Monday, May 30, 2011

tak sengaja

aku minta maaf kalau kamu rasa aku kerek, angkuh, berlagak, besar kepala dmm (dan macam-macam).
aku tak boleh kata apa2, aku tak nak nafikan semua itu...
cuma aku mintak maaf.

kalau boleh aku nak kamu faham, semua itu tak ada kena-mengena dengan apa2 pencapaian. memang itu (dah lama) ada dalam diri aku. cuma belakangan ini tak berapa kelihatan sebab aku cuba buat perubahan. cuma sekarang mungkin telah tiba2 terkeluar lagi. itu lah yang aku takutkan. itulah yang jadi bila aku mula berkata-kata. semuanya kerana kata-kata...

aku minta maaf, kawan-kawan.

*aku patut lebih diam...

Sunday, May 29, 2011

tulis...

dulu masa aku masih kecil, cikgu kata...
tulislah diari...

lepas itu masa aku dah besar sikit, aku baca majalah dan jumpa...
tulislah diari...

dan sekarang, ayah AGI kata...
tulislah hari-hari.

aku rasa, cikgu suruh tulis diari dulu sebab tak nak budak2 kecil itu pendam. sebab mereka kecil lagi, pendam perasaan sangat mudarat bagi mereka. semua itu akan tinggalkan kesan pada mereka. pengaruh pada peribadi mereka. dengan tulis diari, sekurang-kurangnya mereka belajar meluah.
dalam majalah aku jumpa kesan tulis diari dari aspek saintifik. tulis diari boleh mendorong perkembangan... paling simple, perkembangan dari segi bahasa dan ideologi. tulis diari dalam bahasa asing sangat membantu. kalau biasakan tulis dengan bahasa inggeris, boleh dorong improvisasi dalam bahasa inggeris. kalau mampu tulis bahasa arab, improve bahasa arab lah! (mampu...?)
kalau dalam bahasa melayu, nak kata mendorong perkembangan dalam penggunaan bahasa melayu itu agak susah lah (sangat susah kot...) sebab orang tak menulis diari dengan bahasa baku... ini lah yang slack sikit. sebab bahasa melayu sekarang dah banyak divariasikan dengan kreativiti sendiri yang lagi banyak mencacatkan bahasa. aku kat sini bukanlah sebagai pencinta bahasa melayu, tapi aku cakap ini sebab aku hormati bahasa melayu. tapi memandangkan kesedaran itu bukan dalam fikiran setiap orang sekarang, lagi2 sasaran yang aku target untuk diajak tulis diari ini dari golongan muda-muda (sebab aku orang muda), memang sah-sah lah kalau tulis diari tak guna bahasa melayu baku - mungkin sebab ada yang anggap skema. tapi tak kisah lah. bukan tak kisah langsung, tapi untuk peringkat awal, tak apa lah. sebab tulis diari guna bahasa melayu yang tak sempurna pun dapat membantu juga...
cuma bukan dalam aspek bahasa lah, tapi ideologi.  

tulis lah bila terfikir, dan fikir lah apa tertulis.

     caranya mudah... bila kamu terfikir sesuatu, ambil pensel dan tulis atas kertas. dah tu, cuba baca balik apa yang ditulis itu. daripada apa yang kamu baca daripada apa yang kamu tulis tadi, tuliskan apa yang kamu terfikir pasal tu. senang, kan?
apa sebab nak buat macam ini? rasional nya... kadang2 kita tak tahu apa yang kita fikir. kadang2 kita tak sedar apa yang kita tulis. kadang2... apa yang kita tulis itu sebenarnya ada nilai. bila dah tulis dan baca balik, baru kita terfikir sesuatu. benda yang kita pun tak sangka akan fikir. dah macam itu, boleh lah latih diri untuk berfikir. baru fikiran berfungsi. tak lah fikiran itu mati.

ayat aku mungkin tak sempurna tapi kadang2 berguna.

kadang2 aku pun tak jangka boleh terkeluar ayat2 yang bila aku baca balik, aku rasa cambest. tak sangka aku reti buat ayat2 yang tak biasa aku buat macam itu (tak kisah lah kalau org nk kate bende tu biase, diorg ape tau... asalkn aku suke). tapi bila fikir balik, semua nya sebab aku teruskan menulis. bila fikir balik baru sedar, itu semua ilham yang datang tanpa sedar. kalau aku tak tulis, mungkin ke aku jumpa ilham tu... ?

