Monday, February 20, 2012

karma


"kalau kau nak orang respect kau, kau kena respect orang lain".

aku tahu itu, dan aku faham sangat. kalau aku nak orang turun masa aku buat refreshment, aku kena turun masa esman buat riadah juga. dan kamu kata ini cuma sebab aku tak turun waktu riadah yang aku sepatutnya turun petang itu, jumaat lepas. aku tahu.

aku kata maaf sebab aku tak turun yang itu. bukan sebab aku tak respect esman, atau kau atau siapa-siapa. aku cuma tak suka dekat dengan 'dia' yang dalam diam kata aku tak patut ada dalam kalangan kamu. aku tak turun masa kamu buat persiapan untuk camping, yakni masa aktiviti kompeni petang jumaat itu, kali itu, sebab 'dia' ada dan aku tak nak 'dia' terus menganjing kewujudan aku dan buat aku patah hati 100% dengan kamu. macam-macam mana pun aku sangat berterima kasih pada esman sebab tak balas dendam sebab aku tak turun petang itu, dan tetap turun malam itu untuk refreshment yang aku buat.

aku turun aktiviti kompeni selama ini bukan sebab nak kamu turun refreshment yang aku buat pun. satu yang aku harap kamu faham... bila aku turun aktiviti kompeni, cuma sebab aku masih boleh tahan dengan apa yang aku expect untuk masa itu. dan bila aku turun awal, cuma sebab aku ada hati dan semangat nak turun. dan kalau aku tak turun, itu sebab aku tahu ada sesuatu yang diri aku tak akan tahan. maaf juga untuk ini. untuk sesuatu yang aku tak boleh tahan. baik datang dari kamu atau dari 'dia' atau dari sesiapa juga, ada masanya ada perkara yang aku tak mampu tahan. macam yang aku kata, aku tak kisah kalau kamu pukul aku, tepuk tampar aku, cubit aku, jentik aku, aku betul-betul tak kisah. tapi yang aku kisah bila kamu toreh hati aku, dengan sekecil-kecil pisau lisan, dengan seremeh-remeh hal perkataan, lagi-lagi yang melibatkan kompeni.

maaf sebab hal jadi macam ini... mungkin kalau aku tak peduli pasal kompeni, hal-hal macam ini tak payah jadi kot. mungkin benda akan jadi sesimple yang mungkin. tapi maaflah... sebab aku sayang kompeni. maaf sebab aku sayang kompeni, maka aku jadi macam ini.

Thursday, February 16, 2012

Hipokrit tak aku?

Aku tak boleh senyum bila aku tak rasa macam nak
aku tak boleh buat-buat happy bila aku tak
aku tak boleh gelak-gelak bila aku sedih
aku tak boleh kata aku suka benda yang aku tak suka
aku tak boleh hadapi apa-apa bila aku tak nak
aku tak boleh kata 1+1=3 selagi aku tak faham
aku tak boleh kata semuanya ok bila aku tak ok
aku tak mampu
maaf sebab aku tak boleh
memang... aku tak mampu jadi macam kalian...
jadi, maaf.

aku tak suka kawan-kawan aku mengata orang depan aku
aku tak suka hadapi hal-hal yang sakit
        sakit badan aku tak kisah
    tapi sakit perasaan aku tak betah
sebab itu aku terpaksa jaga diri
supaya aku terjauh dari semua yang boleh menyakitkan
jauhi happiness pun aku sanggup
               kalau ia boleh buat aku sakit di penghujung detik

tapi sakitnya bila hakikat dan fitrah kepung aku
tanya kenapa aku jauhkan diri dari mereka
pilihan aku kenapa terlalu begitu
aku masih juga manusia

habis apa yang aku kena buat?

macam mana...                                         macam mana...
     macam mana...                               macam mana...
          macam mana...                     macam mana...
               macam mana...          macam mana...
                    macam mana...macam mana...
               macam mana...          mcam mana...
          macam mana...                    macam mana...
     macam mana...                              macam mana...
macam mana...                                        macam mana...

macam mana kalian nak aku jadi?
watak apa yang kalian nak bagi?

