haha... cukup sudah emo. ke agenda seterusnya :
t-shirt kompeni.
disebabkan dah lama sangat masa yang diambil untuk mewujudkan t-shirt kompeni dengan design sendiri, aku fikir mungkin dah sampai masa untuk kami ambil inisiatif lain. kalau susah sangat nak buat t-shirt kompeni yang lawa - dengan design sendiri, mungkin sebaiknya kami adakan t-shirt kompeni yang ringkas. t-shirt hitam ; dengan logo kompeni di belakang, dan logo kesatria dan uitm di depan. sangat ringkas, kan? maaf lah... tapi mungkin setakat ini saja yang kita mampu buat masa ini, nak buat macam mana lagi... mungkin suatu masa (kalau lah) nanti kita boleh buat baju design sendiri, tapi bukan sekarang. prokrastinasi dah terlalu lama... jadi aku betul-betul minta maaf kalau kalian fikir aku terlalu gelojoh, nak cepat-cepat ada baju kompeni kali ini sehingga baju kompeni kita jadi terlalu ringkas.
jambori.
akan datang, mungkin di UiTM Kelantan. kali ini aku ada rasa macam nak pergi... lepas dengar sesuatu. tapi masih... perlu tengok keadaan. kalau tak ada halangan untuk aku pergi, InsyaAllah aku pergi. tapi kalau takdir aku tak dapat pergi, tak pergi juga. cuma kalau aku nak pergi... kena buat persediaan lah. em... berat tu. haha...
pelapis.
LIBK seterusnya hujung tahun ini, yakni lepas kami habis semester. disebabkan itu, status aku masa itu adalah 'tamat pengajian', jadi aku bukan lagi pelajar uitm, sekaligus mematikan status aku sebagai komander kesatria (jadilah alumni). point di sini aku dah tak layak jadi komander pengiring untuk LIBK, jadi aku tak boleh lagi kongsi ilmu dengan bakal-bakal komander nanti. dengan pelapis dalam kompeni yang cuma 1orang, mana mungkin aku butakan mata pekakkan telinga dan buat tak peduli dengan LIBK akan datang. nak tak nak aku kena tolong juga... supaya ada pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi berminat dengan Komander Kesatria. apa yang aku boleh buat untuk tolong, mungkin tak banyak mana, tapi tempoh satu semester tak patut aku biar sia-sia. aku pun masih belum tahu, tapi mungkin ada yang aku boleh buat. jadi tak kira apa, siapa, kalau ada idea, salurkan jelah... kita boleh bincang dan usaha untuk buat. nak fikirkan sibuk semester akhir ni, tak akan habis. jadi apa kata kita fikir apa yang kita boleh selitkan dalam semester 5 ini...? aku rasa itu mungkin lebih menarik...
macam-macam mana pun, aku juga risau dengan final sem ini, macam kamu juga. tapi kamu perlu percaya diri kamu... kalau kita terus berpegang dengan 'ini masa untuk kita belajar, jadi jangan serabutkan dengan perkara lain.', tak banyak yang kita boleh jadikan bekalan untuk survive di luar sana. sebab mereka di luar sana tak akan cuma menilai sebanyak mana pointer kita.
Bagi aku, selagi kita masih bergelar pelajar, tidak kira UiTM, UTM, UPM, UUM, UM, USM, UIAM, Unisza, atau mana-mana institut pengajian sekalipun... ini masa untuk kita belajar, jadi belajarlah sebanyak yang boleh...
dan perkara-perkara yang buatkan kita rasa hidup ini susah, itulah yang paling berkesan untuk mengajar kita... kita yang pilih kemudiannya, untuk terima dan usahakan sesuatu, atau tinggalkan saja pelajaran itu.