*uh... lupe plak. yang penting, tulis dari hati... 

tulislah apa yang betul2 korang nak tulis. paling kurang pun mesti ada seorang yang akan hargai itu - korang sendiri. elak(jauh2)kan tulis apa yang korang rasa orang nak baca... sebab itu takkan ke mana - ni pesan seorang pensyarah aku (aku yg amek diploma penulisan).

ok, salam aman dari aku...

sesal.

tanpa bintang malam ini.
teringat-ingat macam-macam.
macam-macam yang buat aku rasa nak balik, balik.
nak balik bukan ke rumah.
tapi nak balik ke masa lalu balik.
tapi kalau dah tak mampu tu memang tak mampu.
sampai bila-bila.

aku tahu tak boleh mintak macam itu. tapi semua orang ada kesal sendiri, kan? jadi biar aku simpan yang ini. bukan aku tak hargai masa sekarang, cuma kesal itu tersimpan sampai sekarang. mungkin sampai bila2.

fikiran, kita boleh kawal. kalau ada apa2 yang tak berapa nak elok, kita boleh cuba buat fikiran itu fikir yang elok2.
tapi rasa? kalau dah rasa tak senang hati itu, elokkan lah macam mana pun fikiran, hati tetap rasa macam itu. aku tak tahu lah manusia lain macam mana, tapi aku macam itu.

dengar kata aku kat sini, kalau kau dah ada bai'ah hasanah, jangan pernah lepaskan.
aku tahu, banyak rasional nya kalau kau nak kekang pandangan aku ini. tapi macam yang aku kata lah, semua orang ada pandangan sendiri, siapa betul siapa salah bukan masalah. ini cuma apa yang orang macam aku rasa. jadi kalau kau rasa kau macam aku, ambiklah nasihat aku ini dan simpan elok2.

ok. cukuplah rasa kesal.

Crowd Control.

ini sem kedua aku kena jaga crowd. hari ini entah kenapa penat semacam, tak cukup ikhlas kot duty hari ini... haha!

serba salah gak sebab masa bertugas aku ketepikan protokol dan tak jaga semua itu. tapi dah terlajak main2 plak masa bertugas tadi. lagi pulak yang masuk ramai budak lama, jadi diorang macam dah paham2 sendiri nak pergi mana. sebab boring tahap tertinggi, kitorang layan diri je lah...
(nak kejang perut aku gelakkan syira osman dgn zue sabri)

tak macam2 sangat masa c.c. tadi. cuma aku tercongak-congak pasal budak2 HBU lepas ini, yang mungkin mula 2minggu lagi rasanya. HBU 121 tak tahu lah kalau ada yang nak masuk... (hah macam takde jek). HBU 111 lak macam tak ramai budak teka? ye lah yang baru masuk pon berapa orang lah sangat, tu pun belum tentu diorang nak masuk kesatria. apa2 pon, tunggu dan lihat je lah.

aku harap diorang daftar HBU111 ke tak? sebenarnya lah kan...
suka hati lah nak masuk ke tak, aku pun tak sempat fikir apa2 lagi. kalau ada pelatih, ada lah. kalau tak ada, tak ada lah.

buat masa ini, tahniah lah kat budak2 baru UiTM Puncak Perdana. All the best untuk korang.
:-).
Alhamdulillah... dalam kalut2 dengan hal komander pon Allah bagi aku keputusan elok.
ok... jangan tanya pasal keputusan lagi kat aku, sebab memang aku tak nak bagitahu.
sorry sebab aku dah sebut pasal keputusan kat sini tapi tak nak citer lebih lak, sebab aku  just  nak lahirkan thankful kat sini, tak lebih tak kurang.
ye lah, peduli tak peduli, blog ni dah jadi tempat aku tebarkan semua yang ada dalam otak aku ini.

Friday, May 27, 2011

Home Alone.

