Wednesday, February 9, 2011

mencabar.lebih sukar.

untuk title entry ni, rase2 nye ape?
kalau ditanye pade aku, aku bace2, aku kire2 rungutan. ye, rungutan lah kot.
aku terus merungut sampai ke dalam blog sekalipun. sebab macam dah makin banyak tekanan, sedangkan aku rase tekanan ni belum cukup dari semua situasi. ini baru sikit sukar untuk aku, dan aku dah merungut2. entah macam mana bila nanti semua tekanan dari lecturer2 tu turun semua satu per satu dalam kelas? oh...

merungut dan merungut. ape hasilnye? rase macam "isk...kena buat ni." "isk kena buat tu". "patut buat camni ke camtu?"
aku merungut atas macam2 sebab. buat mase ni sebab aku betul2 tak tahu siape yang akan peduli dan bagi aku jawapan yang aku perlu dengar, bukannya jawapan yang diorang rase aku nak dengar. @ bukan jugak jawapan yang paling hapak tapi terpakse dengar yakni "tak tahu". aku tak nak dengar itu. jadi tolong, jangan terus jawap macam tu bile aku terpakse tanya pada kamu. bila aku tanya kamu adalah bila aku betul2 perlukan jawapan, itu cuma bila aku terdesak dan perlu satu jawapan yang meskipun tak sebagus mana, tapi ia bukan "tak tahu". bila aku tanya kamu, itu adalah bukan bila aku nak dengar perkataan tak tahu. walhal aku pun cuba seboleh-boleh tak tanya kamu, sebab aku tahu tuntutan pendapat tentang perkara yang tiada kena-mengena dengan kamu adalah perkara yang orang2 benci untuk dengar, dan benci untuk ditanya. kerana sangat berat untuk fikir perkara yang tidak mendatangkan kebaikan bagi diri kamu sendiri. jadi aku dah seboleh-bolehnya elak bertanya kamu2 tentang perkara2 itu. aku dah cuba elak. jadi bila aku tanya bermakna itu masa aku benar2 PERLU jawapan, bukan nak jawapan.

uh... bile bace2 fahamkah kamu? haha ayat tak bleh blah. blah la. macam nak benti guna ayat2 camni. macam nak gune je ayat2 murahan aku. macam dulu. tapi ayat2 tu macam orang susah nak faham. macam bila aku cakap kat kelas, atau kat level, atau kat mana-mana skalipun dan kau kata "apa ko cakap ni? ce cakap terang2 skit." aku macam..."isk, korang ni betul2 malas nak fikir ke?" sebab bila korang tak paham tu sebenarnye ade maksud tertentu belakang ayat2 tu. tapi orang slalu tak faham. dan mintak aku terangkan. memang tak lah, memang tak sampai lah maksud sebenar aku. slalu nye camtu. emh... aku harap kamu2 akan lebih2 rajin untuk berfikir jauh sikit dari tempat duduk kamu sekarang, ok. mari menuju kejayaan...huhu!

Friday, February 4, 2011

baby dumping issue.

budak sekolah agama lagi ramai yang buat camtu. sebab diorang culture shock. mase sekolah, banyak bende yang diorang takleh buat, so lepas abes sekolah diorang excited nak buat sume tu.

buat ape tu?

buat bende2 yang budak sekolah biase dah biase buat.

aku nak nafikan. tapi atas dasar apa? aku teringat kawan-kawan aku kat sekolah dulu. memang mase sekolah masing2 jaga diri. tapi lepas abes sekolah ni, macam2 dah berubah. hot topic kami dulu " couple tu haram ". isu yang dah berpuluh-puluh ribu kali diperdebatkan. dan aku boleh-boleh tak mahu bahas lagi. dasarnya sama je sebenarnya. kalau mash nak persoalkan, fikir dulu untuk apa kita nak perdebatkan lagi. supaya kamu boleh dengar apa yang kamu nak dengarkah? sampai aku membenarkan apa yang kamu buatkah? maaf, pergilah.
dah terlajak pulak. sebenarnya aku nak kata, isu-isu hangat di zaman sekolah di sekolah agama dulu. cuma sekadar isu rupanya. segala fakta dan info yang diketengahkan tak disimpan dalam fikiran. tak dipegang dan dijadikan pedoman. maka untuk apa perdebatan itu dulu? sekadar untuk tunjuk siapa benar siapa salahkah? untuk tunjuk siapa lagi ramai pengikut atau pengaruhkah? kalau tu sebabnya, maka kite tak beza lah dengan mereka. mereka yang aku tengok hari-hari sekarang. samalah.

