Wednesday, December 28, 2011

apa siapa kenapa bagaimana bila?

salam.

masih keliru dengan apa yang aku temu. aku mahu berjaya tapi masih membina alasan. aku masih belum yakin. mungkin salahnya aku tidak kenalpasti untuk apa aku kejar kejayaan itu. bebal tak aku? dah jumpa jalan kejayaan tapi tak kejar sebab tak pasti dengan tujuan. 

sekarang... aku masih runsing. masih ragu. masih teragak-agak. masih was-was. masih tertanya-tanya. masih musykil. masih dengan pemikiran yang tak keruan. masih... 

kalau aku fikir soal masa hadapan, kalau aku fikir untuk Islam, mungkin aku tak sebegini kehilangan...

alasan akan jauhkan kejayaan.

salam.
hari ini cerita mungkin atas angin. cerita mungkin dongeng. cerita mungkin sebab aku teringin. cerita itu cerita mungkin. bagaimana kalau hari ini aku jumpa jalan untuk berjaya? timbul beberapa persoalan...

1) patutkah aku bawa kawan2 lalui jalan itu? - mungkin kalian fikir aku kedekut sebab ada pemikiran sebegini. mungkin kalian fikir aku risau kawan2 akan lebih berjaya dari aku.
2) sekuat mana percaya mereka pada aku?
3) akan kah mereka ikut jalan yang aku kongsi dengan mereka, sedangkan aku dah pun dedahkan jalan itu pada mereka?
4) sedia kah mereka untuk lari dengan aku untuk kejar kejayaan itu?
5) sanggup kah mereka korbankan sedikit kesenangan milik mereka hari ini supaya mereka peroleh kejayaan yang lebih besar di masa depan?
6) andai kata mereka gagal disebabkan ketidakmahuan mereka berlari dengan aku, mampukah mereka tidak mengatakan mereka tidak kuat berlari, atau mereka tidak tahu bagaimana cara berlari, atau aku berlari terlalu laju, atau apa saja alasan yang mungkin mereka berikan.
7) boleh kah aku pastikan mereka ikut berjaya seperti aku tika aku masih belum berjaya di mata mereka?

ini... persoalan2 yang timbul. berjaya... semua orang mahu. tapi berkorban... tak semua orang mampu. jadi aku cuma mahu orang yang sanggup berkorban, untuk aku bawa bersama, jalan atas jalan kejayaan yang aku temu.

satu lagi... untuk berjaya dalam pelajaran, ramai orang sanggup berkorban. tapi untuk berjaya dalam hidup, orang terus bersoal jawap hingga pintu kejayaan itu tertutup. bukan kah cemerlang dalam pelajaran itu untuk cemerlang dalam hidup? bukan kah? untuk apa berjaya kita dalam pelajaran tapi tidak berjaya dalam hidup?

sekarang aku tertanya2... kalau aku jumpa jalan untuk berjaya, siapa yang aku mahu bawa untuk berjaya bersama? kalau aku jumpa pintu kejayaan, siapa yang aku mahu tarik untuk masuk bersama?

kalau aku jumpa kejayaan, semua orang mahu ikut jumpa. tapi berapa antara kalian yang ingin ikut aku sepanjang perjalanan untuk cari ia? siapa yang mahu ikut...?

kalau aku jadi 'kejayaan' pun, aku tak fikir aku akan suka dengan alasan. jadi teruskan usaha kalian untuk bagi alasan dan jauhkan kejayaan.

Tuesday, December 20, 2011

maaf aku bukan ulat buku.

salam.

hari ini mari cerita pasal membaca. sebelum itu aku nak minta maaf kalau aku bawa idealistik2 yang bagi kalian mengarut. aku cuma mahu kongsi dan ajak kalian berfikir semula perihal ini. aku tak paksa sesiapa pun terima pandangan aku, tapi harap kita tak perlu saling cantas mencantas sesama kita. macam2 mana pun, perkongsian kalian dialu2kan juga lah... sebab mungkin aku dah terlepas pandang beberapa perkara semasa menilai.

sebentar tadi sebenarnya aku sedang membaca, bila mana tiba2 datang satu pemikiran yang aku sendiri tak jangka. buku yang aku baca berbentuk psikologi, mungkin itu mempengaruhi. aku baca dengan motif menambah ilmu. macam yang kita tahu selama inilah, buku itu sumber ilmu. tapi tiba2 terlintas dalam fikiran aku, apa yang dinyatakan dalam buku itu... macam mana kalau ia pengaruhi cara aku berfikir?

begini... kalau selama aku hidup sebelum ini aku berfikir dengan cara sendiri. aku fikir apa yang aku fikir. aku nilai perkara sekeliling dengan cara tertentu, sedang orang lain nilai dengan cara tertentu yang mungkin berlainan dengan cara aku. mungkin setakat ini aku masih mempunyai kebebasan berfikir (tapi aku nk tegaskn di sini, aku bkn seorg free thinker). kebebasan berfikir adalah aku masih berfikir dengan pemikiran aku, bukan pemikiran orang lain. berpendapat dengan pandangan aku, bukan pandangan orang lain. dan menilai dengan piawai aku, bukan piawaian orang lain. bermakna aku masih berfikir dengan pemikiran aku.

