salam.
agak lama aku hilang. dan bila aku muncul lagi di laman ini, aku nak kata... "apa pun yang jadi, kau jangan tipu".
lagi2
cikgu kau. kenapa cikgu? kenapa aku tak kata ibubapa? sebab itu lah...
sebab diorang cikgu dan bukannya ibubapa. diorang cikgu yang kau boleh
jumpa hari ini tapi belum tentu jumpa minggu depan (ni cite bdk2 u, yg
kuliah tiap subjek cume 1kali 1mgu). *p/s lecturer tu cikgu gak la...
ye
la... diorang cikgu yang kalau kau tipu dia sekali, boleh jadi tak
berkat ilmu2 yang dia bagi. ibu bapa, bukan nak diketepikan cuma nak
jelaskan cikgu dan ibu bapa itu tak sama.
dan kali ini aku cerita hal cikgu... "apa pun yang jadi, kau jangan tipu cikgu...".
sebab
aku dah terbuat. aku harap masa itu aku boleh diam macam selalu, tapi
tak boleh sebab dia betul2 nak soalan itu dijawab. aku rasa terdesak,
dan entah macam mana aku cuma give up.
mungkin kata orang... ala... macam lah buat benda teruk sangat, kelentong cikgu je kot...
itu
kata kau. cuba kau tukar 'kelentong' itu dengan perkataan asal dia.
'tipu' , kan? mungkin nampak macam kecik je tapi kau tak tahu dengan
sekecil2 tipu itu, bencana paling besar boleh datang. tapi itu pun boleh
lah di biar2 sikit. tapi urusan dengan Allah macam mana pulak? kau nak
jawap apa bila Dia tanya, cikgu yang dah bagi kau macam2, apa yang kau
bagi balik kat dia? belum lagi cerita part nikmat mulut yang Allah bagi untuk kau cakap benda baik2 tapi kau guna untuk tipu...
dah lah... tipu sana sini, tipu kanan kiri, apa yang benar di akhir nanti?
No comments:
Post a Comment