Monday, December 30, 2013

Fungsi.

Keluh (lagi).

Bila aku rasa tak tahu, rasa entah... dan tiba-tiba lagu ni keluar...

Automatik keluar fikiran tu. Rasa kosong ni sebab dah makin leka ni... AlQuran pun tak baca dah.

Tasks yang ada pun tak mampu nak larikan fikiran aku dari rasa ni. Bahkan rasa tak nak peduli sebentar pasal tasks tu. Aku perlu masa untuk diri sendiri jugak, fikir hati. Jadi aku ketepi dulu tasks tu. Memandangkan walau aku paksa diri teruskan dengan benda tu, tak ada apa-apa yang berjalan dengan lancar. Memang... due date esok padahal aku belum ada bahan yang reliable lagi. Tapi something is holding me back. Apa dia pun aku tak tahu. Sebab ada rasa yang aku tak tahu ni.

Ha ha. Nak persuade audience pasal 'Stop playing it safe', dalam masa aku sendiri tengah cuba play it safe. What? I did that for my whole life pe... Orang tahu atau tak, sedangkan masa aku buat perkara yang paling berisiko pun sebab aku tengah ajar diri aku untuk beranikan diri, supaya aku dapat hilangkan ketakutan masa depan. Bahayakan diri sekarang supaya aku selamat di masa depan. Kan?

Rasa ni. Rasa nak menangis tapi tak boleh nak nangis. Macam mana? Macam ni... Aku harap aku nangis sekarang, tapi tak boleh. Sebab feel tak sampai ke? The feeling is bad enough, yet I can't cry. And why is that? Cengeng tak cengeng, hmm. boleh release, at least...

Heh... masa-masa macam ni la sebenarnya kalau buka surat cinta tu, rasa macam Dia tulis tu memang untuk kita. Ada rasa kita ni istimewa. Hehe... Memang kita ni istimewa sebenarnya, cuma ada masa kita (termasuk aku, bahkan terutamanya aku) leka, sampai buat perkara2 yang kurangkan keistimewaan kita. Rugi tak rugi?

Ada masa... bila rasa ni datang tiba-tiba, rasa tak senang, rasa tak lapang, rasa ni ingatkan balik untuk kita toleh dan cari balik apa yang kita dah tinggalkan. Betul lah kata orang, kata 'manusia' ni dasarnya 'lupa' (dalam bahasa arab). Selalu lupa. Tapi setiap kali lupa tu jugak lah Dia ingatkan balik. Banyak kali. Dah banyak sangat kali nya. Tak malu?? Tapi lepas tu boleh jugak lagi lupa balik. Walau banyak mana sekalipun kitaran ni berulang, manusia macam aku tetap lupa lagi...

Ada sesuatu yang mesti dibetulkan kat sini. Rasanya aku akan terus macam ni, lupa lagi lupa lagi dan lupa lagi selagi aku tak mula berfungsi dengan tujuan sebenar hidupnya aku kat muka bumi ni, kan? Nak cari tujuan tu lah... nak cari fungsi sebenar tu lah...

Hmm. Aku tak tahu.

Sunday, December 22, 2013

Destini.

Yang sudah tu sudah. Yang patut buat pun sudah (ada sikit2 belum tapi aku masih berusaha jadi tak apa).

Buka balik akaun twitter lepas aku matikan apa-apa yang tak perlu, berderet berita TLDM (sebab aku follow official page dia). Huhuhu... tengok pakcik yang berkenaan pakai seragam putih tu, terdetik juga. Tapi tak apa. Aku cuma kena sabar. Aku memang kena sabar, kan? Lepas habis belajar, aku boleh cuba lagi. Memang kemungkinan tu agak rendah, tapi kalau dah tu yang terbaik untuk aku, ikut mana pun Allah boleh masukkan aku. Kalau itu memang yang terbaik untuk aku lah, sebab memang Allah akan bagi apa yang terbaik untuk aku. Tapi andai kata memang aku tak dapat jugak, mungkin dah itu memang bukan yang terbaik untuk aku. Kena redha lah.

Kena redha (cakap memang senang). Memang... akan menangis sikit, kecewa sikit, rasa down sikit, rasa frust-gile sikit, rasa macam-macam sikit, tapi destini yang Allah nak bagi, aku tak pernah tahu. Perkara ini, aku harap bila nanti aku terpaksa hadapi kecewa itu, aku diperingatkan tentangnya. Sebab perkara ini memang senang nak dilafaz masa-masa tenang macam ni, tapi bila situasi sebenar tiba, hahaha... emo tak ingat dunia aku ni. Tu lah guna blog ni, "Fidza, ingat... Allah nak bagi sesuatu yang lagi besar dan baik daripada apa yang kau nak sangat tu!"

Hm... bila tengok aku punya rekod entri tahun ni, tak sampai separuh pun dari apa yang aku dah buat tahun lepas. Nampaknya tahun ni aku sangat ketepikan blog ni. Kalau aku nak kejar2 sekarang, sempat tak eh? Kalau hari ni dan seterusnya aku update blog ni setiap hari bagi entri pun, masih tak cukup hari untuk samakan dengan jumlah entri tahun-tahun yang lepas. Oh... itu pun kalau hari-hari update. Nasiblah.

Cerita perkembangan dunia degree ni, minggu ini minggu ulangkaji sebenarnya (study week), sebab tu aku boleh luang masa buat entri baru ni. Bukan tu sangat punca pun hakikatnya, tapi sebab aku... tak tahu nak cakap macam mana jugak ni, hehe... yang sudah tu sudah je, boleh tak?

Nombor ada masalah sikit. Aku akan cuba dapatkan nombor lama (0195) aku balik, tapi tak jamin lah sebab benda ni pun bergantung kat orang juga (sebab nombor tu atas nama dia). Jadi kalau dapat, dapat... Kalau tak dapat, (sobsob) menangis jelah. Nak kata menangis pun tak guna sebenarnya, hidup aku kena teruskan jugaklah. Yang lepas-lepas tu, lepas lah. Yang dah hilang tu pun dah hilang. Aku memang kena teruskan hidup.

Lagipun ia bantu aku untuk 'tinggalkan' perkara-perkara yang aku memang patut tinggalkan pun. Yang sepatutnya aku dah lama tinggalkan, kalau ikut etika nya. Tapi aku yang tak sanggup tinggalkan. Jadi sekarang, sebelum aku berbalik ke masa lepas yang aku dah tinggalkan tu... aku kena tabahkan hati, yakinkan diri, supaya aku tak berbalik semula cuma gara-gara hati masih berbolak lagi.

Bukan cuba, sekarang aku mesti.

Friday, December 20, 2013

Tak apakah?

Aku biasa ikut naluri. Yang buat aku biasa buat semua yang aku nak buat. Yang kadang-kadang memang susah dan buat aku pening jugak. Yang sampai aku terfikir siapa yang paksa aku buat semua ini? memang tak ada siapa-siapa. Tapi bila aku berjaya selesaikan, aku rasa sangat senang hati. Yang buat aku terus-terusan buat benda-benda yang macam ini. Yang ikut naluri.

Cerita kenapa nak buat, senang jawab ikut naluri. Naluri yang aku fahami, tapi mungkin orang lain tidak. Naluri yang buat orang lain pelik kenapa aku nak buat benda-benda yang menyusahkan diri. Naluri tu kadang-kadang aku rasa aku ada masalah OCD.

Tapi cerita nak bertahan, tak semudah itu. Bila sampai tahap-tahap tertentu, yang aku perlukan pandangan orang lain, dan ada pandangan yang kata aku suka buat perkara-perkara yang tidak perlu. Barangkali ada benar jugak, tapi habit aku tetap terus macam itu. Tapi jujur, ada masanya aku juga terkesan, memandangkan ada masanya aku pun lelah dengan kejutan.

Sampaikan aku mula was-was, segala nilai tambah yang aku cuba dapatkan... contoh bila aku sibuk nak buat company visit, sedangkan orang kata "benda tak wajib pun,". Dan bila aku setuju nak libatkan diri dengan projek jabatan, sedangkan kawan kata aku nak buat banyak benda sampai buat diri sendiri stress.

Aku faham dia cuba nak bagitahu yang aku yang buat diri sendiri stress, aku ada pertimbangkan. Tapi ada sesuatu yang belum terjawab, kalau aku duduk saja-saja dan tak buat apa-apa sedangkan aku sepatutnya boleh buat sesuatu, tak apakah? Kalau aku buat ala kadar macam orang lain buat, tak apakah? 

Dan yang agak penting sikit bagi aku, kalau aku tak buat benda-benda yang buat aku stress tu, tak apakah? Sebab aku rasa bila letakkan diri sendiri dalam keadaan tu akan biasakan aku dengan perkara-perkara luar zon selesa aku. Biasakan diri dengan tekanan-tekanan yang macam tu. Setidaknya kalau lain kali jadi lagi, aku pun dah tahu apa pilihan yang aku ada, apa yang aku boleh buat, apa risiko yang aku kena tanggung.

Dan yang agak jelas bagi aku, nak kejar pengalaman lah. Dengan buat benda-benda yang tak biasa tu, aku boleh dapat pengalaman buat benda-benda tu jadi di masa depan aku tak lagi rasa tak biasa. Benda ni, pengalaman ni, kalau aku tak kejar, tak apakah?

Baru sekarang, menjelang degree di UMT ni, aku rasa nikmatnya lapang. Betapa lapangnya hari-hari aku sekarang, tanpa aktiviti-aktiviti rutin yang kena buat saban hari saban minggu macam masa aku jadi komander dulu. Memandangkan aku tak dapat jadi palapes laut dan tak pulak daftar untuk PSSTLDM (buat masa ini), atas nasihat yang aku terima (walaupun dengan berat hati). Ada masanya aku rasa teruja dapat bersenang-lenang macam ini. Tapi dalam masa yang sama aku rasa bersalah pulak, dalam usia muda ni aku bersenang-lenang macam ini, tak apakah?


Sungguh, tak apakah...



*bohong lah kalau tak penat langsung... tapi tak lah sampai ke tahap berhenti. Masih perlu teruskan walau penat, lagipun banyak lagi cara hadapi penat. Amek masa rehat sekejap pun takpe lagi, tapi jangan lama sangat rehat... takut leka. Sahabat2 Nabi dulu tak pernah rehat...