bila membaca aku akan terjumpa dengan perkara2 baru, pasti, kerana membaca itu sendiri jambatan ilmu, sumber ilmu jadi di situ aku akan temu hal2 baru. hal2 baru itu lah... bila membaca, apa yang kita baca itu adalah apa yang penulis fikir, adalah tanggapan penulis itu sendiri, adalah cara penulis itu menilai. mungkin sebenarnya aku pun boleh punya pemikiran sendiri (b'kenaan hal yg sama) yang mungkin sekali berlainan dengan apa yang penulis itu fikir - kerana fikiran manusia berbeza2. tapi disebabkan aku masih belum hadapi hal yang penulis ceritakan, fikiran aku b'kaitan hal itu kosong. gelas yang kosong pun mudah terisi. jadi aku takut gelas fikiran aku terisi dengan fikiran orang lain. kesannya, bila dalam realiti aku bertembung dengan hal yang aku dah pun terbaca dalam buku itu, aku akan menilai situasi dengan cara penulis itu nilai, tanpa sedar mengetepikan penilaian aku sendiri. pernah kalian hadapi perkara ini? Wallahu a'lam. 

bila berlaku perkara sebegini, ada pula positif negatif sebenarnya, itu aku tak nafikan. mungkin ada yang terfikir, "baguslah... sekurang2 nya kita tahu macam mana nak tangani perkara itu sebab dah ada pengetahuan.". tapi entah kenapa aku terfikir, "habis tu macam mana dengan perkembangan otak?". ni sebab bila kita hadapi masalah dan kita berfikir, proses itulah yang mematangkan pemikiran kita. mungkin akan jadi lebih sukar bagi kita kerana tak ada pengalaman, tak pula ada pengetahuan (sbb tak baca kat mana2). tapi sekurang2 nya kita dapat latih otak untuk berfikir dan generate idea yang akhirnya akan temukan kita dengan inisiatif2 yang berpotensi selesaikan perkara itu. berbanding dengan kita terus guna inisiatif yang kita tahu, yang kita peroleh hasil dari pembacaan sebelum2 nya. kita tak bersusah payah cari solusi. jadi...

cuba... jika ada dua orang kanak2 yang sudah belajar asas metematik - tambah tolak, suruh mereka duduk bersama. suruh salah seorang dari mereka (A) yang minat membaca, untuk baca buku tambah tolak matematik. yang dalam nya ada tulis sifir tambah yang susah bagi tahap mereka, contoh 200+1 = 201, 200+2 = 202, 200+3 =203, dan seterusnya. seorang lagi (B) tak payah baca. lepas itu bagi mereka soalan2 yang jawapannya ada dalam buku itu. dengan gunakan tekanan yang sama bagi kedua-dua kanak2 itu untuk selesaikan soalan2 matematik itu (contoh kalau dapat jawap dan jawapan betul boleh dapat coklat), fikir...

1-berapa peratus kemungkinan (A) rujuk pada buku tadi memandangkan dia tahu dalam buku itu ada jawapan bagi soalan2 itu, dan tahu pula jawapan itu di halaman mana? berapa peratus kemungkinan (B) rujuk pada buku memandangkan dia tidak buka pun buku itu sebelumnya kerana tidak minat membaca?

2-bagi (A) yang tahu di mana dia boleh peroleh jawapan, berapa peratus kemungkinan yang dia akan gunakan cara kiraan matematik untuk dapatkan jawapan? bagi (B) yang tak tahu adanya jawapan dalam buku itu, berapa peratus kemungkinan pula dia akan gunakan cara kiraan matematik untuk dapatkan jawapan?   

jadi... memanglah cara mudah dah ada. jawapan dah ada depan mata, buat apa susah2 kira macam budak (B)? tapi cara mana antara kedua, yang boleh tambahkan tempoh valid ilmu yang kita ada? memanglah guna cara mudah itu jimat masa, tapi selama mana ia boleh diguna?

di sini bukan aku nak kata tak minat membaca itu lebih baik. cuma nak kata tak semestinya yang tak minat membaca itu lebih tak baik. kita ada cara masing2. orang lain pun macam itu. kalau rasa kita lebih baik dengan membaca, tak boleh juga kata mereka yang jarang membaca itu tak sebaik kita. bahkan mereka MUNGKIN lebih baik. mereka pun belajar untuk hidup, cuma mungkin bukan dengan cara yang sama macam kita. jadi mari kita betulkan tanggapan.

kira2 dah panjang ini. kenapa aku boleh punya fikiran macam ini, aku pun kurang pasti. mungkin kerana cara aku fikir lain sikit (tak bnyk pon). atau mungkin kerana aku malas membaca. atau mungkin kerana kemungkinan2 yang lain juga... cuma aku nak kata, perihal pendapat kita, betul atau salah bukan masalah. semua orang boleh punya pendapat sendiri tapi kita masih boleh berkongsi. tak semestinya perlu terima kalau kita sangsi.

jadi sampai sini saja dulu. ada masa aku tulis entri lagi... :-)



Sunday, December 18, 2011

malam patut dingin.

salam.

baru ini ke Tanjung Malim. memandu sejauh itu, malam itu langsung tak buat aku jemu. Di situ bukannya rumah aku atau nenek aku. atau mana2 ahli keluarga atau saudara. cuma rumah seorang teman lama. berbaloilah buat melepas lelah. di situ hilang gelisah. sekurang-kurangnya itu yang aku sangka. tapi kembalinya aku ke Puncak Perdana buktikan tanggapan aku salah. rasa2 runsing tak hilang dengan mudah. dalam hati masih ada resah.

apa punca? ... aku dah malas untuk bangun tidur setiap hari. tak mahu fikir hal tugas dan tanggungjawab. jejak kaki di level, datang rasa2 yang aku fikir dah tiinggalkan aku tadi. rasa2 yang memang patut pergi. rasa2 itu tak pergi... buat aku rasa nak baring dan tidur lagi.

