Sunday, December 23, 2012

Sekali lalu.

Salam.

Unexpected events won't come every single moment in life, but will only come around the unexpected times.

Perlu jalani hidup macam biasa... dan unexpected events akan datang pada masa-masa yang kita tak jangka. Ini untuk peringatan semua dan sendiri...

aku yang harapkan unexpected events jadi setiap hari... sebab asyik expect the upcoming events. sebab nak elakkan pain dari unexpected tragedies yang asyik jadi dulu - bila aku guess apa yang akan jadi nanti, boleh standby apa nak buat bila benda tu jadi. tapi secara tak langsung, terbiasa plak guess almost sume benda yang jadi. buat hidup aku jadi bosan. sebab tu... aku terpaksa harapkan unexpected events jadi setiap hari supaya aku tak terus bosan dengan hidup. mungkin aku memang kena bangun dari tidur...

kat 'sana', mesti banyak unexpected events jadi setiap hari... sampai benda tu dah jadi daily routine.

impian ke mimpian?

 *_*

looking for something, eh? well it's invisible anyway... makin cari makin tak jumpe, adakah maksudnya aku patut benti cari?

kalau tak benti pulak, sampai bile... klau benti lagi tak tau ape nak buat lepas tu. aku pun tak tau macam mane nak capai, aku cuma tau ape aku nak capai. aku nak kluar... pegi negara-negara b'golak - keutamaan ntuk Palestin, Gaza, dan sekitarnye. ini citer paling khayalan ntuk aku, tapi tu je yang aku tau pike. malangnye aku pun tak tau macam mane. orang kate google... tapi sies tak m'bantu langsung. sebab tu... aku dah tak tau macam mane. macam mane, weh? aku tak peduli macam mane, tapi harap sangat aku dapat... ade benda aku nak capai kat sane. meski aku pun tak tau lagi kalaupun aku dapat pegi, dapat ke aku capai? sebab selagi aku tak dapat capai ni, aku akan terus hidup dalam khayalan. dapat tak dapat capai tu tawakkal je lah, tapi dapat tak dapat pegi tu yang efek sangat sbenanye...

i tried google, tapi volunteering things tu not really working. sumenye macam... reg sini, reg sane, then nothing happens. tu lah yang paling membanggakan, register je.

agencies? i dont really know which are... baik swasta, baik gov, aku tak tau mane nak cari lagi. yang ada-ada jumpe pun, for male. takde can lah aku... or is it macam... sangat lah private & confidential? kalau macam tu, macam mane nak reach ntah...

tolong bagi aku can untuk pegi, boleh? (tolong!!! la... )

Friday, November 30, 2012

Masih.

LOADING...

Salam semua.

Next Chapter masih loading dan akan terus loading sampai tarikh KPT - Kementerian Pengajian Tinggi keluarkan status permohonan untuk program ijazah sarjana muda sesi 2012/2013. Maaf la aku pun memang tengah tak tahu apa akan jadi...

tapi sedar tak sedar, aku sebenarnya memang dah masuk Next Chapter pun. cuma ini mungkin akan jadi chapter yang pendek, sebab terselit tengah-tengah, antara chapter-chapter besar. lagi pun aku tak berapa ada perancangan untuk masa-masa macam ni. selalunya bila hadapi situasi ni, aku tend to go for something unplanned. dan perkara ni goes on and on.

-kenapa? cuti ni panjang kot...

simply put, aku malas nak fikir. benda-benda yang tak plan, aku tak payah fikir... betul. mungkin sebab aku jenis yang I want it all, or I dont want it at all. sebab masa yang singkat macam ni, tak cukup untuk aku isi dengan plan-plan aku yang selalunya serius dan series. plan yang serius? yang biasanya aku buat dengan motif-motif tertentu dan kalau dah susah payah fikir, aku nak pastikan benda tu jadi. maka sebab itu, aku akan push sampai jadi. aku tak suka even fikir pun, pasal benda yang aku tahu aku tak sungguh-sungguh. sebab bila aku tak sungguh-sungguh, bila-bila je aku akan berhenti. sedangkan bila aku betul-betul nak buat, memang akan datang banyak halangan, tu aku tahu sangat. kalau aku tak sungguh-sungguh, susah-susah je la aku pening pale kerah idea-idea dari pemikiran kreatif dan kritis aku cari jalan selesaikan sebarang masalah atau kemungkinan yang timbul sepanjang jalan usaha aku. (penat kepala pike tapi kecundang kat part pelaksanaan). lagi satu, sedih sebenarnya bila aku buat plan lepas tu tak jadi... sakit sikit. jadi sebab tu kot aku pilih untuk tak plan. sebab plan aku buat selalunya makan masa, baik aku buat things unplanned.

tapi sekarang... adakah menyesal?

entah la... aku ada rasa macam benda-benda yang aku buat sepanjang masa ni sikit sangat. sedangkan tu baru 1/3 cuti aku. macam mana dengan 2/3 lagi? akan buat benda sama terus ke? hooo...

tak pelah. buat masa ni, tak apa. kalau sampai aku tak tahan nanti, pandai-pandai lah aku bawak diri pegi mana-mana.

pasal kerja? takut sebenarnya. setakat ni aku ada apply, tapi aku tak tahu aku harap apa sebenarnya. sikit harap aku dapat kerja tu, biar tak bosan cuti, lagipun boleh dapat duit siapa tak nak. kumpul duit banyak-banyak, aku boleh pergi... (hehehe... aku memang nak pergi situ). tapi masalah gak kalau dapat, sebab akiviti harian yang aku dah biasa buat sekarang ni akan terganggu lah. memang lah aktiviti harian tu tak bagi aku duit pun, tapi aku masih ada kebebasan berfikir dan ruang masa yang lapang untuk improve daya tahan aku. tak dapat bayangkan kalau aku dapat kerja tu dan masuk ofis setiap hari pagi sampai petang, balik-balik rumah tidur. apa? 5 daripada 7 hari dalam seminggu aku akan di spend macam tu? oh my...

tu apa yang aku takut sebenarnya. tapi hakikatnya, banyak je benda baru aku boleh belajar masa kat ofis tu kot. banyak benda hidup aku boleh kenal kat ofis tu. untung-untung pasal 5 hari yang aku takut sangat jadi bayang tu, aku pandai pulak hargai 2 hari yang tinggal sisa tu. apa masalah? apa-apa pun tengok keadaan lah... ada masa aku sendiri fikir aku nak kerja dan tinggalkan je ijazah sarjana muda a.k.a degree. peluang tak mati masa ni je, kalau aku kerja terus pun aku boleh sambung belajar lain kali.

isk... sebenarnya aku sangat tak suka bila aku jadi macam ni. ambil mudah semua benda. ni lah yang jadi bila aku tak plan. bila aku tak plan sama ada aku nak sambung degree atau nak kerja. bila aku tak plan kerja apa aku nak masuk. bila aku tak plan apa nak buat 3 bulan dari sekarang, apa nak jadi nanti. sebab bila aku tak plan, aku tak ada target. bila aku tak ada target, aku tak ada usaha. bila aku tak ada usaha, aku nothing. aku tak tahu la orang lain, mungkin ada yang rasa kerja je la sekarang, apa nak jadi nanti tengok keadaan lah. nak sambung belajar ke tak nak, nanti lah fikir. tak semestinya kerja sekarang memang dah tak akan sambung belajar. betul apa yang korang fikir tu, cuma aku yang penakut ni takut sangat hati aku tak tetap. sebab aku tahu hati aku memang tak tetap. sebelum masuk diploma dulu pun aku ada mask kerja, entah macam mana masa tu boleh pulak rase macam kalau terus macam tu pon ok je hidup, asalkan hepi. naif sungguh aku...

Sunday, November 25, 2012

Next Chapter.

LOADING...

haha. Salam alaik.

lama jugak aku tinggal blog ni, macam banyak benda nak setel these few days. tapi Alhamdulillah setel dah sikit. sekarang aku tengah cuba sesuatu, tapi hasil tak jelas lagi... mungkin positif mungkin negatif, tapi tak kisah lah. Tawakkaltu ala Allah.

jadi buat masa ni, sambil-sambil tunggu, aku pergi main bola tampar kat Puncak Perdana. Saka betul aku nak tinggalkan tempat tu, kan? hahah... susah nak tinggalkan tempat tu selagi ada geng-geng bola tampar tu. mungkin bila diorang pun dah habis belajar, aku pun dah ada komitmen lain, mungkin aku akan berhenti... benti pegi PP jela, tak tahu lagi akan benti maen bola tampar ke tak - macam aku benti maen bola jaring, dan mungkin macam benti maen tae kwon do. tapi sebenarnya aku tak lah benti pun tae kwon do tu, cuma dah tak ada can nak sambung. kelas kat PP pun dah tak buat sebab tak ada orang... kena pegi Puncak Alam kalau nak ikut kelas TKD, naa!

biar jelah, dengan aku pun agak-agak malas nak pegi PA, aku pun dah tawar hati gak ni nak maen Tae Kwon Do buat mase ni... tak pasti sebab apa, mungkin sebab 'rasa' dah tak sama dengan masa zaman sekolah menengah dulu. masa tu 'rasa' maen Tae Kwon Do tu laen, masuk sampai dalam-dalam-dalam hati. nak pegi latihan pun semangat, ada penyuntik. nak ajak kawan pegi latihan pun ada sebab kukuh. nak ajak budak-budak masuk kelab pun ada motif. jadi untuk teruskan tu, susah macam mana pun, aku tak nak benti sebab ada misi dan visi. wahhaaa... ayat?

tu lah. beza. apa yang beza sebenarnya? can't tell. benda tu benda 'rasa', benda hati. hahaha aku pun pandai cakap pasal hati pe... kau ingat?

um... mungkin beza tu sendiri timbul sebab Cikgu Rosli - Cikgu Tae Kwon Do GTF kat Sungai Besar (otomatik kelab-kelab TKD sekolah kat kawasan tu beliau yg pegang). dan fyi, sekolah aku masa PMR dan SPM, dua-dua kat Sungai Besar walaupun sekolahnya laen-laen (kat sini ade sekolah-sekolah aku). kenapa dengan Cikgu Rosli? nanti aku citer...

*tadi aku terbace balik entri-entri yang awal-awal, mase aku mula buat blog. yang terlintas kat aku adalah yang demikian :
     - "hahaha!"
     - "bongok..."
     - "Ya Allah... aku ke yg tulis ni?"
     - "nasib baik Allah bagi aku hidayah nak tulis benda-benda ni, kalau tak takde yg igtkan aku pasal ni"
     - "kalau la dulu aku tak tulis benda ni, dah tak ingat psl ni..."

Sunday, November 11, 2012

end of chapter.

this is another chapter of my life.

Chapter : Diploma.

Sekitar Jun 2010 - November 2012 (sepanjang pengajian diploma aku). Bertempat di UiTM Kampus Puncak Perdana, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (sekarang Fakulti Filem, Teater & Animasi).

