Wednesday, September 25, 2013

Cuba.

Salam.

Tadi aku terjumpa ini. Memori lama. Antara perkara-perkara yang aku kata yang indah pun sakit jugak sebenarnya. Sakit bila semua tu dah tak ada dalam hari-hari yang ada dalam hidup. Tapi kena teruskan jugak lah hari-hari yang mendatang tu. Aku masih nak cakap pasal memori? Aku jugak yang sakit nanti. Patut tak tukar topik...

Tadi aku pergi PKP (Pusat Kesihatan Pelajar - lebih kurang PK lah kat UiTM). Buat medical check-up untuk pendaftaran (sepatutnya aku bagi laporan peubatan tu masa daftar tapi aku baru buat masa dah masuk umt) termasuklah x-ray. Habis buat, aku ingat nak singgah buat Inventori Personaliti Kerjaya (IPK) pulak kat foyer dia, tapi dah tutup pulak. Hari tu lepas aku buat IPW, tak sempat nak buat IPK sekali. Tapi aku macam nak buat jugak sebab aku kena cari balik konfiden aku yang dah samar-samar ni.

Keputusan IPW tu, macam yang aku cakap lah... Hijau. Katanya orang hijau memang cenderung untuk fikir banyak. Agak discussive lah -aku tak tahu istilah ni wujud tak, tapi maksud dia macam tu lah. Aku cakap dengan dia, aku rasa benda tu beban jugak sebab setiap kali nak buat apa-apa pun aku fikir banyak. Katanya itu memang tindakbalas automatik aku, memang macam itu. Mungkin sebab tu kot, kadang-kadang aku agak dengki dengan budak-budak kecik, sebab nak buat apa pun tak payah fikir apa-apa. Memang rasa puas hati bila aku sendiri buat macam itu, tapi tak selalu aku mampu. Macam sekarang, aku dah tak ada hati nak buat apa-apa. Rasa sia-sia.

Rasa tu tahap paling tinggi dalam hati sekarang. Nak turun main bola tampar, rasa. Nak pergi joging, rasa (mungkin aku kena potong jugak 'joging' dalam list aku semalam2 tu). Nak buat apa-apa pun memang rasa. Buat rasa sia-sia tu makin tambah dan bertambah. Rasa sia-sia sebab lepas macam-macam benda aku hadap masa jadi komander, yang ini aku rasa tak larat nak hadap. Rasa sia-sia sebab aku rasa lost sekarang. Rasa sia-sia sebab aku asyik toleh belakang. Rasa sia-sia sebab aku tolak untuk terima. Rasa sia-sia sebab lepas belajar macam-macam masa jadi komander pun, sekarang aku tak tahu nak buat apa. Satu benda yang aku tahu dengan jelas yang aku patut berhenti adalah merungut. Tengok lah... bahkan sekarang ni pun aku tengah merungut. Sambil update blog sambil makan roti yang aku beli sebab cantik, warna belang-belang hijau kuning. Tapi sedap jugak roti ni. Aku kemalasan nak upload dengan kelajuan internet yang *$@# ni, jadi tak payah lah. Hehe... Memang aku kena berhenti merungut ni, tapi boleh ke?

Aku kena belajar balik macam mana nak sayangkan hidup aku yang sekarang, macam aku sayang hidup aku dulu. Macam mana nak hargai semua yang datang sekarang macam aku hargai semua yang datang dulu (termasuk caci-maki-hamun-kutuk-keji dsbgnya). 

Apa khabar aku sekarang? :-)...

Selain dari rungutan2 aku tu, berat aku makin turun. Bukan sebab kemurungan segala bagai tu, sebab apa-apa jadi pun aku makan tetap macam dulu... haha. Lagi-lagi bila tensen aku makan, makan, dan makan. Cuma aku kena makan lebih dari yang aku dah makan, makan dan makan tu rasanya, sebab bila nak pergi kelas aku kena guna banyak tenaga. Ceritanya jarak fakulti dengan kolej kediaman ni bagi kesan kat tumbesaran aku. Makanan aku tak sempat nak jadi lemak dah terbakar jadi tenaga. Dahtu bila timbang-timbang jadi 50, 51. Habis turun BMI aku. Sebelum ni dah elok 20, 21 dah. Kena makan lebih pulak. Kalau aku makan bangunan yang jauh-jauh tu elok jugak rasanya.