Tuesday, December 17, 2013

Jauh dari jauh.

Salam.

Hari kedua di Port Klang, ikut tahun 2 dan tahun 3 punya projek (jangan cuba nak dengki sebab aku tak rasa bertuah pun). Mungkin dari satu sudut, iya aku bertuah... tapi melihat dari sudut aku, :( . Nak cakap, ofensif. Tak cakap, diam sendiri. Hm... mengeluh je.

Datang sini punya pasal, gaduh pulak dengan kawan. Betul-betul bengang ke dia, yang aku tukar jalan? Bahkan jalan yang jauh sangat... sampai dia yang rasa susah. last time, we miss each other. But now there's nothing sure about it. Sampai bila dah dekat pun rasa jauh.

Er... salah aku, sungguh-sungguh ke sebab pergi jauh? Memang... pergi sejauh ni keputusan aku, tapi tak ada niat pun nak tinggalkan semua. Aku macam perlu walaupun tak ada yang paksa. Tak nak dah lah cerita pasal cita-cita kalau itu yang buat semua makin jauh. Aku dah tak tahu cita-cita ni bawa aku hala ke mana, aku dah bengung. Tak ada support (yang sebelum ini masih tak apa), tak ada hala tuju (yang sebelum ni nampak jelas), cita-cita yang aku kejar ni bawa aku makin dekat dengan apa, aku pun tak tahu. Sebab semuanya nampak makin jauh...




Saturday, December 7, 2013

Ombak.

Salam,

Lama sungguh dah tak pos entri. Sebulan sekali. Makin lama makin sunyi. Mungkin sebab blog ni tak jadi penghubung aku dengan sesiapa, dan sekarang dah ada yang ganti. Jadi aku tak menulis lagi.

Aku rindu nak menulis. Memang rindu semua benda yang aku buat dulu. Menulis cuma satu perkara yang aku mampu ungkap.

By the way, tadi aku jumpa komander Chendering. Kesian jugak aku 'ter'bahan dia pasal kampus Chendering nak kena tutup tu. Meski dalam hati aku hampa gila, kenapa lah Chendering nak ditutup... masalah betul. Iyalah, orang atas mungkin ada sebab buat macam itu... cuma untuk aku, "Kenapalah Chendering..." memandangkan Chendering kampus paling dekat dengan aku sekarang dan Chendering antara yang istimewa jugak. Jadi ya, kenapalah Chendering...

Cerita pasal rindu. Aku memang kena move on, kan? Boleh tak aku move on kalau aku tinggalkan apa yang tinggal untuk aku sekarang... Kata 'maju', 'move on', 'get over it', 'luaskan pandangan', ' keluar dari zon selesa', dan semua yang sewaktu dengannya itu aku dah makin kabur. Apa nak buat?

Minda makin pasif, mungkin sebab aku makin kurang berfikir, memandangkan aku terlampau lapang sampai tak ada benda nak difikir lagi. Tak ada komitmen dan tak ada desakan. Tak ada paksaan dan tak ada galakan. Jauh lagi dorongan. Tak boleh kata aku tak ada apa-apa. Sebab dalam masa aku takut-takut, Allah bagi aku macam-macam... macam mana aku boleh kata aku tak ada apa-apa? Cuma aku sekarang tengah tak rasa apa-apa.

Dan bila aku tak rasa apa-apa itu, aku hilang sebab untuk buat apa-apa.

Ombak yang tenggelam timbul ini, tak beri aku isyarat untuk apa-apa.

Wednesday, November 13, 2013

Cerita 3 Masa.

Salam.

Hari ini tersedar sesuatu. Kalau rindu sesuatu, tak perlu pusing kembali masa. Lagipun memang masa tak boleh dipusing kembali, kan? Kalau mahu toleh ke belakang balik, kalau boleh pun, secara rasionalnya kita kena lepaskan apa yang ada hari ini. Betul?

Apa yang kita ada hari ini adalah misteri apa yang akan ada dalam hidup kita di masa hadapan. Sesuatu yang tidak pasti, yang kita tidak tahu. Sedangkan apa yang ada dalam hidup kita pada masa-masa lepas sudah jelas. Mahu tinggalkan segala kecemerlangan yang mungkin pada masa hadapan untuk setakat yang kita ada dalam masa lalu?

Memang tak tahu sejauh mana berbaloinya jika dilepaskan apa yang mungkin ada di masa hadapan. Tapi itulah yang menjadi pertaruhan, cabaran yang beri debaran untuk kita hadapi masa hadapan. 

Terikat dengan masa lalu kalau tak dikawal akan membantutkan peningkatan dalam pemikiran. Kita akan cenderung untuk membandingkan masa kini dengan masa lalu. Ini yang bahaya. Akan buat segala yang ada pada masa ini jadi sia-sia. Sekaligus mensia-siakan apa yang mungkin ada pada masa hadapan. 

Tahu dengan kata apa yang 'mungkin' ada pada masa hadapan menunjukkan ketidakpastian, tapi itu hakikatnya. Memang tidak pasti. Tapi jika dipandang ketidakpastian itu sebagai peluang untuk kita dapat yang lebih baik pada masa hadapan, bukan ke itu satu kelebihan?

Terikat dengan masa lalu itu tidaklah aku persalahkan... cuma kata ia perlu dikawal. Dari pengalaman aku (yang walaupun cuma sedikit), terikat dengan masa lalu tidaklah begitu menyeronokkan. Masa lalu mungkin membanggakan tapi jangan sampai ia mengekang pembangunan diri pada masa ini sebab akan mengganggu potensi diri pada masa hadapan. 

Aku sendiri pun mahu semahu-mahunya, kembali menjenguk masa lalu tapi ada perkara yang mesti kita hadapi. Jadi jangan sia-siakan masa hadapan untuk masa lalu. Sebab masa lalu itu di belakang, sedang masa hadapan itu yang ada di depan. Mahunya aku, sampai ke tahap aku harap nak padamkan masa lalu sebab ia terlampau jauh, aku tak mampu nak capai.

Tapi masa lalu itu tak salah. Masa depan itu lagi tak salah. Masa sekarang ini pun tak sepatutnya dipersalahkan. Tak ada perkara yang salah sebab Allah tak pernah tersalah bagi. Apa yang ada dalam masa lalu aku, dah membentuk apa adanya aku hari ini. Cuma apa yang aku buat hari ini, yang akan menentukan apa aku di masa hadapan. Jadi yang perlu aku kontemplasi adalah apa yang aku nak untuk masa hadapan, supaya aku tahu apa yang aku patut buat hari ini.

Dengan meng'update' blog kali ini, hilang sudah 1jam yang aku boleh guna untuk buat assignment (tiba-tiba je). Tapi tak apalah, sebab aku harap teori sekelumit fikiran aku ni boleh sekurang-kurangnya bagi seseorang gambaran tentang masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Paling tidak pun diri aku sendiri, sebab pemikiran orang lain aku tak tahu. Entah bantah entah setuju. Tapi tak kisah, asalkan aku ok.

Sekali lagi, aku tak kesalkan masa lalu. Dan tak pasti dengan masa hadapan. Tapi akan sangat rugi kalau aku tak hargai masa kini.

Sebab itu... kalau aku terlalu rindu pada masa lalu, aku patut cuba untuk hidupkan kembali... bukan sekadar tangisi kehilangannya. Rasa macam masa lalu sentiasa tunggu aku datang untuk menjenguk. 

Monday, November 4, 2013

(^_^)

Salam.

Balik sudah ke Terengganu pagi tadi. Alhamdulillah, selesai 3 perkara aku kat Shah Alam.

Perkara 1.


Sampai juga aku ke konvensyen yang aku cerita kat sini. Macam yang aku pernah kata, "I went straight to Selangor from Kuala Terengganu, and learnt so much about ukhuwah during this trip. Not only in the convention but also before and afterwards." Memang dalam konvensyen aku ada terlelap-lelap jugak, tapi faham-faham lah kan... habit itu aku memang tak tahu macam mana nak ubah. Setiap kali aku tersedar dari lelap, aku fikir 'sia-sia je aku datang sini tapi masa orang bagi talk aku tidur...'

Tapi kan, tahu tak... lepas terdetik benda itu, salah satu penceramah itu sebut sesuatu dalam talk dia (sekali fikir macam kebetulan, tapi aku lagi suka anggap benda itu Allah jawab kat aku melalui penceramah tu). Katanya "Alhamdulillah kamu semua ada di sini sebab kalau tidak, mungkin kamu sekarang ada di tempat-tempat lain, yang belum tahu baik atau tidak baik." Jadi walaupun di situ masa itu aku terlelap, setidak-tidaknya aku bukan berada di tempat-tempat yang tak baik. Betul jugak itu.

Rasa aman masa itu. Juga masa malam kesenian Islam itu, aku lihat macam mana mereka jadikan hiburan itu sebagai medium mengingatkan diri dan orang ramai pada Allah. Dia enjoy hiburkan orang ramai, orang ramai dapat hiburan, yang penting dia dan orang ramai sama-sama dapat pahala. Tak perlu risau sebab dengan buat perkara yang dia suka (eg buat persembahan & hiburan) itu, dia dapat duit untuk hidup kat dunia dan dapat pahala untuk hidup kat akhirat. Kagum aku dengan dia. Aku pun nak buat perkara yang aku suka dan dapat duit dan dapat pahala jugak!

Aku mula faham... tak kira bidang apa pun, tak akan lari dari Allah tapi semuanya bergantung pada kita. Bidang bukan alasan. Sedangkan bidang hiburan pun boleh jadi ibadah, apa lagi bidang-bidang lain. Kita yang perlu luaskan pemikiran, jangan terus sempit terhimpit dengan skeptik tipikal zaman dulu kala.

Perkara 2.

Photo

Sehari sebelum pergi konvensyen itu, aku dah ada di Shah Alam. Sengaja datang awal sebab nak singgah tengok Jambori Komander Kesatria ke 9. Mana tak nya, sejak jadi komander aku tak pernah lepas peluang pergi jambori. Hm... gila kuasa? Tak lah... bukan dapat kuasa apa pun pergi jambori itu, dapat puas hati aku je. Aku memang kejar puas hati je, bukan kuasa. ;-D

Tambah pulak tahun ni Puncak jadi tuan rumah jambori. Aku pun tahu sangat tempat tu, dan kebetulan dekat-dekat tarikh itu aku jumpa event kat belah sana yang buat aku memang nak turun Shah Alam. Nak kira apa lagi kan?