Bukan cerita pasal Kevin yang kena tinggal sorang2 kat rumah, tapi cerita pasal aku.
Bukan cerita pasal aku yang kena tinggal sorang2 kat rumah, tapi cerita aku kat Kolej Puncak Perdana...

semester ini aku dirumahkan di tingkat 3, dengan dua lagi orang kawan kompeni B - akaun. dalam rumah yang patutnya berlapan tu, cuma tiga kami yang diploma. ada tiga lagi housemates tapi diorang masuk bulan september nanti sebab diorang degree. dan sementara itu, kami tiga je lah yang jadi penghuni rumah tu. bilik pun sorang boleh dapat satu. kerusi meja sorang boleh dapat dua. tandas boleh jadi sorang dapat satu sebab antara ketiga kami, sorang tu rajin balik dan mestilah bukan aku. aku tahu rumah aku paling dekat, tapi aku tak rajin balik. lagipun kakak tersayang aku kat rumah sampai september sebab dia pun degree. jadi daripada aku balik dan luangkan masa untuk bergaduh dan sakitkan hati dia, baiklah aku cari apa2 kat kolej. cari apa? cari apa2 yang berguna lah... untuk isi minit2 dalam hidup. hahaha!

buat masa ini tak ada siapa2 sangat kat kolej. kalau aku keluar petang dan balik lambat sikit, jangan kata malam, maghrib pun dah cukup untuk buat aku seram. nak naik tangga yang tak ada orang pasangkan lampu memandangkan yang dah ada kat sini baru beberapa orang. naik tangga yang gelap kena sampai tingkat 3. kalau boleh aku nak buat absailing je untuk naik. tapi mengarut lah tu, kan? jadi daki tangga je lah. tak cukup lagi, bila sampai tingkat tiga tu plak, nak masuk rumah tu... aku pulas tombol dan tolak pintu. luar rumah gelap. dalam rumah pun gelap. ah... takut gak kadang2, lagipun aku memang tak suka gelap. tapi macam kata Kevin (ni watak budak dalam citer home alone), bila buka lampu semuanya OK. memang pun... sepenting tu rupanya cahaya dalam hidup.

bila tak ada cahaya, macam2 ada... bila ada cahaya, yang ada cuma yang elok.

Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance 
I wanna grow up once again...

Percaya tak cahaya?

...

baru2 ini aku perasan aku mula cuba banyak membaca. tapi aku membaca sebab aku fikir aku mesti membaca, aku kena banyak membaca. (tak yah cite pasal ikhlas lah...) jadi lama2 aku membaca tapi tak ada apa2 yang sentuh dan singgah dalam hati. aku cuma baca macam scan je. aku tak save. jadi apa gunanya bacaan itu kat aku? ilmu? tak macam masuk dalam hati, apa lagi kepala dan otak ini. next level aku rasa aku kena belajar untuk ikhlas. tapi mungkin ke? entah2 nanti jadi aku ikhlaskan hati sebab aku kena ikhlas, macam aku banyakkan baca sebab aku kena banyak baca...

Sunday, May 22, 2011

"orang bandar mana boleh bercinta dengan orang kampung..."

bukan aku yang kata, tapi orang yang kata. kata2 orang selalunya aku pon tak amek peduli, lagi pulak benda ni macam subjektif dan berubah-ubah. tapi bila golongan yang masih jujur yang kata, dan aku percaya pada 'jujur'. orang ni aku kategorikan dalam golongan jujur sebab takde golongan yang lebih jujur dari kanak-kanak yang fitrahnya masih jujur dan belum tercemar dengan hipokrisi dan dusta2 dunia. dan orang yang bentangkan kata-kata ni kat aku, masih kanak-kanak dan baru kire-kire 8 tahun.

masa itu aku balik kampung lepas mak dan kakak aku tak jadi balik sekali. satu daripada hari-hari yang aku luangkan kat situ, aku duduk lepak kat depan rumah dengan adik sepupu aku yang berfungsi sebagai pengacau. dia tembam, rambut kerinting, suka cari gaduh dan susah dengar cakap - ini fe'el budak2 rasenye.

petang tu aku duduk kat luar rumah opah yang menghadap jalan. adik sepupu tu datang buat kacau. sbenarnya tak kacau mana sangat pon sebab aku bukannya tengah buat pape. lepas tu tanpa motif yang jelas, aku cakap " bila lah pakwe kak fiza nak lalu ni... " - benda yang aku selalu mengarut. saje cakap kat adik sepupu tu, nak tengok respon die. dah tu dia gelak galak gila, macam orang tak pernah dapat gelak. macam aku cakap benda paling lawak kat dunia. macam masa tengok funniest home videos. bahkan lagi teruk sampai dia tergolek-golek terguling-guling sebelah aku. tapi kenapa dia gelak sampai macam tu?

mula-mula aku ingatkan sebab aku kata 'pakwe aku'. aku pon buat2 tanya lah kat dia..