pura-pura bergembira dengan kalian?
bukan tak pernah.
tapi bila aku buat-buat gembira
kalian yang tak gembira akhirnya
dan alasan kalian aku terlalu tajam berkata-kata

lalu aku diamkan lisan
pendamkan lidah yang tajam menikam kalian
tapi bila aku diam diri
kalian yang buat tafsiran sendiri
dan kaitkan aku dengan yang aneh-aneh

kalian suka fikir pelik-pelik
jadi aku tak dapat faham kalian
dan tak dapat pastikan
jadi aku tak boleh main lakonan
act macam apa yang kalian mahukan
aku cuma mampu jadi aku
jadi maaf kalau itu menyakitkan kalian
bila aku tak mampu jadi macam kalian


Let's just split
go your own way,
and let me, mine


Just let me be.


I found my turning point
I faced my falling down
I forced my survival


Just please...
please don't make me turn back


But please...
 don't just let me go

Sunday, February 5, 2012

tambah tolak

Alhamdulillah. kadang-kadang bila semuanya macam mudah, kata orang semuanya 'smooth' je, aku rasa pelik. kenapa dalam hidup aku banyak perkara berjalan semudah itu... aku bukan persoal, aku cuma tertanya apa yang sebabkan perkara-perkara dalam hidup jadi mudah. macam-mana pun, aku bersyukur juga. itu memang rahmat...

tapi aku terlupa... banyak kemudahan itu sebenarnya mungkin sebab doa-doa mereka yang sayangkan aku cuma aku tak perasan.

mungkin atas tiga sebab utama yang nampak kabur, banyak perkara dalam hidup boleh jadi mudah...

- Allah izinkan.
- Doa dari Muhammad bin Abdullah (SAW) - utk umat2.
- Doa dari mak - dari mak aku untuk aku dan dari mak kamu untuk kamu.

pernah terfikir ? angkuhnya manusia bila mereka mula fikir yang segala kemudahan mereka hari ini adalah sebab diri mereka sendiri, sebab keabikan-kebaikan yang mereka lakukan. kalau lah... kalau kemudahan-kemudahan dalam hidup ini sebab kebaikan kita, rasional ke? cuba adakan timbangan kiri dan kanan, guna lah dacing ke, apa-apa ke, dan letakkan dua perkara unuk ditimbang. di sebelah kiri letakkan kebaikan-kebaikan yang kita buat, di sebelah kanan letakkan perkara-perkara yang dipermudahkan dalam hidup sepanjang kita hidup, kau rasa mungkin ke yang kiri lagi berat dari kanan? bahkan... mungkin ke kiri dan kanan seimbang?

untuk rasa kemudahan-kemudahan yang kita rasa hari ini berpunca dari kebaikan-kebaikan yang kita buat... betapa angkuhnya lah kita. kebaikan yang kita buat pun tak banyak mana... belum kira dosa yang boleh kurangkan timbangan kebaikan kita lagi...

Tuesday, January 17, 2012

bosan itu lelah.

salam.

Ahad lepas aku ke Kuala Pilah, Negeri 9. Rombongan mendaki Gunung Angsi anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Jasmine, UiTM Puncak Perdana. Ini antara program-program yang aku sertai dalam usaha pencarian aku. Sebelumnya aku ada juga pertaruhkan sabtu ahad aku setiap minggu untuk kurangkan penglibatan aku dalam hal komander, dalam level komander. Bukan untuk ketepikan hal komander macam itu je lepas habis kontrak kokurikulum, cuma aku terpaksa usaha untuk cari balik. Tapi taruhan aku kabur, yang aku pun masih belum jelas dengan kepastiannya. Macam2 dah alternatif aku untuk usaha. Usaha untuk cari hati baru, rasa baru. Rasa yang hilang di Puncak Perdana, aku cari di puncak Gunung Angsi. Betul... aku sertai pendakian itu dengan harapan akan temu balik hati yang hilang tercicir entah di mana, yang hilang dalam perjalanan hidup komander. yang hilang dalam dunia komander. yang hilang dari dunia komander. hati aku dah hilang untuk dunia komander...