Dalam bab ni, ada beberapa topik yang melibatkan perkara-perkara yang jadi dalam hidup sepanjang aku menuntut untuk diploma. Antaranya...

i) UiTM Kampus Puncak Perdana
   - MDS Jun-Nov 2010 (orientasi budak-budak baru masuk UiTM)
   - Tae Kwon Do
   - Bola Tampar
   - Bola Jaring
   - Bola Keranjang
   - Boling   - Petanque
   - Galah Panjang
   - Baling Selipar
   - Larian
   - Overnight
   - Isu-isu Komander dengan JPK (haha!)

ii) Fakulti Filem, Teater & Animasi
   - Induksi (orientasi budak-budak baru masuk Fakulti TeKA @ FiTA)
   - Semester 1
   - Semester 2
   - Semester 3
   - Semester 4
   - Semester 5
   - Pelajaran (ilmu yang dapat secara langsung atau tak langsung, dari fakulti ini)
   - Persembahan (menonton, membuat, dll)
   - Peperiksaan
   - Keputusan Peperiksaan
   - Pensyarah-pensyarah
   - Kenalan-kenalan dalam  fakulti
   - Sukan Antara Fakulti 2010
   - Sukan Antara Fakulti 2011

iii) Komander Kesatria
   - LIBK 2010 (UiTM Puncak Alam)
   - Jambori Komander 6/2010 (UiTM Kedah)
   - KKEC 2011 (UiTM Perlis)
   - LIBK 2011 (UiTM Melaka)
   - Jambori Komander 7/2011 (UiTM Negeri Sembilan)
   - KKEC 2012 (UiTM Pulau Pinang)
   - Kawad 24 Jam (UiTM Perlis)
   - Kawad Kemerdekaan (Dataran Merdeka)
   - Jambori Komander 8/2012 (UiTM Kelantan)
   - Kawan-kawan Komander kampus Puncak Perdana & Puncak Alam
   - Kawan-kawan Komander kampus cawangan
   - Pelajaran (Ilmu-ilmu kawad, dan pengurusan semua benda samada secara professional ataupun personal)

iv) Peningkatan tambahan
   - JPA (penaja)
   - Lesen Memandu
   - Twitter (benda kecik je kot, hehee...)
   - Self-respect & self-confident (bukannya sebelum ni tak konfiden, tapi benda ni meningkat...)
   - Kemahiran dan penguasaan arah dan halatuju jalan (dah boleh lah nak jalan jauh-jauh sikit)

Ini cuma antaranya, pun dah banyak. Macam dah boleh buat novel ke drama ke filem ke ntah. Tapi semua inilah yang namanya pengalaman. Chapter-chapter sebelum ini, hidup zaman-zaman yang di belakang chapter ini, mungkin aku tak akan bangkitkan sepenuhnya pun sebab aku sendiri dah tak berapa nak ingat. Tapi tak apalah, yang lepas biarkan lepas. Yang ini ada.

Cuak tak cuak, tak lama lagi dah nak mula chapter baru. Yang itu aku masih belum pasti, meski aku dah rancang. sebab apa yang kita rancang tak semestinya menjadi. Jadi buat masa ini, aku cuma boleh kata aku mungkin akan masuk ke Chapter Ijazah ataupun kalau tak, mungkin Chapter Dewasa yang mana aku terus kerja. Wallahu A'lam.

Saturday, November 10, 2012

Value of Life 1.

A few unexpected moments worth more than a thousand expected hours.

Thursday, November 8, 2012

honestly

what is 'being honest' all about?

Sometimes it's just saying things the way it is. not a single word you should change, not a single thing you should put on cover.

Sometimes it's telling everything. there's no doubt, nothing to hide and nothing to keep from others.

Honestly, setakat ini.

Wednesday, November 7, 2012

...

Salam.

Lama sudah... maaf aku tak konsisten. hari ini baru aku menulis lagi, ini sesudah aku balik dari UiTM Machang, Kelantan untuk Jambori Siri-8, jambori tahun 2012 ini. 

Cerita jambori ini... kekecewaan. bukan atas kekalahan, tapi atas kesalahan. ada yang tak kena bila masing-masing macam pentingkan diri - dan ini termasuk aku sendiri. beza memang sangat rasa, bila masing-masing cuma fikir rasa sendiri. aku pun macam itu...

Kecewa ini... mungkin kah aku patut lihat juga sisi positifnya? macam tak ada yang positif di sebalik sifat pentingkan diri. macam tak ada... sebalik kekalahan memang adanya positif, tapi tidak di sebalik sifat pentingkan diri. itu kecewa terbesar aku...

Dan sekarang, lepas aku sia-siakan jambori terkhir aku ini... perlu selangkah ke hadapan dan fikir soal masa akan datang. jalan yang aku buka untuk masa depan aku terlalu sempit, risau mampukah aku tanggung akibatnya nanti? fikir-fikir... mungkin tak seburuk yang aku fikir... tapi masih, aku takut. mungkin sebab aku terlampau banyak masa terluang sampaikan sempat fikir benda-benda negatif. 

Ada masa aku fikir aku perlu shutdown, lupakan sementara soal masa depan dan buat sesuatu untuk isi masa lapang ni. Ada masa aku fikir aku terlampau bebas untuk buat keputusan sendiri, takut termakan diri sendiri. Ada masa aku fikir aku perlu seseorang untuk beritahu, apa yang aku tak patut buat... aku perlu sesuatu yang ingatkan aku supaya aku tak tersalah dan rosakkan diri sendiri. Meskipun ada masa kawan-kawan kata mereka jeles sebab aku mampu buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa, tapi mereka tak tahu, takut mana aku.

Betul... kebebasan untuk rancang dan atur hidup sendiri, itu sesuatu yang patut aku syukuri. lepas rancang cuma serah dan tawakkal pada Allah. tapi kebebasan itu yang mengongkong aku. kebebasan itu yang ikat dan rantai aku. kebebasan itu yang kurung aku, dalam pemikiran yang cuma didasarkan atas kemahuan aku. aku tak lagi fikir kepentingan orang lain, tanggungjawab pada orang lain, semuanya atas aku. apa yang aku nak, apa yang aku suka, apa yang aku angankan, apa yang aku mampu, tetapi aku abaikan apa yang aku perlu. sebab apa yang aku perlu itu tidak buka pemikiran aku pada apa yang aku nak. 

Aku buat keputusan, tak tengok garisan dan batasan. aku tak tengok ke hadapan. aku cuma lihat apa yang aku mahu, dan berserah. aku fikir kalau aku tak capai apa yang aku mahu, tawakkal je dengan apa yang aku ada. tapi aku tak usaha sesungguhnya, aku tak usaha sehabisnya. silap yang aku buat masa jambori ini, aku buat juga masa tentukan masa depan aku. kerana aku terlalu bebas tentukan segalanya sendiri, aku jadi kabur. tak nampak garisan dan batasan.

Sunday, September 30, 2012

fikir-fikir.

kalau kau buat apa-apa tanpa fikir, kau akan buat orang lain sakit. meski kalau kau fikir setiap kali kau nak buat sesuatu, kau akan buat diri kau sakit.

Saturday, September 29, 2012

maaf, kawan.

tak pandai sangat ke, sampai tak nampak salah sendiri sampai kawan bawak diri? perlu ke kawan tu bagitau apa yang tak kena sampai dia sakit hati sangat, baru nak faham?

kesian kawan tu. nasib dia malang sikit sebab ada kawan macam aku, sedangkan masa dia benci aku, aku boleh dengan bodohnya tak tahu kenapa.

jadi... kalau kau sakit, dan aku pun sakit bila kau macam ini, kau rasa kenapa... untuk apa lagi? siapa yang paksa kau dengan aku? jom henti... kau pun dah tak larat, kan. jadi jom... henti. biar kau tak sakit dan aku pun tak sakit lagi. jom henti.

jadi kau tak perlu paksa diri kau untuk hadapi aku lagi, dan aku tak perlu lagi fikir apa salah aku setiap kali aku buat salah sampai kau benci, sebab tak ada orang sanggup bagitahu aku.

jadi jom henti dengan aman. sebab ini win-win situation, kan? memandangkan kau pun dah berkali-kali terpaksa tahan dengan aku dan aku pulak terus sakitkan hati kau dengan tak sedar. kalaupun aku bengap dan tak tahu kenapa kau macam itu dengan aku, aku tak buta dan masih perasan bila kau macam itu dengan aku. dan tak kira lah apa salah aku -yang aku tak sedar dan kau kata "untung lah mampu buat salah dengan orang dan tak perasan..."- kalau kau rasa aku untung bila boleh buat macam itu, terpulanglah. sumpah, bukan aku yang minta aku tak perasan bila buat salah dengan orang...

jadi jom henti. kalau kau nak terus benci aku, itu memang hak kau. cuma...

maaf atas kebodohan aku.

*kau masih antara kawan aku yang penyabar, sebab kau mampu sabar dengan aku. dan kawan yang mampu sabar dengan aku sendiri pun memang tak banyak...

Wednesday, September 26, 2012

facebook.

Sakit lah ada facebook... aaa... tak nak buat lah!

*erh... sangat mengada eh!

Sunday, September 23, 2012

Kalau nanti...

Kalau nanti... masa degree aku (dapat) masuk FSKM UiTM, dan tinggalkan FiTA (evn tak rela sgt nk tglkn), insyaAllah aku buat FB (-wth?!! takde fb lg...?)

a'ah, aku belum buat... Biar ah!!!

Sebelum ini tak rasa perlu. tapi katakan aku memang tak sambung FiTA TeKA (dihatiku), mungkin masa itu aku memang perlu. Kenapa?

sebab. aku sayang fakulti ni lah. sebab.

1. sebab asalnya aku tak tahu motif masuk sini - tak kenal tak cinta. jadi (ayat klise tapi betul-betul...) bila dah kenal aku suka. boleh ketepikan apa-apa yang buat aku tak senang hati dengan fakulti ini, overall tempat ni worth it. dan dah ajar aku macam-macam...

2. sebab aku mula faham, penting mana benda yang namanya 'sokongan' tu, untuk anak-anak seni yang baru nak hidup ni. dan aku alumni, rasa macam patut mainkan peranan penting (mungkin tak penting mana tapi setakat yang aku boleh tolong jela... hehe) untuk support diorang. Setakat support penuhkan tempat audience jela, (keluar duit tiket kot?!).

3. sebab nak tahu latest update FiTA ni la. Kalau tak, mana aku nak tahu bila budak-budak ni nak buat show lagi kat induk ke, kat Puncak Alam ke, kat Puncak Perdana ke... mana-mana je lah. Dah tahu update baru lah boleh ejas masa...

4. sebab nak follow up kawan-kawan FiTA ni lah... lupa, kawan-kawan AFTAS jugak. senang cerita, nak tahu cerita kawan-kawan Puncak Perdana ni lah. sebelum ni kenapa tak buat, adakah sebab kawan-kawan sekolah aku tak penting? bukan... tapi sebab bagi aku fb tak penting. Kawan-kawan yang penting tu... aku rasa kalau communicate dalam telefon lagi dekat kot? sebab macam kebanyakan orang, kalau aku buat fb, aku takut cuma sebab nak ada je, tapi bukan aku manfaat kan sangat pun. bagi aku lah...

dan sebab-sebab lain yang mungkin.

Haha dah malas nak citer pasal facebook. Sampai bila pun pro&con dia tak habis. Tengok lah nanti macam mana, nak buat ke tak. Sebab aku masih fikir nak jaga identiti ku... huhuu...

Setakat ini.

damn! aku nak balik Kuala Kangsar.

Banyak sangat benda boleh buat sampai tak tahu apa patut buat. banyak sangat jalan sampai tak tahu jalan mana patut lalu. banyak sangat musykil sampai tak tahu apa patut fikir.

damn! aku nak keluar.

Banyak orang boleh faham bila aku berkias tapi tak ada yang faham bila aku cakap direct. banyak pulak yang orang tahu bila aku tahu sesuatu tapi langsung tak ada yang tahu, bila aku betul-betul tengah buntu.

damn! aku nak pergi.

Banyak yang bagi simpang bila aku tahu jalan, tapi tak ada yang bagi direction pun bila aku memang tak tahu jalan. banyak yang datang bila tak perlu tapi hilang bila aku benar-benar perlu.

damn! aku nak cakap.

Banyak kali aku nak cakap aku tak tahan tapi setiap kali tu aku sedar sebenarnya aku tahan - kalau tak tahan, mustahil Allah bagi cabaran tu kat aku. banyak kali aku nak cakap aku tak suka tapi setiap kali tu aku terfikir, macam mana kalau itu yang terbaik untuk aku meski aku sangat tak suka? aku yang rugi kalau tak hargai.

damn! aku asyik kira.

Banyak kali aku pertimbangkan. Banyak kali aku bayangkan. Setiap kali aku positifkan. Setiap apa orang negatifkan. Banyak kali aku terpempan. Sampai bila aku boleh tahan?

damn! aku cuma boleh tarik nafas dalam, dan lepaskan.

