Friday, December 20, 2013

Tak apakah?

Aku biasa ikut naluri. Yang buat aku biasa buat semua yang aku nak buat. Yang kadang-kadang memang susah dan buat aku pening jugak. Yang sampai aku terfikir siapa yang paksa aku buat semua ini? memang tak ada siapa-siapa. Tapi bila aku berjaya selesaikan, aku rasa sangat senang hati. Yang buat aku terus-terusan buat benda-benda yang macam ini. Yang ikut naluri.

Cerita kenapa nak buat, senang jawab ikut naluri. Naluri yang aku fahami, tapi mungkin orang lain tidak. Naluri yang buat orang lain pelik kenapa aku nak buat benda-benda yang menyusahkan diri. Naluri tu kadang-kadang aku rasa aku ada masalah OCD.

Tapi cerita nak bertahan, tak semudah itu. Bila sampai tahap-tahap tertentu, yang aku perlukan pandangan orang lain, dan ada pandangan yang kata aku suka buat perkara-perkara yang tidak perlu. Barangkali ada benar jugak, tapi habit aku tetap terus macam itu. Tapi jujur, ada masanya aku juga terkesan, memandangkan ada masanya aku pun lelah dengan kejutan.

Sampaikan aku mula was-was, segala nilai tambah yang aku cuba dapatkan... contoh bila aku sibuk nak buat company visit, sedangkan orang kata "benda tak wajib pun,". Dan bila aku setuju nak libatkan diri dengan projek jabatan, sedangkan kawan kata aku nak buat banyak benda sampai buat diri sendiri stress.

Aku faham dia cuba nak bagitahu yang aku yang buat diri sendiri stress, aku ada pertimbangkan. Tapi ada sesuatu yang belum terjawab, kalau aku duduk saja-saja dan tak buat apa-apa sedangkan aku sepatutnya boleh buat sesuatu, tak apakah? Kalau aku buat ala kadar macam orang lain buat, tak apakah? 

Dan yang agak penting sikit bagi aku, kalau aku tak buat benda-benda yang buat aku stress tu, tak apakah? Sebab aku rasa bila letakkan diri sendiri dalam keadaan tu akan biasakan aku dengan perkara-perkara luar zon selesa aku. Biasakan diri dengan tekanan-tekanan yang macam tu. Setidaknya kalau lain kali jadi lagi, aku pun dah tahu apa pilihan yang aku ada, apa yang aku boleh buat, apa risiko yang aku kena tanggung.

Dan yang agak jelas bagi aku, nak kejar pengalaman lah. Dengan buat benda-benda yang tak biasa tu, aku boleh dapat pengalaman buat benda-benda tu jadi di masa depan aku tak lagi rasa tak biasa. Benda ni, pengalaman ni, kalau aku tak kejar, tak apakah?

Baru sekarang, menjelang degree di UMT ni, aku rasa nikmatnya lapang. Betapa lapangnya hari-hari aku sekarang, tanpa aktiviti-aktiviti rutin yang kena buat saban hari saban minggu macam masa aku jadi komander dulu. Memandangkan aku tak dapat jadi palapes laut dan tak pulak daftar untuk PSSTLDM (buat masa ini), atas nasihat yang aku terima (walaupun dengan berat hati). Ada masanya aku rasa teruja dapat bersenang-lenang macam ini. Tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah pulak, dalam usia muda ni aku bersenang-lenang macam ini, tak apakah?


Sungguh, tak apakah...



*bohong lah kalau tak penat langsung... tapi tak lah sampai ke tahap berhenti. Masih perlu teruskan walau penat, lagipun banyak lagi cara hadapi penat. Amek masa rehat sekejap pun takpe lagi, tapi jangan lama sangat rehat... takut leka. Sahabat2 Nabi dulu tak pernah rehat...


No comments:

Post a Comment