memang itu kah yang jadi, atau aku yang buat mind-setting macam itu?

aku manusia juga... macam mana aku nak cakap dengan orang yang hadapi ini. kalau aku nak cakap pada orang yang rasa macam yang aku rasa sekarang, aku nak cakap pasal pilihan. manusia ada pilihan. setiap hari ada pilihan. setiap hal ada pilihan. setiap perkara. pilihan bagaimana persepsi kita pada sesuatu, pada keadaan kita saban hari, atau dalam masa2 tertentu. bila kita ada keberatan, kita ada pilihan. contoh... sekarang bila rasa macam ini, kita ada pilihan sebenarnya samada kita mahu anggap positif dengan ini atau kita mahu anggap negatif. itu aku akan cakap kalau kalian nak mengadu pada aku perihal perkara yang aku adukan dalam ini, masa ini. jadi aku sebenarnya ada pilihan... nak fikir positif atau negatif. kalian jugak.

katakan aku kata aku dah tak ada hati dengan dunia komander, seterusnya apa?

i- bila kahwin, lepas suatu tempoh, mungkin aku akan rasa macam ini lagi. rasa dah tak ada hati. tapi adakah masa itu aku akan pergi je tinggalkan semuanya? macam yang aku buat dulu, dan macam yang aku terfikir nak buat sekarang...

Sunday, January 15, 2012

tolong jangan baca.

sebab aku cuma mahu tulis.

..........

melampau.

menyibuk.

keji.

zalim.

menganiaya.

annoying.

aku minta maaf.

macam mana nak hilang tanpa masalah?
macam mana nak hilang tanpa timbulkan spekulasi2 dalam kalangan mereka yang suka berkata-kata?

dua tiga hari lepas aku fikir aku sudah sedia menjalani hidup kembali.
tapi dua tiga jam lepas aku masih punya perasaan itu... sakit. sangat.
tak berbaloi untuk hidup.
tak jadi penambahan dari setiap kebaikan.
jadi lebih baik jadikan ketenangan dari setiap kejahatan.

apa nak buat dengan hidup aku kemudiannya?
betapa indah sekalipun aku rancangkan,
aku dah tak dapat kawal diri sendiri.
dah tak ada yang boleh kawal.
dah tak ada kawalan diri.

jadi diri dah tak patut ada, aku rasa.

Saturday, January 14, 2012

biar atau tak biar?

salahfaham-salahfaham yang timbul, patut kah aku peduli?
itu semua memang kah salah faham atau sudah faham...?

yang aku sangka salah faham...
benarkah ia cuma salah faham, atau ia memang itu?

aku yang ignorant, tak mahu ambil tahu.
dan seterusnya aku akan terus tak tahu.

aku yang sayang organisasi, mahu ia terungkai.
tak mahu gunakan 'biarkan si luncai'
tak mahu ada yang terabai.

aku fikir aku sayangkan organisasi
tapi nak ditahan, semuanya macam dah langsi
jadi aku fikir biar aku jadi ignorant, macam dulu (yg sgt dulu, mse di zmn sklh. kt u ni ak buang sifat tu)
biar gempa, ribut, taufan sekalipun, biar semua berlaku

syukur tiba2 JPK buat hiking, dan bila aku kata JPK, maksudnya tak berkaitan dengan dunia komander. aku boleh keluar dari kebiasaan. boleh cari cabaran.

sebab ini aku suka sangat benda2 adventurous, challenging, dan semua yang boleh dikata
yang ada risiko tinggi, kemungkinan banyak, keselamatan tak tentu, dan jaminan kurang.

hal2 yang buat aku rasa hidup tergugat, nyawa terliat. sekurang-kurangnya bila aku dapat lepasi hal2 macam itu, aku tambah sedikit yakin dengan tahap survival aku. maksud aku... kalau benda yang bermain dengan nyawa pun aku boleh survive... kenapa benda yang seremeh hal komander aku tak boleh?

kalau survive dalam hal2 itu, kenapa dalam hal komander aku sangkut pula?
kalau survive la... kalau tak survive, memang patut lah.