Monday, May 14, 2012

Kawad 24 Jam Tanpa Henti..

Anjuran dan kerjasama unit koko UiTM, dengan pihak Malaysia Book of Records.

Penglibatan pasukan-pasukan beruniform UiTM seluruh semenanjung Malaysia termasuklah Komander Kesatria Negara/Bomba, SisPA, SUKSIS, PALAPES Darat/Laut dll.

Untuk rekod ini, pasukan-pasukan badan beruniform UiTM dari seluruh semenanjung Malaysia telah ambil bahagian, ambil giliran berkawad di atas padang kawad UiTM Arau, Perlis secara berterusan bagi memastikan objektif penganjuran event ini tercapai -24jam kawad tanpa henti. Bermula 7.00 a.m. (13 Mei 2012) hingga 9.00 a.m. (14 Mei 2012) - sengaja dilebihkan 2jam menjadi 26jam kawad tanpa henti. Jadi sepanjang masa tersebut, sentiasa ada pergerakan kawad di atas padang kawad.

*platun yang dapat giliran masa azan, menukar pergerakan kepada perlahan jalan sebagai menghormati azan.

Perasmian dilakukan oleh Raja Muda Perlis, sempena sambutan ulangtahun keputeraan Raja Perlis yang ke 69. Macam yang dilaporkan dalam Sinar Harian., dan akhbar-akhbar lain.

                                                 *********************************

Penat-penat aku kawad, keluar satu lagu ini... lagu ini yang bila aku dengar, rasa harmoni sangat. lagu ini aku rasa macam comel... suka aku dengar. tengah-tengah padang kawad yang panas terik, aku boleh rasa aman dengar lagu ini. tapi lepas habis lagu itu, aku rasa bahang balik lah...

Event kali ini sepatutnya seronok, memandangkan ia persembahan kawad... tapi atas sebab-sebab peribadi, jadi kurang seronoklah untuk aku. kawad cuma 20 minit setiap kali giliran, tapi sebab panas hati, rasa macam penat yang amat. alih-alih aku kat sana penat bukan sebab kawad, tapi penat fikir kenapa 'orang-orang berkenaan' bermentaliti macam itu... sedangkan mereka sepatutnya sudah matang - lagi matang dari aku memandangkan mereka lebih lama dalam dunia komander ini. tak seronoklah macam ini... masing-masing sibuk nak tunjuk siapa lagi kuat.

masa penutup paling aku suka bila nyanyian lagu-lagu waktu kami dalam baris... sebab dia pasang lagu. masa panas-panas macam itu dengar lagu, boleh kurang tekanan perasaan.

1 comment:

  1. tahniah la sebab dapat join serta menghabiskan event itu.;)
    masalah panas hati tu memang lumrah manusia. setiap orang akan mengalaminya. memang kita tak pernah nak berpuas hati dengan sesuatu perkara. mereka fikir mereka hebat kerana mereka tak fikir ada orang yang lagi hebat dari mereka. sebab itu sifat sebegitu wujud dalam diri sesetengah manusia.
    *sekadar perkongsian.
    #sekali lagi tahniah kerana bertuah join event ni.(agak jeles di situ...;>) )

    ReplyDelete