Wednesday, September 19, 2012

Tentang Naluri.

Naluri Manusia, adik-beradik dengan Fitrah Manusia.

Macam mana bila aku hidup macam yang aku sangka biasa. aku hidup dengan apa yang ad dalam hidup aku, cuba untuk baiki diri setiap kali. cuba jadi baik setiap kali, cuba jadi manusia. tapi tetap... ada yang benci. aku tak tahu kenapa dia benci, mungkin aku ada buat sesuatu pada dia tapi aku tak perasan. dan aku punya tak perasan sering... jadikan orang-orang itu benci aku di tahap tertinggi.

teringin aku nak kata... kau benci aku? mampus kau ah.
tapi paling-paling yang aku mampu kata pun, cuma... kau benci aku? sukati kau ah.

kenapa? sebab ketahui hakikat ada orang benci aku atas perkara-perkara yang aku betul-betul tak perasan, pun dah beri cukup isyarat yang aku pernah sakiti dia. aku ikut sakit, meski aku tak tahu apa yang dia sakit sangat dengan aku. benda-benda yang aku memang saja buat orang sakit hati macam masa kesatria, tu cerita lain lah. aku tak maksudkan hal-hal macam itu dalam ini. balik pada cerita kenapa. sebab aku ada sakiti dia, rasanya tak patut kalau aku lagi terus sakiti dia. walau sekuat mana pun aku punya nak, atas sebab apa sekalipun.

sebagai komander, sies aku memang tak kisah kalau budak-budak kesatria benci aku. memang tak kisah, ada sebab lah... tapi kalau kawan-kawan sendiri, rasanya itu bukan sebab kesatria pun lah. yang paling sakit, bila aku langsung tak ada peluang untuk tahu sebab atas kebencian diorang kat aku. umumnya, memanglah kalau diorang benci aku tu, mungkin sebab aku ada buat sesuatu, ada buat salah dan sebagainya lah. yang aku nak tahu kenapa diorang benci, tu sebab aku nak betulkan apa-apa yang tak betul kat aku. tapi kalau yang benci aku tu terus menonong benci aku, macam mana aku nak tahu apa yang salah?

aku nak ambil peduli pasal mereka yang benci aku, takut diorang benci aku sebab dengki ke apa. sebab kalau benda-benda macam tu memang aku malas layan. hidup dah ada masing-masing satu, kenapa nak dengki kat orang lain - dan buat macam orang tu yang salah? apa yang ada dalam hidup kau tu lah apa yang memang sepatutnya ada dalam hidup kau. kurang ke, lebih ke, itu yang kau mampu hadapi. kalau sebab kau dengki aku, kau rasa apa yang ada kat aku ni sepatutnya kau punya, kau fikir lah balik... kalau sampai kau dapat semua yang ada dalam hidup aku, kau belum tentu sanggup nak hadapi. sebab yang itu lah... yang aku fikir setiap kali aku nak rasa cemburu kat orang. kalau kau boleh senang-senang dengki dengan apa yang orang lain ada, kau cuba lah tanggung beban-beban yang dia pernah tanggung. sebab mungkin beban-beban tu yang membentuk dia, sampai dia ada apa yang dia ada sekarang.

tapi semua itu... ada kau kisah?

Sunday, September 16, 2012

Syukur.

satu lagi hari yang lapang untuk aku... sebelum aku rasa sempit esok (mungkin) sebab submission banyak hari selasa. apa-apa pun, hari ini memang lapang. Alhamdulillah, lah...

seronok hari ini, sebab...

1. tadi masuk larian 1puncak kat puncak alam, dapat jumpa 'geng' lagi... tak la geng sangat pun, aku je yang declare, hahaha! sukati aku la... ini geng-geng jambori, kkec, sama-sama latihan sama-sama kena seksa... huhuu... geng tak?

2. tadi dapat geng baru, budak asasi. kadang-kadang best gak ada kawan of same interest, tapi lain background. mana tak lain, fakulti tak sama, kampus tak sama, umur pun tak sama, dan dia bukan komander pun. boleh la bukak sikit minda aku kat orang-orang luar zon aku... emh, tadi orang kuat (pegawai) UiTM Kampus Puncak Alam & Puncak Perdana pun ada... supportive betul.

3. larian ini buat kat puncak alam, jadi campur dengan orang-orang... macam-macam orang. jadi aku ada SANGAT banyak peluang untuk usha-usha orang. ini pun best gak... hehehee.

4. habis larian, aku pergi Rawang. Openhouse geng lama... geng lagi? weh aku bukan geng dengan diorang macam geng... gengster tau. tapi ini geng yang bagi aku memang geng... kalau ikutkan semua kawan aku rasa geng. sebab bila aku nak tulis 'kawan' tu, rasa macam perkataan tu tak cukup kuat. sedang aku dengan mereka-mereka ni (at least bagi aku), lebih dari kawan. macam yang aku kata kat atas tadi lah, dah pernah sama-sama tanggung susah... tu maksud geng bagi aku. haha maaf memang teruja sikit nak guna 'geng'...

5. dah tu, dari Rawang gerak terus ke Tanjung Malim. pergi rumah 'geng' lagi satu. dia yang ni la yang dok teman aku masuk larian 1Puncak yang kat Puncak Alam ni. kalau tak mesti aku sengsorang je lone-runner kat Puncak Alam. kalau dah sorang-sorang, mesti aku datang Puncak Alam, join lari dan terus balik tanpa pedulikan apa-apa lagi dah. sebab ada geng ni hari ni, aku boleh lah pandang sana pandang sini jugak kat Puncak Alam tu. ni geng yang aku pun tak cukup faham kenapa, tapi sangat penyabar... setakat ni lah (dari SMKA Simpang Lima aku kenal dia, sampai sekarang dah kat UiTM Puncak Perdana ni), mampu dia sabar dengan aku.

ini 5 dari banyak-banyak perkara yang aku syukuri hari ini. banyak sangat yang nak disyukuri saban hari, sampai kadang-kadang lupa. aku harap lupa-lupa pun aku tak kufur... takut sebab benda tu susah nak perasan.

by the way, ini jawapan bagi soalan-soalan cepumas kau untuk aku, nad...

lagu untuk nad 01
lagu untuk nad 02

aku harap soalan-soalan tu semua terjawab cuma dengan ini, jadi aku tak perlu fikir-fikir jawapan untuk kau lagi... :-)

Wednesday, September 12, 2012

This is absolutely...

So Sick Of Gangnam, a parody by the Redfm crew. This is absolutely better than gangnam itself... hahaha!

again?

yea... just now, those helis appeared again. all 5 are there, heading to the same direction. So i'm about to believe that they are going for some kinda training these few days. there's nothing to it, it's just that i'd like to see them heading that same direction again tomorrow...

as they go away, i was reminded of  LIBK again. why the hell do i keep on thinking of it?

well, someone told me (literally) i should learn to let go. so here's the deal... i lived with it for these past 2 years, and suddenly i have to let go - most likely because i'm done here, as this is my last semester. i don't really have to let it go, but it was there when i decided to change the thing i'm doing right now. and i'm not really changing it because i hate it or whatsoever, i just have to.

so far, i dont really sure what my future looks like, it's just a blur imagination... but still, it's my imagination so i have to go for it whatever it takes, it's my call. just... before i go for that one, i should deal with what i've already given.

for now it's LIBK, i reckon. everything related to Komander Kesatria, anything i've to get done along the way is amanah. no matter how much i wanna throw it away, i can't just let things be... as long as i can do something bout it i can't just ignore... no matter how damn much i wanted to. because i'll let this commanders' things go soon enough, i can't just let it be... have to do everything i should.

Tuesday, September 11, 2012

Eh... apa tu?

Beberapa hari ini aku terpaksa duduk menghadap laptop dalam bilik sebelah tingkap je... bukan sebab aku suka sangat duduk dalam bilik semata, tapi sebab bateri laptop tertinggal kat rumah masa aku balik hari itu. Jadi sekarang susah sikit nak bawa laptop aku jalan-jalan. Jadi dia kena tunggu aku dalam bilik je lah. nak bawa keluar, aku malas nak angkut adapter...

Disebabkan itu, bila aku dah lampau bosan duduk dalam bilik, aku turun lepak bawah. Selalunya lepak sendiri je lah, sebab diorang bukannya rajin keluar lepak kat bawah macam itu. Aku... sebab ada masa-masa yang aku sangat perlu rasa kewujudan orang lain. Dengan lepak kat bawah, baru rasa macam ada orang-orang lain sekeliling aku. dah berapa hari entah macam ini... terpaksa berkurung dalam bilik sebab nak setelkan assignments.

Pagi ini dari dalam bilik aku tiba-tiba dengar bunyi heli. Macam memang dekat yang amat. Macam terbang rendah sangat. tapi masa itu aku sekilas pandang je luar tingkap sebab aku tak nampak heli pun - dan sebab aku tengah fokus buat kerja. Tapi lepas lebih kurang sejam, baru tadi, bunyi heli lagi... kuat. Aku pun usha ke luar tingkap, tapi kali ini aku rajinkan diri untuk bangun pergi ke tingkap supaya aku boleh tengok betul-betul. Dan aku nampak betul-betul pun...

Heli warna hitam, TUDM punya kot? sebab sini memang dekat sikit dengan tempat TUDM. dan bila 5 buah heli konvoi macam itu, tak kan lah orang awam punya... lagi-lagi warna gelap, tak kan lah syarikat swasta punya. Memang mungkin, tapi naluri aku dengan suka-suka hati nya kata itu heli TUDM kot. Dari situ... (di samping teruja sampai boleh sengih sorang-sorang sebab dapat tengok heli TUDM itu konvoi), aku tefikir. Ada apa hari ini? Hari ini rasanya cuma rabu yang biasa, bukan hari ulangtahun apa-apa. Jadi aku terus fikir lagi... Ada apa-apa ke...? Wallahua'lam.

Tapi apa-apa pun, aku harap tak jadi apa-apa pun - yang sampai perlukan TUDM buat operasi. Sebab kalau dah sampai TUDM kena beroperasi, macam ada yang merisaukan. Jadi aku harap, kalau betul pun itu konvoi heli TUDM, diorang cuma keluar untuk buat latihan je. Mungkin latihan rutin ke, latihan khas ke, apa-apa jenis latihan pun lah. Asalkan semuanya elok-elok je.

Haha... tinggi pulak imaginasi aku bila masuk bahagian macam ini. Bila pasal ATM, aku cepat fikir yang serius-serius (can't help it). hak... memang TLDM wannabe betul!

Monday, September 10, 2012

Kenapa lagi.

Kawan... apa pulak kali ini?
tiba-tiba lagi
buat aku keliru lagi.

ada jawapan-jawapan yang mungkin kau tahu tapi tidak aku
ada perkara-perkara yang mungkin kau termakan hati tapi aku tak perhati
aahh... maaf lah, aku betul tak perasan
cuma aku tahu kau sekarang kemarahan.

nak aku tanya satu per satu
apa yang buat kau jadi begitu
tapi aku macam tahu
kau tak berminat panjangkan isu
jadi patut aku tunggu?
sampaikan reda marah kau pada aku.

boleh, kawan...
kalau nak aku tunggu marah kau reda
tapi macam mana aku nak perbetul sikap alpa
kalau aku tak tahu apa yang tak kena
sampai bila aku perlu jahil
sampai bila aku perlu ulang-ulang kali sakiti
sampai bila perlu jadi begini sekali lagi dan lagi
sampai bila aku perlu pentingkan diri?


Sunday, September 9, 2012

FiTA Komander.

LIBK dah dekat. mungkin tak sedekat tu, tapi dekat lah bagi aku... memandangkan aku pun dah nak habis belajar. dan bila cerita pasal LIBK... kenapa pelatih-pelatih yang ada dalam otak aku cuma budak-budak AFTAS?