Bila hiburan biasa dah tak ada, aku sekarang kena cari hiburan lain lah. Kalau tak nanti aku jadi bosan dan jemu dan lelah. Hiburan biasa aku? Dunia Komander Kesatria tu hiburan bagi aku. Aku tahu macam mana nak enjoy dengan apa yang aku buat. Aku tahu macam mana nak buat benda tu seronok untuk aku. Bola tampar dengan budak-budak degree Puncak Perdana tu hiburan sampingan jugak untuk aku. Hiburan-hiburan ni lah yang dah tak ada sekarang. Kenang, kenang jugak tapi aku tak boleh hidup dengan kenangan je. Aku kena hidup dengan realiti.

Kena berhenti dulu. Urgency comes up. Sampai lain waktu.



Monday, September 23, 2013

Lagi.

Salam... hai. Ini dunia baru, dalam chapter baru hidup aku. Chapter ijazah, kalau aku boleh kata.

Hari ni aku sempat menulis lagi. Elok kot terapi ni, untuk aku lah. Yang aku guna sejak dulu, dan mampu membantu aku. Untuk orang lain aku tak tahu.

- Palapes Laut
- Psikologi
- Bola Tampar
- Cycling
- Joging
- Wellness
- Pengurusan maritim
- Kapal Laut

lebih kurang macam tu lah rumusan dunia baru aku sekarang...

tahu tak? Ada masa aku sampai terfikir apa fungsinya usaha aku selama ini - sebelum ni. Susah payah aku. Fitness yang aku trained dari kecik. Stamina yang aku jaga. Untuk apa?

Dia suruh aku jangan give up. Entah nak percaya tak kat dia lagi. Betul apa yang dia cakap. Tapi aku dah paranoid macam ni. Makin aku kejar makin jauh, mana sekarang? Kecewa dia kot kalau tahu aku give up macam ni. Tapi aku dah down. Sangat. Bila aku cakap kat diri aku, aku boleh... komfem aku boleh, dengan izin Allah. Tapi aku takut kalau-kalau tak izin. Sebab Allah je tahu yang terbaik untuk aku. "Boleh jadi ada perkara baik untuk kamu sedang kamu membencinya, dan ada perkara tidak baik untuk kamu sedang kamu sukainya." Ayat ni aku kenal dah sekian lama, dan aku takut... sebab sampai suatu tahap tak tahu nak teruskan ke tidak, takut kalau-kalau itu memang tak baik untuk aku sedang aku teruskan kejar. Untuk berhenti kejar pulak, takut halangan-halangan tu semua sebenarnya cuma nak uji aku, atau untuk sediakan aku sebelum hadapi benda yang aku kejar-kejar sangat tu. Masa ni orang kata, ikut naluri...

Semalam aku buat Inventori Personaliti Warna (IPW) kat Foyer Kompleks Siswa. Tanpa pengaruh dari warna yang aku suka (sebab soalan tak libatkan warna kesukaan langsung pun), keputusan aku... kategori warna Hijau. Banyak juga lah aku dengar hal-hal negatif aku semalam, sambil-sambil yang positif tu. Hakikatnya aku pun memang cenderung kat warna hijau, kan? dan masuk sini pun, aku kembali jadi 'Hijau' - sebab yang aku jumpa kat sini budak-budak ex-SLISS yang memang panggil aku Hijau kat sekolah dulu. Hm...

dan lagi... tahu tak? Sabar jela Biskut (bukan nama sebenar) - yang sama-sama Tae Kwon Do dengan aku masa Sliss dulu. Dia dah semester 5, sama kos jugak dengan aku tapi aku baru semester 1. Masa mula-mula masuk aku jumpa muka dia kat carta organisasi, dengan nombor fon. Aku terus amek dan mesej dia. Lega dengar dia belum grad lagi. Tapi lepas tu hari-hari jugak lah aku mesej dia, tapi takde benda lain kecuali complain. Sebab tu aku cakap tadi, sabar jela dia... haa. Sampai turun mandat dia. Dah lah bila aku mintak ajarkan akaun, terus hilang budak tu.

