagitahu markah aku bila kalian tanya...sebab mungkin aku sendiri tak tahu markah aku, sebab aku sangat2 tak mahu tahu.

bukan sebab aku tak mahu terima kegagalan, atau kecorotan atau ketidakpandaian. cuma aku tak suka, sangat tak suka dengan markah. markah yang tinggi tak patut jadi kayu pengukur kejayaan atau ilmu. biarlah aku terus belajar untuk ilmu, bukan untuk markah.

memang markah tu penting, tapi biarlah... biar aku. memang dalam sesetengah keadaan markah sangat berfungsi dalam meningkat semangat tapi biarlah. aku tak mahu dipengaruh pesimistik. pesimistik terhadap pensyarah. sebab kadang2 aku pun ada rasa sesetengah pensyarah tu sangat bias, atau kata lain diskriminasi. jadi kepakaran mengambil hati sangat penting dalam kehidupan di universiti...mungkin. dan aku tiada kepakaran itu, sejak zaman sekolah aku cuba mengelak berurusan dengan guru. aku tak kata semua tapi tetap ada pensyarah yang bias, itu aku faham dan tak salahkan mereka sebab mereka manusia juga. ada perasaan... dan menilai juga. kadang2 perasaan pengaruh mereka dalam menilai. itu bukan salah mereka. sebab kalau di tempat mereka pun aku mungkin terbawa2 dengan perasaan juga... kalau tak banyak pun sikit, tapi ia tetap ada... mungkin. maka aku pilih untuk tidak ambil tahu sejauh mana perasaan mereka menilai aku. atau serendah mana mereka memandang aku. dengan itu aku boleh terus barbaik sangka pada mereka.

pemarkahan di universiti sangat bergantung pada pensyarah. ada antara mereka sangat professional dan boleh menilai berdasarkan pencapaian pelajr dalam subjek. tapi tak kurang juga yang menilai berdasarkan keseluruhan diri pelajar itu sendiri. atau mungkin memang itu cara yang sebenar, aku tidak tahu. markah yang mereka beri pada aku boleh menggambarkan tanggapan mereka pada aku, bagi aku. dan itu akan membuahkan tanggapan aku pada mereka. jadi bagi mengelakkan aku berburuk tanggapan pada mereka dengan markah yang dibagi, aku memilih untuk tidak ambil tahu markah tersebut.

aku tahu, dalam markah juga tercerita sebanyak mana usaha kita. kalaulah markah aku sikit, mungkin sebab aku kurang usaha. tapi kadang2 ada yang menghasut kita... katanya "ala... dengan lecturer ni, buat elok mana pun kalau tak pandai bodek dia takkan dapat markah tinggi.". ya lah... manusia selalu bagi alasan untuk lepaskan diri sendiri. instead of salahkan diri tak cukup bagus, kita salahkan lecturer tu yang pilih kasih. yang salah dan betul jadi kabur. jadi daripada keadaan jadi seburuk itu sebab aku tak pandai kawal emosi, mungkin lebih baik biarkan semuanya neutral. tiada tanggapan bukan2. aku teruskan hidup dengan aman. siapa betul siapa salah bukan masalah...

Saturday, March 26, 2011

awasi peri-badi.

ok.

lupekan pasal komander dan tae kwon do. jom tengok progress dalam hidup lak. ade terfikir2 untuk buat sesuatu, tapi selalu ade yang tak kena lah. 'buat sesuatu' bukan dengan tujuan nak ubah seluruh hidup aku, tapi sekurang-kurangnya ubah persepsi aku pada hidup. bukan senang untuk hadapi hari-hari dalam hidup bile impresi pada hidup tak seindah dulu. mungkin dengan sikit anjakan dari dunia yang bukan dunia harian aku, hati boleh tergerak... tapi papepon dengan izin Allah gak lah. ape yang boleh aku kate pasal hidup sekarang? susah? payah? penat nak hidup?