Oh... maaf, maaf. Commander's Life isn't really FiTA's thing. Percaya tak? Betul lah... kepada budak-budak FiTA, tak banyak yang Dunia Komander boleh offer. Fun yang dicari-cari, FiTA boleh bagi lebih dari apa yang Dunia Komander boleh bagi. Jadi... tak ada apa yang tinggal, yang Dunia Komander boleh offer kat budak-budak FiTA. Jadi harapan aku untuk ada pelapis Komander FiTA @ TeKA, setipis ... (tak tahu nak kate, tapi memang tipis lah).

Kat sini aku tak ada intuisi untuk menyindir atau menghentam apa-apa atau siapa-siapa. Apa yang aku maksudkan cuma apa yang aku tuliskan, tiada maksud tersirat - jadi aku tak mahu ada pihak yang putarbelitkan ayat aku sampai jadi apa-apa yang tak sepatutnya.

Pasal Dunia Komander dan FiTA. Aku sendiri nampak... aku nampak apa yang ada dalam Dunia Komander dan apa yang ada dalam FiTA sendiri. Tak dinafikan dua-dua ada benefit yang sangat besar, tapi bila diukur mengikut keperluan, disebabkan apa yang ada dalam FiTA, buatkan aku rasa apa yang ada dalam Dunia Komander adalah bonus sampingan sahaja bagi apa yang dah memang ada dalam FiTA. dan bonus sampingan itu... meskipun bagi sesetengah orang ianya penting, tapi bagi kebanyakan orang, mereka tak terlalu bergantung pada bonus itu, kan? Kalau ada, ya Alhamdulillah tapi kalau tak ada... pun tak jadi masalah. Hal ini agak rumit bagi aku sekarang, jadi kalau aku tulis panjang lebar cuba nak fahamkan orang tentang ini, lama-lama aku sendiri yang jadi tak faham. Jadi setakat ini lah yang aku boleh fahamkan, dan setakat ini lah yang aku boleh entrikan.

dan ini... buat aku buntu bila fikir pasal nak tarik budak-budak FiTA jadi komander. Hari ini aku rasa aku tak akan tarik mereka lagi... buat masa ini, mungkin untuk sem ini, untuk ambilan tahun ini, aku tak akan lagi bersungguh-sungguh tarik budak-budak diploma FiTA untuk jadi komander (tak akan tarik macam dulu lagi) memandangkan aku pun tahu mereka pun tak rasa perlu. Jarang sebab berat untuk aku buat macam ini, giving up, tapi bila sampai masa-masa macam ini...

aku betul-betul buntu. masih runsing.

*btw, td blogwalking... jmp 1 org ni dilema mcm lbh kurg aku. tak la same mcm... sebijik, tp monolog yg same dgn yg ak prnh t'lintas. dan ini bukan pasal komander pun, tapi personal things.

Saturday, September 8, 2012

Simpan.

-Macam mana nak simpan episod-episod indah dalam hidup?

=Buku, lagu, gambar, mungkin filem...

-Kenapa nak simpan?

=Supaya bila kita di tingkat terbawah dalam hidup, kita boleh tengok balik episod itu dan tersenyum...

-Di masa-masa terburuk dalam hidup, macam mana boleh tersenyum lagi?

=Boleh... bila kita nampak balik apa yang pernah buat kita tersenyum suatu masa dulu...

-Kalau macam itu, cara terbaik simpan episod itu?

=Filem.

-Kenapa bukan buku, lagu, gambar?

=Sebab lagu tiada visual, gambar tiada audio, dan buku tiada keduanya. Dua-dua itu penting untuk recall perasaan itu balik...

*(soal jawab dengan diri sendiri)

Friday, September 7, 2012

Perbarisan Kemerdekaan.

lupa nak cerita pasal perbarisan kemerdekaan 31 Ogos lepas. Ada cerita jugak... aku cuma lupa nak cerita, mungkin sebab balik dari perbarisan tu dah sibuk fikir pasal kem HBU 111 yang jalan 1 & 2 september, betul-betul lepas Hari Merdeka itu... jadi, tak sempat.

ceritanya...

Perbarisan Kemerdekaan, 31 Ogos. Lebih kurang jam 8, peserta-peserta perbarisan ikut kadet masing-masing berbaris. Kesatria Negara, dalam kumpulan Generasi Y, ditempatkan di baris paling belakang. Sementara tunggu perbarisan mula, semua kena standby lah, yang in-charge peserta-peserta ini pada pandangan aku lah, encik-encik askar yang pakai baju celoreng tentera darat itu. Hm... smart. (Hehe...)

Sementara tunggu giliran itu, komander Kesatria Negara senang diri je lah... tengah-tengah tunggu itu, ada sekali-sekala encik askar yang in-charge bahagian kitorang itu datang cakap apa-apa - ada masa inform sesuatu, ada masa tanya sesuatu. Tapi satu bahagian yang buat aku terfikir-fikir sampai sekarang... bila ditanya...

             "Ada sesiapa kat sini berminat nak jadi tentera?"

masa itu aku tergamam, terkesima, terbengung dan paling sedih... terbengong!

aku tak jawab apa yang sepatutnya aku jawab.

kekecewaan terbesar pada diri aku.

aneh... masa itu aku tak rasa sangat, tapi lepas balik bila aku fikir-fikir, arghhhh! nyesal... :(

padahal masa ditanya itu aku jawab dalam hati "Tentera laut, encik!" tapi aku tak jawab itu dalam realiti... kenapa, aku pun tak pasti. mungkin sebab aku memang penakut... mungkin jugak sebab aku bingai-bingai teruja bila ditanya soalan itu, terus jadi macam... 'high'. Rugi nya...

dan hari ini... masih lagi... bila terfikir, teringat hal itu, aku menjerit dalam hati... kadang-kadang mencarut pun ada, macam mana aku boleh terlepas peluang sejelas itu. betapa bingainya... malu dengan diri sendiri punya pasal, aku tekup muka dan dengan seksanya tahan jerit macam orang gila... huh kenapa lah...

dan sekarang... sekali lagi aku buat perkara yang aku saban hari cuba elak. selama hari ini aku cuba elak dari mengenang sesuatu sebab nak elakkan rasa sesal. tapi hari ini... sebab hal ini... aku mengenang lagi dan menyesal lagi, dan menanggung lagi...




*disebabkan aku khayal, aku terlepas peluang itu... sakai la aku ni!


hoo... runsing.

salam. :)

seronok bila aku dapat buat sesuatu, lagi seronok bila lepas aku buat itu aku terfikir, ini memang apa yang aku nak buat.

seronok... sebab aku selalu dapat rasa macam itu. macam... i knew this is exactly what i want!

tapi dalam seronok itu, masih... kadang-kadang aku terfikir, betulkah apa yang aku buat ini? kalau tak betul, apa yang salah? dan yang tak seronoknya, tak ada orang yang akan jawab soalan aku tu...

tak seronok bila rasa keliru, dan tak ada yang datang untuk nampakkan dengan jelas, apa yang buat aku terkeliru. tak seronok bila rasa keliru, dan aku kena fikir dan terus fikir, apa yang tak kena.

dan sekarang... tak seronok bila aku sekali lagi terpaksa fikir, patut atau tak patut aku promote LIBK.

dalam hati aku tak nak ajak budak-budak ini pergi LIBK, sebab dah malas nak fikir pasal benda-benda macam ini. Banyak sangat kena fikir bila fikir pasal benda-benda yang melibatkan dunia komander ini... ini memang dunia komander Puncak, memang macam ini...

tapi jauh dalam sudut hati, aku nak sangat budak-budak sem 1 ini pergi LIBK konon-konon untuk sambung legasi Komander Kompeni N yang macam dah nak mati ini. sebab aku dah rasa, sebab aku dah belajar banyak benda daripada dunia komander ini... banyak hal yang bagi aku sangat penting. Cuma aku tak pasti samada benda-benda yang bagi aku penting dalam hidup aku itu, sama pentingnya dalam hidup mereka. Mungkin atas sebab-sebab tertentu, apa yang penting bagi aku tidak penting bagi mereka. Atau mungkin lebih kurang penting, tapi tidaklah sepenting yang aku kira. Atau lagi, mungkin memang tidak penting langsung...

yang penting bagi aku itu... mungkin sebab aku perlu sedia untuk redah dunia yang aku nak redah. ada bahagian-bahagian  tertentu di dunia ini yang aku nak jelajah. bahagian-bahagian itu pun belum tentu aku boleh sampai, tapi aku ada cita-cita. sekurang-kurangnya, apa yang aku buat sekarang, penting untuk aku sediakan diri aku ke arah itu. dan itu yang buat apa yang penting bagi aku sekarang, penting bagi aku. dan apa yang penting bagi aku itu... apa kena mengena dengan mereka?

mungkin mereka sendiri pun boleh dapatkan kepentingan masing-masing daripada apa yang ada dalam dunia komander ini, tapi mana aku tahu? macam mana aku nak nampakkan pada mereka?

sekali fikir... bukan tugas aku untuk fikir semua itu. kenapa lah aku susah-susah fikir hal-hal yang bagi mereka-mereka pun tak penting?

dua kali fikir... kalau dah bagi mereka, ini tak penting... dan aku putuskan untuk anggap ini tidak penting juga, ke mana hala semua ini? dah kalau ini tidak penting bagi kami, bagi siapa lagi?

tiga kali fikir... ini penting bagi budak-budak yang belum pernah rasa ini sebenarnya. kalau lah diorang tahu betapa banyak nya yang diorang boleh belajar dalam dunia komander ini, huh...

fikir punya fikir punya fikir, budak-budak ini... tak ramai yang suka benda-benda yang mencabar mental fizikal macam ini. jalan tersadung batu pun dibabikan batu tu... macam mana lah nak jalan kat tempat yang lagi banyak batu-batu besar yang memang tak akan senangkan hidup diorang. lampu tak nyala waktu gelap pun dicarutkan lampu tu, macam mana lah diorang nak hidup dengan susah payah yang lagi susah dari setakat gelap tak ada lampu...

*kecewa sikit bila dengar budak AFTAS lagi ramai minat nak jadi komander daripada budak FiTA. siapa lak yang nak tolong budak-budak FiTA yang akan datang? siapa lagi nak back-up budak2 FiTA yang selalu kena keluar shooting? siapa yang boleh faham budak2 FiTA sebanyak mana komander FiTA sendiri faham diorang? kalau budak2 FiTA sekarang tak ada yang nak jadi komander, nasib budak2 FiTA yang akan datang la yang jadi taruhan... kalau kau memang tak kisah pun, just tolong jangan kata "Ade aku kisah?"...

Sunday, September 2, 2012

Kem HBU 111.

Latihan Pangkalan Hutan dan Ikhtiar Hidup di Taman Rimba Komanwel, Rawang bagi pelatih Kesatria Negara semester 1 kampus Puncak Perdana sesi Jun - Nov 2012. Ini mungkin kali terakhir aku jadi pengiring camping Kesatria Negara HBU 111. Semester akhir jadikan kebanyakan hal dalam hidup aku sebagai yang terakhir, tapi nak buat macam mana, nasib lah...

Kem kali ini... Kumpulan 4; Kuih Bangkit. Budak2 part 1 yang kiranya pandai jugaklah sebab mampu jadi skema untuk 2 hari kem ni. Cuma susah sikitlah hidup diorang bila aku yang jadi mentor kumpulan diorang. Tak tau lah kot2 itu antara sebab diorang terpaksa tahankan diri jadi skema, sebab kat luar diorang bukanlah skema sangat pun sebenarnya. Tapi sepanjang kem ni aku memang nakkan diorang jadi skema sementara, atas sebab2 tertentu lah... dan diorang jadi (kebanyakan masa tu lah).

Untuk kem ni aku pegang biro logistik, jadi aku kurangkan penglibatan dengan pelatih, kecuali bila perlu lah -dan dengan kumpulan aku (mcm yg kt ats). dengan diorang aku memang rasa perlu la sebab aku mentor diorang kot... kalau diorang rasa tak perlu, nasib lah... dah aku mentor diorang. haha!