Banyak aku nak kena kejar ni. Tapi macam biasa lah bila tak ada komitmen lain ni, lengah-lengahkan lah. Rasa macam tomorrow never die bagai. Malas nak fikir dan ambil peduli awal-awal ni. Meski aku tahu akibat nanti. Tapi rasa tanggungjawab aku kurang sekarang. *Kau yang masih komander tu, tengok lah... ini tebiat biasa orang-orang yang tanggungjawab tak banyak. Lama-lama rugikan diri sendiri. Aku pun kena terima yang aku dah jadi macam tu jugak. Second intake ni nak masuk apa pun tak boleh. Kacau betul. Memang lepas aku pergi tanya kat orang terhormat tu, aku rasa nak pijak-pijak je dia (ayat biasa) sebab reject aku hidup-hidup... fizikal test tak, apa pun tak. Cuma sebab aku dah terlepas tarikh - sebab aku masuk pun lepas tarikh diorang buat interview. Tapi aku pun kena faham jugak, kalau dia test aku nanti kerja dia jadi banyak pulak. Itu pun dia suruh orang bawah dia cakap kat aku dia tak nak ambik dah. Lepas suruh aku tunggu lama-lama. Cakap sendiri lah, biar aku serik sikit... kau kan ketua diorang.

Emh... puas sikit dah. Haha. Lepas ni kena cari life lain. Masih berkira-kira untuk activate balik akaun facebook aku. Sebab semua aktiviti diorang post dalam group facebook, jadi kalau aku tak activate balik, susah aku nak dapat info. Nak tanya kat Biskut, tawar hati dah aku. Tapi dia memang membantu jugak lah. Lagipun kenapa pulak dia nak kena susah-susah sangat tolong aku pulak, kan?

Ok. Sekarang kena tengok Business Accounting balik. Apa-apa hal aku update lagi. Wifi ni pun atas jasa baik si Biskut, yang bagi aku pinjam ID & password dia. Hehee...

Sunday, September 22, 2013

Memori...

... yang indah tu kadang-kadang sakit jugak.

Salam semua.

Lama dah tak update sini. 2,3 bulan ni semuanya macam cepat sangat untuk aku. Lagi-lagi 2,3 minggu ni. Aku punya terkejut pun belum habis lagi. Semuanya macam tiba-tiba sangat.

Semua yang jadi dalam hidup kita ada hikmah. Aku sendiri pun tahu apa yang aku kena hadap ni sangat banyak hikmah. Tapi aku masih terkejut. Belum terbuka hati untuk segerombolan hikmah tu masuk dalam hati aku. Meski ada sisa-sisa hikmah yang aku sendiri nampak pun, aku kaku lagi nak terima. Nasihat dari mereka-mereka yang peduli, aku cuma mampu nak dengar. Aku belum boleh buat apa-apa. Maaf juga untuk itu.

Program ijazah ni nampak macam berat bagi aku. Mungkin salah aku sebab masa diploma banyak sangat seronok-seronok. Salah aku jugak, masa diploma aku hargai terlampau banyak benda. Sampai-sampai aku masuk degree dan tak jumpa lagi semua tu, aku rasa berat hati. Patutnya aku kena terima sebab aku yang buat keputusan untuk beralih angin. Tapi tetap, aku rasa berat. (Mengeluh kali yang ke 1000++ mungkin)

Mungkin ini bukan masa untuk aku salahkan diri sendiri tapi untuk terima ja semua yang masuk dalam hidup aku sekarang. Tapi macam yang aku kata tadi lah, berat. Teringin aku nak kata kat diri sendiri, "There's so much fun here, too many things to explore, interesting things to discover, and so on and on..." tapi aku cuma mampu bagitahu benda tu kat orang-orang yang tanya "kau macam mana?" atau "kau ok tak kat sana?". sebab bila aku bagitahu benda tu kat diri aku sendiri, aku lagi rasa nak nangis. Ciwek dah aku. sebab aku tahu ada banyak benda menarik untuk aku kat sini tapi aku tak dapat nak ... (orang kata 'nikmati'). Hmph... mungkin sebab aku tengah emo lagi kot. Tak tahu sampai bila. Aku perlu masa untuk tenang.

Nasihat-nasihat yang kamu beri tu, bukan aku tak dengar, aku dengar... tapi buat masa ni aku belum boleh betul-betul fikir macam orang waras lagi, sebab emosi belum stabil kot. Macam mana pun, terima kasih atas nasihat-nasihat kamu tu sebab benda tu membantu jugak bila aku dah stabil nanti. Bahkan membantu sangat.