aku dah malas untuk bangun tidur setiap hari. sebab kembali ada rasa malas nak hadapi hari2 mendatang yang entah bila akan pergi.
asalnya kami cuma ke Sg Besi cari drill. Lalu lah UPNM, yang katanya terletak di jalan belakang Kem Sungai Besi. Yang buat aku berminat dengan UPNM ini, ianya di bawah pengawasan tentera, dan aku memang pernah ada cita2 nak masuk situ cuma tak kesampaian. Dengan info dari kawan, kami ke Pekan Sg Besi. Kedai banyak tutup jadi carian kami tak dapat dicapai. Memandangkan masa masih ada, dan alang2 dah sampai kawasan KL, kami putuskan untuk ke Pertama Complex sebelah Sogo, yang juga terletak di KL. Jalan memang tak tahu, kami pergi pun dengan guidance dari senior yang call dari Puncak Perdana. Alhamdulillah dipermudahkan. lepas masuk jalan yang entah mana2 kami sampai juga ke Pertama. kedai yang dicerita kami jumpa tapi drill yang dicari statusnya tak dapat dikenalpasti. tak apalah, sekurang-kurangnya kami dapat nombor supplier. seterusnya mungkin aku akan serahkan sahaja pada yang berkenaan... aku pun dah tak berminat untuk bersusah payah.

di Pertama Complex, aku jumpa banyak accessories. Macam2 jenis collar dot, cap badge, arm badge, peak cap, dll. uniform pun ada juga, vest, baju celoreng askar dan bomba, tali pinggang tapi tak nampak tali pinggang PVC lah. sarung pistol dan senapang ada, tapi tak nampak lak pistol dan senapang... haha. pisau rambo ada lah. kasut2 kawad budak2 ada, spike & drill boot ada, jungle boot dan SWAT boot pon ada. selimpang merah yang kami komander suka pakai kadang2 itu pun aku ada nampak. logo TUDM ada tapi aku tak nampak logo TLDM. aku cari2 pun tak jumpa.

banyak lagi yang ada sebenarnya tapi kedai itu susah sikit lah nak cari. kedai itu di tingkat 1 atau aras bawah, agak tersorok. cari lah dengan tabah... haha. kalau apa yang dicari tak jumpa, cuba tengok di kedai sebelah yang juga jual uniform accessories. kedai sebelah itu masa kami pergi dah tutup jadi tak dapat nak cerita panjang. pergi dan usha lah sendiri.

dalam kompleks Pertama itu sendiri ada banyak kedai kasut yang best2. yang minat sukan motor pun boleh cari barang di Pertama. bukan barang spare part motor lah, tapi baju atau jaket, helmet2 pon aku ada nampak. yang minat kasut vogue2 lagi2 lelaki... kasut yang rock! tengok2 lah di Pertama Complex.

Friday, December 16, 2011

terik malam.

teringat semalam masa aku balik dari latihan tae kwon do di UiTM Shah Alam... buat aku terfikir sebab sepanjang jalan aku banyak berfikir, jadi cuma diam.

minggu ini aku cukup runsing. ini pun mungkin belum cukup, sebab mungkin akan lebih runsing kelak. tak dapat dijangka...

dalam runsing, tiba2 aku diberi ilham. aku kira ilham selalu datang saat aku runsing. benar... dari dulu. bila aku runsing, aku balik kampung di Kuala Kangsar. di sana aku dapat ilham. ilham yang macam-macam.

malang nya... sekarang malas kuasai diri.

tapi masih aku mahu cerita. kebiasaan lama aku kian kembali. aku patutnya mampu hadapi semua jenis orang, gedik, kerek, annoying, menyampah, dan lain-lain. tapi kini aku makin hilang keyakinan. aku sekarang tak mampu hadapi orang yang gedik, orang yang keji dan macam-macam lagi. itu yang buat aku rasa aku makin keji. bila aku tak mampu hadapi orang yang keji, bermakna aku sendiri pun keji. aku sebelumnya boleh hadapi apa pun kecuali yang melibatkan diri aku. jadi mungkinkah aku rasa aku yang keji? bila aku benci orang gedik... aku dapati aku yang tergedik. bila aku benci orang yang tak pandai kawal marah, tika itu aku sendiri tak pandai kawal marah. mungkinkah sebab aku benci diri aku? kenapa nak benci diri aku sekarang? sedangkan aku rasa bertuah sangat dengan hidup aku selama beberapa tahun ini. dulu cerita lain...

atau mungkin hidup aku dalam proses kembali kepada dulu? gaya hidup dulu? na'uzubillah aku tak nak... betul2 tak nak... tapi aku macam makin tak mampu kawal...

Tuesday, December 13, 2011

2, 3 detik...

salam... lama dah tak ejas sini. kira2 aku tak perlu bagi alasan untuk tenggelam dalam kemalasan. cuma tiba2 aku tergerak untuk memerah otak, bila aku tiba2 tersentak, jadi aku lepaskan di sini.

2, 3 semester yang lepas aku masih seronok dengan kebiasaan yang bermula dari semester 1. tapi hari ini, dalam semester 4, aku mula tersedar. kebiasaan dengan kebaikan makin hilang. kebiasaan lama makin datang. buatkan aku jadi bimbang. kebiasaan lama aku tak cemerlang. mungkin aku selesa dengan kebiasaan lama itu. mungkin ia buat aku senang tapi bukan tenang. yang buat aku tenang itu kebiasaan yang sekarang, yang makin hilang. hilang kebiasaan itu, barangkali akan hilang tenang.

itu soal satu, soal akhlak dan tingkahlaku.

apa pula cerita soal kedua, soal hati, soal peribadi dan identiti, soal peri-diri.