Ni pun baru balik dari kem ni sebenarnya, tiba2 rasa nak update. Dah pagi tadi peserte2 kem buat komen pasal kem ni dan komander2 yang bawak diorang, jadi ni turn komander la plak, kan? Hmph... Pelatih2 ni lemau, even lepas aku consider yang diorang ni bukannya komander, dan aku nilai diorang dengan piawaian pelatih pun, diorang antara yang lemau kalau nak banding dengan pelatih2 yang sebelum ni. Buat aktiviti memang nampak tak ikhlas pun ade, tapi yang enjoy tu enjoy la... Papepun, walaupun diorang ni yang paling lemau, aku rase ni majoriti pelatih yang paling baik mase kem dan tak buat masalah sangat even ramai. Tapi still... diorang tak semangat sangat.

Tapi tak banyak nak cakap pun pasal budak2 ni, sebab aku tak campur sangat aktiviti diorang - itu pun ada gak yang letak name aku untuk nombor 7 dalam kertas komen diorang. Kisah sangat tu tak lah, tapi wondering je... dari kumpulan aku ke, budak2 yang letak tu? sebab aku tak kacau sangat pun pelatih2 lain mase aktiviti diorang ke, mase rehat diorang ke... yang aku kacau cuma budak2 kumpulan aku la, sebab aku mentor diorang. tu pun bukan saje2 aku susahkan diorang -even semuanya aku buat dengan sengaja, yang paham tu paham la, yang tak paham tu takpe takde hal.


Budak2 kumpulan aku ni - maap sbb pggil bdk2, sbb aku rse korg mmg bdk2 - tak tau lah nak kate. kalau aku cakap yang baik2 nanti bangge, tapi memang aku agak senang hati dengan 'budak2' ni. Dalam kem ni aku puas hati gak la dengan adik2 - mase tu diorang bkn adik2 la, diorang pelatih - macam ni. Memang ade yang tak kena la dari mule2 diorang datang cari aku... (seawal tu diorang dah buat salah?!). Tapi tu la... nasib baik performance kumpulan diorang elok kat aku. Mungkin ade kumpulan lain lagi bagus tapi serius aku suke dengan diorang ni punye persembahan. 

Suka jugak diorang punya bilangan - 5 laki 5 pempuan, balance.

Suka diorang punya muka - masing2 muka innocent, even muke ni kdg2 sakit gak la nak tgk.

Suka diorang punya usahasama. Even tu pun lepas kena tegur, tapi tak kisah lah...

Suka-suka-suka diorang punya trademark, cheers... nampak ada usaha.


Cuma tak suka bila ketua kumpulan jawab soalan2 aku. Suka sangat cakap macam dalam drama... elok2 macam dalam skrip cerita. KLISE! Macam klise nya denda yang diorang dapat sebab tak kemas kemah... eh?
Ayat-ayat klise yang dia dok cakap2 tu, ikhlas tak ikhlas nye pun aku tak tau, jadi mungkin sebab tu aku malas nak dengar kot. Kalau nak buktikan ikhlas pun... tak payah la. Buat pe?

Menara yang diorang buat tu... bukan tak suka, tapi tak tau nak buat pe. Last2 menara tu jalan sendiri pergi kat tong sampah berdekatan. Sies... memang bukan aku yang anta dia pegi situ, tau2 dia dah ada kat situ. Jadi macam biasa, benda best2 yang aku tak mampu simpan atas sebab2 tertentu, aku cuma simpan dalam memori je lah. Memori elektronik (fon, laptop, kamera) dan memori biologi (otak). Tu je lah yang mampu...

Tapi 3 brg amanah diorang ni... riben, belon, logo... apsal lak sume amek wane hijau?!!

Monday, August 13, 2012

tak payah, tak perlu.

makin mencabar... memang betul kata dia, lagi banyak aku tahu lagi sakit. tapi masih... macam itu lah. memang itu... memang ini... memang semuanya. aku pun dah tak larat cakap... memang.

Thursday, August 9, 2012

macam bintang.

bintang tak sehebat matahari
yang tetap bersinar setiap hari, tak kira orang suka ataupun tidak.

bintang tak semegah bunga api
yang cantik warna-warni, yang sekali meletup, mampu tarik perhatian semua orang.

bintang tak seluas lautan
yang mampu bekalkan sumber air untuk seluruh makhluk dan hidupan di bumi

bintang tak secerah bulan
yang memang sangat cerah dan kata orang sangat cantik

bintang kecil-kecil je di langit, dan orang cuma boleh nampak dalam gelap malam. orang tak teringat pasal bintang pun bila siang terang.

tapi aku tetap nak jadi macam bintang.

bintang mungkin tak setiap malam muncul, tapi bila ada ia tak menyakitkan hati sebab biasanya orang tak peduli pun ada atau tiadanya. cuma sebilangan orang gembira bila ia ada, tapi bila ia ada mereka benar-benar rasa gembira. bintang bertebaran di langit, yang semua orang -tak kira dari mana, selatan atau utara, timur atau barat, boleh nampak. jadi semua orang tengok bintang yang sama, tak kira dari mana mereka sekalipun. bintang mungkin tak beri kebaikan pada seluruh alam semesta, tapi ada sebahagian daripada orang dulu-dulu gunakan sebagai pandu arah. mungkin tak secantik bunga api dan tak secerah bulan, tapi ia buatkan langit nampak indah.

jadi biarlah aku jadi macam bintang-bintang kecil di langit, yang orang cuma boleh nampak dalam gelap malam. yang orang tak teringat pun bila siang terang.

tolong... boleh?

makin lancang mulut sakiti mereka yang aku fikir sakiti aku. makin tak berfikir bila berkata-kata. makin hilang nilai-nilai yang patut dijaga. makin kembali ke zaman dulu kala, zaman yang mana hidup hanya dengan garisan diantara suka dengan tak suka. zaman yang mana situasi dan keadaan tidak diambil kira. fikir-fikir...

aku tak berniat nak berkasar. kepada yang lalui, maafkan aku dah terlepas carutan. aku dah makin hilang kewarasan. aku tak tahu berapa lama akan berpanjangan, aku tak tahu apa kesudahan ini.
mungkin aku perlu ke dunia asing lagi... untuk fikir, untuk renung, untuk ingat kembali, seindah mana hidup yang dihargai. dunia asing mana pula aku nak jelajah kali ini? belum ada destinasi lagi. ada, cuma belum sejauh itu lagi-lagi dengan kekangan masa macam ini. sebab aku masih dalam semester, bukan cuti. sementara aku hilangkan laku tak wajar yang macam ini, yang macam zaman dulu kala yang tak matang itu, aku perlu diam. supaya apa yang keluar dari mulut ini tak bertambah lancang dengan latihan dan praktikal. cuma...

mereka yang aku fikir sakiti aku itu, tolong bantu aku... kamu sendiri pun tahu sakit hati itu apa, dan kamu tak ragu-ragu untuk cakap pasal hati bila aku sakiti hati kamu, tapi untuk apa-apa yang mungkin sakiti aku itu, kalau terkena pada kamu mungkin kamu juga sakit hati. jadi tolong consider dua belah pihak... tak patut rasanya kalau hati kamu je orang lain kena jaga. sebab kalau sampai satu tahap, aku pun mungkin hilang kewarasan dan lupakan (dengan sengaja) hakikat yang kamu itu manusia yang ada hati yang perlu dijaga...

Wednesday, August 8, 2012

yang aku nak buat.

apa yang aku buat, ada orang yang dapat manfaat.

apa yang aku buat, tak ada ragu-ragu waktu buat.

apa yang aku buat, aku faham dengan jelas kenapa aku buat.

apa yang aku buat, kalaupun aku tak faham, aku tahu kenapa aku buat.

apa yang aku buat, boleh buat aku hepi walaupun ia beri aku sakit.

apa yang aku buat, kalau undur masa pun aku tetap akan buat yang sama.

apa yang aku buat, akan ingatkan aku tentang susah payah orang lain.

apa yang aku buat, akan ingatkan aku tentang susah payah orang-orang terdahulu.

apa yang aku buat, akan ingatkan aku pada susah payah akhirat.

apa yang aku buat, akan ingatkan aku untuk manfaatkan hidup aku.

apa yang aku buat, akan ingatkan orang lain untuk manfaatkan hidup mereka.

apa yang aku buat, akan buat aku lebih hargai hidup aku.

apa yang aku buat, akan buat orang lain lebih hargai hidup mereka.

semua ini yang aku harapkan untuk masa depan. semua ini aku harap aku dapat capai melalui cita-cita aku. semua ini aku harap ada dalam cita-cita aku. aku harap sangat... cita-cita yang aku nak capai dapat penuhi semua ini. jadi aku harap benar aku dapat capai cita-cita aku.

aku sangat-sangat tak harap aku akan abaikan cita-cita aku untuk kejar kesenangan, kemudahan, dan keselesaan hidup yang mungkin datang nanti. aku harap bila aku diberi pilihan antara cita-cita (yang aku sendiri tahu risikonya sangat tinggi) dengan kerjaya yang bukan cita-cita (tapi meletakkan aku dalam zon selamat - tempat selamat, tugas selamat, gaji selamat dll), aku akan tetap pilih cita-cita. aku harap masa itu hati aku tak berubah tentang cita-cita. biarlah aku hidup dengan risiko yang tinggi tapi yakin dengan jalan yang aku pilih, daripada hidup dengan risiko yang rendah tetapi buat aku tercari-cari kemudiannya kenapa jalan itu yang aku pilih.

aku sangat perlukan satu perkara - ketetapan hati.

Sunday, August 5, 2012

minat.

tengah kira-kira... macam mana?

maher zain. bila dengar lagu-lagu dia, buat aku terfikir... lagu-lagu dia ini, atas dasar apa dia buat? tapi bila dengar lagu dia lagi dan lagi, buat aku terfikir... dengan lagu yang cantik-cantik macam ini, mungkin kah lagu-lagu dia boleh secantik ini, kalau dia buat bukan sebab minat? nak bandingkan dengan aku pun-sebagai manusialah kan, kalau aku buat apa-apa bukan atas dasar minat, hasilnya tak kan sebagus apa yang aku buat sebab minat. mungkin itu fitrah... sama bagi sesiapa pun. jadi kalau kau rasa apa yang kau buat sekarang atas dasar minat, tapi masih belum sampai tahap-tahap yang boleh datangkan kesukaan pada kau, yang dengan kecemerlangan yang kau capai pun masih kau belum gembira, atau puas -kat sini puas tak bermaksud cukup dengan apa yang ada sampai kau rasa nak henti, puas kat sini bermaksud apa orang kata (caci maki @ puji) tak akan buat kau sedih. mungkin ia akan buat kau sentap, berfikir semula, terasa serba kurang, rasa apa saja, tapi ia tak akan buat kau kecewa. bahkan dengan kata-kata orang pasal apa yang kau buat itu, kau jadi lebih peka dan mahu perbaiki biar lebih baik. kalau kau rasa ini meski ia belum datangkan apa-apa anugerah untuk kau, maka mungkin apa yang kau buat itu adalah atas dasar minat. tapi kalau kau dah capai macam-macam anugerah tapi kau masih belum rasa puas macam yang aku maksudkan itu, maka patut fikir balik kenapa kau buat semua itu sebab itu belum tentu atas dasar minat.

jadi bila dengar lagu maher zain... aku sendiri terasa macam-macam. kata pensyarah aku, kalau kita hasilkan seni, dan berjaya sampaikan perasaan yang kita nak sampaikan itu - bermaksud kita boleh buat penonton atau pendengar atau penengok rasa apa yang kita rasa, itu cuma boleh dicapai bila kita sendiri ada perasaan itu, jadi kita tahu dengan teliti apa yang perlu semasa kita sampaikan perasaan itu. jadi bila aku gembira, atau tenang atau senang hati atau terkilan bila dengar lagu maher zain, aku fikir... dia buat lagu-lagu dia dengan perasaan dia. jadi ada dasar minat di situ... dia minat untuk sampaikan pemikiran dia sebagai orang Islam kepada umum.

dengan itu, aku terfikir... apa yang aku minat? betul-betul minat... ada sesuatu. tapi macam mana minat aku itu boleh buat aku beri khidmat pada agama aku? pada Islam...

