Monday, December 30, 2013

Fungsi.

Keluh (lagi).

Bila aku rasa tak tahu, rasa entah... dan tiba-tiba lagu ni keluar...

Automatik keluar fikiran tu. Rasa kosong ni sebab dah makin leka ni... AlQuran pun tak baca dah.

Tasks yang ada pun tak mampu nak larikan fikiran aku dari rasa ni. Bahkan rasa tak nak peduli sebentar pasal tasks tu. Aku perlu masa untuk diri sendiri jugak, fikir hati. Jadi aku ketepi dulu tasks tu. Memandangkan walau aku paksa diri teruskan dengan benda tu, tak ada apa-apa yang berjalan dengan lancar. Memang... due date esok padahal aku belum ada bahan yang reliable lagi. Tapi something is holding me back. Apa dia pun aku tak tahu. Sebab ada rasa yang aku tak tahu ni.

Ha ha. Nak persuade audience pasal 'Stop playing it safe', dalam masa aku sendiri tengah cuba play it safe. What? I did that for my whole life pe... Orang tahu atau tak, sedangkan masa aku buat perkara yang paling berisiko pun sebab aku tengah ajar diri aku untuk beranikan diri, supaya aku dapat hilangkan ketakutan masa depan. Bahayakan diri sekarang supaya aku selamat di masa depan. Kan?

Rasa ni. Rasa nak menangis tapi tak boleh nak nangis. Macam mana? Macam ni... Aku harap aku nangis sekarang, tapi tak boleh. Sebab feel tak sampai ke? The feeling is bad enough, yet I can't cry. And why is that? Cengeng tak cengeng, hmm. boleh release, at least...

Heh... masa-masa macam ni la sebenarnya kalau buka surat cinta tu, rasa macam Dia tulis tu memang untuk kita. Ada rasa kita ni istimewa. Hehe... Memang kita ni istimewa sebenarnya, cuma ada masa kita (termasuk aku, bahkan terutamanya aku) leka, sampai buat perkara2 yang kurangkan keistimewaan kita. Rugi tak rugi?

Ada masa... bila rasa ni datang tiba-tiba, rasa tak senang, rasa tak lapang, rasa ni ingatkan balik untuk kita toleh dan cari balik apa yang kita dah tinggalkan. Betul lah kata orang, kata 'manusia' ni dasarnya 'lupa' (dalam bahasa arab). Selalu lupa. Tapi setiap kali lupa tu jugak lah Dia ingatkan balik. Banyak kali. Dah banyak sangat kali nya. Tak malu?? Tapi lepas tu boleh jugak lagi lupa balik. Walau banyak mana sekalipun kitaran ni berulang, manusia macam aku tetap lupa lagi...

Ada sesuatu yang mesti dibetulkan kat sini. Rasanya aku akan terus macam ni, lupa lagi lupa lagi dan lupa lagi selagi aku tak mula berfungsi dengan tujuan sebenar hidupnya aku kat muka bumi ni, kan? Nak cari tujuan tu lah... nak cari fungsi sebenar tu lah...

Hmm. Aku tak tahu.

Sunday, December 22, 2013

Destini.

Yang sudah tu sudah. Yang patut buat pun sudah (ada sikit2 belum tapi aku masih berusaha jadi tak apa).

Buka balik akaun twitter lepas aku matikan apa-apa yang tak perlu, berderet berita TLDM (sebab aku follow official page dia). Huhuhu... tengok pakcik yang berkenaan pakai seragam putih tu, terdetik juga. Tapi tak apa. Aku cuma kena sabar. Aku memang kena sabar, kan? Lepas habis belajar, aku boleh cuba lagi. Memang kemungkinan tu agak rendah, tapi kalau dah tu yang terbaik untuk aku, ikut mana pun Allah boleh masukkan aku. Kalau itu memang yang terbaik untuk aku lah, sebab memang Allah akan bagi apa yang terbaik untuk aku. Tapi andai kata memang aku tak dapat jugak, mungkin dah itu memang bukan yang terbaik untuk aku. Kena redha lah.