2, 3 tahun yang lepas aku dengan yakinnya menolak. itu aku mampu dulu. cuma belakangan ini hati dah berbolak, pendirian dah bergolak. dulu semuanya dengan mudah aku elak. ia pun tak mampu maju sendiri untuk dekati aku dulu tapi sekarang ia makin galak. dulu hati kering macam kerak tapi sekarang senang2 kena pijak. orang boleh buat main aku boleh gelak2. sedangkan patutnya darah aku naik membuak2. bila orang main2kan dan senda2kan. dah tak pasti apa yang betul apa yang tidak. dah tak yakin dan aku makin retak.

cerita bukan mencari simpati. cuma supaya sama-sama kembali perhati. perubahan pada diri... ada tak yang perlu diganti? jangan kata perubahan itu hipokrit, bila ia bawa kebaikan untuk diri dan orang sekeliling.

Friday, November 25, 2011

sikap.

sekarang aku makin banyak buat orang annoying dengan aku, walau kadang2 aku tak sedar pun. tapi aku tahu sedar tak sedar itu bukan alasan. mungkin attitude aku makin buruk. dan sedar tak sedar ramai yang makin annoying dengan aku. bukan nak harap orang suka aku dalam hidup, aku cuma harap tak ada orang benci aku dalam hidup. tapi dengan behaviour yang macam ini, aku pun jadi benci dengan diri sendiri. semester ini aku makin hilang diri... aku ada tapi jadi macam tak patut ada.

sampai hari ini, jumaat, hari kelima kuliah mula, dah sebanyak mungkin aku sakitkan hati orang. entah siapa-siapa yang aku kata annoying, sebenarnya aku pun tak betul-betul nak kata, jadi aku mohon maaf... sangat-sangat. dan ramai-ramai orang yang annoying dengan aku, ketahui lah yang aku lebih, bahkan jauh lebih annoying dengan diri aku.

fikir-fikir, aku sekarang terlalu banyak duduk-duduk dengan mereka dan habiskan masa bercerita perihal orang. itu bagi aku sangat keji. mengata orang, macam aku tak. mengumpat orang, macam aku mulia. menilai orang, macam aku bagus. berkali-kali aku kata aku mahu diam, sedang aku masih berkata-kata...

Wednesday, November 23, 2011

intai-intai masa depan.

salam. :-)

tadi aku intai halatuju seusai diploma. dan aku terjumpa beberapa perkara yang kira-kira berkaitan dengan angan aku. antaranya...

1. UiTM :
          33) AS229 - Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Persekitaran)
          37) AS233 - Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Kimia (Analisis Forensik)
          38) AS234 - Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin)

2. UIA :
         Bachelor of Human Sciences in Psychology

setakat ini, inilah. nak usha betul2 universiti2 di brunei belum sempat. dengan hasil yang setakat ini, timbul persoalan2 yang tak tahu nak aju pada siapa. 
i- UiTM xde progrm ijazah Psikologi ke?
ii- UIA... ak cukp syarat ke nk msk?
iii- U mne lg yg ad prog yg ak nak, eh...?


jawapan entah akan datang dari mana, tapi tak apa lah. syukur lah aku ada masa setahun lagi untuk fikir soal ijazah... sebab ada lagi dua semester sebelum aku boleh tamatkan pengajian diploma. kadang2 rasa macam over, sebab dari masa diploma semester 1 dulu aku dah fikir hal ijazah. tapi biar lah...

Thursday, November 17, 2011

alih angin.

salam.

baru lepas usha2 facebook. tapi jangan salah faham, aku usha je, tak buat pon. buat aku terfikir balik, kenapa aku tak buat facebook? hm... isu yang kalau didebatkan pasti akan punya sangat banyak input. jadi tak payah lah. cukup lah dengan aku kata aku berminat tapi aku tak mahu. 

habis mengusha aku ke blog ini. masih macam dulu... tak pasti bila aku akan tukar design tapi tak apa lah, memandangkan aku pun tak berminat nak buat. usha2 facebook tadi, aku terjumpa gambar perkom. perkom zaman aku pelatih kesatria dulu. dan sekarang dah sampai musim perkom lagi. kompeni lain dah mula latihan. tapi kompeni aku masih tertunggu-tunggu. sebab yang sebenarnya pun aku tak dapat kenalpasti. memandangkan aku pun tak mampu sangat nak masuk campur walau aku berminat hulurkan tangan ringankan beban. aku cuma tunggu mereka yang sedang menunggu.
akhirnya bagi aku... biarlah mereka dengan apa yang mereka rancang.