Walaupun cuma sehari (tak sampai pun) aku pergi jambori itu, dan aku cuma sempat tengok Kawad Senyap, tak apalah. Ada baiknya aku habiskan cerita jambori kat sini sebelum aku mula bukak cerita bukan-bukan pulak, hahahaha. Kali ini tak sempat jumpa ramai kawan kampus lain sebab masa suntuk sangat untuk aku, tapi aku jumpa lagi junior masa kat Samtaj dulu. Junior yang jadi komander jugak, yang aku pernah jumpa kat KKEC Dungun hari tu. Dan bekas jiran masa aku tinggal kat 24 masa kecik-kecik dulu, komander jugak.

Perkara 3.

Lepas konvensyen habis, sengaja lambatkan sehari untuk balik Terengganu. Sebab aku turun Puncak Perdana pulak lah! 

Rasa macam dah lama sangat aku tak lepak dengan diorang. Hari Jumaat lepas tengok kawad senyap, aku lepak kampus Shah Alam dulu sebelum aku pergi konvensyen hari Sabtu itu. Kat induk dah lepak dengan Datin Maimun, jadi tak lengkap lah kalau tak lepak dengan diorang yang kat Puncak Perdana ni pulak. Tak kira lah diorang dah tak sambung komander, siapa peduli. Diorang pun ada alasan sendiri. Bagi aku diorang tetap diorang yang dulu. 


Benda yang Zue pegang itu kek besday dia, yang Ika decorate. Gigih semua orang nak elak kek itu dari pandangan Zue sebelum sampai masa. Haha. Comel itu comel jugak. Tapi itu kek kot, memang kena makan lah walau comel manapun! Tapi sies kek itu memang sedap.

Perkara 4.

Ini adalah perkara tambahan. Unexpected, memang tak ada dalam pelan pun. Pelan aku cuma 3 perkara kat atas, yang aku memang nak buat bila turun Shah Alam kali ini. Ceritanya.

Sampai di Stesen Bas Kuala Terengganu pagi tadi, lepas duduk lebih kurang sejam dua, aku nampak van UMT. Disebabkan aku tak senang diasak dengan soalan sama dari pakcik-pakcik teksi yang mula perasan aku dah lama duduk situ, aku beranikan diri tanya pakcik van UMT itu. "Pakcik, nak ke UMT eh?" tanya aku lepas bagi salam. Pakcik itu angguk, jadi aku tanya lagi... "Kalau saya ikut balik UMT sekali boleh?"

Kali ini pakcik teragak-agak nak jawab. Aku baru nak cakap kalau tak boleh takpe, tapi pakcik dah suruh aku tanya kat seorang lagi yang datang dengan dia tadi. Katanya itu lecturer. Aku pun pelik, kalau ini lecturer maknanya aku dah tersilap mintak tumpang. Haha. 

Kalau boleh nak pergi dari situ, sebab malu sikit. Tapi biadap lah aku kalau macam itu. Aku buat-buat lah tanya kat lecturer itu, fikir kalau dia tak bagi pun takpe sebenarnya. Aku saja je tanya. :-P Tapi lecturer itu bagi pulak lepas fikir berapa minit. Aku pun naik je lah, dalam itu ada lagi 3 student laki. 

Sembang punya sembang, rupanya lecturer dengan pakcik ni datang jemput pelajar pertukaran (exchange student) dari Indonesia yang datang UMT untuk konferens. Patut lah jemput dengan van UMT. Aiseh tambah-tambah segan aku. Kenapa lah belakangan ini aku asyik terbuat benda-benda menyegankan. Dalam hati malu gila tapi buat-buat tak malu jelah, sebab dah terlajak. Lagipun terlajak ini tak lah buruk sangat padahnya kot? Aku dapat kawan baru. Hehe. 

Rumusnya. 4 hari 5 malam. 4 perkara (3 planned + 1 unexpected). 4 kampus IPT (3 Uitm + 1 Kuis).

Cukup sudah cerita aku kali ini. Sepanjang trip aku ke Shah Alam sejak aku duduk Terengganu ni.  

Hm... rasa kosong lah cerita ini. Maaf kalau kali ini tidak begitu bermanfaat bagi kamu. (^_^)


Moving on.

It's not about leaving everything behind and forget all the things before. If leaving means 'no longer' for you, forgive me that I left. Because leaving means 'continuing' for me, that's why I'll never stop eventhough I left. This is what i meant by alumni.

But now I guess you don't really need alumnis, don't you? Well I don't really understand you.

Tapi tak apalah, sebab itu semua hak kamu. Cuma...

Cuma bagi Kompeni N sahaja, aku tak akan berhenti atau putus asa dengan kamu. Jadi biar kamu rasa apa, perlu atau tidak perlu, aku akan terus dan tetap menoleh pada kamu. Sejauh mana pun kaki aku melangkah, jauh mana pun aku pergi, aku akan kembali bila-bila. Dan bila aku kembali, aku akan cari kamu. Hahaha. Tapi jangan risau, aku bukan nak masuk campur sangat pun, aku cuma nak terus berhubungan dengan Kompeni N.

Kenapa?

Sebab itu antara asal usul aku, tempat aku belajar banyak perkara tentang hidup. Tempat aku faham banyak perkara tentang manusia. Tempat aku kutip banyak perkara tentang ilmu. Tempat aku derita banyak perkara berkaitan latihan. Sampai ke bila pun, itu lah dunia komander bagi aku. Jadi aku nak komander terus maju, meski dah pergi aku nak sumbang selagi mampu. Kalau tak sumbang pun, aku nak... aku nak komander terus ada dalam hidup aku. Boleh tak? Kalau tak boleh pun lantak kau lah. Aku punya suka.

Baik. Baik. Kata orang "don't take it personally," tapi perkara yang tinggalkan kesan dalam hidup aku memang aku take personally. Kerana itulah.

Monday, October 28, 2013

Kenapa dengan rasa.

Salam :-).

Cadang nak pergi Konvensyen HALUAN hujung minggu ni. Entah kenapa bila tengok iklan dia aku terus decide nak pergi. Aku pergi ATM transfer duit, dan daftar online. Tinggal aku pergi dengan tak je.

Sekarang, kenapa aku buat keputusan macam ini? Drastik sangat. Mungkin sebab malas nak fikir, aku rasa macam dah banyak sangat fikir dalam tempoh masa terdekat ini. Itu pun tak habis fikir lagi. Mana tahu kalau pergi program ni aku boleh dapat klu ke... tak banyak, sikit pun jadi lah. Tapi kalau bukan klu pun rasanya banyak ilmu aku boleh dapat kat sana. Lagi baik kalau ilmu itu boleh alih perhatian aku dari perkara-perkara yang aku runsingkan itu. Mudah-mudahan.

Alang-alang aku dah decide nak turun belah sana, kebetulan Puncak jadi tuan rumah pulak untuk Jambori tahun ni dan tarikh kena dengan tarikh program yang aku nak pergi tu... boleh lah kot singgah tengok-tengok. Tapi rasanya aku akan kebosanan sikit kalau pergi sebab kawan-kawan yang ada pun mesti sibuk tak ingat dunia, memang aku faham sangat tapi boring tetap boring.

Jadi kalau lawatan aku tak menjadi, pun masih tak apa. Asalkan aku kembara. Tak tahu kenapa aku rasa perlu, tapi memang aku rasa. Jalan dan pilihan yang aku buat banyak berdasar rasa. Sampai bila? 

Kadang-kadang rasa makan diri. Tapi aku sangat bergantung pada rasa. Kecemerlangan aku bergantung pada rasa. Sebab itu bila tak ada rasa apa-apa, aku jadi risau. Jadi takut. Aku rasa tak selamat. Aku rasa kosong. Sebab bila tak rasa apa-apa, aku tak ada sebab untuk buat apa-apa.

*Kalau aku tak jadi Navy, aku nak jadi antara orang yang sampai di Palestin. Aku nak tengok sendiri. Apa yang aku dah tengok dalam media elektronik dan penulisan, bukan aku tak percaya. Aku percaya tapi kesan tak sama. Aku nak sampai sendiri kat sana, biar aku dapat rasa. Rasa itu nanti InsyaAllah akan buat aku mahu berusaha lebih kuat, untuk buat apa yang aku perlu buat. Bila datang rasa itu, aku akan nampak sendiri apa yang sebenarnya patut aku buat.

The best feeling ever is when you do things and feel right about it. That's why.

Wednesday, October 16, 2013

!!!

Ya Allah.

Aku dah terkedu. Rasa nak menangis pun ada. Tapi tak tahu nangis syukur ke nangis keliru. Kawan-kawan mungkin akan gembira untuk aku, tapi mak abah aku tak akan gembira dengan perkara ni. Macam mana dengan aku?

Usaha aku dari dulu. Pesan mak abah dari awal. Macam mana aku nak duduk tengah-tengah antara kehendak aku dengan kehendak mak abah?


Kelmarin aku rungutkan pada beberapa orang kawan, kerisauan aku berkenaan garis mendatar dalam hidup aku. Masa itu hidup aku kosong tanpa cabaran macam yang aku hadap dalam Dunia Komander, tanpa cabaran macam yang aku hadap masa Komander Kesatria Endurance Challenge, tanpa cabaran yang buat aku lebih produktif. Benar, cabaran seringkali buat aku lebih produktif berbanding dengan masa aku lapang tak buat apa-apa.

Sekali Allah bagi aku sesuatu untuk dipertimbangkan. Sesuatu yang mencabar untuk aku fikirkan. Perlukan kontemplasi yang tinggi. Aku terperasan, beberapa hari sebelum ini aku asyik didedahkan dengan cerita individu-individu yang berani dan telah ambil keputusan nekad untuk tinggalkan sesuatu, yang tidak semua orang mampu buat. Bukan sekali, tapi berkali-kali sudah ceritanya. Aku fikir kebetulan, tapi sekarang boleh jadi cerita-cerita itu klu yang Allah bagi untuk aku nilai. Barangkali.