Aku ni... bahan tulisan aku pun dah tak macam budak penulisan punya. Dapat ke aku teruskan menulis kat sini? Boleh memang boleh, tapi hasilnya aku dah jadi tak pasti. Aku akan rindu FiTA dan semua yang ada dalam tu...

Monday, August 5, 2013

Keadaan.

Salam...

"If you lose your purpose, it's like you're broken. " - Hugo Cabret.

Kelmarin keadaan aku dengan organisasi kembali macam dulu kala. Sakit. Tapi setiap kali keadaan jadi macam itu lah, aku makin nekad. Keadaan itu aku dah biasakan diri dulu, cuma aku dah lama tak lalui kedaan itu. Sekarang balik macam dulu lagi. Hmph...

Sesetengah benda aku masih belum faham.

Dulu keadaan jadi macam ini sebab aku tak matang, kiranya. Lepas itu ada perubahan. Makin dewasa, aku rasa keadaan bertambah baik. Mungkin sebab aku pun makin matang. Sebab tempoh agak lama banding dengan sebelum-sebelumnya, aku kira keadaan memang dah baik.

Sebab itu sesetengah benda aku masih belum faham.

Lepas suatu tempoh hidup dengan senang hati, dengan tak perlu hadapi perkara-perkara dulu lagi, kenapa ya... dalam sekelip mata. Tak sempat buat apa, tiba-tiba kepala aku sakit macam dulu balik, hati aku sebal macam dulu balik. Keadaan jadi macam dulu balik.

Sebabnya apa? Sebab aku dah kembali tak matang kah... Tak pasti. Matang itu berubah-ubah, kah? Kejap matang kejap tak matang... boleh ke macam itu? Ada ke?

Lupakan pasal matang. Kadang-kadang rasa macam benda-benda buruk itu jadi sebab aku. Tak kadang-kadang. Selalu. Sampai dah tak tahu apa nak fikir. Mana pergi tawakkal. Mana pergi redha. Mana pergi usaha. Mana pergi cuba. Sampai-sampai aku tanya-tanya kenapa keadaan kena jadi macam dulu balik. Aku bukannya kecil lagi, aku dah 21. Paling teruk, kenapa hadapi keadaan itu, respon aku macam ini? Mana tahu kalau aku respon cara lain, kesan tak perlu jadi macam ini...

Maaf kamu boleh berhenti di sini. Ini bukan cerita lagi, cuma cetusan peribadi.

Bosan lah aku. Penat dah aku keliru. Jemu dah kena tipu. Lali dah aku rayu. Organisasi tetap, masih macam itu. Salah aku tak nak terima, tak nak biasakan diri. Kadang-kadang aku cuma nak hidup normal. Normal yang tak menyakitkan. Harapan itu, kalau salah bawa takut terlajak kufur nikmat. Tak syukuri apa ada depan mata. Sebab itu aku kata, aku pun dah tak tahu apa nak fikir.

Kebetulan... entri ini aku tulis di rumah sepupu. Organisasi yang masih jaga tradisi. Organisasi yang aku cemburu. Macam mana abang kakak gaduh-gaduh dengan adik-adik. Macam mana reaksi sesama adik-beradik. Yang benar. Yang mungkin bagi mereka perkara biasa tapi tak terfikir, dalam diam aku kagum lihat mereka. Lapang sungguh rasa bila tengok organisasi mereka. Aku yang dramatik sangat, kah? Benda kecil macam itu pun nak kagum. Mungkin kalau kamu membesar di komuniti yang individualistik, kamu boleh fahami ini.

Setakat ini dulu lah, perkembangan terbaru yang kembali ke keadaan dulu ini. Lelah berbalah, macam biasa aku larikan diri. Terpaksa pekakkan bila mereka perlekehkan pilihan aku untuk larikan diri. Aku dah larikan diri dari keadaan ini sejak dulu. Sejak lama yang aku ingat. Selagi keadaan itu masih begitu, aku akan terus larikan diri. Sebab setiap kali larikan diri lah, aku ditemukan dengan perkara-perkara yang buat aku lebih syukuri hidup. Kalau larikan diri boleh buat aku lebih bersyukur, apa rasionalnya aku berpaling kepada keadaan yang buat aku berputus asa dengan hidup?

Keadaan seperti ini.

Ada masa nanti aku cuba tulis perkara positif lagi. Buat masa ini, maaf kebanyakannya negatif. Maaf sekali lagi.