Kena redha (cakap memang senang). Memang... akan menangis sikit, kecewa sikit, rasa down sikit, rasa frust-gile sikit, rasa macam-macam sikit, tapi destini yang Allah nak bagi, aku tak pernah tahu. Perkara ini, aku harap bila nanti aku terpaksa hadapi kecewa itu, aku diperingatkan tentangnya. Sebab perkara ini memang senang nak dilafaz masa-masa tenang macam ni, tapi bila situasi sebenar tiba, hahaha... emo tak ingat dunia aku ni. Tu lah guna blog ni, "Fidza, ingat... Allah nak bagi sesuatu yang lagi besar dan baik daripada apa yang kau nak sangat tu!"

Hm... bila tengok aku punya rekod entri tahun ni, tak sampai separuh pun dari apa yang aku dah buat tahun lepas. Nampaknya tahun ni aku sangat ketepikan blog ni. Kalau aku nak kejar2 sekarang, sempat tak eh? Kalau hari ni dan seterusnya aku update blog ni setiap hari bagi entri pun, masih tak cukup hari untuk samakan dengan jumlah entri tahun-tahun yang lepas. Oh... itu pun kalau hari-hari update. Nasiblah.

Cerita perkembangan dunia degree ni, minggu ini minggu ulangkaji sebenarnya (study week), sebab tu aku boleh luang masa buat entri baru ni. Bukan tu sangat punca pun hakikatnya, tapi sebab aku... tak tahu nak cakap macam mana jugak ni, hehe... yang sudah tu sudah je, boleh tak?

Nombor ada masalah sikit. Aku akan cuba dapatkan nombor lama (0195) aku balik, tapi tak jamin lah sebab benda ni pun bergantung kat orang juga (sebab nombor tu atas nama dia). Jadi kalau dapat, dapat... Kalau tak dapat, (sobsob) menangis jelah. Nak kata menangis pun tak guna sebenarnya, hidup aku kena teruskan jugaklah. Yang lepas-lepas tu, lepas lah. Yang dah hilang tu pun dah hilang. Aku memang kena teruskan hidup.

Lagipun ia bantu aku untuk 'tinggalkan' perkara-perkara yang aku memang patut tinggalkan pun. Yang sepatutnya aku dah lama tinggalkan, kalau ikut etika nya. Tapi aku yang tak sanggup tinggalkan. Jadi sekarang, sebelum aku berbalik ke masa lepas yang aku dah tinggalkan tu... aku kena tabahkan hati, yakinkan diri, supaya aku tak berbalik semula cuma gara-gara hati masih berbolak lagi.

Bukan cuba, sekarang aku mesti.

Friday, December 20, 2013

Tak apakah?

Aku biasa ikut naluri. Yang buat aku biasa buat semua yang aku nak buat. Yang kadang-kadang memang susah dan buat aku pening jugak. Yang sampai aku terfikir siapa yang paksa aku buat semua ini? memang tak ada siapa-siapa. Tapi bila aku berjaya selesaikan, aku rasa sangat senang hati. Yang buat aku terus-terusan buat benda-benda yang macam ini. Yang ikut naluri.

Cerita kenapa nak buat, senang jawab ikut naluri. Naluri yang aku fahami, tapi mungkin orang lain tidak. Naluri yang buat orang lain pelik kenapa aku nak buat benda-benda yang menyusahkan diri. Naluri tu kadang-kadang aku rasa aku ada masalah OCD.

Tapi cerita nak bertahan, tak semudah itu. Bila sampai tahap-tahap tertentu, yang aku perlukan pandangan orang lain, dan ada pandangan yang kata aku suka buat perkara-perkara yang tidak perlu. Barangkali ada benar jugak, tapi habit aku tetap terus macam itu. Tapi jujur, ada masanya aku juga terkesan, memandangkan ada masanya aku pun lelah dengan kejutan.

Sampaikan aku mula was-was, segala nilai tambah yang aku cuba dapatkan... contoh bila aku sibuk nak buat company visit, sedangkan orang kata "benda tak wajib pun,". Dan bila aku setuju nak libatkan diri dengan projek jabatan, sedangkan kawan kata aku nak buat banyak benda sampai buat diri sendiri stress.

Aku faham dia cuba nak bagitahu yang aku yang buat diri sendiri stress, aku ada pertimbangkan. Tapi ada sesuatu yang belum terjawab, kalau aku duduk saja-saja dan tak buat apa-apa sedangkan aku sepatutnya boleh buat sesuatu, tak apakah? Kalau aku buat ala kadar macam orang lain buat, tak apakah? 