Nak aku tolak, cuma mak abah yang akan gembira. Aku macam mana? Memang aku pentingkan diri tapi bila aku utamakan hak mak abah (sebagai ibubapa), aku selalu terpaksa ketepikan apa yang aku rasa. Kenapa apa yang aku minat, tak boleh buat mak abah bangga? Kenapa apa yang mak abah nak aku buat, bukan benda-benda yang boleh buat aku hepi? Mesti ke ada korban... Tak boleh ke ada yang tengah-tengah, yang buat aku sendiri hepi dan mak abah bangga, tak ada ke?

Nak aku terima, dan tawakkal je macam masa aku masuk Komander Kesatria UiTM dulu, ... itu yang aku nak buat. Tak perlu ada alasan pun untuk aku buat macam itu. Aku tak perlu fikir apa kenapa dan semua yang akan menghalang aku. Semua itu boleh rosakkan pemikiran aku. Biar aku cuma fikir untuk usaha dan tawakkal. Masa depan, Allah je yang tahu. Rezeki aku pun Allah yang tahu. Mak abah pun bukan tahu sangat sebenarnya (biadap sikit, tapi nak cakap macam mana lagi).

Aku nak fikir macam mana? Aku boleh kata itu masa depan aku, boleh tak biar aku tentukan! tapi aku tak boleh nafikan, ruang untuk masa depan aku tu takkan wujud pun kalau bukan sebab mak abah aku. Aku boleh kata apa yang aku buat itu memang yang aku nak dari dulu! tapi siapa pulak yang jaga aku dari dulu kalau bukan mak abah aku. Walaupun aku dengan angkuhnya selalu rasa macam aku jaga diri sendiri, tapi aku rasa mak pun selalu doa kat aku sebab itu aku boleh membesar dengan selamat.

Paling penting, aku boleh tunggu mak abah redha tak kira berapa lama pun asalkan mak abah redha suatu masa nanti... tapi sementara nak tunggu masa itu sampai, hidup tak ada berkat, macam mana aku nak hidup baik-baik?

Perbincangan hati ke hati tak wujud antara kami, jadi tak perlu usulkan... sebab yang ada cuma kata putus.

Kenapa aku serunsing ini? Kerana Surat Cinta yang aku dapat dalam perjalanan balik ke UMT.

Monday, October 7, 2013

Usah ... usaha.

Salam.

Aku dah usaha sungguh-sungguh tapi tetap tak dapat. Kenapa aku kena usaha kalau dah memang takdirnya aku tak dapat? Untuk apa aku susah-susah usaha?

Pernah rasa tak...

Haha. Aku tahu itu lebih seperti situasi semasa aku sekarang. Tapi ada sesuatu yang aku nak beritahu. Bukan nak kata aku dah terima apa yang aku hadap sekarang. Yang berat masih berat. Cuma jawapan tu ada terlintas dalam kepala ni beberapa hari lepas, masa aku sendiri tertanya-tanya dalam hati...

Memang kita kena usaha. Tentang takdir, siapa yang tahu? Tak siapa, kan. Jadi kita usaha sebab tak tahu takdir kita.

Tentang tak dapat, memang berat. Dah usaha sungguh-sungguh ni, dah letak 100%. Dah bagi seluruh jiwa raga (hahaa kau...), kerah seluruh tenaga, tapi akhirnya tak dapat jugak. Rasa macam... What the?!!

Tapi tahu tak, walaupun apa yang kita nak tu tetap tak dapat, tapi apa yang kita usaha tu tetap dikira. Dan tahu tak, yang namanya Takdir itu memangnya yang terbaik untuk kita. Yang kita nak tu, sejauh manapun pandangan kita, seluas mana pun pengetahuan kita, ada masanya memang bukan untuk kita. Bukan untuk kita tu, samada memang tak baik untuk kita ataupun Allah nak bagi yang jauuuuuuuh lebih baik untuk kita.

Jadi aku rasa, keputusan kita samada nak usaha sehabis baik atau cuma duduk menunggu datangnya kata putus... itu mungkin juga penentu samada Allah nak bagi kita yang terbaik ataupun cuma ala-kadar-asalkan-dapat ataupun memang tak payah bagi apa-apa! Tengok usaha kita macam mana... You reap what you sow, walaupun sangat klise dan membosankan, memang sangat benar sebenar-benarnya.

Nak ceramah panjang-panjang pasal isu ni rasa lain macam pulak, memandangkan aku pun tengah cuba untuk fit in... disebabkan kecewa ini tapi setidak-tidaknya aku boleh cuba kongsi cetusan idea yang turun dengan ilham ini. Jadi marilah kita sama-sama cuba terima takdir masing-masing, lebih-lebih lagi pada hal yang 'berat-berat' tu. (Peringatan keras untuk aku.)

Sebenarnya aku terkesan juga dengan ini...



Sesekali terfikir juga, Allah bagi aku jawapan direct. Sebab ditutup terus jalan untuk aku dapatkan apa yang aku nak sangat tu. Tiada kompromi. Sekali lagi cakap, kalau dibagi pada aku sekali gedebuk macam ni, memang rasa berat. Tapi sekurang-kurangnya aku tak lagi tertunggu-tunggu, tertanya-tanya, terangan-angan dan aku (nak tak nak) boleh (perlu) move on. Nak expect apa lagi kan?

Jadi sekarang aku perlu move on dan cari pengalaman lain, mungkin ikut jalan yang aku belum pernah lalu. Macam bagus je buat macam tu... padahal rasa macam aku ni tak tetap tempat. Kadang-kadang rasa macam 'kapal' sangat aku macam ni, tapi most of the time aku rasa macam orang yang tak ada hala tuju.

Ya. Umur aku 21. Aku pernah ada hala tuju. Tapi kali ini aku kena cari yang baru. Kamu boleh anggap aku mengalah kalau itu yang kamu mahu. Tapi aku mengalah untuk sesuatu. Bukan dengan terburu-buru. Bukan kerana rasa tak mampu. Ia sesuatu yang kamu tak tahu, yang aku sendiri pun tak tahu macam mana nak beritahu.

Cuma aku boleh kata, aku mengalah lepas berusaha. Terpulang samada nak percaya.

Jadi usah perkotak-katikkan usaha.

Sunday, October 6, 2013

100 - 70 + 5 + 4 + 16 + 7 + 8 - 50 = X.

Salam, ...

Haih. Aku ni... kalau dah serabut tu apa pun tak boleh. Rasa nak tidur dan tak nak bangun lagi. Biar sampai hati sejuk, baru bangun balik. Panas sangat mata ni...

First thing, aku minta maaf sebab masuk tempat kau. Aku tak tahu pun kau ada kat sini, aku tak tahu pun siapa ada kat sini masa aku mintak dalam UPU. Aku memang tak ada klu. 

Lepas tahu aku dapat sini pun, aku memang berat nak pergi. Tapi ada sebab dan akibat, jadi aku daftar juga. Tapi aku tak ada niat pun nak buat kacau dalam hidup kau. Tak ada niat pun nak rosakkan apa-apa.

Aku harap kau tahu. Masuk sini pun dah cukup susah sakit mencabar untuk aku. Tak apa kalau kau tak nak tegur-tegur macam kawan. Cuma tolong jangan salahkan aku sebab tiba-tiba ada kat sini sekarang. Jadi aku minta maaf kalau ada apa-apa yang aku dah rosakkan dalam hidup kau sekarang, dulu, atau bila-bila.

Kalau ini cuma rasa aku, pun aku minta maaf sebab dah fikir bukan-bukan. Aku harap kau terus cemerlang. Aku pun tengah cuba, tengah usaha, jaga diri. Meski kadang cara yang aku guna macam mengarut, macam gila, tapi nak expect apa? Ada jalan-jalan yang aku lalu, yang kadang-kadang pun cukup tak logik bagi aku. Sampai-sampai kiraan aku pun terkesan dengan ke-tidak-logik-an tu.

Jadi aku fikir begitulah. Mungkin yang lepas tu memang tak boleh dinaturalisasikan. Bawalah jalan masing-masing, dan kita memang tak pernah kenal. Kalau kau rasa elok begitu, tak apalah. Semoga kau terus cemerlang.

Sepanjang kat sini pun dah berapa kali aku joging sebab stres makin menjadi-jadi, dengan tu aku dapat kurangkan stres. Tapi lepas bertembung dengan kau tadi, aku pandang sekeliling dan terfikir... 'Aku kena joging lagi ke?'

*Cuma dengan satu pertembungan aku jadi jelas. Tak melegakan aku sedikit pun. 

Thursday, October 3, 2013

It's Something.

A Sailing Ship Keeps on Going Through the Rough Seas...

I was assigned to introduce myself through an object. Had some trouble to figure it out, but not as troublesome as some other things. This is quite fun, actually.


Now, why ship?

A ship can sail around the world. It can go anywhere, and even through the rough seas. With the thunderstorms, huge waves along the journey, it will keep going. After some hard moments on the ocean, it will drop the anchor and stop by at some kinda port or harbour. And then, no matter how great or advance the port or harbour is, it will continue to sail. It have to continue to sail, so that the ship can reach the next destination. It will do the same thing again and again, that is leaving.

Since I was a kid, I had been living in different places like Shah Alam, Puchong, Klang, Kuala Kangsar and currently Ipoh. I had been studying in two different primary schools in Shah Alam, and another two different secondary boarding schools for my PMR and SPM. I went to UiTM Puncak Perdana for my diploma but did not stay for my degree. Instead of applying that same course for my degree which would enable me to graduate in 2 years, I applied for maritime management which costs me another 3 years.

No matter how wonderful my life was, no matter how great I felt like, no matter how much I wanted to stay, I had never stayed. I keep on going no matter how hard it is for me, so that I can go to my next destination. It's not like I enjoyed leaving everything before me that much, it's not like I have so much fun letting it all go, I just have my own personal reasons for doing so. It even hurt me sometimes, but I have to keep going. I, like a ship, will keep on sailing till the day ends. 

* I thought this is quite simple (@short), but it is what it is for a 3 minutes (max) speech for my Public Speaking subject, which I had presented...

Tuesday, October 1, 2013

Kecewa...

Apa yang buat aku kecewa sangat? Yang satu itulah.