Saturday, June 15, 2013

The road not taken.

(Salam...)

Jalan yang tak diambil orang. Lalu jalan yang orang tak lalu memang sepi, (akan) rasa sunyi, tapi tak semestinya jalan mati...

Memandu lah, menunggang lah, berbasikal lah, berlari lah, berjalan lah, merangkak lah. Kalau penat sangat berhenti lah, rehat lah. Duduk lah, baring lah. Kalau tak tahan sangat menangis lah, meraung lah. Kalau geram sangat menjerit lah. Buat lah.

Tapi jangan pernah menyesal. Sebab walau apa pun yang jadi, apa yang kau hadap masa lalu di jalan yang orang tak lalu itu, orang lain tak hadap. Apa yang kau hilang masa itu, orang lain tak hilang. Jadi apa yang kau dapat pun, orang lain tak dapat.

Daripada kau habiskan masa fikir apa yang kau hilang, mungkin lebih baik kau habiskan masa fikir apa yang kau dapat. Sebab kalau pun kau menyesal, kau dah hilang pun apa yang kau hilang. Kalau kau sayang sangat apa yang kau hilang, kau usaha lah dapatkan balik. Itu lebih baik dari kau sekadar duduk mengenang.

Tapi kalau kau mampu lepaskan, mana tahu kau boleh usahakan sesuatu yang lebih baik. Lepas kau habiskan seberapa banyak atau sedikit pun masa sepanjang melalui jalan yang tak diambil orang itu, mustahil kau tak terjumpa apa-apa yang tak dijumpa kebanyakan orang lain yang tak lalu jalan itu. Mesti ada sesuatu.

Tapi tentang itu, kau tak boleh tanya aku, sebab aku tak lalu jalan yang kau lalu. Kalau aku pun lalu jalan yang kau lalu, bermakna kau dan aku tak lalu jalan yang tak diambil orang lah, kan!

*you don't neccessarily remove your past, just face the present and deal with the future... it's something i learnt, on the not-taken-road.

Sunday, April 21, 2013

.PERISAI.

Sekumpulan lelaki dengan baju biru bertulis PERISAI di belakang.

Tadi aku makan dengan kakak dan kawan dia kat food court seksyen 2, Shah Alam. Habis makan kami ke kereta. Aku kena jadi pemandu. Mula-mula elok hidupkan enjin, pakai tali pinggang dan dengan konfiden aku masuk gear. Kereta kancil kakak aku auto, jadi nak masuk gear pun senang...pilih D atau R je. Tapi sebab hati tengah galau, aku masuk gear D sedangkan aku nak undur. Parking tadi pun menghadap divider, jadi sah-sah kena undur, kan? Aku nampak aku masuk gear D, tapi otak aku arahkan kereta ni untuk reverse. Jadi aku agak pelik bila aku lepaskan brek, kereta ni maju ke depan, perlahan. Maka aku tekan minyak sebab ingatkan kereta ni ke depan sebab kawasan tu tak rata, konon-konon kereta tu ke depan sebab turun bukit. Sebab aku tekan minyak tu, lagi lah kereta tu laju ke depan. Bumm! Langgar divider. Habislah aku.

Bila fikir-fikir balik apa masalahnya, baru aku dapat fikir dengan waras, baru aku sedar aku salah masuk gear sebenarnya. Galau nya sampai benda basic macam ni boleh hilang entah ke mana. Bonet tak kemek sebab aku langgar divider tu, impak nya setakat kat bawah-bawah tu je la. Tapi tu lah masalahnya, impak nya kat bawah-bawah tu. Ceritanya, bahagian depan kereta kancil kakak aku tu dipasang besi penghadang - yang sangat membantu bila kereta tu dengan sengaja atau tak, merempuh apa-apa. Kira besi tu kurangkan impak kat bonet depan tu lah. Tapi dalam kes ni, bahagian bawah besi tu ternaik atas divider yang aku langgar tadi, tersangkut. Jadi kalau aku reverse macam mana pun, tak boleh escape. Tersangkut sudah. Matilah aku.