tak tau lah... mungkin benda tak seteruk yang aku sangke, cume sekarang aku tengah keliru. keliru dengan semua haru-biru yang aku lalu. harap nye aku boleh duduk dan menung2 je, kontemplasi peri hal hidup aku sekarang. tapi datang lak anasir2, parkir dalam otak yang berfikir. semua nya bahana sikap prokrastinasi yang aku senangi sebelum ni. *prokrastinasi? hahaha!... assignment ayah agi, biografi dan adaptasi, skrip puan lina dan lenny, dan sir maranmani -ah... asalkan aku bahagie, aku bahagie je tulis name die macam ni. tambah assignment group ctu lagi. sekarang makan padah lah sebab melengah-lengah.

kalau lah aku boleh elak kata kalau... dan aku harap aku boleh kurang kata harap... dan boleh2 aku tak nak kata tak nak...  mungkin tak mengapa aku kata mungkin. tahu? kalau tu kata2 orang yang tak cukup bersyukur. harap tu kata2 orang yang tak mahu usaha. dan tak nak tu kata2 aku? em...mungkin.

tanya ini tanya itu, oah sangat rimas! dan aku selalu terus tanya dan tanya. rimaslah mereka. kadang2 macam aku sengaja -rimaskan mereka, haha. kadang2 macam aku memang nak tahu. kadang2 macam aku memang dah tahu. tapi kenapa tanya? kadang2 macam untuk ingatkan je. kadang2 macam aku dah runsing sangat - otak tak dapat berfungsi dengan baik. kadang2 aku saja2 nak tanya... kamu rasa?

dan ego tinggi.

dan untuk benda-perlu-ada ;
perhati dan cari, yang indah2 dalam destini. hari ini...?
mungkin sangat patut disyukuri, bila aku sedar aku makin tak sedar diri.  >__<

 mind-setting dah terpelanting-lanting,
     behaviour dah makin bahaya.
terus macam ni dan aku akan binasa sekelip mata.

jadi tolong ingat... dan tolong ingatkan aku -ana raffali-, siapa yang patut aku kejar sebab aku dah makin tersasar. semudah kacang aku lupa. yang aku kejar sekarang bukan siapa2. bukan pulak dia yang akan tolong aku kat sana nanti, sedang diri dia sendiri pon tak tertolong, melainkan dia tu... (*tak perlu cakap). dan semua perlakuan aku baru2 ni, sangat menjatuhkan air muka malahan muka juga jatuh. bukan lah aku tu warak, tapi tak perlu lah nak tunjuk perangai haprak. tak perlu lah. perlakuan sangat mengecewakan dalam bulan ni... kepada yang terlibat, terbabit, tersabit, maaf. bulan ni aku lupa diri sikit... mungkin banyak, tapi InsyaAllah aku cuba betulkan. bukan nak hipokrit, tapi kena ingatlah...nak tak nak jadi baik memang atas kita. tapi perlu tak perlu, harus tak harus, mesti tak mesti jadi baik, atas agama. atas yang Nabi ajar pada kita.

kenapa nak kisah? 
  "jadi diri sendiri... jangan hipokrit"
    "nape nak susah2 pike baik buruk pape?"

bukan nya apa-apa. cuma sebab ada hidup lepas kematian. sebab semuanya ada perhitungan. sebab semuanya ada kesan pada masa depan. kalau masih belum kira masa depan akhirat, sia-sia kira masa depan dunia. semua yang kat dunia akan ditanya, diungkit di akhirat. dengan apa yang kau buat di dunia, dapat ke selamat di akhirat?

dan peri hal diri macam ada badi... akan sentiasa di datangi misteri. :-]

Wednesday, March 23, 2011

dan lagi...