Masuk tempat baru, boleh teroka. Masuk bidang baru, boleh belajar banyak benda yang aku tak pernah jumpa. Jauh (sangat) dari rumah, boleh belajar survival tahap yang lebih tinggi. Tak dapat main macam-macam yang aku suka, boleh belajar main benda-benda yang aku tak pernah tahu. Tak ada geng, boleh kenal lagi ramai orang. Takut belajar akaun, boleh cuba buat jadi macam matematik. Fakulti jauh sangat, boleh aku cuba maintain stamina. Bahang laut panas, sejuk bila tengkujuh. Tak banyak benda nak buat, boleh aku rilek2 guna masa untuk berfikir. Buku tebal-tebal, boleh anggap macam saja workout untuk tangan. Tak ada apa yang tak kena dengan tempat ini. Tak ada masalah atau isu besar pun dengan tempat ini. Cuma masa yang bolak-balikkan aku, yang jadi sebab aku terlepas benda yang satu itu. Satu yang aku tak larat nak tanggung...

Mungkin ada yang rasa salah aku sebab mengalah sekarang. Tapi kamu tahu apa yang aku dah buat sebelum aku jatuh terduduk macam ini, sampai aku boleh nak lepaskan je semua yang aku kejar selama ini? Aku tak tahu pasal kamu, tapi kurang-kurang aku tahu pasal aku... Semua yang aku dah buat. Semua cuba yang aku usaha. Setinggi mana harapan aku sebelum ini, sekuat mana aku kejar. Mungkin ada yang tahu tapi tak ramai. Sebab itu aku tak salahkan kamu kalaupun kamu tak tahu. Sebab itu peribadinya hal aku.

Aku mungkin boleh cuba hidup dengan bendasing-bendasing lain yang tiba-tiba masuk dalam hidup aku dalam tempoh ini. Tak apa. Boleh cuba juga hidup dengan ketiadaan benda-benda yang aku dah begitu familiar. Tapi untuk terima yang aku dah terputus hubungan dengan benda yang aku kejar selama ini, diasak dari semua sudut, yang cuba yakinkan aku benda itu bukan untuk aku... hakikatnya itu sangat berat untuk aku. Sebab itu bila kejar, aku kejar sebaik mungkin. Sebab aku takut benda itu terlepas. Tak tahu pula kesan aku kejar sampai macam itu, kejar macam aku memang tak akan lepaskan, bila orang rampas benda itu dari aku, aku susah nak terima. Dah tahu susah nak terima, kenapa aku biar orang rampas dari aku?

Memang benda itu aku sangat-sangat nak. Aku tak kisah tak dapat benda-benda lain yang aku nak, tapi yang satu ini biarlah aku dapat. Jangan halang aku dapatkan satu benda ini saja. Yang lain aku boleh lepaskan, tapi bukan yang satu ini. Tapi macam mana nyaris pun, macam mana nak sangat pun, aku belum pernah dapat capai. Realitinya aku memang belum pernah sampai untuk capai dia, walau macam mana kejar sekalipun. Masa aku kejar, dan aku dah begitu dekat nak capai, pemegang benda itu putuskan aku... bawa benda itu pergi jauh dari aku. Walaupun dia cuma pemegang dan bukannya pemilik asal pun, dia tetap ada autoriti untuk putuskan aku dengan benda itu. Sedang aku yang belum capai pun benda itu, memang tak ada apa-apa penghubung lagi dengan benda itu... sebagai orang luar, kalau dah pemegang itu rampas dari aku, aku tak ada hak pun untuk dapatkan balik. Aku cuma kena terima...

Cerita macam ini buat aku rasa macam aku yang putus asa sendiri. Macam... apa-apa jadi pun lepas ini, itu sebab aku putus asa sekarang. Salah aku, siapa suruh aku putus asa semudah itu. Tapi boleh ke kamu cuba bayangkan benda yang kamu sendiri kejar, bila kamu tinggal cuma sejengkal untuk capai, orang yang ada hak atas apa yang kamu kejar itu hentikan kamu walau sebanyak manapun kamu usaha... untuk putus asa pun bukannya mudah bagi aku. Sampai sekarang pun aku masih belum terima. Tapi kena terima walau sakit hati.

Cerita aku dengan cita-cita memang macam cerita aku dengan cinta. Sebab aku cinta kat cita-cita aku. Sepenuh hati. Apa dan kenapa dengan cita-cita itu, aku kenal baik-baik. Aku fahamkan diri aku sebab aku tak nak end up kejar benda yang aku sendiri tak faham fungsi dan tujuan. Hidup orang semuanya ada tujuan, termasuk hidup aku dan kamu juga. Cara mungkin tak sama tapi tujuannya ada, dan masing-masing kena faham sendiri.

Dan rasa sakit aku bila terputus dengan cita-cita aku macam ini, sikit pun tak kurang dari sakit kamu putus cinta.

Satu. satu.

Salam...

Sikit-sikit aku cuba, perlahan-lahan. Perkara-perkara lain dah mula beransur pulih. Hal-hal lain dah mula jinak. Namun ada satu perkara yang aku tak boleh ubah, yang aku cuma perlu terima. Aku cuma perlu terima. Mudah. Tapi itu lah satu perkara yang aku tak mampu buat.

Sebelum ini aku sempat lalui beberapa hari yang menyenangkan, sepanjang aku abaikan dan keluarkan perkara itu dari fikiran aku. Dah tak begitu fikir. Jadi aku fikir aku sudah mula terima. Tapi bila aku tiba-tiba terfikir tadi, :-/ ...

masih mengganggu emosi lagi. Bila aku dalam jarak yang dekat dengan salah satu dari orang-orang itu, aku kembali terfikir. Hakikatnya benda itu masih tinggalkan kesan pada aku lagi. Yang buat usaha aku untuk redha sebelum ini, terganggu. Yang buat usaha aku untuk cari hikmah sebelum ini, tergantung. Yang buat usaha aku untuk terima hakikat sebelum ini, terhenti...

Aku yang dah mula nak yakinkan diri sendiri benda itu bukan rezeki aku, mula salahkan diri aku sebab boleh jadi aku tak dapat benda itu sebab tak buat sehabis baik. Mungkin usaha aku tak cukup, mungkin aku sebenarnya boleh buat lagi baik dari apa yang aku dah buat itu, tapi aku tak buat.

Kata-kata 'bukan rezeki' itu aku rasa berat, barangkali sebab aku mula lupa... tak redha dan tak boleh terima hakikat, tak banyak beza dengan kufur. Aku dah mula kufur, agaknya. Aku kena ingat balik dari mana datangnya semua ini. Meski aku tetap juga rasa berat dengan semua itu.

Friday, September 27, 2013

Kejutan.

Salam. :-B

Aku tahu aku nak jadi navy. Sebab itu aku cuba dan terus cuba. Tadi pun aku cuba lagi...

Aku telefon PSSTLDM cawangan terdekat yang nombornya memang ada dalam telefon aku (termasuk semua nombor cawangan PSSTLDM). Ada orang angkat, terkejut jugak aku sebab hari ni Jumaat (cuti weekend di Terengganu). Jadi aku tanya je lah apa nak tanya. Last2 dia suruh aku tinggal nombor telefon, nanti dia call balik untuk komfemkan. Aku pun tinggalkan, tapi sebenarnya aku on the way nak pergi orientasi kos yang senior organize.

Nak jadi cerita, masa orang PSSTLDM tu call, aku tersembang lama dengan dia. Sampailah senior dah panggil masuk barisan. Aku pulak pakai earfon dalam baju, tak nampak pun (kot) kalau aku terus nyembang. Tiba-tiba senior tu fokus kat aku dan mula bagi warning, yang aku sempat dengar dia cakap "saya tengah bercakap kat depan, bla bla bla..." sebab aku pun tengah fokus kat fon. Tapi aku anggukkan lah kat dia, dia masih fokus kat aku. Jadi aku matikan call tadi. Dan sambung mengangguk kat senior tadi. Dah habis bagi warning tu, dia sambung lah topik dia. Malu sikit aku...

Lepas habis orientasi tu, nombor PSSTLDM call lagi. Kali ni lebih bersifat personal sikit (bagi aku) sebab dia nasihat kat aku dengan serius. Iyalah, bukan boleh senang-lenang hidup kalau masuk PSSTLDM dengan PALAPES ni, kalau nak paksa sangat pun. Lagipun aku dah terlepas pengambilan dia, takpe. Lepas grad aku boleh mohon masuk PSSTLDM lagi. Dalam bercakap tu, dia ada sebut kat aku... "Jangan rasa rugi tak dapat masuk PALAPES tu," dan kebetulan dia pun memang sama U dengan aku. Aku terfikir sesuatu...

'Dia ni ada ke masa aku tanya kat unit Palapes kat U aku tu?'

Sekarang aku dah malu gila. Kalau dia tu pun antara ramai-ramai anggota yang ada kat unit masa tu, yang aku pernah cerita kat sini, memang patut pun dia cakap macam tu kat aku. Sebab dia tahu macam mana aku mintak kat unit masa tu. MALU sangat dah aku. Tapi aku diam, tak berani nak tanya dia ada ke kat situ... sebab kalau dia iyakan, habis aku... malu tahap tertinggi, tak tahu macam mana nak jejak kaki kat U tu lagi. Terkejut dan aku rasa gila sangat. Persoalan2 aku yang tak terjawab biarkan tak terjawab, kalau jawapan dia aku tak mampu tanggung, hak...

Ok lah. Kena gerak 8.15 tapi aku belum mandi pun lagi. Orientasi punya pasal. Nak abaikan je, tapi tak boleh lah. Jangan jadi orang yang susah dipimpin kalau kau tak nak ada anak-anak buah yang susah dipimpin. OK? Nasihat untuk diri aku jugak... aku pun dah bersara dari dunia komander, tapi jangan sampai sia-sia je jadi komander dulu. Mintak diri dulu.

Cetusan
     *rasa Allah sayang sangat kat aku. Aku tak dapat Palapes n PSSTLDM, tapi aku dapat kawan joging. Untuk yang aku tak dapat tu, nak cakap bukan rezeki aku tapi tak mampu. Jadi biar dulu. Tapi untuk yang aku dapat tu, besar maknanya untuk aku, masa ni.

Thursday, September 26, 2013

Mimpi.

Salam. Hehee...

