Thursday, January 27, 2011

berat hasrat, aku tak larat!

ape khabar, hati?? apa khabar aku?? apa khabar fidza??
semuanya mencabar. lebih mencabar bila aku mula kabur. mungkin sebab aku tak lepaskan angin tu. tapi aku tak tahu macam mana nak lepaskan sedangkan cara-cara yang selama ni sangat efektif tuk aku lepaskan angin tu, dah terhadang. mereka dah takde untuk bermain dengan aku. mereka dah takde untuk bersaing dengan aku di padang. mereka dah takde untuk berlatih dengan aku. mereka tu budak2 samtaj dan simpang lima terdekat yang sebelum ni ada dekat. tapi memandangkan semua dah pergi, aku tak dapat even berangan pun untuk main dengan korang lagi. dan sekarang kepala sangat berat kerana terlebih beban muatan aku rase. sebab aku tak dapat kurangkan muatan tu. selalunye die kurang sendiri bile aku main, tapi sekarang aku dah tak main. berat dan makin berat setiap hari. rase macam...
ape yang penting dan tak penting, aku dah makin kabur. makin hilang kewarasan tu. makin hilang identiti. aku harap takkan lesap. tak, tak, tak nak.
tunggu. aku nak sangat cakap dekat KAU yang aku sangat annoying dengan KAU, tahu! semua yang kau cakap, semua yang kau tulis, semua. sebab KAU dah tak macam dulu. atau memang dari dulu aku yang tak kenal KAU?
kepada kawan2 aku, jangan terasa sebab itu khas untuk dia, dan dia bukan korang. papepon terima kasih pada dia sebab buat aku sangat-sangat malas nak hidup. terima kasih, KAU...

Tae kwon do.
komander.

ini baru sikit. kene tembak skit pon aku dah jadi macam ni. macam mana dengan nanti?
bukan bende2 ni yang jadi masalah, tapi aku. aku, aku, aku, dan dia. tolonglah... bagitahu aku sesuatu yang aku tak tahu, boleh? tunjukkan aku hidup2 lain supaya aku lebih menghargai hidup yang ni.

aku tak berniat nak berkasar. kepada yang lalui, maafkan aku dah terlepas carutan. aku dah makin hilang kewarasan. aku tak tahu berapa lama akan berpanjangan, aku tak tahu apa kesudahan ini.

lelaki. lelaki. lelaki. tak boleh ke hidup leklok?

Wednesday, January 12, 2011

pendirian

i do things they didn't do, and i didn't do things they do.
bila aku pegang pendirian aku, benda macam ni lah yang jadi. kesan? mental aku terganggu dengan hidup kat sini. fizikal takde masalah aku rase. tapi hati macam nak mati. bukan aku yang nak mati, tapi hati. aku tak tau nak jawab apa dengan dia. dia selalu tanya, diorang macam tu, kita nak ikut ke tak? kalau tak ikut cara diorang, kita macam tak wujud. yang lain pun dah ikut, kita je yang tak ikut lagi. aku tanya dia balik, nape nak macam wujud lak? apa masalah nya jadi tak wujud? takde orang kenal, senang nak hilang. dia jawab bila kita wujud, barulah ada yang kenal. ada yang kenal, barulah ada yang kawan. kawan tak kawan dengan orang yang tak kenal, kan? rasional. kawan susah nak kawan dengan orang yang tak sama. dia betul. aku harap itu salah tapi hakikatnya dia betul. kenapa hanya kawan dengan yang sama? sebab yang tak sama tu takde standard. ha ha ha... pergi matilah dengan standard.

maaf, mental disorder sebab terkena tamparan hebat, sebab cube lepaskan diri dari culture shock. dapat lepaskan diri dari 1 jenis culture shock, tapi aku terkena 1 yang lainnya.

Sunday, January 9, 2011

tentang kawan...

semenjak masuk dunia baru - dunia lepas LIBK - aku selalu rase macam takde kawan. kawan sebelum ni? entah kenapa aku rase ada jarak yang jauh sangat dari diorang. bila ajak pergi makan sama2, diorang nak pergi cume kalau memang mase tu diorang nak pergi makan. make aku perlu betul2 tahu mase makan diorang kalau nak makan dengan diorang. tah... ingat2 sekarang aku dah jadi malas nak pergi makan. kawan2 level? jap lagi aku citer. ni pasal kawan sem lepas dulu. bila ajak keluar pon, betul2 cume masa diorang nak keluar. untuk keluar semata2 jumpe aku ke, teman aku sebab aku ada hal penting ke, memang tak. tak tahu lah, diorang dah tak kisah langsung ke? atau aku yang sentimental sangat....ke? kenape eh? nak suruh aku g sorang2... memang lah aku dah biase jalan sengsorang tapi sekarang, kawan ade tapi rase cam takde kawan gak. ape yang aku dah buat eh? tak sedar lak. tapi laen2 hal diorang layan aku cam biase je, cume bile aku perlu sangat diorang tolong, susah nak harap... sebab aku dah tak duduk blok same ngan diorang ke?