Saturday, August 4, 2012

dia sebut-sebut.

dia... aku tak dapat pastikan samada dia menganjing kepercayaan aku atau dia benar-benar faham dengan apa yang dia kata. aku harap dia benar-benar faham, sebab aku tak harap dia nganjing aku.

We Are Alright.

The Prophet S.A.W said to his companions:
"Who among the faithful believers do you consider has the most amazing faith?"

They said: "The angels"

He said: "Why would they not believe since they are with their Lord?"

They mentioned: "The Prophets"

The Prophet S.A.W said: "Why would they not believe while the revelation is sent down to them?"

They said: "Then we are"

He said: "Why would not you believe when I am among you?"

They asked: "Who has the most amazing faith?"

The Prophet S.A.W said:
"The people who will come after you and who will find only books that they will believe in".

*credit to The Muslims Are Alright.

So believe, our faith is worth it... Terkesima bila terbaca waktu jumpa. Kebetulan masa tengok-tengok short films, tertengok beberapa yang berkenaan 'Faith'. Tapi antara banyak-banyak itu, ada satu yang buat aku tersentap => Two & Two. Nervous tak nervous, cuak tak cuak gak bila tengok... tapi ciri  yang paling menarik bagi aku dalam cerita ini, mungkin sebab guna budak-budak - aku sangat berminat, dan cenderung untuk guna budak-budak dalam skrip-skrip yang kami kena buat sebagai assignment. Apa-apa pun, memang cerita itu sendiri pun, whoaa...

Wednesday, July 25, 2012

sabar: nak ke tak nak?

ramadhan masa untuk bersabar.

sebab orang yang sabar dijanjikan balasan baik oleh Allah, dapat redha Allah dan dinaikkan darjat.

itu kalau kita sabar.

Dalam masa yang sama, kalau kita tak sabar pulak...

orang yang tak sabar dijanjikan hal yang sebaliknya lah.

dapat balasan buruk, dapat celaan dari Allah dan dapat kecelakaan.

jadi kalau boleh dapat yang baik-baik, kenapa kita nak pilih yang tak baik -yakni tak nak sabar?

rentetan dari itu... kalau kita sabar memang ujian akan lebih mencabar lah.

sebab Allah bagi ujian untuk naikkan darjat orang yang sabar,

jadi makin berat ujian Allah bagi, makin susah cabaran kita kena hadapi,

kalau terus sabar maka makin tinggilah darjat kita Allah bagi.

tapi kalau tak sabar kita rugi.

bukan setakat darjat tak naik tinggi, dapat pulak celaan dan balasan buruk

sebab bagi orang-orang yang tak sabar ini Allah tak bagi ujian sesusah orang yang sabar

jadi mungkin hidup di dunia lebih mudah bila tak sabar

boleh juga kalau tak nak sabar, biar hidup di dunia mudah sikit

tapi risau pasal hidup di akhirat nanti lah

agak-agak boleh survive ke di akhirat, kalau dah dapat celaan Allah?

tambah balasan buruk lagi...

jadi macam mana? dengan kesusahan-kesusahan yang kita rasa masa ini...

nak sabar supaya dapat ujian lebih sukar atau tak nak sabar sebab tak nak rasa lebih susah?

Thursday, July 19, 2012

ramadhan...

salam. :-)

Ramadhan dah dekat,
kita cuma sehari dua di belakangnya.
tak tahu kenapa kali ini rasa lain, bila Ramadhan datang.
tak tahu kenapa kali ini ada rasa ini...
sedangkan sebelum ini tidak.
ha'ah. sebelum ini tak ada lah beza ramadhan ke tak ramadhan. ikut je flow, bila masuk bulan ramadhan, puasa macam orang lain. tapi kali ini tiba-tiba hati aku buat countdown tanpa sedar. mood sikit demi sikit masuk mode ramadhan. Alhamdulillah, meski aku tak tahu apa sebabnya jadi macam ini. bukan aku nak rungut, cuma aku nak tahu kalau ada sebab atas hal-hal macam ini. 
yelah... ramadhan-ramadhan sebelum ini bila sebut ramadhan pun tak lah rasa apa sangat kot, tapi kali ini bila aku fikir pasal ramadhan, aku jadi sentap. tak tahu kenapa tapi aku sentap, dan biasanya terdiam lah...

Monday, July 16, 2012

jauh.

rasa makin jauh...

dalam daily life...

bahkan dalam waktu-waktu yang tetap itu juga.

mungkin memang makin jauh,

macam mana nak dekatkan balik?

Thursday, July 12, 2012

Latihan Ikhtiar Hidup & Keyakinan Diri.

Kira-kira 3.00pm nanti pelatih-pelatih HBU 131 Puncak Perdana & Puncak Alam akan gerak ke Benta, Pahang untuk aktiviti wajib Kesatria Negara 3. Aku... dengan 2 lagi komander Puncak Perdana dan beberapa komander Puncak Alam ikut sama, tapi sebagai pengiring. Dengar aktiviti macam seronok, tapi tengok dulu lah budak-budak ini macam mana. Sebab angka 160 bagi aku memang agak ramai untuk dibawa sekaligus, tapi tengoklah nanti macam mana, mampu tak mampu.

Macam mana pun, bukan angka itu yang buat aku gusar... tapi hal lain. Besar angka boleh jadi cabaran, tapi besar kepala boleh bawa kekacauan. Memang dah disahkan oleh tuan punya badan (seorang antara pelatih yang menunjukkan belang dalam twitter - twitter je?) yang merupakan pelatih HBU 131 dari kampus seberang. Bukanlah aku di sini nak menghentam dia, tapi segala yang dikata dalam twitter adalah annoying. Bukan cuma sebagai komander aku fikir dia annoying, tapi sebagai manusia. 

Macam mana dia annoying? Dia mengutuk dengan sepenuh hati, boleh kata mungkin itu perkara yang dia paling benci dalam hidup. Tapi... benci-benci sangat pun, dengan benda itu jugalah dia hidup. Maka dia mensia-siakan semua yang ada dalam perkara yang dia benci itu, meski sebenarnya banyak manfaat kat situ. Dia mungkin tak pernah dengar atau lupa, 'boleh jadi sesuatu perkara itu sangat bermanfaat bagi kita sedangkan kita amat membencinya'. Jadi aku kasihan sangat pada dia.

Sebab dia dah meluahkan kebencian dengan sepenuh hati pada perkara yang dah jadi sebahagian dalam hidup dia, dan yang juga dah jadi sebahagian dalam hidup aku (kecuali perspektif dia pada perkara -Kesatria- itu adalah berbeza dengan aku). Sebab dia dah mencarut dengan bersungguh-sungguh pada perkara itu. Sebab dia dah memaki hamun dan mencaci carut pada perkara itu. Sebab dia dah mencari segala keburukan atau negativiti dalam perkara itu. Maka dia akan terlepas banyak kebaikan atau positiviti yang sebenarnya terkandung dalam perkara itu. Maka dia akan terlepas segala manfaat yang tersembunyi dalam perkara itu. 

Sebab dia dah block mind-setting dia. Sebab dia dah tutup pintu hati dia. Sebab dia dah cetekkan minda dia. Sayang sangat... sebab dia terlepas apa yang akan datang depan mata dia.

dan kenyataan di sini... semua yang dia buat adalah kerana rasa tak puas hati dengan para komander yang pada fikiran dia annoying. Mungkin itulah... hakikat. Macam mana dia rasa annoying dengan komander-komander itu, macam itulah dia sendiri adalah seorang yang annoying dalam hal-hal lain. Dan mungkin jika dibacanya ini, dia akan fikir "ah...kisah pulak aku!". Kalau tak kisah, sudah... tak payah aku cerita panjang lagi.

Itulah... yang menyedihkan bila aku lihat pelatih-pelatih itu di padang kawad. Meski bukan setiap mereka berfikiran sebegitu, tak mustahil mereka salah satu dari golongan itu. Dan aku? Mungkin aku sendiri... cuma bukan dalam hal Kesatria lah... sebab aku banyak belajar dari Kesatria (dan percaya lah, aku tak maksudkan belajar yang macam heaven tu, tapi belajar dalam situasi2 yg memang gila!). Kegilaan-kegilaan itulah yang lama-lama membiasakan aku atau mungkin lebih tepat kami (komander2), dengan situasi-situasi yang gila. Jadi bila berdepan dengan situasi yang sedikit keluar dari kawalan, kami belum perlu melatah. 

Sebagai contoh lah... mungkin pelatih-pelatih benci cacian makian yang dihambur pada mereka ada kalanya (bukan kami tak tahu kamu benci, kami tahu sangat), tapi dengan cacian makian itu dulu kami belajar erti sabar, erti tabah, erti kuat dan erti macam-macam yang takkan dapat difaham cuma dengan kamus. Apa yang datang, terpulang pada kita untuk jadikan sebagai apa. Kalau kita jadikan rungutan, maka ia jadi kebengangan. Kalau kita jadikan kekurangan, maka ia jadi kebencian. Tapi kalau kita jadikan cabaran, maka ia jadi pengalaman. Yang datang tetap datang, bukannya kalau kita benci perkara itu, ia tak akan datang lagi... jadi lagi sekali aku kata, rugilah kalau kita jadikan perkara-perkara yang datang itu negatif sedangkan ia boleh jadi positif. Sakit memanglah sakit masa kena itu, tapi kalau dijadikan dendam, sakit itu berterusanlah kot... bukan ke lagi sakit?

Kali ini, di sini aku isukan pelatih yang seorang ini bukanlah untuk hentam dia - sekali lagi aku kata. Cuma aku rasa dia pencetus idea aku kali ini. Dengan kutukan dia yang bersungguh-sungguh seolah-olah itu adalah perkara-paling-teruk, mimpi-paling-buruk, dia buat aku berminat untuk dengar lagi kutukan-kutukan dia. Tapi sayang, lepas tahu salah seorang follower twitter dia  -yang follow dia sebab dia follow follower itu dulu- , adalah komander  -yakni kompenimate aku- , dia terus unfollow dan privatekan twiter dia supaya kompenimate aku tak dapat baca dah apa yang dia nak rungut pasal Kesatria lagi - dalam twitter JE. 

*dan yang paling lucu lah... lepas dia unfollow kawan aku (sebab kawan aku "hai" dia dengan peace dan mengaku komander) tu, tiba-tiba kawan pelatih tu follow twitter kawan aku. tapi kawan pelatih tu terus unfollow kawan aku lepas kawan aku kata, "suruh kawan awak stalk saya pulak, motif sgt...". 
*cerita pelatih zaman sekarang... orang macam ini... ada, kan?

Thursday, July 5, 2012

do you know?


If it hurts you that much to know that I'm trying hard on something, I'm sorry I can't help it...

If it hurts you that much to see me working hard for something, I'm sorry I can't stop...

If it hurts you that much to realize I'm giving my all, then don't mind it...

If it hurts you that much to comprehend me, then you don't have to...

If it hurts you that much to be my friends, then don't be bother (i shouldn't blame u)...

If it hurts you that much to walk or run with me, then don't...

If it hurts you that much to get annoyed by me, then tell me (cause i can't read the signals)...

If it hurts you that much to tell me, then speak to me...

If it hurts you that much to speak to me, then give me a break...

For you to hate me that much, I must've done something terrible...

If it hurts you that much to even see me, then I should be invisible.

For you who hate me that much, I really hope I can be invisible, but I'm so sorry that I can't...

Monday, July 2, 2012

kembali.


Salam, salam dari Kuala Kangsar!