Malam tadi aku mimpi something fun. Bukan semuanya fun, tapi worthwile la. Ceritanya aku pergi mengintip kat satu tempat, dengan seorang kawan perempuan jugak. Ini memang pengintip macam yang dalam movie tu... haha nampak tak gambaran dia? Tu yang seronok nya. Hebat jugak lah walau kena kejar-buru-dansebagainya, penamat cerita tu optimis la. Tapi mimpi aku guna ending yang unseen, tapi kita tahu lah plan nya macam mana nak selamatkan diri. Serius cakap, pengalaman berharga untuk aku being in that situation - walaupun cuma mimpi pun, tak kisah lah. Rasa real kot!

Macam mana pun, tak dapat dinafikan lah ada bahagian-bahagian yang tak fun jugak. Dalam cerita, sampai satu masa aku dengan kawan spy nak mengelak dari pecah rahsia, kita main cinta-cinta pulak dengan orang jahat tu punya orang kepercayaan. Sampai bila semuanya dah ketahuan, orang tu dah dilema nak bunuh aku dengan kawan aku ni. Hm... biasa tengok dalam tv, kan? Aku pun biasa tengok... tapi itu lah first time rasa bebenar - lebih kurang macam guna *simulator lah. Jadi rasa lah, macam mana rasanya bila terpaksa gunakan orang untuk selamatkan diri sendiri.

(Helah tu bagus nak selamatkan diri rasanya. Cuma aku tak berapa nak setuju kalau dalam situasi biasa dalam realiti hidup ni, aku guna cara tu. Sebab aku rasa macam keji gila, mainkan hati orang. Sama jugak dengan orang yang bercinta atas dasar kesian tu...)

Walaubagaimanapun, dalam cerita tu aku take responsibility atas apa yang aku dah buat. Sebab aku dah cakap aku suka dia, jadi paling tak pun tak boleh lah biar dia mati sebab dia biar aku hidup. Endingnya aku dengan kawan selamatkan diri dengan orang-orang yang tak jadi nak bunuh kami tu jugak. Haha... macam klise, tapi macam aku cakap lah, memang lain bila kita yang rasa sendiri.

Overall puas hati lah, sebab aku dengan kawan-kawan aku selamat (bajet macam real je). Nak susun cerita jadi macam cerpen atau novel (memandangkan mimpi juga sumber ilham aku), tak boleh lah. 1) sebab cerita ni unsur-unsur dan elemennya dah klise, 2) sebab cerita ni melibatkan TNC @ VC sebagai antara watak yang mempengaruhi cerita ni (aku kena jaga privasi orang jugak kan). Jadi cerita ni aku tak cerpen kan lah. Lagipun memang idea2 yang aku dapat dari mimpi, kebanyakannya aku tak jadi nak cerpenkan even ada sesetengah nya aku buat.

Mimpi malam tadi sekurang-kurangnya bagi aku ilham untuk buat entri untuk update blog. Hari ini lepas dah 21 tahun bermimpi, baru aku sedar yang mimpi tu sejenis simulasi jugak sebenarnya.

*simulator - a machine that creates certain conditions that exist in real life

Wednesday, September 25, 2013

Cuba.

Salam.

Tadi aku terjumpa ini. Memori lama. Antara perkara-perkara yang aku kata yang indah pun sakit jugak sebenarnya. Sakit bila semua tu dah tak ada dalam hari-hari yang ada dalam hidup. Tapi kena teruskan jugak lah hari-hari yang mendatang tu. Aku masih nak cakap pasal memori? Aku jugak yang sakit nanti. Patut tak tukar topik...

Tadi aku pergi PKP (Pusat Kesihatan Pelajar - lebih kurang PK lah kat UiTM). Buat medical check-up untuk pendaftaran (sepatutnya aku bagi laporan peubatan tu masa daftar tapi aku baru buat masa dah masuk umt) termasuklah x-ray. Habis buat, aku ingat nak singgah buat Inventori Personaliti Kerjaya (IPK) pulak kat foyer dia, tapi dah tutup pulak. Hari tu lepas aku buat IPW, tak sempat nak buat IPK sekali. Tapi aku macam nak buat jugak sebab aku kena cari balik konfiden aku yang dah samar-samar ni.

Keputusan IPW tu, macam yang aku cakap lah... Hijau. Katanya orang hijau memang cenderung untuk fikir banyak. Agak discussive lah -aku tak tahu istilah ni wujud tak, tapi maksud dia macam tu lah. Aku cakap dengan dia, aku rasa benda tu beban jugak sebab setiap kali nak buat apa-apa pun aku fikir banyak. Katanya itu memang tindakbalas automatik aku, memang macam itu. Mungkin sebab tu kot, kadang-kadang aku agak dengki dengan budak-budak kecik, sebab nak buat apa pun tak payah fikir apa-apa. Memang rasa puas hati bila aku sendiri buat macam itu, tapi tak selalu aku mampu. Macam sekarang, aku dah tak ada hati nak buat apa-apa. Rasa sia-sia.

Rasa tu tahap paling tinggi dalam hati sekarang. Nak turun main bola tampar, rasa. Nak pergi joging, rasa (mungkin aku kena potong jugak 'joging' dalam list aku semalam2 tu). Nak buat apa-apa pun memang rasa. Buat rasa sia-sia tu makin tambah dan bertambah. Rasa sia-sia sebab lepas macam-macam benda aku hadap masa jadi komander, yang ini aku rasa tak larat nak hadap. Rasa sia-sia sebab aku rasa lost sekarang. Rasa sia-sia sebab aku asyik toleh belakang. Rasa sia-sia sebab aku tolak untuk terima. Rasa sia-sia sebab lepas belajar macam-macam masa jadi komander pun, sekarang aku tak tahu nak buat apa. Satu benda yang aku tahu dengan jelas yang aku patut berhenti adalah merungut. Tengok lah... bahkan sekarang ni pun aku tengah merungut. Sambil update blog sambil makan roti yang aku beli sebab cantik, warna belang-belang hijau kuning. Tapi sedap jugak roti ni. Aku kemalasan nak upload dengan kelajuan internet yang *$@# ni, jadi tak payah lah. Hehe... Memang aku kena berhenti merungut ni, tapi boleh ke?

Aku kena belajar balik macam mana nak sayangkan hidup aku yang sekarang, macam aku sayang hidup aku dulu. Macam mana nak hargai semua yang datang sekarang macam aku hargai semua yang datang dulu (termasuk caci-maki-hamun-kutuk-keji dsbgnya). 

Apa khabar aku sekarang? :-)...

Selain dari rungutan2 aku tu, berat aku makin turun. Bukan sebab kemurungan segala bagai tu, sebab apa-apa jadi pun aku makan tetap macam dulu... haha. Lagi-lagi bila tensen aku makan, makan, dan makan. Cuma aku kena makan lebih dari yang aku dah makan, makan dan makan tu rasanya, sebab bila nak pergi kelas aku kena guna banyak tenaga. Ceritanya jarak fakulti dengan kolej kediaman ni bagi kesan kat tumbesaran aku. Makanan aku tak sempat nak jadi lemak dah terbakar jadi tenaga. Dahtu bila timbang-timbang jadi 50, 51. Habis turun BMI aku. Sebelum ni dah elok 20, 21 dah. Kena makan lebih pulak. Kalau aku makan bangunan yang jauh-jauh tu elok jugak rasanya.

Bila hiburan biasa dah tak ada, aku sekarang kena cari hiburan lain lah. Kalau tak nanti aku jadi bosan dan jemu dan lelah. Hiburan biasa aku? Dunia Komander Kesatria tu hiburan bagi aku. Aku tahu macam mana nak enjoy dengan apa yang aku buat. Aku tahu macam mana nak buat benda tu seronok untuk aku. Bola tampar dengan budak-budak degree Puncak Perdana tu hiburan sampingan jugak untuk aku. Hiburan-hiburan ni lah yang dah tak ada sekarang. Kenang, kenang jugak tapi aku tak boleh hidup dengan kenangan je. Aku kena hidup dengan realiti.

Kena berhenti dulu. Urgency comes up. Sampai lain waktu.



Monday, September 23, 2013

Lagi.

Salam... hai. Ini dunia baru, dalam chapter baru hidup aku. Chapter ijazah, kalau aku boleh kata.

Hari ni aku sempat menulis lagi. Elok kot terapi ni, untuk aku lah. Yang aku guna sejak dulu, dan mampu membantu aku. Untuk orang lain aku tak tahu.

- Palapes Laut
- Psikologi
- Bola Tampar
- Cycling
- Joging
- Wellness
- Pengurusan maritim
- Kapal Laut

lebih kurang macam tu lah rumusan dunia baru aku sekarang...

tahu tak? Ada masa aku sampai terfikir apa fungsinya usaha aku selama ini - sebelum ni. Susah payah aku. Fitness yang aku trained dari kecik. Stamina yang aku jaga. Untuk apa?

Dia suruh aku jangan give up. Entah nak percaya tak kat dia lagi. Betul apa yang dia cakap. Tapi aku dah paranoid macam ni. Makin aku kejar makin jauh, mana sekarang? Kecewa dia kot kalau tahu aku give up macam ni. Tapi aku dah down. Sangat. Bila aku cakap kat diri aku, aku boleh... komfem aku boleh, dengan izin Allah. Tapi aku takut kalau-kalau tak izin. Sebab Allah je tahu yang terbaik untuk aku. "Boleh jadi ada perkara baik untuk kamu sedang kamu membencinya, dan ada perkara tidak baik untuk kamu sedang kamu sukainya." Ayat ni aku kenal dah sekian lama, dan aku takut... sebab sampai suatu tahap tak tahu nak teruskan ke tidak, takut kalau-kalau itu memang tak baik untuk aku sedang aku teruskan kejar. Untuk berhenti kejar pulak, takut halangan-halangan tu semua sebenarnya cuma nak uji aku, atau untuk sediakan aku sebelum hadapi benda yang aku kejar-kejar sangat tu. Masa ni orang kata, ikut naluri...