Dan yang agak penting sikit bagi aku, kalau aku tak buat benda-benda yang buat aku stress tu, tak apakah? Sebab aku rasa bila letakkan diri sendiri dalam keadaan tu akan biasakan aku dengan perkara-perkara luar zon selesa aku. Biasakan diri dengan tekanan-tekanan yang macam tu. Setidaknya kalau lain kali jadi lagi, aku pun dah tahu apa pilihan yang aku ada, apa yang aku boleh buat, apa risiko yang aku kena tanggung.

Dan yang agak jelas bagi aku, nak kejar pengalaman lah. Dengan buat benda-benda yang tak biasa tu, aku boleh dapat pengalaman buat benda-benda tu jadi di masa depan aku tak lagi rasa tak biasa. Benda ni, pengalaman ni, kalau aku tak kejar, tak apakah?

Baru sekarang, menjelang degree di UMT ni, aku rasa nikmatnya lapang. Betapa lapangnya hari-hari aku sekarang, tanpa aktiviti-aktiviti rutin yang kena buat saban hari saban minggu macam masa aku jadi komander dulu. Memandangkan aku tak dapat jadi palapes laut dan tak pulak daftar untuk PSSTLDM (buat masa ini), atas nasihat yang aku terima (walaupun dengan berat hati). Ada masanya aku rasa teruja dapat bersenang-lenang macam ini. Tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah pulak, dalam usia muda ni aku bersenang-lenang macam ini, tak apakah?


Sungguh, tak apakah...



*bohong lah kalau tak penat langsung... tapi tak lah sampai ke tahap berhenti. Masih perlu teruskan walau penat, lagipun banyak lagi cara hadapi penat. Amek masa rehat sekejap pun takpe lagi, tapi jangan lama sangat rehat... takut leka. Sahabat2 Nabi dulu tak pernah rehat...


Tuesday, December 17, 2013

Jauh dari jauh.

Salam.

Hari kedua di Port Klang, ikut tahun 2 dan tahun 3 punya projek (jangan cuba nak dengki sebab aku tak rasa bertuah pun). Mungkin dari satu sudut, iya aku bertuah... tapi melihat dari sudut aku, :( . Nak cakap, ofensif. Tak cakap, diam sendiri. Hm... mengeluh je.

Datang sini punya pasal, gaduh pulak dengan kawan. Betul-betul bengang ke dia, yang aku tukar jalan? Bahkan jalan yang jauh sangat... sampai dia yang rasa susah. last time, we miss each other. But now there's nothing sure about it. Sampai bila dah dekat pun rasa jauh.

Er... salah aku, sungguh-sungguh ke sebab pergi jauh? Memang... pergi sejauh ni keputusan aku, tapi tak ada niat pun nak tinggalkan semua. Aku macam perlu walaupun tak ada yang paksa. Tak nak dah lah cerita pasal cita-cita kalau itu yang buat semua makin jauh. Aku dah tak tahu cita-cita ni bawa aku hala ke mana, aku dah bengung. Tak ada support (yang sebelum ini masih tak apa), tak ada hala tuju (yang sebelum ni nampak jelas), cita-cita yang aku kejar ni bawa aku makin dekat dengan apa, aku pun tak tahu. Sebab semuanya nampak makin jauh...




Saturday, December 7, 2013

Ombak.

Salam,

Lama sungguh dah tak pos entri. Sebulan sekali. Makin lama makin sunyi. Mungkin sebab blog ni tak jadi penghubung aku dengan sesiapa, dan sekarang dah ada yang ganti. Jadi aku tak menulis lagi.

Aku rindu nak menulis. Memang rindu semua benda yang aku buat dulu. Menulis cuma satu perkara yang aku mampu ungkap.

By the way, tadi aku jumpa komander Chendering. Kesian jugak aku 'ter'bahan dia pasal kampus Chendering nak kena tutup tu. Meski dalam hati aku hampa gila, kenapa lah Chendering nak ditutup... masalah betul. Iyalah, orang atas mungkin ada sebab buat macam itu... cuma untuk aku, "Kenapalah Chendering..." memandangkan Chendering kampus paling dekat dengan aku sekarang dan Chendering antara yang istimewa jugak. Jadi ya, kenapalah Chendering...