Kelmarin (sabtu,30/6/2012) aku balik kampung dengan 3 orang kawan... tapi sebab gerak malam, 9pm maka sampai pun tengah malam, lebih kurang 12pm. bajet-bajet 3jam perjalanan pergi; tanpa henti, tanpa kesesakan, tanpa hujan, tanpa gangguan. sampai pun dah tengah malam, jadi untuk bersuka-ria kenalah tunggu siang datang...

lalu esoknya (ahad,1/7/2012) dah set, aku nak bawa diorang ke tempat yang memang jadi sebahagian dari aku... aku nak bawa diorang mandi kat Batu Ampar! dan tercapai juga...

Nik Wani, Nik Pika, Nad Maimun!

ni Fidza Wahab...

Adik-badik yg kami tak kenal tp comel.










nak cerita, memang ada yang sakitnya aku balik kampung kali ini... tapi tak apalah, sakit tu tak dapat lawan seronok aku dapat mandi sungai lagi. dah lama sangat aku tak mandi kat situ bila geng-geng mandi sungai semua dah tak teruja nak pergi... ye lah, rumah diorang kat kampung tu je, bila-bila nak boleh pergi. aku je lah yang jakun sikit... huh.

sakit ini... ada sebab. mungkin aku dah makin lupa betapa bagusnya sihat. macam yang kita selalu dengarlah, cuma dengan sakit orang akan hargai sihat. bila sakit baru orang akan ingat saat sihat. waa...

tapi kali ini memang... boleh tahan jugak lah cabaran nya. ye lah kot, ini experimental trip aku yang pertama. maka macam-macam yang jadi di luar kawalan, tapi syukurlah masih dapat diatasi. syarat: jangan cepat gelabah, jangan asyik melatah. cuma di sini ada satu kekurangan yang sangat nyata, bilamana aku asyik guna duit untuk selesai masalah. aku tahu, ini bukan cara penyelesaian yang cukup matang. tapi itulah... yang aku buat. aku harap aku akan jadi lebih matang kelak, dan tak akan senang-senang guna duit je untuk selesai masalah.

keseluruhan... Alhamdulillah!

Friday, June 29, 2012

ingat semula.

Seorang pelatih Kesatria Negara HBU 111 semester lepas tegur aku masa aku turun main bola tampar satu petang...
" Komander, komander... dah sombong eh, sekarang... mentang-mentang dah ada budak-budak part 1 baru,"

Seorang pelatih Kesatria Negara HBU 111 semester ini, masa di padang kawad di hari pertama kor di mana jurulatih suruh isi kad biru (kad kor Kesatria), aju soalan yang macam ini ke aku...
" Komander... Nama saya tulis guna pen biru, yang lain pen hitam... sebab pen biru saya habis dakwat. Tak apa ke?"

mungkin tak lawak mana pun, cuma bila budak-budak ini cakap benda-benda macam itu aku rasa lucu... ada pulak budak-budak macam ini? tapi itulah... antara sikit daripada hiburan masa aku jadi komander. 'ini... apa yang ada dalam hidup aku,' fikir aku lepas blogwalking sikit tadi...

aku jalan-jalan usha-usha tengok-tengok baca-baca blog orang... ada yang cerita soal cinta, cerita cerita ciptaan, cerita majlis, cerita itu ini... sampai juga cerita hidup, yang baginya serba kurang. tanpa mak ayah semua. 'itu... apa yang ada dalam hidup dia,' fikir aku.

dan di bawah sana... di satu gazebo dalam kawasan UiTM Puncak Perdana, ada pihak JPK (Jawatankuasa Perwakilan Kolej) yang buka booth aduan penghuni-penghuni kolej. Lagu-lagu dipasang, diperdengarkan seluruh kolej. Ini... suasana yang dah lama agaknya, tak ada. Mereka-mereka yang di bawah sana. Apa yang mereka buat...buat aku rasa mahu turun sama. Itu... juga apa yang ada dalam hidup mereka.

dan aku terbayang... di suatu sudut kawasan yang hancur musnah yang menyimpan hati-hati yang hancur luluh, ada di suatu tempat yang aku tak tahu. ada manusia-manusia yang terpaksa bertarung nyawa, yang hidup mereka dengan tak tahu apa nasib mereka esok hari. mereka yang tak tahu hidupkah, atau matikah mereka, malam ini? pagi esok? lusa? langsung tiada klu. Itu... apa yang ada dalam hidup mereka.

dan aku di sini... mahu fikir apa yang ada dalam hidup aku cukup sakit sampai mahu nangis? jadi jika mahu nangis, ingatkan ini kembali.

lepas apa yang ada dalam hidup mereka, dengan apa yang ada dalam hidup aku... aku masih mahu rungut?

datang satu what if... what if aku jadi sebahagian dari apa yang ada dalam hidup mereka, dan jadikan mereka sebahagian dari apa yang ada dalam hidup aku?
*dengan what if inilah hari ini aku salah seorang pelajar Fakulti Filem Teater & Animasi hari ini... yang satu masa dulu (masa isi upu online) aku cuma terfikir, what if...

Thursday, June 28, 2012

lali.


Dalam serabut aku putuskan... dalam urusan dengan orang lain, dengan janji-janji yang tak pasti, aku pastikan. aku matikan janji-janji yang tergantung. penat tunggu kecewa datang, dalam mood yang tak mampu sabar. minta aku tunggu dan beri aku tanggungjawab di hujung waktu yang aku sendiri tahu rendahnya kemungkinan untuk menjadi, itu agak berat bagi aku. di masa-masa aku gagah aku mungkin mampu walau berat mana sekalipun, tapi tidak di masa-masa aku rapuh... ada masanya aku juga rapuh. maaf, itu kelemahan aku.

tak pasti dengan apa yang aku buat kali ini. tidak tahu jika apa yang aku buat ini boleh redakan diri. tidak yakin aku tak akan kesal. tidak yakin tiada sesal. mungkin 1bulan kemudian aku akan fikirkan balik, mungkin akan ungkit pada diri aku balik, mungkin hati akan jadi tak ikhlas, mungkin perlakuan aku kali ini tidak pandai. aku dah makin tak beza patut dengan tak patut. makin tak kenal perlu tak perlu.

apa akan jadi pun aku tak tahu. aku dah tak jangka...

betulkah dengan gembirakan orang lain aku boleh gembira?

Sunday, June 10, 2012

momen aku.


Weren't you the one who said that I would be nothing
Well, I’m about to prove you wrong
I’m not the only one who believes in something
My one wish is about to come true

I’m not stopping for you
No matter what you do
I’ll just keep on dreaming
My head up in the clouds when nobody is around to see…



Jadi tak perlu sibuk-sibuk nak jatuhkan aku. tak perlu bising-bising nak sekat aku. tak perlu susah-susah nak rintang aku. tak perlu kecoh-kecoh nak perang dengan aku. tak perlu buang masa cari kelemahan aku. sebab aku pun tak buang masa aku untuk kau. benda yang kami dah diamkan, tak perlu kau ungkit-ungkit untuk jatuhkan kami, takut kau sendiri yang tergolek.


You knew it all along, I was afraid of you
I thought I couldn’t be myself
You tried to be my friend
But I wouldn’t let you
Remember what you said
Don’t miss out on your chance
Your life is in your hands
So take it just as far as you can
But trusting in youself, forget everyone else

Believe…


jadi kawan pun tak tahu dasarnya apa... ada motif-motif picisan ke, ada agenda-agenda murahan ke. aku tak nak terlibat dengan permainan kau. aku tak nak main politik kotor dengan kau dalam organisasi itu.


Haters, said I’ll see you later
Can’t talk to you right now
I’m getting my paper
Said I’m doing big things
Things you never dreamed of
I hope you are happy cause I’m ’bout to blow up


pergilah kau main dengan kuasa-kuasa yang kau ada. pergilah kau selesaikan apa yang kau tinggalkan. pergilah kau tunaikan apa yang dah jadi tanggungjawab kau. pergilah kau ke kerusi-kerusi kabinet bayangan yang jadi kebanggaan kau. pergilah kau buat kerja-kerja kau. pergilah kau buat apa-apa asalkan tak kacau hidup aku...

tolong... pergilah kau terjun je dengan labu-labu kau, tak perlu heret aku sekali...


*credit to videokeman.com
*ini terjemahan peribadi aku dari lagu yang comel ini... :-D ihlas dari hati.

Friday, June 8, 2012

kuasa memori.

cuba ingat-ingat balik hari-hari yang lepas... hari-hari yang pernah buat buat kita syukuri hidup ini. hari-hari yang datang dan pergi, dan tinggalkan cuma memori. hingga hari ini, kita cuma ada memori.

memori boleh buat macam-macam pada orang. memori boleh jatuhkan dan naikkan orang. percaya...?

cuba ingat balik orang paling penakut yang kita pernah jumpa, kenapa dia penakut?
dan orang paling hebat kita pernah jumpa, kenapa dia hebat?

bila orang takut... mesti ada sesuatu yang dia selalu ingat-ingat. kalau aku tak salah, ini dipanggil sebagai truma atau fobia. ala... kalau takut biasa-biasa pun termasuk juga lah. agak mustahil bagi manusia yang normal untuk takutkan sesuatu yang tiada dalam memori mereka. inilah yang aku fikir boleh dikaitkan sifat-sifat penakut yang ada dalam diri manusia... sebab ada sesuatu yang menakutkan dalam memori manusia. kalau seorang kawan kita tengok cerita seram, kenapa kemudiannya dia jadi takut-takut? kalau tak setiap masa pun, ada masa-masanya. sebab memori itu lah... yang dia tengok, dah masuk dalam fikiran dia. (mungkin sebab ini aku tak berminat tengok cerita seram) dan kawan-kawan yang tengok cerita seram dan buat lagak macam tak takut langsung, mungkin ada wayar dalam kepala dia yang dah lari mana-mana. kalau tak pun, mungkin dia cuba sorok ketakutan itu, tak nak orang lain nampak. suka hatilah...

orang yang mampu... pun boleh kaitkan dengan memori juga. ada orang mampu buat itu ini, dalam pada ramai orang yang tak mampu buat sesetengah benda yang orang yang mampu buat itu buat. sesetengah perkara atau hal dikategori sebagai BAHAYA atau TAK BERBALOI untuk dilakukan, dan ini adalah kata-kata mereka yang TAK MAHU atau TAK MAMPU buat. dalam sesetengah kes, orang yang lemah mampu buat sesuatu yang orang yang kuat tak mampu buat. ada kah?  macam tak mungkin sikit tapi tak mustahil... sebab itu aku kata dalam sesetengah kes. lemah atau kuat... itu subjektif. kurang lebih seseorang tak sama. mungkin orang ini lemah dalam satu perkara tapi kuat dalam perkara lain. orang lain pula sebaliknya. kan subjektif?

jadi dalam sesetengah kes yang agak jarang-jarang tapi hakikatnya selalu jadi, orang yang asalnya tak mampu buat sesuatu tapi berjaya buat juga akhirnya. (maknanya dia mampu tapi tak perasan lah kot...apa-apalah). orang ini... dalam situasi biasa, tak mampu buat. tapi sampai suatu tahap, dia buat dan baru dia tahu dia mampu sebenarnya. situasi itulah, yang mana adanya motivasi. kalau tanpa motivasi, maknanya suruh dia buat saja-saja, sumpah dia tak nak buat! tapi dalam keadaan terdesak atau situasi-situasi yang memaksa, ada semacam motivasi yang dorong dia buat... ini antara fitrah manusia. bila ada motif, boleh jadi MAMPU lakukan perkara-perkara yang dia tak pernah mampu langsung. motif itulah... yang aku nak kata sebagai motivasi. motivasi itulah yang aku nak kaitkan dengan memori. kaitannya apa?

motivasi itu sendiri datang dari pemikiran, dalaman yakni pemikiran atau kesedaran individu itu sendiri, ataupun  luaran yakni melalui pemikiran atau kesedaran dari orang lain. mungkin ada pengaruh luar yang beri motivasi itu. tapi kalau datang dari pengaruh luar pun, kalau motivasi itu tak masuk dalam memori individu itu, dia tak akan mampu juga. maka... motivasi yang diperoleh dari mana-mana sumber sekalipun, telah masuk dalam memori lalu diulang-ulang oleh fikiran yang akhirnya menghasilkan keMAMPUan... lalu manusia menjadi mampu, kan?

jadi bila ada ketidakmampuan, jangan sedih atau gusar. tapi risaulah bila tiada memori. sebab orang yang tanpa memori, mesti rasa kosong... sangat. sebab itulah... bersyukurlah sebab Allah bagi kita memori, dan masukkan macam-macam dalam memori itu. sebab memori... yang pahit itu untuk kita belajar, yang manis itu untuk kita jadikan penawar.