Tuesday, May 29, 2012
keliru kerana kamu.
ada satu rasa bila aku dengan kamu, yang aku rasa sekarang sama macam yang aku rasa dulu, dalam satu situasi tegang aku dengan seorang teman baik.
yang aku rasa dengan kamu sekarang, sama dengan yang aku rasa waktu itu.
cuma sekarang, aku rasa itu bila dengan kamu. meski puncanya aku masih belum tahu. dan bila tak tahu aku benar-benar mahu tahu. jadi aku terpanggil untuk bandingkan punca yang dulu.
tapi punca yang dulu, masa ia jadi dengan teman baik itu... yang diakui oleh teman baik itu sendiri, datangkan sakit pada dia dan aku.
dan sekarang... adakah itu punca yang sama? sebab kalau ya, ia pasti akan sakitkan aku dan kamu.
bezanya cuma... kalau aku berundur, yang sakit cuma aku... kalau aku berundur, sakit bagi kamu adalah tak perlu.
patut berundur kah aku? dan tanggung sakit yang makan diri aku sediri macam dulu?
atau patut aku jalani hidup seperti biasa dan tanggung sakit yang aku perlu rasa sebab sakit yang kamu rasa atas kehadiran aku?

Friday, May 25, 2012
Off to Kuala Kangsar!
23 Mei yang baru ini baru aku dapat balik Kuala Kangsar. itu pun lepas seminggu aku di rumah, lepas balik 15 Mei. macam itulah... mula cuti sem aku hujung bulan 3, tapi sebab ada latihan simulasi KKEC sampai hari jadi KKEC di Penang, aku sangkut sampai 8 Mei. tak sangka pulak lepas itu pergi kawad pula di Perlis. jadi aku terus sangkut sampai 15 Mei. balik rumah nampak macam tak ada apa-apa lepas seminggu, dan aku dah macam cacing panas, jadi aku buat keputusan untuk balik kampung... dan sekarang aku di kampung... semalam sempat aku ushar budak ini...
sebenarnya gambar Alan je yang baru... semalam aku terserempak dia memancing. gambar Apen memang dah lama, sejak dari masa ini lagi. tapi sebab mereka adik-beradik yang buat aku rasa nak tangkap gambar, jadi aku sekali kan gambar-gambar ini...
umur Apen dengan Alan tak jauh beza... lebih kurang setahun dua. tapi perangai sangat beza. tapi beza diorang bukan baik & jahat... bukan yang macam itu. tapi beza macam ini... nice & naughty. ha... betul lah, budak naughty itu bukannya jahat, kan? Apen yang nice, Alan yang naughty, haha... tapi yang aku nampak... dua-dua budak ini memang baik. orang lain aku tak tahu lah...
oh... tak ada niat nak buat cerita kanak-kanak kat sini, memandangkan aku pun tak berapa minat dengan kanak-kanak. cuma dalam sesetengah kes macam ini... aku suka kanak-kanak. tapi cuma dalam sesetengah kes, lah... dalam kebanyakan kes aku tak rajin layan. yang diorang ini aku suka sebab ... aku suka. cuma sebab aku suka.
dan perasaan di kampung ini sangat lapang, senang hati... tak kira tinggi mana atau banyak mana aku dah belajar, bila aku balik sini, mesti ada perasaan yang buat aku rasa macam banyak lagi benda yang aku tak tahu, yang aku belum tahu, yang aku akan tahu dan yang aku baru tahu. banyak... selalu... jadi aku tak terus rasa aku dah cukup pandai. kadang-kadang rasa tahu banyak benda secara berterusan buat aku lupa diri, buat aku rasa dah pandai. buat aku takbur, mungkin. buat aku bajet bagus, meski kadang-kadang aku tak ada niat dan tak sedar pun. cuma orang sekeliling yang sedar, dan mereka tak akan datang ke aku dan cakap depan muka aku, yang aku ini bajet bagus. meski aku harap ada yang akan buat macam itu ke aku, hakikatnya tak ada yang akan buat... mungkin sebab aku pun tak akan pergi dan cakap depan muka orang lain yang diorang itu bajet bagus. masing-masing... dengan alasan jaga hati. tak apalah...
tapi sebab itulah aku sangat perlukan tempat macam kampung aku ini... serius cakap aku sangat perlukan tempat ini. jadi tak kira siapa pun kamu, tolong jangan cuba halang aku ke sini... sebab aku tetap akan ke sini. haha...