Meeting kompeni juga, biarlah mereka dengan apa yang mereka sibukkan.

aku mahu ketepi soal kompeni, boleh?

dan aku boleh move on dengan soal tae kwon do. 17dis mendatang akan ada grading. D UiTM Puncak Alam. kali ini aku akan ke Puncak Alam tanpa urusan komander, cuma urusan tae kwon do. dan aku suka itu. semester lepas aku terlalu banyak mengahabiskan masa dengan hal komander, jadi mungkin semester ini aku patut ketepi sebentar. ada masa aku pun boleh lelah dengan apa yang aku lalui. jadi aku perlu masa untuk melepaskan lelah itu. maaf kalau ini kedengaran macam satu rungutan. maaf saja.

lagi aku blogwalking dan terjumpa blog farissyedamin.blogspot.com yang bagi aku ada point. tapi sayang dah ditinggalkan. entri terakhir pun 2010 kalau tak silap. padahal entri-entri yang ada buat aku yang memang berminat dengan travels rasa nak cuba. mungkin hentinya dia atas sebab-sebab kekangan masa. mungkin. setakat ini info2 itu agak membantu dan aku dah rasa macam nak mula. tapi tetap... kena tunggu masa. masa duit cukup dan masa dapat kawan yang berminat. percaya atau tak, aku susah nak jumpa kawan yang berminat dan mungkin berani. tak apalah... pasti akan ada nanti.

sementara itu... harap aku dapat terus usaha. sekarang rasa macam aku dah mula nak mengalah. mengalah dengan semua yang buat aku lelah.

Monday, November 14, 2011

manfaat kan.

salam.

huhu... 12 dan 13 lepas aku dan 3 orang lagi pelajar UiTM Puncak Perdana dan 2 orang Puncak Alam, ikut trip budak tae kwon do kampus Shah Alam. Destinasi P.Pangkor.

kali ini bukan aku nak komen pasal pulau itu, cuma aku sikit kagum dengan budak-budak tae kwon do kampus itu. yang handle trip ini nampaknya pelajar laki, flow event pun macam smooth je, cuma masalah kelewatan macam event2 biasa lah. aku tak tau aku je yang excited ke, memang trip ini nice. atau mungkin sebab aku dah terbiasa event2 yang pack, macam event2 komander yang semuanya nak on-time... tapi tak kisah lah, bersyukur kot jadi komander walau kadang2 rasa nak terjun bangunan.

masa trip itu ada beberapa perkara yang buat aku tersentak dan teringat ; oh, aku komander...

1. masa turun bbq yang patutnya jam 8.30pm. aku turun 8.30 dan tengok cuma sir & mem je yang ada kat tempat tunggu. aku fikir2 balik, 'eh, diorang dah gerak dulu ke?'. rupa-rupanya bila tanya sir, diorang semua belum turun.

2. masa sir suruh nyanyi lagu UiTM, aku dah ready2 untuk nyanyi dengan diorang, cuma tunggu diorang mula tapi tak ada respon langsung. pelik gak kenapa tak mula-mula lagi. rupa-rupanya diorang tak ingat lagu itu...

3. masa ada yang tanya, 'ko balik puncak? semester diploma belum buka, ko duk mana?' fikir-fikir balik baru teringat... rupa-rupanya pelajar biasa tak boleh check-in kolej lagi, tak sama macam komander sebab komander ada level (blok) sendiri dan bilik pon komander2 yang tetapkan, tak ikut pengurusan kolej sangat... jadi kalau nak balik awal roger je komander yang terlibat, semua boleh setel.

ini baru satu trip bukan komander, nampak dah beza... seronok tengok benda2 yang luar dari kebiasaan, macam bagi aku, seronok tengok benda2 yang luar dari kebiasaan komander. tapi bukan bermakna aku lagi suka benda2 bukan komander... semua ada kredit sendiri. semua ada positif-negatif sendiri, jadi tak payah nak fikirkan sangat. aku cuma tengok alang-alang aku dah ternampak, tapi aku tak rasa benda-benda ini isu untuk dibanggakan atau diperkecilkan. macam aku kata tadi, aku cuma tengok... dan bak dialog syira osman, aku cuma diam...

hak... seronok sebenarnya. kalau kau komander, kau patut cuba perkara sampingan supaya kau nampak apa yang kau tak nampak selama kau dalam komander ini. habiskan 100% saat yang kau ada cuma dengan komander2 boleh buat kau belajar banyak perkara, tapi lambat laun kau sendiri pun tak faham kenapa kau perlu belajar atau pun biasakan diri dengan perkara itu. lebih baik kau habiskan 95% masa kau dengan komander dan 5% dengan hal yang tak libatkan komander. supaya otak kau berfikir... supaya kau tak cuma belajar, tapi belajar dan gunakan. betul...

masa ini aku teringat pepatah arab yang maksudnya "ilmu yang tak di amalkan macam pohon yang tak berbuah". dan lagi satu bak kata kata, dari dr. fadzillah kamsah; selamat beramal!

lebih dari ok.

tak tahu apa masalah aku tapi aku rasa ini indah...


dan aku rasa semua ini bagi ilham...


dan tak banyak aku nak cakap pasal budak ini...

                                            dan tak banyak gak yang budak ini nak cakap, cuma ini...


aku harap kalian boleh baca apa yang dia cakap tanpa perlu aku terjemahkan di sini. :-) salam hijau dari aku.

*gambar ini bukan tag, aku shoot n upload sendiri.
*latar Kuala Kangsar, Perak - kampung aku!

