Tuesday, January 26, 2016

Diam Lebih Baik.

Ini perkara mudah yang semua orang tahu. Mudah untuk diam, biasanya. Malas nak cakap, diam. Tak tahu apa nak cakap, diam. Tak kenal rapat orang yang duduk sebelah, diam. Takut cakap perkara yang malukan diri, diam. Takut kata-kata tak diterima, diam.

Bila ada kekurangan depan mata, diam. Bila makanan tengahari atau malam tak sedap, diam. Bila semua orang meriah bergosip, diam. Bila tak ada benda baik untuk dicakap, diam. Bila marah, diam. Bila geram, diam. Inilah masa-masa yang susah sangat kita nak diamkan. Sedang inilah masa-masa yang kita betul-betul kena diam. Bila kita betul-betul rasa tak nak diam. Masa tu lah sebenarnya, lebih baik DIAM. Sebab masa tu kita sedang emosi, semua kata-kata kita berbaur durjana nanti. 

Sunday, January 10, 2016

Kenapa hidup.

Nampaknya aku memang tak boleh survive hidup dengan manusia normal. Dah dapat housemates yang happening gila pun hari ini aku masih rasa nak mati. Maksud aku, rasa teruk, rasa susah nak bernafas, rasa sesak dada. Setahun duduk dengan diorang aku cukup bersyukur, seronok gembira dan segala yang aku jarang rasa dengan orang lain dalam hidup ni. Tapi nampaknya hidup plain dan fake ini tak mampu tahan lama. Selama ini aku fikir biarlah fake asalkan aku gembira. Tapi nampaknya benda-benda yang palsu macam ini memang ada expire

Jadi aku fikir, kenapa sampai hari ini aku masih hidup? 

Saturday, January 9, 2016

Tersailang.

Berita terbaru adalah aku melawat narathiwat. Lain-lain cuma hal-hal biasa, ujian-ujian biasa yang selalu sailang hamba. Segala berat hati, sakit rasa, betul-betul buat aku nak bercerita. Cuma aku tak berminat nak bercerita berita terbaru itu, sebaliknya tentang hal-hal biasa yang buat aku sebu. Sampai hati aku jadi beku, otak aku tepu. Aku nak bercerita yang itu.

Aku faham ujian yang datang menyailang hakikatnya cuma bertahap kemampuan aku. Namun hati masih gemar terkesan. Aku faham ujian akan naikkan darjat aku. Namun aku jadi kaku tak tahu apa nak buat. Ujian kuat memaku. Sampai-sampai langkah-langkah yang aku susun satu demi satu dah tak lagi mara. Aku nak lompat lepaskan diri pun tak pernah cukup tinggi. Jadi persoalan sama tu berulang-ulang, apa nak buat. Apa aku nak buat. Akal jadi mati. Tubuh jadi kaku. Aku cuma mahu tidur tak bangun-bangun. 

Katanya kalau kau murung jangan sendiri. Banyakkan bersama kawan-kawan. Benar, tapi itu cuma berkesan dengan kawan yang sayangkan kau. Kawan yang biasa selalunya tidak begitu peduli, dan akhirnya kau lebih makan hati dengan kegembiraan mereka saat kau sengsara. Aku fikir mungkin sebab itu Allah ajarkan cara hidup Islam yang berkonsep 'be the best you can be to others'. Supaya saat-saat begini, orang yang hampir sakit jiwa pun mampu rasa lebih baik tentang dunia. Hakikatnya mungkin itu. Tentang dunia itu memang tempat ujian. Tapi siapa yang ada sekeliling kau saat ujian datang itulah yang akan tetapkan bagaimana kau hadapi segala sailangan itu. Jadi saat ni jika aku sedang bersama dengan 'kawan-kawan bergembira', tak patutlah aku harapkan mereka turut serta dalam aku punya sengsara. Yang aku dah tahu ini perlu aku faham. Supaya nanti aku tidak jadi parasit yang persalah-persalahkan mereka yang tidak berkaitan. 

Buntu ini. Apa aku nak buat. Masa ini mungkin kalau aku di bangunan pun aku terjun. Kalau di acu M16 pun aku lebih harap ditembak. Kalau di jalanan pun aku lebih harap dilanggar. Kalau di laut pun lebih harap dibawa arus. Janganlah aku mula berkata-kata seperti si atheis, yang sehabis ujian hanya pandai minta mati.