Semalam aku buat Inventori Personaliti Warna (IPW) kat Foyer Kompleks Siswa. Tanpa pengaruh dari warna yang aku suka (sebab soalan tak libatkan warna kesukaan langsung pun), keputusan aku... kategori warna Hijau. Banyak juga lah aku dengar hal-hal negatif aku semalam, sambil-sambil yang positif tu. Hakikatnya aku pun memang cenderung kat warna hijau, kan? dan masuk sini pun, aku kembali jadi 'Hijau' - sebab yang aku jumpa kat sini budak-budak ex-SLISS yang memang panggil aku Hijau kat sekolah dulu. Hm...

dan lagi... tahu tak? Sabar jela Biskut (bukan nama sebenar) - yang sama-sama Tae Kwon Do dengan aku masa Sliss dulu. Dia dah semester 5, sama kos jugak dengan aku tapi aku baru semester 1. Masa mula-mula masuk aku jumpa muka dia kat carta organisasi, dengan nombor fon. Aku terus amek dan mesej dia. Lega dengar dia belum grad lagi. Tapi lepas tu hari-hari jugak lah aku mesej dia, tapi takde benda lain kecuali complain. Sebab tu aku cakap tadi, sabar jela dia... haa. Sampai turun mandat dia. Dah lah bila aku mintak ajarkan akaun, terus hilang budak tu.

Banyak aku nak kena kejar ni. Tapi macam biasa lah bila tak ada komitmen lain ni, lengah-lengahkan lah. Rasa macam tomorrow never die bagai. Malas nak fikir dan ambil peduli awal-awal ni. Meski aku tahu akibat nanti. Tapi rasa tanggungjawab aku kurang sekarang. *Kau yang masih komander tu, tengok lah... ini tebiat biasa orang-orang yang tanggungjawab tak banyak. Lama-lama rugikan diri sendiri. Aku pun kena terima yang aku dah jadi macam tu jugak. Second intake ni nak masuk apa pun tak boleh. Kacau betul. Memang lepas aku pergi tanya kat orang terhormat tu, aku rasa nak pijak-pijak je dia (ayat biasa) sebab reject aku hidup-hidup... fizikal test tak, apa pun tak. Cuma sebab aku dah terlepas tarikh - sebab aku masuk pun lepas tarikh diorang buat interview. Tapi aku pun kena faham jugak, kalau dia test aku nanti kerja dia jadi banyak pulak. Itu pun dia suruh orang bawah dia cakap kat aku dia tak nak ambik dah. Lepas suruh aku tunggu lama-lama. Cakap sendiri lah, biar aku serik sikit... kau kan ketua diorang.

Emh... puas sikit dah. Haha. Lepas ni kena cari life lain. Masih berkira-kira untuk activate balik akaun facebook aku. Sebab semua aktiviti diorang post dalam group facebook, jadi kalau aku tak activate balik, susah aku nak dapat info. Nak tanya kat Biskut, tawar hati dah aku. Tapi dia memang membantu jugak lah. Lagipun kenapa pulak dia nak kena susah-susah sangat tolong aku pulak, kan?

Ok. Sekarang kena tengok Business Accounting balik. Apa-apa hal aku update lagi. Wifi ni pun atas jasa baik si Biskut, yang bagi aku pinjam ID & password dia. Hehee...

Sunday, September 22, 2013

Memori...

... yang indah tu kadang-kadang sakit jugak.

Salam semua.

Lama dah tak update sini. 2,3 bulan ni semuanya macam cepat sangat untuk aku. Lagi-lagi 2,3 minggu ni. Aku punya terkejut pun belum habis lagi. Semuanya macam tiba-tiba sangat.

Semua yang jadi dalam hidup kita ada hikmah. Aku sendiri pun tahu apa yang aku kena hadap ni sangat banyak hikmah. Tapi aku masih terkejut. Belum terbuka hati untuk segerombolan hikmah tu masuk dalam hati aku. Meski ada sisa-sisa hikmah yang aku sendiri nampak pun, aku kaku lagi nak terima. Nasihat dari mereka-mereka yang peduli, aku cuma mampu nak dengar. Aku belum boleh buat apa-apa. Maaf juga untuk itu.

Program ijazah ni nampak macam berat bagi aku. Mungkin salah aku sebab masa diploma banyak sangat seronok-seronok. Salah aku jugak, masa diploma aku hargai terlampau banyak benda. Sampai-sampai aku masuk degree dan tak jumpa lagi semua tu, aku rasa berat hati. Patutnya aku kena terima sebab aku yang buat keputusan untuk beralih angin. Tapi tetap, aku rasa berat. (Mengeluh kali yang ke 1000++ mungkin)

Mungkin ini bukan masa untuk aku salahkan diri sendiri tapi untuk terima ja semua yang masuk dalam hidup aku sekarang. Tapi macam yang aku kata tadi lah, berat. Teringin aku nak kata kat diri sendiri, "There's so much fun here, too many things to explore, interesting things to discover, and so on and on..." tapi aku cuma mampu bagitahu benda tu kat orang-orang yang tanya "kau macam mana?" atau "kau ok tak kat sana?". sebab bila aku bagitahu benda tu kat diri aku sendiri, aku lagi rasa nak nangis. Ciwek dah aku. sebab aku tahu ada banyak benda menarik untuk aku kat sini tapi aku tak dapat nak ... (orang kata 'nikmati'). Hmph... mungkin sebab aku tengah emo lagi kot. Tak tahu sampai bila. Aku perlu masa untuk tenang.

Nasihat-nasihat yang kamu beri tu, bukan aku tak dengar, aku dengar... tapi buat masa ni aku belum boleh betul-betul fikir macam orang waras lagi, sebab emosi belum stabil kot. Macam mana pun, terima kasih atas nasihat-nasihat kamu tu sebab benda tu membantu jugak bila aku dah stabil nanti. Bahkan membantu sangat.

Aku ni... bahan tulisan aku pun dah tak macam budak penulisan punya. Dapat ke aku teruskan menulis kat sini? Boleh memang boleh, tapi hasilnya aku dah jadi tak pasti. Aku akan rindu FiTA dan semua yang ada dalam tu...

Monday, August 5, 2013

Keadaan.

Salam...

"If you lose your purpose, it's like you're broken. " - Hugo Cabret.

Kelmarin keadaan aku dengan organisasi kembali macam dulu kala. Sakit. Tapi setiap kali keadaan jadi macam itu lah, aku makin nekad. Keadaan itu aku dah biasakan diri dulu, cuma aku dah lama tak lalui kedaan itu. Sekarang balik macam dulu lagi. Hmph...

Sesetengah benda aku masih belum faham.

Dulu keadaan jadi macam ini sebab aku tak matang, kiranya. Lepas itu ada perubahan. Makin dewasa, aku rasa keadaan bertambah baik. Mungkin sebab aku pun makin matang. Sebab tempoh agak lama banding dengan sebelum-sebelumnya, aku kira keadaan memang dah baik.

Sebab itu sesetengah benda aku masih belum faham.

Lepas suatu tempoh hidup dengan senang hati, dengan tak perlu hadapi perkara-perkara dulu lagi, kenapa ya... dalam sekelip mata. Tak sempat buat apa, tiba-tiba kepala aku sakit macam dulu balik, hati aku sebal macam dulu balik. Keadaan jadi macam dulu balik.

Sebabnya apa? Sebab aku dah kembali tak matang kah... Tak pasti. Matang itu berubah-ubah, kah? Kejap matang kejap tak matang... boleh ke macam itu? Ada ke?

Lupakan pasal matang. Kadang-kadang rasa macam benda-benda buruk itu jadi sebab aku. Tak kadang-kadang. Selalu. Sampai dah tak tahu apa nak fikir. Mana pergi tawakkal. Mana pergi redha. Mana pergi usaha. Mana pergi cuba. Sampai-sampai aku tanya-tanya kenapa keadaan kena jadi macam dulu balik. Aku bukannya kecil lagi, aku dah 21. Paling teruk, kenapa hadapi keadaan itu, respon aku macam ini? Mana tahu kalau aku respon cara lain, kesan tak perlu jadi macam ini...

Maaf kamu boleh berhenti di sini. Ini bukan cerita lagi, cuma cetusan peribadi.

Bosan lah aku. Penat dah aku keliru. Jemu dah kena tipu. Lali dah aku rayu. Organisasi tetap, masih macam itu. Salah aku tak nak terima, tak nak biasakan diri. Kadang-kadang aku cuma nak hidup normal. Normal yang tak menyakitkan. Harapan itu, kalau salah bawa takut terlajak kufur nikmat. Tak syukuri apa ada depan mata. Sebab itu aku kata, aku pun dah tak tahu apa nak fikir.

Kebetulan... entri ini aku tulis di rumah sepupu. Organisasi yang masih jaga tradisi. Organisasi yang aku cemburu. Macam mana abang kakak gaduh-gaduh dengan adik-adik. Macam mana reaksi sesama adik-beradik. Yang benar. Yang mungkin bagi mereka perkara biasa tapi tak terfikir, dalam diam aku kagum lihat mereka. Lapang sungguh rasa bila tengok organisasi mereka. Aku yang dramatik sangat, kah? Benda kecil macam itu pun nak kagum. Mungkin kalau kamu membesar di komuniti yang individualistik, kamu boleh fahami ini.

Setakat ini dulu lah, perkembangan terbaru yang kembali ke keadaan dulu ini. Lelah berbalah, macam biasa aku larikan diri. Terpaksa pekakkan bila mereka perlekehkan pilihan aku untuk larikan diri. Aku dah larikan diri dari keadaan ini sejak dulu. Sejak lama yang aku ingat. Selagi keadaan itu masih begitu, aku akan terus larikan diri. Sebab setiap kali larikan diri lah, aku ditemukan dengan perkara-perkara yang buat aku lebih syukuri hidup. Kalau larikan diri boleh buat aku lebih bersyukur, apa rasionalnya aku berpaling kepada keadaan yang buat aku berputus asa dengan hidup?

Keadaan seperti ini.

Ada masa nanti aku cuba tulis perkara positif lagi. Buat masa ini, maaf kebanyakannya negatif. Maaf sekali lagi.

Saturday, June 15, 2013

The road not taken.

(Salam...)

Jalan yang tak diambil orang. Lalu jalan yang orang tak lalu memang sepi, (akan) rasa sunyi, tapi tak semestinya jalan mati...

Memandu lah, menunggang lah, berbasikal lah, berlari lah, berjalan lah, merangkak lah. Kalau penat sangat berhenti lah, rehat lah. Duduk lah, baring lah. Kalau tak tahan sangat menangis lah, meraung lah. Kalau geram sangat menjerit lah. Buat lah.