Wednesday, June 6, 2012

bila-bila.

bila masa-masa yang akan buat aku down?

bila dikerah untuk kawad kesatria (kena hell, denda, leter dan sebagainya)?

bila disuruh laksanakan sesuatu sedangkan aku tengah ada komitmen lain?

bila meeting komander clash dengan hal-hal fakulti atau kolej?

bila aktiviti komander kekang/halang aku dari sertai aktiviti luar (kolej, tae kwon do dll)?

bila dipaksa balik ke kampus waktu aku tengah holiday di Kuala Kangsar?

bila assignment terkumpul banyak sebab aku suka bertangguh sebelumnya?

bila aku tak dapat main sukan sedangkan otak dah tepu dengan hal-hal komander atau kuliah?

bila netbook hang waktu dateline assignment dah dekat?

hoho! surely benda-benda ini selalu buat aku rasa tertekan sampai aku rasa nak berhenti... berhenti belajar, berhenti komander, berhenti tae kwon do, dan berhenti segala apa yang aku tengah buat... tapi lepas aku fikir nak berhenti, selalunya aku akan teruskan. fikiran 'nak berhenti!' cuma untuk sedapkan hati. lepas beberapa ketika ia hilang... macam angin lalu. jadi perkara-perkara ini BUKAN lah punca untuk aku rasa down...

jadi...
bila masa-masa yang akan buat aku down?
aku akan rasa paling down bila aku bosan... bila aku tak tahu apa nak buat, bila aku tak ada kerja, bila aku tak ada komitmen... masa-masa inilah aku akan rasa down. sebab aku masih aku, tapi aku tak datangkan manfaat untuk sesiapa, untuk apa-apa. sedangkan dalam keadaan aku sekarang, sepatutnya ada orang yang boleh dapat manfaat dari aku... 

ada kawan aku kata...
hidup ini tak ada makna kalau tak dapat buat apa yang kita impikan.

ada benarnya apa yang dia kata, cuma...
hidup ini masih bermakna jika kita dapat beri manfaat kepada orang lain, meski kita tak dapat buat apa yang kita impikan.

maaflah, sebab aku pun tak pasti nilai mana yang lebih tinggi - dapat buat apa yang kita impikan atau dapat beri manfaat kepada orang lain. tapi yang aku pasti, kedua-duanya ada nilai sendiri. jadi aku sangat harap kau tak terus berputus asa pada diri sendiri... kadang-kadang cuma dengan kau ada, sudah cukup bermanfaat bagi seseorang meski kau tak sedar. apa lagi kalau kau cuba beri manfaat kepada orang lain, dan paling penting kalau kau tak pandang rendah pada diri kau yang berharga itu. sebab tak ada satu orang pun dalam dunia ini yang tidak berguna atau tidak berharga. :-)

*dan kau yang tengah baca ini, kau pun sama...

Sunday, June 3, 2012

huh...

sekarang aku dah betul-betul cuak. macam mana sebenarnya, nak tarik pelatih-pelatih minat jadi komander?
kena buat sesuatu atau patut aku biar je? ya lah, macam yang mereka kata, tak semestinya apa yang kita rancang itu boleh menjadi... aku faham dia cuba pujuk aku, dan ingatkan aku sesetengah perkara memang bukan kita yang tentukan. aku sedar dia cuba fahamkan aku, ada sesetengah perkara memang dah takdir dah tetapkan. tapi macam mana aku nak cakap, ada sesetengah perkara yang aku memang tak boleh nak just-give-up...

kadang-kadang aku yang jadikan perkara itu susah, sedangkan ia senang sebenarnya.
kadang-kadang aku yang buat orang lain ikut susah, buat orang lain rasa penat.

kadang-kadang aku terlampau nak mereka dapat yang terbaik,
jadi aku cuba buat yang terbaik
tanpa sedar mereka terpaksa...

bila ada masalah timbul aku beria-ia fikir penyelesaian tapi aku lupa, tak semua perkara boleh jadi lebih baik lepas selesai.

apa aku dah buat ni...?

Thursday, May 31, 2012

fikiran dan hati.

salam...

aku tetiba terfikir pasal kau... tengah buat apa?

tadi aku tengok balik entri-entri lama... ada yang aku tak ingat aku pernah tulis macam itu, haha... lupa dah. dan ada juga yang buat aku tersentak, aku kah yang tulis ini? macam-macam rasa... huh tak sedar diri betul bila menulis, sampai dah tak ingat. 

ada satu entri... yang buat aku rasa 'wah... cite ni...'. entri jawab takdir. buat aku fikir: syukur aku tulis dalam blog... sampai masa bila aku lupa, blog akan ingatkan aku balik tentang itu. sebabnya setiap perkara yang jadi dalam hidup kita ini penting, jadi rugilah kalau ada yang aku lupa terus...

perkara-perkara yang jadi dalam hidup kita sehari-hari nampak macam sama. tapi hakikatnya penuh kejutan, meski kadang-kadang kita tak sedar pun. kejutan-kejutan itu pula macam-macam jenis... ada kejutan yang menyusahkan, membebankan, memberatkan dan menyakitkan kita. tapi banyak juga kejutan yang mengajar, mendidik, mengingatkan dan mengubah kita. jadi jangan cepat mengalah dengan kejutan... 

istimewa pasal kejutan... biasanya perkara-perkara yang tinggalkan kesan. negatif atau positif, semuanya bergantung cara kita fikir dan hadapi. kalau negatif, negatif juga lah kesannya. kalau positif, tak payah cakap pun memang tahu positif... 

tapi kejutan-kejutan dalam hidup ini, selalunya berkonsep datang dan pergi. macam tornado, datang sekejap bahkan kadang-kadang dengan tiba-tiba, dia huru-harakan semua yang ada, bertebaran semua yang depan mata, dan pergi sekelip mata. tahu-tahu dah tiada. persekitaran pun adakala berubah 360 darjah. 

apa yang kita buat? kita kejar kah tornado itu lepas ia pergi? kita jerit melaung kah, salahkan tornado yang pergi itu atas kucar-kacir yang timbul? waktu tornado itu ada, apa yang kita boleh buat... kita boleh menyorok dan tunggu ia pergi. kita boleh cari tempat perlindungan sementara tunggu ia pergi. begitulah... lebih selamat. 

tapi macam mana kalau kita belajar sesuatu daripada tornado itu?  macam mana kalau kita gunakannya untuk buat persediaan menghadapi tornado yang akan datang kelak?  macam mana kalau kita manfaatkan tornado yang datang kali ini...?  macam mana kalau apa yang kita buat itu boleh selamatkan orang lain juga?

konon nak jadi hero... selamatkan orang lain? nak selamatkan diri sendiri pun susah...
-kalau nak selamatkan diri pun susah, selamatkanlah orang lain... mungkin lagi senang. banyak perkara yang susah bila kita cuba manfaatkan untuk diri sendiri, unexpectedly jadi lebih senang bila kita cuba manfaatkan untuk orang lain. 

aku pun tengah cuba nak fahamkan ini... sebab ini antara kejutan yang datang dalam hari aku. aku pun masih belum faham meski dah rasa. tapi oleh sebab faham itu dari akal fikiran, sementara rasa itu dari hati, mungkin tak rugi kalau aku cuba fahamkan sikit demi sikit. sebab rasa-rasa yang datang dari hati memang susah fikiran nak fahamkan. tak ada penjelasan saintifik tentang apa yang hati manusia keluarkan. jadi aku tunggu jelah dulu... mungkin sampai masa nanti fikiran akan faham sepenuhnya...

Tuesday, May 29, 2012

semester akhir dah...

haha... cukup sudah emo. ke agenda seterusnya :

t-shirt kompeni.

disebabkan dah lama sangat masa yang diambil untuk mewujudkan t-shirt kompeni dengan design sendiri, aku fikir mungkin dah sampai masa untuk kami ambil inisiatif lain. kalau susah sangat nak buat t-shirt kompeni yang lawa - dengan design sendiri, mungkin sebaiknya kami adakan t-shirt kompeni yang ringkas. t-shirt hitam ; dengan logo kompeni di belakang, dan logo kesatria dan uitm di depan. sangat ringkas, kan? maaf lah... tapi mungkin setakat ini saja yang kita mampu buat masa ini, nak buat macam mana lagi... mungkin suatu masa (kalau lah) nanti kita boleh buat baju design sendiri, tapi bukan sekarang. prokrastinasi dah terlalu lama... jadi aku betul-betul minta maaf kalau kalian fikir aku terlalu gelojoh, nak cepat-cepat ada baju kompeni kali ini sehingga baju kompeni kita jadi terlalu ringkas.

jambori.

akan datang, mungkin di UiTM Kelantan. kali ini aku ada rasa macam nak pergi... lepas dengar sesuatu. tapi masih... perlu tengok keadaan. kalau tak ada halangan untuk aku pergi, InsyaAllah aku pergi. tapi kalau takdir aku tak dapat pergi, tak pergi juga. cuma kalau aku nak pergi... kena buat persediaan lah. em... berat tu. haha...

pelapis.

LIBK seterusnya hujung tahun ini, yakni lepas kami habis semester. disebabkan itu, status aku masa itu adalah 'tamat pengajian', jadi aku bukan lagi pelajar uitm, sekaligus mematikan status aku sebagai komander kesatria (jadilah alumni). point di sini aku dah tak layak jadi komander pengiring untuk LIBK, jadi aku tak boleh lagi kongsi ilmu dengan bakal-bakal komander nanti. dengan pelapis dalam kompeni yang cuma 1orang, mana mungkin aku butakan mata pekakkan telinga dan buat tak peduli dengan LIBK akan datang. nak tak nak aku kena tolong juga... supaya ada pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi berminat dengan Komander Kesatria. apa yang aku boleh buat untuk tolong, mungkin tak banyak mana, tapi tempoh satu semester tak patut aku biar sia-sia. aku pun masih belum tahu, tapi mungkin ada yang aku boleh buat. jadi tak kira apa, siapa, kalau ada idea, salurkan jelah... kita boleh bincang dan usaha untuk buat. nak fikirkan sibuk semester akhir ni, tak akan habis. jadi apa kata kita fikir apa yang kita boleh selitkan dalam semester 5 ini...? aku rasa itu mungkin lebih menarik...

macam-macam mana pun, aku juga risau dengan final sem ini, macam kamu juga. tapi kamu perlu percaya diri kamu... kalau kita terus berpegang dengan 'ini masa untuk kita belajar, jadi jangan serabutkan dengan perkara lain.', tak banyak yang kita boleh jadikan bekalan untuk survive di luar sana. sebab mereka di luar sana tak akan cuma menilai sebanyak mana pointer kita.

Bagi aku, selagi kita masih bergelar pelajar, tidak kira UiTM, UTM, UPM, UUM, UM, USM, UIAM, Unisza, atau mana-mana institut pengajian sekalipun... ini masa untuk kita belajar, jadi belajarlah sebanyak yang boleh...

dan perkara-perkara yang buatkan kita rasa hidup ini susah, itulah yang paling berkesan untuk mengajar kita... kita yang pilih kemudiannya, untuk terima dan usahakan sesuatu, atau tinggalkan saja pelajaran itu.