isu ni dah khali. aku bosan. tapi bolehkah diam2 je? terpulanglah camne kau nak fikir. kau jagalah diri kau sendiri dulu. lepas tu jangan lupa fikir camne nak jage sedara2 kau. yang kat sekeliling kau tu. sementara aku fikir camne nak hadapi sedara2 yang kat sekeliling aku ni...

Thursday, February 3, 2011

oh... it's me.

sorry, anyone. you're not annoying me, it's just me and my ruined little world. you might be really annoying but not to me, kawan. when you see me sitting there quietly, speechless, it's not that i don't wanna talk. it's just that i dont wanna be irritating. let me. because you won't know how much anything worth to me. so just let me be. if you think that my numb face is such a damn annoying just tell me and i'll go away. leaving that numb world just for you. i dont mind. just dont look at me with your poor look. you don't care anyway. sorry again, it's not you. it's just me and my ruined little world. make it a song and i'll be strong. sorry, it's not you. hope doesn't help, wish doesn't work. so i stopped. and now i have nothing. hopeless and wishless. and i don't mind. i'm deadly hope i don't mind... how could i? when hopes and wishes cheerish my days all the time i knew i would live... how could i stop? how should i? i just want to. it's harder living with an empty boxes of hopes and wishes, when i know they won't appear. but i even know they might appear.
first step is the hardest...

Thursday, January 27, 2011

berat hasrat, aku tak larat!

ape khabar, hati?? apa khabar aku?? apa khabar fidza??
semuanya mencabar. lebih mencabar bila aku mula kabur. mungkin sebab aku tak lepaskan angin tu. tapi aku tak tahu macam mana nak lepaskan sedangkan cara-cara yang selama ni sangat efektif tuk aku lepaskan angin tu, dah terhadang. mereka dah takde untuk bermain dengan aku. mereka dah takde untuk bersaing dengan aku di padang. mereka dah takde untuk berlatih dengan aku. mereka tu budak2 samtaj dan simpang lima terdekat yang sebelum ni ada dekat. tapi memandangkan semua dah pergi, aku tak dapat even berangan pun untuk main dengan korang lagi. dan sekarang kepala sangat berat kerana terlebih beban muatan aku rase. sebab aku tak dapat kurangkan muatan tu. selalunye die kurang sendiri bile aku main, tapi sekarang aku dah tak main. berat dan makin berat setiap hari. rase macam...
ape yang penting dan tak penting, aku dah makin kabur. makin hilang kewarasan tu. makin hilang identiti. aku harap takkan lesap. tak, tak, tak nak.
tunggu. aku nak sangat cakap dekat KAU yang aku sangat annoying dengan KAU, tahu! semua yang kau cakap, semua yang kau tulis, semua. sebab KAU dah tak macam dulu. atau memang dari dulu aku yang tak kenal KAU?
kepada kawan2 aku, jangan terasa sebab itu khas untuk dia, dan dia bukan korang. papepon terima kasih pada dia sebab buat aku sangat-sangat malas nak hidup. terima kasih, KAU...

Tae kwon do.
komander.

ini baru sikit. kene tembak skit pon aku dah jadi macam ni. macam mana dengan nanti?
bukan bende2 ni yang jadi masalah, tapi aku. aku, aku, aku, dan dia. tolonglah... bagitahu aku sesuatu yang aku tak tahu, boleh? tunjukkan aku hidup2 lain supaya aku lebih menghargai hidup yang ni.

aku tak berniat nak berkasar. kepada yang lalui, maafkan aku dah terlepas carutan. aku dah makin hilang kewarasan. aku tak tahu berapa lama akan berpanjangan, aku tak tahu apa kesudahan ini.

lelaki. lelaki. lelaki. tak boleh ke hidup leklok?