member2 level... diorang ada. ok je. takde problem pon. diorang selalu gak ajak keluar. ajak gi makan. ajak lepak. ajak2. tapi mesti ke aku melekat a.k.a menyibuk kat diorang je. mesti ke aku tak pedulikan kawan2 dulu? mesti ke aku tukar kawan? aku nak tambah kawan, bukannya tukar kawan. mesti ke aku kawan dengan komander2 je? mesti ke kawan2 laen tak pedulikan aku sebab aku dah masuk komander? tolong lah... bukan nya bila kawan korang dah masuk komander maksudnya diorang tu dah transform. bukan nya bila kawan korang dah masuk komander maksudnye tahap dah laen. mungkin ade sikit yang laen, tapi tu sume sebab ape yang diorang face tiap hari. bukan nya bila kawan korang dah masuk komander tu maksudnya diorang dah takkan kawan ngan korang. komander tu cume satu cabaran yang diorang cube hadapi. mungkin ni satu lagi cabaran dalam dunia komander. terjarak dengan kawan2. sekarang aku mule faham nape komander cam lebih dengan komander2 je. mungkin kot sebab dulu kawan sebelum diorang jadi komander pon menjauh lepas diorang jadi komander. mungkin lah...

salah aku ke sebab masuk komander? sebab m'cube? ape ni... culture shock ke? MESTI KE?!!!
:-!

Friday, January 7, 2011

cube dulu...

memule aku ingat nak citer pasal 'dunie baru' aku tapi terblogwalking dulu, make aku TERperoleh topik dengan tak sengaje. memandangkan punce aku TERdapat topik ni adalah salah satu orang yang berharge dalam hidup aku, aku tangguhkan dulu cerite tu. hari ni aku nak cerite pasal cite2 dan mase depan. op....mase depan je.

pernah, ada kawan cakap dengan sorang budak seni persembahan gak....

: ko amek ptptn x?
: tak...bunga tinggi sangat, tak mampu lah nak bayar balik.
: bestu, ko ade mintak yang laen tak?
: ade...jpa. Alhmdlillah la dpt.

: ceh... budak cemerlang lah ni?
: tak lah... aku punye pinjaman, bukan biasiswa.
: pinjaman pon... result ko dulu bape?
: 7A je... tak banyak la. member aku ramai dpt 9, 10, 11 A. mane diorang dapat pon aku tak tau lah.
: wa... ok la tu. tapi....nape ko amek kos tu?
: nape?
: ko tau tak budak2 yang msk fakulti tu bdk yg low2? ko tak nyesal ke msk situ?
: tah...macam dah takdir kot. yang lain2 aku mintak lansung tak dapat. even maktab pon aku bleh tak dapat... 
: masalahnye, ko memang mintak kos tu ke? sal ko mintak situ?
: manelah aku tau. lgpon pilihan ke8, tak expect lak diorang bleh bg yang ni.
: ko tau tak kos ni susah dapat keje?
: tau...mak aku pon punye bangkang tapi dah ni je yang aku bleh dapat.
: nape tak tuka kos je?
: malas lah... lagipon aku bukan nye benci sangat kos tu, ade gak minat sket2 nak tau pasal bidang tu.
: abes tu keje nanti?
: mule2 memang aku ade pike. kalau terus dengan kos ni, aku nak jadi ape nanti... mase tu pike memang pening. tapi bile ingat rezki tu Allah yang bagi asalkan kite usehe, aku dah tak risau. amek kos ni pon, aku usehe... aku cube pickup gak. dengan otak yang dah biase math ni, aku kene cube pikap art. ko ingat senang?
: ye la...mmg la susah kene tuka channel. tapi ko kan dari sekolah ***** . tibe2 lak msk tmpt mcm tu, yg berjiwe artis - ko pon tau diorg camne kan. 
: memang agak takut terpengaruh, tapi ape yg aku blaja kat sane sangat bergune sebenanye. bleh digune tuk ingatkan sdare2 Islam kite ni. pasal bende2 macam ni misalnye........

...mule2...

 
...next step...

...hasilnye...