Cerita pasal rindu. Aku memang kena move on, kan? Boleh tak aku move on kalau aku tinggalkan apa yang tinggal untuk aku sekarang... Kata 'maju', 'move on', 'get over it', 'luaskan pandangan', ' keluar dari zon selesa', dan semua yang sewaktu dengannya itu aku dah makin kabur. Apa nak buat?

Minda makin pasif, mungkin sebab aku makin kurang berfikir, memandangkan aku terlampau lapang sampai tak ada benda nak difikir lagi. Tak ada komitmen dan tak ada desakan. Tak ada paksaan dan tak ada galakan. Jauh lagi dorongan. Tak boleh kata aku tak ada apa-apa. Sebab dalam masa aku takut-takut, Allah bagi aku macam-macam... macam mana aku boleh kata aku tak ada apa-apa? Cuma aku sekarang tengah tak rasa apa-apa.

Dan bila aku tak rasa apa-apa itu, aku hilang sebab untuk buat apa-apa.

Ombak yang tenggelam timbul ini, tak beri aku isyarat untuk apa-apa.

Wednesday, November 13, 2013

Cerita 3 Masa.

Salam.

Hari ini tersedar sesuatu. Kalau rindu sesuatu, tak perlu pusing kembali masa. Lagipun memang masa tak boleh dipusing kembali, kan? Kalau mahu toleh ke belakang balik, kalau boleh pun, secara rasionalnya kita kena lepaskan apa yang ada hari ini. Betul?

Apa yang kita ada hari ini adalah misteri apa yang akan ada dalam hidup kita di masa hadapan. Sesuatu yang tidak pasti, yang kita tidak tahu. Sedangkan apa yang ada dalam hidup kita pada masa-masa lepas sudah jelas. Mahu tinggalkan segala kecemerlangan yang mungkin pada masa hadapan untuk setakat yang kita ada dalam masa lalu?

Memang tak tahu sejauh mana berbaloinya jika dilepaskan apa yang mungkin ada di masa hadapan. Tapi itulah yang menjadi pertaruhan, cabaran yang beri debaran untuk kita hadapi masa hadapan. 

Terikat dengan masa lalu kalau tak dikawal akan membantutkan peningkatan dalam pemikiran. Kita akan cenderung untuk membandingkan masa kini dengan masa lalu. Ini yang bahaya. Akan buat segala yang ada pada masa ini jadi sia-sia. Sekaligus mensia-siakan apa yang mungkin ada pada masa hadapan. 

Tahu dengan kata apa yang 'mungkin' ada pada masa hadapan menunjukkan ketidakpastian, tapi itu hakikatnya. Memang tidak pasti. Tapi jika dipandang ketidakpastian itu sebagai peluang untuk kita dapat yang lebih baik pada masa hadapan, bukan ke itu satu kelebihan?

Terikat dengan masa lalu itu tidaklah aku persalahkan... cuma kata ia perlu dikawal. Dari pengalaman aku (yang walaupun cuma sedikit), terikat dengan masa lalu tidaklah begitu menyeronokkan. Masa lalu mungkin membanggakan tapi jangan sampai ia mengekang pembangunan diri pada masa ini sebab akan mengganggu potensi diri pada masa hadapan. 

Aku sendiri pun mahu semahu-mahunya, kembali menjenguk masa lalu tapi ada perkara yang mesti kita hadapi. Jadi jangan sia-siakan masa hadapan untuk masa lalu. Sebab masa lalu itu di belakang, sedang masa hadapan itu yang ada di depan. Mahunya aku, sampai ke tahap aku harap nak padamkan masa lalu sebab ia terlampau jauh, aku tak mampu nak capai.

Tapi masa lalu itu tak salah. Masa depan itu lagi tak salah. Masa sekarang ini pun tak sepatutnya dipersalahkan. Tak ada perkara yang salah sebab Allah tak pernah tersalah bagi. Apa yang ada dalam masa lalu aku, dah membentuk apa adanya aku hari ini. Cuma apa yang aku buat hari ini, yang akan menentukan apa aku di masa hadapan. Jadi yang perlu aku kontemplasi adalah apa yang aku nak untuk masa hadapan, supaya aku tahu apa yang aku patut buat hari ini.