Wednesday, January 12, 2011

pendirian

i do things they didn't do, and i didn't do things they do.
bila aku pegang pendirian aku, benda macam ni lah yang jadi. kesan? mental aku terganggu dengan hidup kat sini. fizikal takde masalah aku rase. tapi hati macam nak mati. bukan aku yang nak mati, tapi hati. aku tak tau nak jawab apa dengan dia. dia selalu tanya, diorang macam tu, kita nak ikut ke tak? kalau tak ikut cara diorang, kita macam tak wujud. yang lain pun dah ikut, kita je yang tak ikut lagi. aku tanya dia balik, nape nak macam wujud lak? apa masalah nya jadi tak wujud? takde orang kenal, senang nak hilang. dia jawab bila kita wujud, barulah ada yang kenal. ada yang kenal, barulah ada yang kawan. kawan tak kawan dengan orang yang tak kenal, kan? rasional. kawan susah nak kawan dengan orang yang tak sama. dia betul. aku harap itu salah tapi hakikatnya dia betul. kenapa hanya kawan dengan yang sama? sebab yang tak sama tu takde standard. ha ha ha... pergi matilah dengan standard.

maaf, mental disorder sebab terkena tamparan hebat, sebab cube lepaskan diri dari culture shock. dapat lepaskan diri dari 1 jenis culture shock, tapi aku terkena 1 yang lainnya.

Sunday, January 9, 2011

tentang kawan...

semenjak masuk dunia baru - dunia lepas LIBK - aku selalu rase macam takde kawan. kawan sebelum ni? entah kenapa aku rase ada jarak yang jauh sangat dari diorang. bila ajak pergi makan sama2, diorang nak pergi cume kalau memang mase tu diorang nak pergi makan. make aku perlu betul2 tahu mase makan diorang kalau nak makan dengan diorang. tah... ingat2 sekarang aku dah jadi malas nak pergi makan. kawan2 level? jap lagi aku citer. ni pasal kawan sem lepas dulu. bila ajak keluar pon, betul2 cume masa diorang nak keluar. untuk keluar semata2 jumpe aku ke, teman aku sebab aku ada hal penting ke, memang tak. tak tahu lah, diorang dah tak kisah langsung ke? atau aku yang sentimental sangat....ke? kenape eh? nak suruh aku g sorang2... memang lah aku dah biase jalan sengsorang tapi sekarang, kawan ade tapi rase cam takde kawan gak. ape yang aku dah buat eh? tak sedar lak. tapi laen2 hal diorang layan aku cam biase je, cume bile aku perlu sangat diorang tolong, susah nak harap... sebab aku dah tak duduk blok same ngan diorang ke?

member2 level... diorang ada. ok je. takde problem pon. diorang selalu gak ajak keluar. ajak gi makan. ajak lepak. ajak2. tapi mesti ke aku melekat a.k.a menyibuk kat diorang je. mesti ke aku tak pedulikan kawan2 dulu? mesti ke aku tukar kawan? aku nak tambah kawan, bukannya tukar kawan. mesti ke aku kawan dengan komander2 je? mesti ke kawan2 laen tak pedulikan aku sebab aku dah masuk komander? tolong lah... bukan nya bila kawan korang dah masuk komander maksudnya diorang tu dah transform. bukan nya bila kawan korang dah masuk komander maksudnye tahap dah laen. mungkin ade sikit yang laen, tapi tu sume sebab ape yang diorang face tiap hari. bukan nya bila kawan korang dah masuk komander tu maksudnya diorang dah takkan kawan ngan korang. komander tu cume satu cabaran yang diorang cube hadapi. mungkin ni satu lagi cabaran dalam dunia komander. terjarak dengan kawan2. sekarang aku mule faham nape komander cam lebih dengan komander2 je. mungkin kot sebab dulu kawan sebelum diorang jadi komander pon menjauh lepas diorang jadi komander. mungkin lah...

salah aku ke sebab masuk komander? sebab m'cube? ape ni... culture shock ke? MESTI KE?!!!
:-!