...tak terkate lagi...
bende2 ni nampak macam biase. ade antare kite yang anggap bende ni biase. malah 10 tahun dari sekarang tak mustahil, orang yang tak buat macam ni yang dianggap luar biase. sebab minda kite dah terpengaruh dengan kebiasaan orang2 yang bukan Islam. aku pernah dengar salah sorang dari sdare2 kite sendiri kate orang2 yang tak membiasakan diri dengan bende2 macam ni, tande nye die tak berkembang. kalau kamu pernah lah terfikir pon macam tu, fikirkan ni. bukan masalah berkembang atau tak berkembang. sebab nye, berkembangkah orang yang kembali ikut ajaran zaman jahiliyah, berbanding orang yang ikut cara umat Islam masa zaman Rasulullah mengembangkan ajaran dan ketamadunan manusia melalui Islam? tamadun Islam datang selepas tamadun jahiliyah, dan lebih maju dari zaman jahiliyah. kite boleh jadi jauh lebih maju tanpa masalah2 sosial yang disebabkan oleh pengaruh dari zaman jahiliyah yang kite ikuti dari negara2 barat yang kononnya lagi berkembang dari Islam. kite boleh jauh lebih maju tanpa men'takpe'kan bende2 yang dah terang2 Allah tak suke. semue masalah2 sosial sekarang timbul pun sebab kite pandang remeh perkare2 yang diberi amaran keras dalam Al-Quran. cume kerana kite nak jadi warga yang 'berkembang' di dunia...

*maaf gambar agak klise, cume nak praktikkan penggunaan visual dalam penulisan. permulaan bagi pembelajaran subjek penulisan skrip... :-D

Tuesday, January 4, 2011

tarikh lahir?

hakikatnya 6 januari ni bukan tarikh lahir aku, maaf atas salah faham yang timbul. tapi aku harap kawan tak terus menerus mengucap selamat hari lahir pada aku menjelang 6 januari ini.

pernah suatu hari, ketika di zaman sekolah menengah aku mencari-cari kalendar lama. kalendar tahun 1992. ada sesuatu yang hendak aku ketahui. aku cari dan terus cari namun tidak langsung terjumpa. aku selongkar seluruh rumah terutamanya tempat-tempat menyimpan barang-barang lama namun pencarianku masih belum berhasil. aku terus mencari sehingga tunggang langgang rumah itu dibuatku. maka aku dimarahi emak setibanya beliau di rumah. tapi aku seperti biasa, menebalkan muka dan mengaliskan telinga. maaf, mak. ketika itu aku tetap mahu meneruskan pencarianku. cuma aku perlu menggunakan cara lain kerana cara menyelongkar tidak berkesan. maka aku beralih ke backup plan, Plan B yang lebih sukar berbanding cuma menyelongkar dan mencari di seluruh rumah.

lalu aku mengambil buku tulis kira-kira - buku math la, yang kotak2 tu - dan sebatang pensel. aku ambil kalendar yang ada tarikh mengikut kalendar Islam sekali. aku bertungkus-lumus membuat sedikit research mengenai bulan-bulan menurut kalendar Islam dan membandingkan perbezaan tempohnya dengan kalendar masihi. aku menggunakan kalendar terkini -kerana hanya itu yang dapat aku temu-. dengan berbekal ilmu matematik yang selama ini aku pelajari dengan penuh minat dan sedikit formula sendiri hasil dari kajian tersebut, aku mulakan cubaan mengira tarikh-tarikh berbelas tahun ke belakang sehingga ke tahun 1992. hasil kiraan dengan formula ringkas ciptaanku ketika itu, aku mendapati tarikh 6 januari 1992 telah jatuh pada 1 atau 3 rejab. aku masih ingat dengan jelas hasil dapatan itu. terdapat dua tarikh yang berlainan kerana aku melakukan ulang-kira menggunakan kaedah yang berkemungkinan betul untuk mengiranya juga. hasilnya itulah, 1 atau 3 rejab.

oleh kerana otakku sudah tepu ketika itu kerana telah cuba melakukan pengiraan tarikh yang bertempoh berbelas tahun ke belakang, aku buntu yang mana satu harusku pilih sebagai tarikh hari lahirku yang sebenar. maka seperti biasa aku mengambil jalan mudah, yakni mengambil satu tarikh di antara kedua tarikh itu. meskipun ketika itu aku benar2 mahukan 1rejab sebagai tarikh tersebut -kerana bagiku 1rejab sangat besar rahmatnya-, aku tidak boleh membuat keputusan berdasarkan 'nak' semata. kerana peratus kemungkinan bagi kedua-dua tarikh tersebut adalah equal, aku harus memilih dengan adil kerana jika tidak, aku telah melanggar hukum matematik yang sebenar. keputusannya, tarikh antara 1rejab daan 3rejab yakni 2rejab, kupilih untuk dianggap sebagai tarikh lahirku.