Dengan meng'update' blog kali ini, hilang sudah 1jam yang aku boleh guna untuk buat assignment (tiba-tiba je). Tapi tak apalah, sebab aku harap teori sekelumit fikiran aku ni boleh sekurang-kurangnya bagi seseorang gambaran tentang masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Paling tidak pun diri aku sendiri, sebab pemikiran orang lain aku tak tahu. Entah bantah entah setuju. Tapi tak kisah, asalkan aku ok.

Sekali lagi, aku tak kesalkan masa lalu. Dan tak pasti dengan masa hadapan. Tapi akan sangat rugi kalau aku tak hargai masa kini.

Sebab itu... kalau aku terlalu rindu pada masa lalu, aku patut cuba untuk hidupkan kembali... bukan sekadar tangisi kehilangannya. Rasa macam masa lalu sentiasa tunggu aku datang untuk menjenguk. 

Monday, November 4, 2013

(^_^)

Salam.

Balik sudah ke Terengganu pagi tadi. Alhamdulillah, selesai 3 perkara aku kat Shah Alam.

Perkara 1.


Sampai juga aku ke konvensyen yang aku cerita kat sini. Macam yang aku pernah kata, "I went straight to Selangor from Kuala Terengganu, and learnt so much about ukhuwah during this trip. Not only in the convention but also before and afterwards." Memang dalam konvensyen aku ada terlelap-lelap jugak, tapi faham-faham lah kan... habit itu aku memang tak tahu macam mana nak ubah. Setiap kali aku tersedar dari lelap, aku fikir 'sia-sia je aku datang sini tapi masa orang bagi talk aku tidur...'

Tapi kan, tahu tak... lepas terdetik benda itu, salah satu penceramah itu sebut sesuatu dalam talk dia (sekali fikir macam kebetulan, tapi aku lagi suka anggap benda itu Allah jawab kat aku melalui penceramah tu). Katanya "Alhamdulillah kamu semua ada di sini sebab kalau tidak, mungkin kamu sekarang ada di tempat-tempat lain, yang belum tahu baik atau tidak baik." Jadi walaupun di situ masa itu aku terlelap, setidak-tidaknya aku bukan berada di tempat-tempat yang tak baik. Betul jugak itu.

Rasa aman masa itu. Juga masa malam kesenian Islam itu, aku lihat macam mana mereka jadikan hiburan itu sebagai medium mengingatkan diri dan orang ramai pada Allah. Dia enjoy hiburkan orang ramai, orang ramai dapat hiburan, yang penting dia dan orang ramai sama-sama dapat pahala. Tak perlu risau sebab dengan buat perkara yang dia suka (eg buat persembahan & hiburan) itu, dia dapat duit untuk hidup kat dunia dan dapat pahala untuk hidup kat akhirat. Kagum aku dengan dia. Aku pun nak buat perkara yang aku suka dan dapat duit dan dapat pahala jugak!

Aku mula faham... tak kira bidang apa pun, tak akan lari dari Allah tapi semuanya bergantung pada kita. Bidang bukan alasan. Sedangkan bidang hiburan pun boleh jadi ibadah, apa lagi bidang-bidang lain. Kita yang perlu luaskan pemikiran, jangan terus sempit terhimpit dengan skeptik tipikal zaman dulu kala.

Perkara 2.

Photo

Sehari sebelum pergi konvensyen itu, aku dah ada di Shah Alam. Sengaja datang awal sebab nak singgah tengok Jambori Komander Kesatria ke 9. Mana tak nya, sejak jadi komander aku tak pernah lepas peluang pergi jambori. Hm... gila kuasa? Tak lah... bukan dapat kuasa apa pun pergi jambori itu, dapat puas hati aku je. Aku memang kejar puas hati je, bukan kuasa. ;-D

Tambah pulak tahun ni Puncak jadi tuan rumah jambori. Aku pun tahu sangat tempat tu, dan kebetulan dekat-dekat tarikh itu aku jumpa event kat belah sana yang buat aku memang nak turun Shah Alam. Nak kira apa lagi kan?