Kakak aku dengan kawan dia dah keluar kereta. Aku terkulat-kulat fikir macam mana nak lepaskan ni. Kenapa lah. Tengah galau + galau tu, ada seorang budak 'perisai' tengok. Dia yang mula-mula jalan ke depan, pusing dan patah balik pergi kat tempat kengkawan dia lepas tengok kami. Kengkawan dia tu ada kira tak jauh jugak la dari tempat kami parking, jadi bila dia orang gelak melampau-lampau, memang boleh dengar. Dalam hati ni, kurang ajar kau gelakkan...datang la sini tolong. Tapi dalam hati je lah, luaran nya tu... sabar je lah.

Tak lama lepas bunyi gelak terbahak-bahak yang datang dari tempat budak-budak tu duduk tadi, datang lah dia orang tengok-tengok depan tu. Bincang-bincang sikit, bagi-bagi arahan sikit kat aku yang tengah duduk tempat driver. Lepas tu geng-geng perisai tu datang kerumun depan kereta ni. Dia orang tolong angkat ramai-ramai, nak bagi lepas... aku dari dalam tolong reverse kereta je. Gigih dia orang tolong ramai-ramai, larat pulak tu dengan aku lagi ada dalam kereta tu. Sampai dapat escape. Masa tu baru lah...

Malu tak terkata lah aku ni. Malu gila? Tak... Lagi malu dari malu gila!

Tapi macam mana pun, Alhamdulillah sangat lah...

Tengok lelaki-lelaki yang macam tu, muka tak hensem pun rasa kacak. Tapi aku rasa kalau lepas ni aku jumpa budak-budak perisai tu lagi, aku tak boleh cam pun. Kalau pun muka dah betul-betul depan muka aku, tetap...aku tak rasa aku akan cam. Sebab aku punya short term memory, sedih kan? Tapi tak apalah, sebab short term memory ni lah yang dah protect aku selama ni. Cuma kali ini rugi sikit sebab aku tak kan ingat muka-muka yang membantu tu. Mungkin lepas ni kalau jumpa pun, aku tak kenal kau dan kau pun lagilah tak kenal aku, haha... Tapi yang pasti, aku memang takkan lupa baju biru kau orang yang bertulis 'perisai' tu.

Aku tak tahu apa maksud 'perisai' tu, persatuan ke, team ke, apa ke, ntah. Aku tak tahu dari mana budak-budak perisai tu, budak induk ke, budak luar yang datang event kat induk ke, mana-mana ke, tak tahu. Tapi PERISAI akan ada dalam minda aku terus. Aku simpan baik-baik ni, walaupun tak dapat save muka-muka kau orang tu dalam memori aku. Terima Kasih sangat, eh. Terima Kasih untuk budak-budak PERISAI. :-)

*Tu lah bahana drive masa tengah galau. Moral of the story, elakkan drive kalau tengah galau. Sebab sebelum ni aku rempuh kereta orang pun, sebab drive masa tengah galau. Pengajaran terbaik ni.

Friday, February 15, 2013

Februari.

What am I doing...

Apa yang aku buat sekarang, aku pun tak jelas. Mungkin tengah kumpul pengalaman hidup. Mungkin tengah tunggu datang peluang. Mungkin tengah...

Tak tahu. Aku tengah tak tahu, jadi jangan tanya aku. Haha. Plan-plan yang aku pernah buat dulu, masih. Cuma sekarang agak kabur. Tapi aku masih cuba.

"Saat kau berlari
 mengejar anganmu
 yang tak pernah sampai...
 .....ya sudahlah,"

*dan orang-orang baru dalam hidup aku, ada yang tanpa aku sedar bawa cahaya... tapi ada juga antara orang 'baru' yang bawa lara. Tapi semua yang baru ini lah, yang sebenarnya buat hidup aku bertambah-tolak. cuma, mudah-mudahan aku cukup positif untuk hadapi semua yang baru, yang aku rasa mungkin agak drastik ini. andai ada yang luar dari sangkaan, andai ada jarak masa yang tidak dijangka, andai ada perkara yang terkeluar dari kawalan, aku harap aku boleh tetap tenang.

'Ini baru Februari. Kalau dah Mac pun, itu baru Mac. Aku masih ada April. Masih ada September. Kalau tak pun, masih ada 2014...' pujuk hati sendiri.

umur aku baru 21, banyak tahun lagi depan aku, (insyaAllah lah). Apa nak jadi kalau aku lepaskan sekarang? Apa yang tinggal kalau aku mengalah sekarang? belum jadi apa-apa, belum cuba apa-apa, dah nak angkat bendera putih... rugi sangat. sentap aku. jangan jadi bingai macam luncai, lah!