disebabkan terdapat khilaf dalam pengiraan tersebut sehingga menyebabkan dapatan 2 tarikh yang berlainan, maka aku biarkan ia sepi. aku tidak meuar-uarkan kepada umum bahawasanya tarikh lahirku jatuh pada 2rejab. aku terpaksa menggunakan tarikh 6 januari sebagai tarikh lahir sehingga hari semalam. apa yang berlaku semalam?

ketika aku dilanda jiwa kacau, aku melayari internet. entah macam mana sampailah aku ke Islam.com di mana aku terjumpa kalendar istimewa itu. ia membolehkan kita mengetahui tarikh lahir kita menurut takwim Islam dengan cara memasukkan tarikh lahir kita mengikut kalendar biasa - jan, feb, mac, etc -. maka ia menjawab segala pertanyaanku sebelum ini. pengiraan dengan teknologi sudah tentunya jauh lebih meyakinkan berbanding pengiraan menurut caraku sendiri yang entahkan benar entahkan tidak itu. dan aku dapati tarikh lahirku yang sebenar adalah 1 REJAB. ia menjadi perkara terindah meskipun baru sebentar tadi fikiranku bercelaru diserbu seribu keliru. Allah mengindahkan hidup kita dengan pelbagai cara dan ia menjadi lebih indah apabila ia datang setelah kesusahan.

*cerita ini bukan rekaan semata... :-)

.....o0o0o0o.....

hari ini mencabar. hati dah rase calar. fikiran dah rase tak sedar. jalan dah samar-samar. ikut mana aku nak keluar? bila ada masalah aku nak lari. tinggalkan tanggungjawab yang diamanahkan pada diri. macam-maacam alasan aku bagi. padahal aku tahu sendiri. kalau macam ni, macam mana nak dapat redha Illahi? ilmu aku tak kongsi. padahal aku tak sepatutnya begini. setiap orang tu khalifah di muka bumi. aku tak tau ape aku patut rase skarang. camne aku patut buat skarang. tibe-tibe rase nak tengok-tengok member2 sliss batch 18. nak usha2, ape cerita diorang sekarang. google punye google, tak jumpe pon. diorang2 ni tak layan blog ke tak mention langsung pasal sliss dalam blog diorang? susah aku nak cari. nak senang memang lah FB je... tapi aku sangat mengelak dari terlibat dengan FB. bile kawan tanye kenapa, macam-macam aku jawab. tapi antara jawapan2 yang aku bagi tu, tak ada yang betul2 sebab utama. yang aku sebut pada kawan2 tu sekadar sebab2 sampingan je. sebab utama? tak perlu lah kawan tahu. itu untuk kemaslahatan peribadi kita sendiri ya, kawan... cuma sekarang aku agak terkilan sebab tak dapat 'jumpe' member2 sliss. samtaj? bukan tak rindu, cume aku ade keperluan ke arah member2 SLISS sekarang. keperluan yang sangat perlu, yang aku sangat perlu... lagipun member2 samtaj tak rajin buat blog, diorang suke jumpa direct, berdepan dan puas hati kalau dapat jumpa. maaf kalau entri kali ini kosong buat kalian, mungkin kerana aku sedang mengalami kekacauan jiwa. make atas sebab itu, entri ini 'kekosongan' dengan apa yang sepatutnya ada, sebab aku sendiri tiada... *title entry ni : o0o0o ---> kosong. maaf.

Sunday, January 2, 2011

crowd control lagi...

tadi aku kena bertugas crowd control lagi... tapi hari ni petang, nak bandingkan dengan hari tu. beze sangat lah shift pagi dengan petang, sebab petang dah panas. pagi sejuk, so lame pon tak rase sangat. tapi kalau kena pagi, aku kena lah berjage malam lagi sebab nak siapkan 'full u' - full uniform...:-) - bagi kacak sket, nak kiwi but lagi, bagi kilat sket, bagi smart punye. kalau duty shift petang boleh la siapkan persalinan kehormat tu pagi2 tuh, rilek sket lah dari segi persiapan.

sebenarnya hari ni aku tak perlu duty sebab 27 hb yang aku citer ritu, aku dah duty dah. itupun sebenarnya sepatutnya aku dapat excuse sebab baru balik jambori, tapi aku dah TER datang, make aku duty je lah. hari ni aku duty lagi sebab tak cukup orang. semalam senior yang in charge crowd control ni susah2 cari orang buat aku rase kesian, lagipun hari ni aku tak de hal sangat. The best thing is aku boleh lah usha2 orang lagi...hahaha. seronok gak lah... cume hari ni seronok tu tak sebanyak mane sebab yang datang daftar hari ni banyak senior2, dah bukannya junior atau budak baru masuk. emh...