Walaupun cuma sehari (tak sampai pun) aku pergi jambori itu, dan aku cuma sempat tengok Kawad Senyap, tak apalah. Ada baiknya aku habiskan cerita jambori kat sini sebelum aku mula bukak cerita bukan-bukan pulak, hahahaha. Kali ini tak sempat jumpa ramai kawan kampus lain sebab masa suntuk sangat untuk aku, tapi aku jumpa lagi junior masa kat Samtaj dulu. Junior yang jadi komander jugak, yang aku pernah jumpa kat KKEC Dungun hari tu. Dan bekas jiran masa aku tinggal kat 24 masa kecik-kecik dulu, komander jugak.

Perkara 3.

Lepas konvensyen habis, sengaja lambatkan sehari untuk balik Terengganu. Sebab aku turun Puncak Perdana pulak lah! 

Rasa macam dah lama sangat aku tak lepak dengan diorang. Hari Jumaat lepas tengok kawad senyap, aku lepak kampus Shah Alam dulu sebelum aku pergi konvensyen hari Sabtu itu. Kat induk dah lepak dengan Datin Maimun, jadi tak lengkap lah kalau tak lepak dengan diorang yang kat Puncak Perdana ni pulak. Tak kira lah diorang dah tak sambung komander, siapa peduli. Diorang pun ada alasan sendiri. Bagi aku diorang tetap diorang yang dulu. 


Benda yang Zue pegang itu kek besday dia, yang Ika decorate. Gigih semua orang nak elak kek itu dari pandangan Zue sebelum sampai masa. Haha. Comel itu comel jugak. Tapi itu kek kot, memang kena makan lah walau comel manapun! Tapi sies kek itu memang sedap.

Perkara 4.

Ini adalah perkara tambahan. Unexpected, memang tak ada dalam pelan pun. Pelan aku cuma 3 perkara kat atas, yang aku memang nak buat bila turun Shah Alam kali ini. Ceritanya.

Sampai di Stesen Bas Kuala Terengganu pagi tadi, lepas duduk lebih kurang sejam dua, aku nampak van UMT. Disebabkan aku tak senang diasak dengan soalan sama dari pakcik-pakcik teksi yang mula perasan aku dah lama duduk situ, aku beranikan diri tanya pakcik van UMT itu. "Pakcik, nak ke UMT eh?" tanya aku lepas bagi salam. Pakcik itu angguk, jadi aku tanya lagi... "Kalau saya ikut balik UMT sekali boleh?"

Kali ini pakcik teragak-agak nak jawab. Aku baru nak cakap kalau tak boleh takpe, tapi pakcik dah suruh aku tanya kat seorang lagi yang datang dengan dia tadi. Katanya itu lecturer. Aku pun pelik, kalau ini lecturer maknanya aku dah tersilap mintak tumpang. Haha. 

Kalau boleh nak pergi dari situ, sebab malu sikit. Tapi biadap lah aku kalau macam itu. Aku buat-buat lah tanya kat lecturer itu, fikir kalau dia tak bagi pun takpe sebenarnya. Aku saja je tanya. :-P Tapi lecturer itu bagi pulak lepas fikir berapa minit. Aku pun naik je lah, dalam itu ada lagi 3 student laki. 

Sembang punya sembang, rupanya lecturer dengan pakcik ni datang jemput pelajar pertukaran (exchange student) dari Indonesia yang datang UMT untuk konferens. Patut lah jemput dengan van UMT. Aiseh tambah-tambah segan aku. Kenapa lah belakangan ini aku asyik terbuat benda-benda menyegankan. Dalam hati malu gila tapi buat-buat tak malu jelah, sebab dah terlajak. Lagipun terlajak ini tak lah buruk sangat padahnya kot? Aku dapat kawan baru. Hehe. 

Rumusnya. 4 hari 5 malam. 4 perkara (3 planned + 1 unexpected). 4 kampus IPT (3 Uitm + 1 Kuis).

Cukup sudah cerita aku kali ini. Sepanjang trip aku ke Shah Alam sejak aku duduk Terengganu ni.  

Hm... rasa kosong lah cerita ini. Maaf kalau kali ini tidak begitu bermanfaat bagi kamu. (^_^)