*tiba-tiba kawan text aku, dan minta tolong... dan aku mungkin perlu balik rumah esok... hari isnin dah kena ada di Puncak. :-(. (dem... nape lah mase2 ni gak nak ade meeting!)
![]() |
| ni Alan... |
![]() |
| ni Apen... |

Monday, May 14, 2012
Kawad 24 Jam Tanpa Henti..
Anjuran dan kerjasama unit koko UiTM, dengan pihak Malaysia Book of Records.
Penglibatan pasukan-pasukan beruniform UiTM seluruh semenanjung Malaysia termasuklah Komander Kesatria Negara/Bomba, SisPA, SUKSIS, PALAPES Darat/Laut dll.
Untuk rekod ini, pasukan-pasukan badan beruniform UiTM dari seluruh semenanjung Malaysia telah ambil bahagian, ambil giliran berkawad di atas padang kawad UiTM Arau, Perlis secara berterusan bagi memastikan objektif penganjuran event ini tercapai -24jam kawad tanpa henti. Bermula 7.00 a.m. (13 Mei 2012) hingga 9.00 a.m. (14 Mei 2012) - sengaja dilebihkan 2jam menjadi 26jam kawad tanpa henti. Jadi sepanjang masa tersebut, sentiasa ada pergerakan kawad di atas padang kawad.
*platun yang dapat giliran masa azan, menukar pergerakan kepada perlahan jalan sebagai menghormati azan.
Perasmian dilakukan oleh Raja Muda Perlis, sempena sambutan ulangtahun keputeraan Raja Perlis yang ke 69. Macam yang dilaporkan dalam Sinar Harian., dan akhbar-akhbar lain.
*********************************
Penat-penat aku kawad, keluar satu lagu ini... lagu ini yang bila aku dengar, rasa harmoni sangat. lagu ini aku rasa macam comel... suka aku dengar. tengah-tengah padang kawad yang panas terik, aku boleh rasa aman dengar lagu ini. tapi lepas habis lagu itu, aku rasa bahang balik lah...
Event kali ini sepatutnya seronok, memandangkan ia persembahan kawad... tapi atas sebab-sebab peribadi, jadi kurang seronoklah untuk aku. kawad cuma 20 minit setiap kali giliran, tapi sebab panas hati, rasa macam penat yang amat. alih-alih aku kat sana penat bukan sebab kawad, tapi penat fikir kenapa 'orang-orang berkenaan' bermentaliti macam itu... sedangkan mereka sepatutnya sudah matang - lagi matang dari aku memandangkan mereka lebih lama dalam dunia komander ini. tak seronoklah macam ini... masing-masing sibuk nak tunjuk siapa lagi kuat.
masa penutup paling aku suka bila nyanyian lagu-lagu waktu kami dalam baris... sebab dia pasang lagu. masa panas-panas macam itu dengar lagu, boleh kurang tekanan perasaan.

Thursday, May 10, 2012
Cerita Kawad 24 Jam.
Seterusnya Pertunjukan Kawad Kaki 24jam anjuran unit kokurikulum di UiTM Perlis. jadi 12, 13, 14 Mei ke Perlis pulak.
Mula-mula malas gak nak ikut, sebab aku nak balik Kuala Kangsar... tapi sebab tak cukup orang, kena pergi juga. UiTM Perlis aku dah sampai dah masa KKEC 2011. sebab itu aku tak kisah sangat kalau tak ikut kali ini. tapi sekarang, kalau aku balik rumah sedangkan platun Puncak Perdana tak cukup orang, rasanya aku agak keji. jadi patut aku pergi...
tapi itulah... bila orang tanya sebelum-sebelum ini, aku dengan senang hati jawap aku tak pergi event itu. nanti tengok-tengok muka aku juga ada kat situ. pasal ini, aku tak ada niat nak tipu siapa-siapa, dan aku tak ada niat nak sakitkan hati siapa-siapa. juga tak ada niat nak pergi sebab nak menggedik dengan siapa-siapa. aku cuma nak tolong cukupkan orang, cuma nak tolong penuhkan kuota. macam dulu-dulu, bila tak cukup orang aku yang isikan.
mungkin lepas balik dari Perlis aku akan balik rumah... lepas itu balik Kuala Kangsar!