"kamu ni kenapa?" - kalau dia kawan aku dan sebaya, aku akan cakap "kau ni dah gila ke?".

pastu dia jawap... "ish...lawak betul lah.." dengan loghat perak utara dia.

"apa yang lawak nye?"

"orang bandar nak bercinta dengan orang kampung? buat lawak je..." 

masa tu aku dah sentap gila. itu yang dia kata lawak? itu yang dia gelak? itu yang dia tergolek galak2? masa tu aku mula tak senang hati. atas sebab tertentu, aku bukak sikap  defensive.

"boleh je orang bandar bercinta dengan orang kampung..."

"orang bandar dengan orang bandar lah, orang kampung dengan orang kampung lah..."

"apsal plak?sukati la..."

"isk... orang bandar mana boleh bercinta dengan orang kampung,"

"kenapa plak?"

dan jawap dia masih sama. aku cuba korek2 lagi apa dalam minda dia tapi dia tetap bagi jawapan sama. 'orang bandar tak boleh bercinta dengan orang kampung'. jawapan yang tak menjawap soalan langsung. aku betul2 nak tahu apa yang buat budak2 macam ni mampu cakap benda macam tu. tapi aku pon tak dapat jawapan tu. dan aku dah tak larat dengan macam2 spekulasi. entah kenapa dia kata macam tu.

lama aku fikir pasal tu. gara-gara aku fikir pandangan kanak-kanak tu selalunya jujur dan jarang tersilap. kalau masih ingat fitrah kanak-kanak...

bila dah fikir lama-lama, datang sikit demi sikit jawapan rasional. jawapan rasional yang menang. jawapan2 rasional yang kalahkan emosional. apa yang budak 8 tahun cakap mulanya macam tak masuk akal, tapi kalau direnung dan tenung... tak lah tak masuk akal sangat.

apa-apa pun Allah yang lagi tahu, dan tetap tak kan terlawan kalau Allah kata 'kun', maka akan jadi jugak. cuma aku musykil, bila budak yang fitrahnya jujur pon tahu benda2 yang macam pasal cinta dua darjat...


*kun = kata perintah bagi perkataan 'yakun' (bahasa arab). melayunya kita kenal sebagai 'jadi' dan englishnya kita kenal sebagai 'be'.

kalau tak faham sangat dengan citer ni aku mintak maap awal2, sebab aku pon masih tak faham betul kenapa adik sepupu aku tu cakap macam ni. aku cuma nak share sebab benda ni buat aku berfikir lama.

Sunday, May 1, 2011

wah... lagu2 ni.

perubahan  emosi... semalam aku rasa macam2 yang macam teruk. hari ini aku tengok movie, lepas itu emosi aku macam tergerak. tiba2 rasa macam semua yang aku fikir semalam tak berbaloi. tak berbaloi untuk apa yang aku ada kat dunia ini.

asalnya aku rasa macam ni..

I keep on searching but I can´t find
The courage to show ...
To letting you know ...
I´ve never felt so much love before
And once again I´m thinking about
Taking the easy way out ...
But if I let you go
I will never know
What my life would be
Holding you close to me. 


then suddenly lepas tu, aku rasa macam ni...

Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu
Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku
Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku
Semuanya cun saja.


betullah... sekarang macam semuanya cun saja. macam mana boleh macam tu? yela... pas 1 tempoh  terus mood ok. tapi nak buat macam mana, mood bukan nya aku boleh kawal... kalau lah mood tu aku boleh kawal, agak nya bosan lah hidup kat dunia ni.

kalau diorang nak sangat ambiklah (aku asyik cakap macam ni bile cakap pasal diorang) cuma sekarang, aku cakap macam ni dengan ada rasa aku patut kurangkan cakap untuk elak daripada cakap pasal diorang. aku patut biar je diorang. entah apa yang susah sangat nak biarkan je diorang buat suka2 hati diorang. macam2 mana pon aku kena start manage fikiran aku untuk kawal mulut aku. ah susah nya nak jaga mulut jaga iman. tapi kena cuba lah gak, kalau tak aku yang rugi dunie & akhirat.

Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu
Aku sedar ku juga ada kekuranganku
Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikan mu kan kurang ajar itu


tapi terpulang lah... itu pilihan sendiri. kalau diorang nak macam tu, ... jadi nya sekarang aku kena toleh balik, aku macam mana? betul ke aku tak selfish? benar ke aku tak pentingkan diri? ...