Sunday, November 6, 2011

salam...

bila kira-kira hari-hari, aku perasan aku makin bangga diri. atas semua yang aku baru temui, atas segala yang aku baru terokai, aku rasa hidung aku jadi makin tinggi. padahal, tak sepatutnya jadi macam ini...

sebelum ini aku ada prinsip, dan hidup dengan prinsip... lagi-lagi untuk cuba survive dalam dunia komander. satu prinsip yang mungkin tak sama dengan sebahagian orang yang suka merebut peluang. satu prinsip, yang mana dah banyak mengajar aku erti sabar. prinsip yang mungkin datangkan tanggapan yang macam-macam bagi mereka yang tidak faham. bahawasanya aku tak mahu jadi orang yang rebut peluang... tapi memadai dengan aku kutip setiap peluang yang datang. bagi aku (sahaja), tak perlu lah aku nak kejar dan rebut peluang yang orang lain rebutkan. apa beza rebut peluang dan kutip peluang? beza sangat... rebut peluang itu bilamana, walau ramai orang yang mahukan peluang itu, aku tetap mahu peluang itu juga. tapi kutip peluang pula konsepnya beza... kutip peluang adalah bilamana tak ada orang yang mahu peluang itu, dan mereka campakkan atau biarkan dan tidak memandang walau dengan sebelah mata. akhirnya cuma tinggal aku, dan beberapa orang yang lain... itu asalnya yang aku mahu. aku mahu apa yang mereka tak mahu. aku mahu manfaatkan apa yang bagi mereka tak bermanfaat. aku mahu yang itu, mahu peluang yang macam itu. dulu memang hanya itu yang aku mahu. tapi apa yang jadi sekarang...?  aku dah rasa makin lain... aku tak sedar tapi dah mula rasa besar. aku tak sebut tapi dah mula merebut. orang mahu atau tak mahu aku tetap mahu. bagi aku ini satu tanda... tanda aku dah mula hilang prinsip, yang selama ini aku pegang, yang selama ini aku jaga, prinsip yang buat aku terus terpelihara...
... terpelihara dari indah khabar dunia semata.

apa yang nak dikejar pada apa yang orang kejar? patut tanya semula pada diri, apa sebenarnya yang aku mahu, asalnya. apa sebenarnya yang aku harap, asalnya. apa sebenarnya yang aku nak jaga, asalnya. macam mana hidup ini aku nak bentuk, asalnya. sebab bila dah asyik tersua dengan apa yang dah diolah, aku nampaknya makin lupa dengan apa yang asal... dengan kemungkinan untuk ada yang ingatkan aku perihal yang asal adalah 0.01%, aku memang akan lupa diri bila aku mula lupa. harapan untuk aku diperingatkan adalah pada diri sendiri memandangkan cuma aku yang tahu asal aku. cuma aku yang tahu niat asal, dan hampir semua perihal asal... sebab asal itu asal aku.

fuhh... mengeluh. tak suka keluhan. tapi ada masanya, bila sampai masa-masa sebegini aku sendiri pun ter'mengeluh. aku tak tahu apa cara untuk selalu ingat asal-usul. aku tak tahu apa cara untuk selalu waspada dengan bisik-bisik syaitan lagi-lagi dalam rupa pujian. ini... aku pernah terdengar, pujian antara laluan syaitan. laluan untuk selinap masuk ke dalam hati, aku kira. percaya tak? kalau tak... fikir-fikir lah macam mana melalui pujian, syaitan boleh selinap masuk dalam hati manusia yang mulia. manusia dijadikan oleh Allah sebagai semulia-mulia makhluk, sangat rugi kalau kemuliaan itu dijatuhkan serendah taraf syaitan cuma kerana bangga... tapi itulah yang hari ini merantai hati hamba-hamba Ilahi, termasuklah diri aku sendiri.

Sunday, October 30, 2011

terduga.

macam mana nak cakap, eh... sekarang dah rasa lain macam balik. rasa yang menakutkan itu dah datang balik. bukan rasa takut... tapi satu rasa yang buat aku rasa takut, dah datang balik.

rasa itu susah nak dicerita. tapi datang tanpa sangka. tiba tak dijangka. rasa itu, kali ini datang dua sekali gus. buat aku rasa takut. rasa ini cuma permainan kali. cuma satu persinggahan dalam hati. sampai masa dah pasti akan pergi. kejap lagi pun boleh berubah hati. dari rasa ini lah aku nak lari.

macam yang sebelum-sebelum nya, aku harap boleh tinggalkan dengan mudah. tapi tahap emosi aku diuji makin tinggi, meningkat mengikut usia hari. sampai ini, tahap dah hampir ke tahap yang aku paling ngeri. kini mungkin dah sampai satu atau dua tahap sebelumnya. tahap yang mana hati aku peduli, yang mana aku akan berfikir seribu kali sebelum lari. akan terfikir lebih baikkah aku lari? takut aku akan terlintas untuk tidak lari... sedangkan selama ini lari dah banyak kali selamatkan aku.

rasa ini yang akan buat hidup aku berubah. mungkin cara aku juga akan berubah. pemikiran, kepedulian, kematangan, keutamaan... semua ini juga mungkin terubah. cuma aku tak pasti positif negatif nya. itu yang buat aku takut. akan sangat menjelekkan kalau perubahan itu ke arah yang negatif, kerana itu aku sebolehnya lari. kalau positif pula, mungkin ada bagusnya tapi sampai bila? sedangkan rasa itu sendiri pun aku yakin pasti akan hilang. sejauh mana pula perubahan positif yang datang dengan rasa-yang-akan-hilang akan bertahan? kalian rasa...

habis. sekarang aku dah balik puncak pun. dan macam biasa, rasa-rasa yang pernah ada itu akan pergi dalam masa beberapa hari. aku cuma perlu beri masa pada diri. dan kali ini tanpa perlu lari, aku dapat jauhkan diri. syukur. sebab dah hampir berakhir rasa itu untuk kali ini. cuma aku masih terkejut dan perlu tenangkan diri kembali.