duty petang memang letih tapi aku semangat nak update blog, make balik duty lepak2 minum bubble tea shake perisa vanilla - suke sangat! - dulu, pastu naek bilik - rumah sebenarnya, sebab penginapan kitorang rumah by rumah...hehehe -. aku naek bilik terus tukar baju sport saf - aku dapat mase join sukan antare fakulti -, lap2 muke sket amek netbook tersayang aku lalu aku turun semula. turun2 jumpe member2 puncak, lagi galak bile ade sorang member aku pon memang nak pergi hotspot. make ade teman lah pergi hotspot, tak lah bosan sangat nanti sampai tertido2 kat hotspot tu...hahaha.

aku jalan dengan kawan tu pergi hotspot. aku sronok jumpe die. sronok jumpe diorang sume. sronok. jalan punye jalan, naek tangge dan jalan sikit je lagi. make aku dah kat sini, menaip entah pape untuk update blog ni citer pasal crowd control kedua aku. penat memang penat, tapi ok lah sebab dapat rase shift pagi dan shift petang jugak. terima kasih Allah sebab bagi aku peluang ni. terima kasih sebab bagi aku kegembiraan ni. terima kasih sebab bagi aku ketenangan dalam keletihan ni. terima kasih atas semuanya. terima kasih pade semua yang terlibat jugak!

Saturday, January 1, 2011

jumpa dia

aku naek bas untuk ke pkns, shah alam. tiba-tiba nampak satu wajah yang macam aku kenal. aku pandang die lame. betul ke die? tapi orang ni macam tembam sikit.... tapi aku rase macam die. pandang punye pandang, die senyum lak kat aku. mase tu aku rase nak jerit melalak macam orang gile, tapi behave lah kan... mane boleh jadi gile lagi skarang. aku rase nak peluk je die... betul2. sebab dah lame sangat tak jumpe. die la budak samtaj pertama yang aku jumpa kat puncak perdana ni, sebab tu aku teruja terlampau melampau. dah lame aku tinggalkan samtaj - padahal baru 2,3 tahun tapi rase dah lame gile, sebab sayang kot...- , dan dalam kalangan senior yang agak rapat dengan aku dulu, die ni yang pertame aku jumpe. jap...betul ke sebab tu? bile pike2 balik, mebi sebab die senior yang paling sekepale ngan aku dulu kot. ye, betol lah sebab ni... senior yang paling rapat ngan aku dulu pon tak segini sekepale. sekarang aku jelas kenape tadi aku gile teruje jumpe senior nih. ade perubahan kat diri die... Alhamdulillah. die pon aku kire sangat terkejut dengan perubahan diri aku sekarang, walaupun baru bape minit jumpe balik, die sedar ade perubahan kat diri aku. aku tak tahu lah sebab die memang teliti atau sebab kiteorang dulu paham satu same laen atau sebab perubahan aku yang ketare sangat. die ade kate aku dah lain. sebab dah lame tak jumpe kot... hahahahaha.

'mini reunion' tu buat aku sangat gembire, sampai aku tak benti senyum - sengih agaknye - meski kami dah bawak haluan sendiri tadi sebab die ade hal, aku pon ade hal. lame gak aku kegilaan sebab senyum sengsorang... tapi peduli ape asalkan aku bahagie. yang aku suke sangat tu sebab die sangat lah dekat, tinggal kat kawasan perumahan yang sebelah uitm ni je. tak terkate lah aku...

ade die bagitau, sorang lagi senior aku - member die la - kat puncak alam skarang. gile! tu senior yang agak sekepale gak - tapi tak se similar dengan yang aku jumpe ni -, dan puncak alam tu sangat 'dekat' gak. makne aku dekat di sini adalah : bahawasanya puncak alam akan jadi kampus kedue aku atas sebab penglibatan aku dalam komander kesatria negara sebab kampus kami bergabung, jadi PUNCAK NAGA. aku pon dah ade hubungan diplomatik dengan komander2 intake 45 kat situ, make lepas ni suke lah aku nak pergi puncak alam - boleh jumpe senior lagi 1 tu sekali.

pasni boleh lah lepak kat umah senior samtaj tu je bile aku bosan extravaganza... hehehe. hihihi. hahaha. huhuhu. suke nye... tapi harap2 aku tak lupe diri. tu je :-D.