ingat tak sebelum ni ak ade citer pasal dinner komander? mase tu aku kena pegi dinner dan lepaskan can untuk pegi merantau ke pulau... lepas ni minggu depan akan ade camping untuk HBU121-kesatria di Ulu Bendul Negri 9. tarikh 1, 2, 3 april... combine ngan komander puncak alam neh, (tp diorang cam ramai) so rasenye memang ramai lah. bile ramai mesti rileks2 je, tak perlu la nak denda2 24/7 kan... tp denda memang lah mungkin ade, tapi tak lah sebanyak mane kot. rileks punye...

waa... sounds great! ade lak banyak benda yang challenging kat situ - kate nye. jadi aku dah tertarik nak g... cambest je. tapi tetibe aku teringat... grading 3 april lah?!!!
grading tu ape? penting ke?

well... grading tu ujian peningkatan tali pinggang untuk tae kwon do. untuk silat, diorang panggil bengkung. dan ini bukan selalu ade... terlepas sekali maknenye kena tunggu lame lagi baru ade balik, baru dapat amek. JADI?

macam mane nih... bile nak pegi program kesatria mesti ade lak tembung ngn benda2 penting yang lain. nak ke aku korban semue semate2 kesatria? kawan aku kate... ni bagi ko tande untuk terus komander atau benda2 lain. pilih quit komander atau korban je SEMUA yang lainnye? die suggest : quit je...

lah... aku tak lah sampai nak quit. aku bukan gak tamak atau jipang nak sume. ini pon dah tolak benda2 lain yang aku nak masuk... force, karisma, projek klas, etc etc etc aku dah anaktiri kan. tolak2 tinggal komander, tae kwon do dan segale assignment yang dah lame jadi anak terbiar. aku kisah pasal kesatria dan tae kwon do je skarang... huhuu... aim dah lari, kan? antare dua ni pon dah buat urat kepale aku timbul sebab fikir tau... ape lah.

aritu dah miss tournament, jadi aku fikir mungkin aku boleh ok kalau miss grading ni. tapi tak sedar aku ade rase sesal SIKIT tak g tournament. nak2 plak syed faris sebut, sebut, dan terus sebut pasal tournament. hati dah ok memule pon jadi tergerak balik. betul2 ke aku rugi sebab tak pegi tournament? skarang cume aku rase ade bagus nye aku tak pegi tournament tu. atas sebab ape skalipon mesti ade hikmah. tapi camne lak dengan GRADING ni? grading ni macam ujian2 yang korang amek untuk kuliah @ kelas jugaklah. aku nak amek sebab nak upgrade level aku. lagipon dah 2 tahun jugak aku tak amek grading?

grading, camping, grading, camping, grading, camping, grading, camping...
erh, dilema lagi


Sunday, March 20, 2011

Dinner Komander.

sini ada cerita.
cerita yang tak ada makna.
tapi aku ada kat sana.
nak buat macam mana,
nak tak nak kena pergi juga.

jadi ni lah, cerita dinner komander kesatria
kampus puncak alam dan puncak perdana.

basic nye majlis tu sama macam dinner2 yang lain. pergi hotel, duduk, dengar ucapan, alu-aluan, makan dan persembahan. sebab tu lah... aku tak ada bahan nak cerita pasal dinner tu. pergi pun macam yang korang baca kat atas, nak tak nak kena pergi juga. sebab dinner ni diwajibkan macam tahap "kalau tak pergi, nahas kau!"

dan sebab "kau baru junior, jangan nak skip2 lak.." yang secara person-to-person diucapkan kat aku, aku lepaskan peluang merantau ke pulau. dan aku pergi dinner. dinner yang...

maaf lah, no offense, aku kata dinner ni tak seronok tak lain tak bukan cuma sebab aku tak suka pergi majlis2 macam ni. jadi kalau nak tanye dinner ni best ke tak, jangan tanye kat aku sebab jawapan aku same je dulu, sekarang dan selamanya. dan komander2 sumer, jangan kecik2 ati lak... aku bukan ngate dinner korang ni, aku ngate sumer jenis dinner.

oh, tolong!!! aku nak main payung terjun... sape cukup berani untuk pergi dengan aku?