apa-apa pun yang aku mahu, aku harap boleh kawal diri untuk terima takdir Allah demi masa hadapan aku. untuk satu perkara ini, biarlah 100% Allah yang tetapkan. isu ini tarlampau berat untuk aku, aku tak berani pun nak harap apa-apa. segala kata-kata @ perancangan aku dalam hal yang satu ini tak lebih dari cuma cakap kosong. bahkan aku mungkin tak akan cuba lari untuk kejar kalau dah terjarak oleh takdir walau sedepa. untuk yang ini, aku terlampau takut untuk tersilap. prinsip 'belajar dari kesilapan', aku tak rasa aku sanggup guna untuk yang ini. tak sanggup sakit dalam hal ini.

ok. biarkan habis sampai di sini. sejengkal harapan untuk ini akan jatuhkan aku dengan segunung kecewa. aku terlalu pasti untuk ini. hati paling susah nak kawal, jadi aku memang harap Allah pelihara hati aku, sebagaimana Allah pelihara rasa-rasa aku sebelum ini.

bawah langit-Nya juga aku bernaung...
....langit di UiTM Kuala Pilah, Jambori Komander ke-7.

Friday, October 21, 2011

terpaksa diam sepi

aku sekarang terpaksa. gara-gara penghubung talian moden terbasah oleh pili bomba. ayat boleh tahan...

satu dari sepuluh hari di LIBK, aku sertai komander-komander Melaka bersihkan padang kawad. dengan bantuan pihak bomba, dengan hos yang disambungkan ke pili bomba, kami tembak padang kawad. nak kata susah tak susah sangat, tapi berat. agak mencabar sebab kami tak biasa buat kerja bomba, tapi tak apa lah. yang seronoknya memang basah-basah lah buat kerja itu, kuyup lagi. yang sadisnya fon aku dok rilek dan bermalas-malasan dalam poket. maka dia pun terkuyup sama. nasib lah lepas jemur-jemur bawah kipas pun fungsi dah tak macam biasa. tapi tak apa lah, apa lah sangat. kawan aku dah tanya-tanya "ko bleh idup ke takde fon?". aku fikir-fikir balik, aku tak kisah lah... tapi mungkin orang-orang sekeliling aku yang kisah kot? al-makluum lah aku ada projek nak buat lepas LIBK sebenarnya. mungkin kawan-kawan itu cari aku... tapi apa aku boleh buat?

nak beli fon baru amek masa jugak. jadi disebabkan aku tak dapat sambung projek terbengkalai aku sebab fon dah rosak dan timbulkan masalah pada aku untuk contact kawan-kawan projek aku itu, aku menetap di puncak memandangkan nak balik rumah pun, mak aku bukannya ada... sebab pergi kursus seminggu. di puncak aku sertai budak-budak jambori buat latihan fitness, padahal aku dah cadang dah jambori tahun ini aku tak nak pergi. walau teringin teroka UiTM Kuala Pilah plak, tapi aku tak ada hati nak pergi jambori tahun ini lagi-lagi dah ada macam-macam nak buat sebenarnya. tapi fon rosak punya pasal, tersangkut lah aku dengan jambori ini. mula-mula memang ikut latihan je, tapi lama-lama rasa nak pergi plak, lagi-lagi puan suruh aku ganti komander puncak alam. tak tetap pendirian lah aku ini...

jadi untuk seminggu seterusnya aku terpaksa membantutkan lagi projek yang dah lama tertangguh. maaf aku kepada NAB, PIJA, UMMUL, yang merupakan warga UIA. dan maaf aku juga kepada NIK SYAFIQAH, ATIKAH AMIN, DAYU P.A. dan TIMAH P.A., warga UiTM. aku tak ada niat nak hilangkan diri atau mengelak atau apa-apa yang negatif. aku harap kalian tetapkan dengan usaha kalian, meski aku tak berhubung dengan kalian. bilamana urusan aku tamat sudah, bila nanti masalah fon aku selesai sudah, aku akan sambung kembali apa yang aku tinggalkan. buat masa ini aku cuma mampu minta maaf... atas semua masalah yang timbul sebab aku.

*moga urusan kau, aku dan mereka dipermudahkan...

cerita LIBK.

salam.

lama dah tak update ini. maaf sebab aku hilang sebentar, bawa budak pergi LIBK sesi 1/2011 di Melaka.
bila aku kata 'budak', aku tak maksudkan budak-budak, tapi adik-adik yang baru nak naik jadi komander. LIBK itu adalah Latihan Intensif Bakal Komander, dan kali ini diadakan di UiTM Lendu, Melaka. Aku dulu di Puncak Alam je...

Tahniah pada komander2 Melaka sebab berjaya jayakan LIBK kali ini walaupun ada macam-macam kita tak sama, tapi itulah variasi. serius ada masanya kami terkejut, tapi kami pun dapatlah jumpa macam-macam juga di situ. kami pun baru belajar juga sebenarnya... haha!

kepada 'budak' yang kami bawa ke LIBK itu, yang aku maksudkan tadi, tahniah atas kejayaan kalian passing out dan dimaktubkan sebagai komander kesatria. kepada bekas Bakal Komander yang sekarang dah pun bergelar Komander, lebih-lebih lagi dari kampus Puncak Alam Puncak Perdana, itulah permulaan bagi kalian. segala yang kalian lalui di LIBK, segala kejian dan kebencian kalian pada kami komander pengiring, aku maafkan sebab kalian mungkin belum faham sepenuhnya motif dan sebab musabab kami. aku percaya suatu masa kalian akan faham, ringkas sebab aku dulu macam kalian juga. aku juga benci komander yang jaga kami, aku juga maki dalam hati, aku juga rasa nak smackdown komander2 yang jaga masa itu... aku dah lalui semua yang korang lalui, bahkan mungkin lebih teruk dari yang kalian lalui. mungkin kalian nak kata, masa dah berubah dan orang tak guna dah cara kami itu... terpulanglah nak kata apa, tapi memandangkan kalian dah naik jadi komander, satu hari nanti kalian akan faham sendiri. buat masa ini... percaya jelah dulu.