Tapi jangan pernah menyesal. Sebab walau apa pun yang jadi, apa yang kau hadap masa lalu di jalan yang orang tak lalu itu, orang lain tak hadap. Apa yang kau hilang masa itu, orang lain tak hilang. Jadi apa yang kau dapat pun, orang lain tak dapat.

Daripada kau habiskan masa fikir apa yang kau hilang, mungkin lebih baik kau habiskan masa fikir apa yang kau dapat. Sebab kalau pun kau menyesal, kau dah hilang pun apa yang kau hilang. Kalau kau sayang sangat apa yang kau hilang, kau usaha lah dapatkan balik. Itu lebih baik dari kau sekadar duduk mengenang.

Tapi kalau kau mampu lepaskan, mana tahu kau boleh usahakan sesuatu yang lebih baik. Lepas kau habiskan seberapa banyak atau sedikit pun masa sepanjang melalui jalan yang tak diambil orang itu, mustahil kau tak terjumpa apa-apa yang tak dijumpa kebanyakan orang lain yang tak lalu jalan itu. Mesti ada sesuatu.

Tapi tentang itu, kau tak boleh tanya aku, sebab aku tak lalu jalan yang kau lalu. Kalau aku pun lalu jalan yang kau lalu, bermakna kau dan aku tak lalu jalan yang tak diambil orang lah, kan!

*you don't neccessarily remove your past, just face the present and deal with the future... it's something i learnt, on the not-taken-road.

Sunday, April 21, 2013

.PERISAI.

Sekumpulan lelaki dengan baju biru bertulis PERISAI di belakang.

Tadi aku makan dengan kakak dan kawan dia kat food court seksyen 2, Shah Alam. Habis makan kami ke kereta. Aku kena jadi pemandu. Mula-mula elok hidupkan enjin, pakai tali pinggang dan dengan konfiden aku masuk gear. Kereta kancil kakak aku auto, jadi nak masuk gear pun senang...pilih D atau R je. Tapi sebab hati tengah galau, aku masuk gear D sedangkan aku nak undur. Parking tadi pun menghadap divider, jadi sah-sah kena undur, kan? Aku nampak aku masuk gear D, tapi otak aku arahkan kereta ni untuk reverse. Jadi aku agak pelik bila aku lepaskan brek, kereta ni maju ke depan, perlahan. Maka aku tekan minyak sebab ingatkan kereta ni ke depan sebab kawasan tu tak rata, konon-konon kereta tu ke depan sebab turun bukit. Sebab aku tekan minyak tu, lagi lah kereta tu laju ke depan. Bumm! Langgar divider. Habislah aku.

Bila fikir-fikir balik apa masalahnya, baru aku dapat fikir dengan waras, baru aku sedar aku salah masuk gear sebenarnya. Galau nya sampai benda basic macam ni boleh hilang entah ke mana. Bonet tak kemek sebab aku langgar divider tu, impak nya setakat kat bawah-bawah tu je la. Tapi tu lah masalahnya, impak nya kat bawah-bawah tu. Ceritanya, bahagian depan kereta kancil kakak aku tu dipasang besi penghadang - yang sangat membantu bila kereta tu dengan sengaja atau tak, merempuh apa-apa. Kira besi tu kurangkan impak kat bonet depan tu lah. Tapi dalam kes ni, bahagian bawah besi tu ternaik atas divider yang aku langgar tadi, tersangkut. Jadi kalau aku reverse macam mana pun, tak boleh escape. Tersangkut sudah. Matilah aku.

Kakak aku dengan kawan dia dah keluar kereta. Aku terkulat-kulat fikir macam mana nak lepaskan ni. Kenapa lah. Tengah galau + galau tu, ada seorang budak 'perisai' tengok. Dia yang mula-mula jalan ke depan, pusing dan patah balik pergi kat tempat kengkawan dia lepas tengok kami. Kengkawan dia tu ada kira tak jauh jugak la dari tempat kami parking, jadi bila dia orang gelak melampau-lampau, memang boleh dengar. Dalam hati ni, kurang ajar kau gelakkan...datang la sini tolong. Tapi dalam hati je lah, luaran nya tu... sabar je lah.

Tak lama lepas bunyi gelak terbahak-bahak yang datang dari tempat budak-budak tu duduk tadi, datang lah dia orang tengok-tengok depan tu. Bincang-bincang sikit, bagi-bagi arahan sikit kat aku yang tengah duduk tempat driver. Lepas tu geng-geng perisai tu datang kerumun depan kereta ni. Dia orang tolong angkat ramai-ramai, nak bagi lepas... aku dari dalam tolong reverse kereta je. Gigih dia orang tolong ramai-ramai, larat pulak tu dengan aku lagi ada dalam kereta tu. Sampai dapat escape. Masa tu baru lah...

Malu tak terkata lah aku ni. Malu gila? Tak... Lagi malu dari malu gila!

Tapi macam mana pun, Alhamdulillah sangat lah...

Tengok lelaki-lelaki yang macam tu, muka tak hensem pun rasa kacak. Tapi aku rasa kalau lepas ni aku jumpa budak-budak perisai tu lagi, aku tak boleh cam pun. Kalau pun muka dah betul-betul depan muka aku, tetap...aku tak rasa aku akan cam. Sebab aku punya short term memory, sedih kan? Tapi tak apalah, sebab short term memory ni lah yang dah protect aku selama ni. Cuma kali ini rugi sikit sebab aku tak kan ingat muka-muka yang membantu tu. Mungkin lepas ni kalau jumpa pun, aku tak kenal kau dan kau pun lagilah tak kenal aku, haha... Tapi yang pasti, aku memang takkan lupa baju biru kau orang yang bertulis 'perisai' tu.

Aku tak tahu apa maksud 'perisai' tu, persatuan ke, team ke, apa ke, ntah. Aku tak tahu dari mana budak-budak perisai tu, budak induk ke, budak luar yang datang event kat induk ke, mana-mana ke, tak tahu. Tapi PERISAI akan ada dalam minda aku terus. Aku simpan baik-baik ni, walaupun tak dapat save muka-muka kau orang tu dalam memori aku. Terima Kasih sangat, eh. Terima Kasih untuk budak-budak PERISAI. :-)

*Tu lah bahana drive masa tengah galau. Moral of the story, elakkan drive kalau tengah galau. Sebab sebelum ni aku rempuh kereta orang pun, sebab drive masa tengah galau. Pengajaran terbaik ni.

Friday, February 15, 2013

Februari.

What am I doing...

Apa yang aku buat sekarang, aku pun tak jelas. Mungkin tengah kumpul pengalaman hidup. Mungkin tengah tunggu datang peluang. Mungkin tengah...

Tak tahu. Aku tengah tak tahu, jadi jangan tanya aku. Haha. Plan-plan yang aku pernah buat dulu, masih. Cuma sekarang agak kabur. Tapi aku masih cuba.

"Saat kau berlari
 mengejar anganmu
 yang tak pernah sampai...
 .....ya sudahlah,"

*dan orang-orang baru dalam hidup aku, ada yang tanpa aku sedar bawa cahaya... tapi ada juga antara orang 'baru' yang bawa lara. Tapi semua yang baru ini lah, yang sebenarnya buat hidup aku bertambah-tolak. cuma, mudah-mudahan aku cukup positif untuk hadapi semua yang baru, yang aku rasa mungkin agak drastik ini. andai ada yang luar dari sangkaan, andai ada jarak masa yang tidak dijangka, andai ada perkara yang terkeluar dari kawalan, aku harap aku boleh tetap tenang.

'Ini baru Februari. Kalau dah Mac pun, itu baru Mac. Aku masih ada April. Masih ada September. Kalau tak pun, masih ada 2014...' pujuk hati sendiri.

umur aku baru 21, banyak tahun lagi depan aku, (insyaAllah lah). Apa nak jadi kalau aku lepaskan sekarang? Apa yang tinggal kalau aku mengalah sekarang? belum jadi apa-apa, belum cuba apa-apa, dah nak angkat bendera putih... rugi sangat. sentap aku. jangan jadi bingai macam luncai, lah!

Monday, January 21, 2013

Aim jangka masa pendek. :)

26th - 30th March 2013. Ingat la tarikh ni, untuk tahun ni. LIMA kat Langkawi, kalau ada rezki, kalau Allah bagi, aku pergi.

Saturday, January 5, 2013

Tried.

Salam... :-)

tak banyak yang aku boleh report, sementara aku balik Kuala Kangsar ni. Bukan tak banyak benda nak cerita... memang banyak benda aku nak masukkan dalam ni tapi malangnya tak banyak entri aku boleh buat, memandangkan susah nak dapat sumber internet kat sini. tapi tak kisah lah tak dapat online pun, boleh kisah pasal benda lain.

sebelum ni aku cadang nak pergi interview 5 jan ni... eager jugak la nak cuba benda baru, benda yang betul-betul baru dan kira asing jugak lah sampaikan kalau members dengar pasal tu, bidang tu, mesti diorang sentap, macam... "ko sies ke?!!"

tapi tu lah... sies tak sies aku pun tak tau. tapi apa diorang cakap atau pike sebenarnya tak la bug aku sangat pun. sebab tahu aku memang random, macam bila aku terima offer diploma dulu. masa tu aku cuma pike 'what if...' je, tapi Alhamdulillah habis jugak diploma aku dengan keputusan yang ok - cukup makan la tu, jadi Alhamdulillah.

*now that the things i wrote down disappeared from both this entry & my memory, i can't write it back... i can't remember what it is, but it was so important that i wrote it down... i was afraid of losing it, but i lost it... it is neither in here nor in my memory anymore. if that's what happens, there's nothing i can do about the lost memory. i guess losing it, is best for me, no matter how important it is, when it comes to memory. & so sorry i can't share it with you... not anymore.

dan pasal the 5jan interview, i stayed in Kuala Kangsar and let it go. aku tak pergi pun. tak banyak yang aku nak cakap, itu satu peluang lagi untuk aku tengok hidup dari sudut lain, tapi... aku lepaskan. aku tak pasti itu terbaik atau tak, mungkin nanti aku akan nyesal. tapi memandangkan aku dah lepaskan, tak patut fikir banyak, kan? lepaskan jelah.