Cerita KKEC.
Habis dah KKEC... aku pun dah 2,3 hari balik ke UiTM Puncak Perdana. cuma baru hari ini aku 'hidup' balik dan mula jalani hidup normal semula... lepas 2,3 hari aku jadi biawak hidup - tidur sepanjang masa. Konon-konon nak rehat...
Di UiTM Pulau Pinang, macam-macam jadi. nak cerita, aku risau jadi offense pada sesiapa. tapi aku rasa ada perkara yang perlu dikongsi sebagai pengajaran, memandangkan ia dah beri pengajaran pada aku.
Dengan latihan yang lebih dari sebulan, usaha kami boleh lah aku kira bersungguh-sungguh juga. dan tak dinafikan, memang banyak impak latihan itu pada fizikal kami. stamina kami naik mendadak. daripada malas berlari, dah boleh berlari sekarang - Datin Maimun. daripada lari cuma 2km selalunya, rutin dah jadi lebih 2km. dari lebih 10minit untuk setiap 2km, sekarang dah boleh 9minit untuk setiap 2km, kalau pecut dapat kurang lagi masa. ada juga yang dulu tak peduli pasal kekuatan fizikal, sekarang dah mula kisah. dari tiada otot, sekarang dah ada - lelaki lah. dan banyak lagi...
paling penting, dari 'jaga jarak' senior junior, sekarang dah jadi jarak kakak adik - at least bagi aku. sebulan kena tinggal dengan mereka dan buat latihan sama-sama, hari-hari pulak tu... aku tak mampu jaga jarak selama itu lah. cuma... aku minta maaf sangat-sangat kalau apa yang aku buat itu merosakkan adik-adik itu. sebulan itu bagi aku sangat lama, aku tak mampu kawal diri dan berlakon sebagai komander - macam yang aku biasa buat bila ada aktiviti komander, selama itu. sejam dua tak apa. seminggu dua pun tak apa (LIBK). masa LIBK pun bukannya setiap masa kami menghadap mereka. berjam-jam buat muka ketat dengan mereka pun, balik bilik kami gelak sakan cerita pasal budak-budak itu. untuk tempoh sebulan... aku tak rasa aku mampu layan mereka macam hampeh. LIBK dan lain-lain masa itu lain, sebab itu untuk ajar mereka hal-hal yang mereka perlu tahu. tapi untuk hidup dengan mereka, aku tak mampu buat macam itu.
cerita pasal latihan sampai sebulan, ada yang kata sia-sia sebab kami balik dengan tangan kosong. serius... tak menang apa-apa.
-EOQ ; masa lari dengan basikal dah cantik, tapi kantoi masa rafting.
-Jalan Lasak ; 8km pertama elok dah, redah sungai pun cantik, tapi ada dugaan masa 2km terakhir.
-Paintball
-Menara 6 Puncak
-Iron Cheff
keseluruhannya, kami tak menang apa-apa. Tak ada rezeki lah namanya...
macam-macam manapun, latihan yang sampai sebulan lebih itu, dan segala usaha-usaha sampingan yang lain pun... tak sia-sia sebenarnya. banyak benda yang intake 46 belajar, memandangkan mereka yang jadi ajk perkampungan itu. setidak-tidaknya mereka belajar pengurusan, tapi siapa yang perasan? aku yang 45 sendiri pun, belajar banyak (gila) benda sepanjang perkampungan itu. jadi rugilah kalau dikesalkan masa sebulan yang dah diluang itu...