Friday, January 7, 2011

cube dulu...

memule aku ingat nak citer pasal 'dunie baru' aku tapi terblogwalking dulu, make aku TERperoleh topik dengan tak sengaje. memandangkan punce aku TERdapat topik ni adalah salah satu orang yang berharge dalam hidup aku, aku tangguhkan dulu cerite tu. hari ni aku nak cerite pasal cite2 dan mase depan. op....mase depan je.

pernah, ada kawan cakap dengan sorang budak seni persembahan gak....

: ko amek ptptn x?
: tak...bunga tinggi sangat, tak mampu lah nak bayar balik.
: bestu, ko ade mintak yang laen tak?
: ade...jpa. Alhmdlillah la dpt.

: ceh... budak cemerlang lah ni?
: tak lah... aku punye pinjaman, bukan biasiswa.
: pinjaman pon... result ko dulu bape?
: 7A je... tak banyak la. member aku ramai dpt 9, 10, 11 A. mane diorang dapat pon aku tak tau lah.
: wa... ok la tu. tapi....nape ko amek kos tu?
: nape?
: ko tau tak budak2 yang msk fakulti tu bdk yg low2? ko tak nyesal ke msk situ?
: tah...macam dah takdir kot. yang lain2 aku mintak lansung tak dapat. even maktab pon aku bleh tak dapat... 
: masalahnye, ko memang mintak kos tu ke? sal ko mintak situ?
: manelah aku tau. lgpon pilihan ke8, tak expect lak diorang bleh bg yang ni.
: ko tau tak kos ni susah dapat keje?
: tau...mak aku pon punye bangkang tapi dah ni je yang aku bleh dapat.
: nape tak tuka kos je?
: malas lah... lagipon aku bukan nye benci sangat kos tu, ade gak minat sket2 nak tau pasal bidang tu.
: abes tu keje nanti?
: mule2 memang aku ade pike. kalau terus dengan kos ni, aku nak jadi ape nanti... mase tu pike memang pening. tapi bile ingat rezki tu Allah yang bagi asalkan kite usehe, aku dah tak risau. amek kos ni pon, aku usehe... aku cube pickup gak. dengan otak yang dah biase math ni, aku kene cube pikap art. ko ingat senang?
: ye la...mmg la susah kene tuka channel. tapi ko kan dari sekolah ***** . tibe2 lak msk tmpt mcm tu, yg berjiwe artis - ko pon tau diorg camne kan. 
: memang agak takut terpengaruh, tapi ape yg aku blaja kat sane sangat bergune sebenanye. bleh digune tuk ingatkan sdare2 Islam kite ni. pasal bende2 macam ni misalnye........

...mule2...

 
...next step...

...hasilnye...

...tak terkate lagi...
bende2 ni nampak macam biase. ade antare kite yang anggap bende ni biase. malah 10 tahun dari sekarang tak mustahil, orang yang tak buat macam ni yang dianggap luar biase. sebab minda kite dah terpengaruh dengan kebiasaan orang2 yang bukan Islam. aku pernah dengar salah sorang dari sdare2 kite sendiri kate orang2 yang tak membiasakan diri dengan bende2 macam ni, tande nye die tak berkembang. kalau kamu pernah lah terfikir pon macam tu, fikirkan ni. bukan masalah berkembang atau tak berkembang. sebab nye, berkembangkah orang yang kembali ikut ajaran zaman jahiliyah, berbanding orang yang ikut cara umat Islam masa zaman Rasulullah mengembangkan ajaran dan ketamadunan manusia melalui Islam? tamadun Islam datang selepas tamadun jahiliyah, dan lebih maju dari zaman jahiliyah. kite boleh jadi jauh lebih maju tanpa masalah2 sosial yang disebabkan oleh pengaruh dari zaman jahiliyah yang kite ikuti dari negara2 barat yang kononnya lagi berkembang dari Islam. kite boleh jauh lebih maju tanpa men'takpe'kan bende2 yang dah terang2 Allah tak suke. semue masalah2 sosial sekarang timbul pun sebab kite pandang remeh perkare2 yang diberi amaran keras dalam Al-Quran. cume kerana kite nak jadi warga yang 'berkembang' di dunia...

*maaf gambar agak klise, cume nak praktikkan penggunaan visual dalam penulisan. permulaan bagi pembelajaran subjek penulisan skrip... :-D