atas keputusan KKEC ini, redha je lah... dah itu yang Allah tetapkan, itulah yang terbaik sebenarnya. manalah tahu entah-entah kalau menang kita lupa diri, riak, takbur, sampai rasa kemenangan pasukan itu sebab kita sendiri. takut bawa ke syirik, sebab anggap hal itu jadi sebab kita. sedangkan semua benda Allah yang tetapkan. kalau menang pun sebab Allah nak bagi, bukan sebab kita bagus sangat pun. kalau ada satu pasukan yang sangat lemah tapi Allah nak bagi menang, menang juga pasukan itu. inikan pula kita yang dah usaha, kalau Allah tak bagi menang, adalah sebabnya itu. kalau betul nak tahu kenapa Allah tak nak bagi menang kali ini, mungkin boleh tengok balik hubungan kita dengan Allah macam mana? sepanjang latihan simulasi KKEC, kita jadi lagi dekat atau lagi jauh dengan Allah? itu cuma salah satulah... mungkin ada yang lain.
aku tahu... ramai yang kecewa. tapi chill lah... jadikan pengakhiran KKEC kali ini sebagai permulaan bagi KKEC akan datang. make the ending a start for another. tak payah nak layan perasaan sangat lah. baru kalah sikit nak mengalah. Allah bagi kita hujan sebab nak bagi kita pelangi lah...
*KKEC 2012, UiTM Pulau Pinang.

Friday, May 4, 2012
Salam KKEC.
salam.
hari ini kontinjen akan bergerak ke UiTM Penang untk KKEC 2012. aku pun tak pasti samada kami akan ke UiTM Permatang Pauh atau Bukit Mertajam. mana-manapun, bagi aku tetap sama... UiTM Penang.
Lepas sebulan lebih bertahan, akhirnya sampai juga hari penentu. Aku yang masuk Jalan Lasak Berhalangan, hari aku adalah ahad ini - esok. cuak memang ada, cuma aku masih belum rasa bahang pertandingan lagi. haha... mungkin bila sampai sana aku akan rasa.
dah lepas macam-macam sepanjang perkampungan kali ini. bila selak balik entri-entri Cabaran aku, nampaknya tak banyak pun. tak lebih sepuluh pun. seingat aku bila ada cabaran memang aku selalunya update blog, tapi itupun masih... tak sampai separuh pun dari bilangan hari aku di sini. maknanya... bukan lah hari-hari aku hadapi masalah. bukannya hari-hari masalah itu datang. dan tak pula masalah-masalah itu kejar aku hingga ke hujung masa, ke hujung dunia. tandanya, hari ini aku masih boleh bangun tidur dengan aman.
banyak perkara baru aku dapat daripada perkampungan ini. yang pasti, perihal membina stamina dan otot-otot badan. ketahanan fizikal dan mental. memang sangat berguna untuk aku selitkan dalam usaha mengejar cita-cita aku. itu yang aku dapat secara langsung dari perkampungan KKEC ini. sebenarnya ada juga yang tak ada kena-mengena sangat dengan KKEC tapi aku dapat sesuatu. Bola Keranjang.
selama ini aku selalu mengelak bila kawan-kawan ajak main bola keranjang. aku kata 'aku tak reti'. 'aku tak tahu rules'. dan macam-macam. tapi di sini aku 'terpaksa' main bola keranjang, sebab kawan-kawan sini tak main bola tampar atau bola jaring. dan aku cuma mampu dapatkan bola keranjang dari kawan-kawan sini, bola lain-lain tak ada. sementara aku memang tak boleh hidup kalau dalam suatu situasi aku tak main apa-apa. kalau sepanjang perkampungan aku tak dapat main apa-apa aku takkan berhenti mengenang nasib atau kawan-kawan yang sedang main bola tampar di Puncak Perdana setiap petang. jadi, Alhamdulillah. sebab terpaksa main bola keranjang, aku sekarang dah tahu sikit-sikit main bola keranjang. tak kisah lah sikit mana pun, tak hebat pun, yang penting aku suka.
cuma sekarang... aku lapar. tak ada kena-mengena langsung, tapi memang aku sangat lapar sekarang. tak sabar nak habis KKEC dan makan Horlick Crunch McFlurry. Benda itu limited time jadi aku harap aku sempat. ABC seksyen 2. cendol Puncak Perdana. semua, semua. semua aku nak makan... harap bila dapat makan semua itu aku masih mampu behave. :-)

Subscribe to:
Posts (Atom)