lupa lak, bekas Bakal Komander dari kampus lain yang ada terkena dengan Komander Pengiring dari Puncak Perdana Puncak Alam, kalian boleh benci kami, cuma kami harap ajaran kami kalian tak lupa. marah kami bukan bencikan kalian, cuma bencikan sedikit ketidakmahuan kalian untuk bersungguh-sungguh. kami percaya kalau lah kalian lebihkan sedikit usaha dan kesungguhan kalian, kalian jauh lebih baik dari yang sekarang. kami cuma mahu bantu untuk tekan kalian untuk lebih berusaha. jangan persoalkan cara kami kerana kami ada prinsip sendiri... prinsip yang mungkin kalian tak akan faham disebabkan persekitaran yang berbeza, tapi tujuan kami solid... itu saja yang kami perlu kalian tahu.

antara 6 wajah-wajah yang mungkin pernah buat benci kalian membuak-buak...
 

 di masa kalian tak sedar...


jadi dari ini, kuatkan semangat dan kesungguhan kalian. supaya kalian benar-benar berjaya... kami hanya bantu kalian di permulaan (LIBK), jalan dah terbentang luas, segalanya atas kalian...

selamat berjaya!

Monday, September 19, 2011

cuti sem lagi

lame dah tak menulis di blog. sebab banyak menulis untuk assignment. syukurlah setakat ini selesai dah...

untuk semester depan dan seterusnya, banyak lagilah yang belum selesai. tapi tak rasa nak fikir sekarang, tengah kabur lagi memandangkan baru lepas dari komitmen jangka masa pendek ini. jadi sekarang nak fikir pasal cuti dulu...

cuti ini apa nak buat? macam mana nak buat? apa boleh buat? betul ke nak buat?

kalau fikir pasal cuti memang tak akan habis. jadi perhatian teralih pada sesuatu yang kononnya boleh jadikan cuti ini berharga. harga gaji. nilainya terdapat pada berapa banyak wang yang mampu diperoleh sepanjang cuti. nilai cuti semester universiti jadi begini. setidak-tidaknya pada aku, sekurang-kurangnya adalah aku. dan mungkin di luar sana ramai lagi yang meletakkan nilai cuti semester begini.

hatta seminit yang lepas pun aku masih berfikiran sebegitu. betul... betul-betul sempit fikiran aku.

beria-ia aku cari apa yang aku boleh buat untuk jadikan cuti aku tidak kosong. dalam banyak-banyak cara, aku pilih duit untuk isikan ruang kosong sepanjang cuti aku. aku faham ada sesetengah pihak yang perlukan 'duit musim cuti' untuk tampung perbelanjaan yang pelbagai. tapi tujuan aku untuk kerja sepanjang cuti, lain... bukan kerana aku PERLU duit sangat pun. cuma kerana aku MAHU duit. mungkin sekali sebab aku fikir duit adalah benda yang paling menjamin ketidak-kosongan masa yang aku ada menjelang cuti semester. tapi benarkah mentaliti aku ini?

fikirkan balik sebab-sebab aku nak kerja masa cuti. selain sebab aku tak mahu terus tidur di rumah, selain sebab aku tak mahu kebiawakan di rumah, selain sebab aku tak mahu kekaratan di rumah. emm... setakat ini aku rasa alasan-alasan ini boleh diterima. daripada aku kemalasan di rumah, dan seterusnya terbawa-bawa ke semester yang mendatang, lebih baik aku buat sesuatu yang mendatangkan manfaat. aah... lagi sekali aku mendefinisi 'manfaat' itu sebagai duit. lebih baik aku buat sesuatu yang mendatangkan duit. kenapa aku suka sangat anggap duit itu manfaat terbaik?

Wednesday, September 7, 2011

'sejarah' kamu bukan sejarah dulu

sejarah itu bosan
betul aku tak pernah suka sejarah
fikiran aku membenarkan kepentingan sejarah
bermakna aku faham keberadaan sejarah
aku faham kepentingan sejarah

tapi tetap
hati aku tak sukakan sejarah
tak kira betapa bermakna sejarah itu
tak kira betapa kejam sejarah itu

kejap,                           kejap.

rupa-rupanya aku memang peduli
aku peduli betapa kejam penjajah-penjajah haram
aku peduli betapa negara kita mencuba sejak mula
aku peduli betapa sukar untuk mekar
rupa-rupanya aku peduli dengan sejarah.

tapi malang

kata 'sejarah' diguna pakai pula
untuk perkara yang aku benci untuk peduli
jadi aku mahu kata
'sejarah' yang cuba dibangkitkan
oleh pihak-pihak terbaru ini
sejarah yang aku benci
sejarah yang aku tak peduli
sejarah yang cuma mengundang sakit hati

'sejarah' kalian ini...
betapa kalian kejamkan
betapa kalian hell kan
betapa kalian lamakan
betapa kalian motifkan
supaya kami terus ingat,
bagi aku tetap bosan,
bagi aku tetap bosan.

bukan bosan kerana tidak mencabar
bukan bosan kerana aku cuba mencabar
bukan bosan kerana nak kalian rasa tercabar
tapi bosan kerana kalian buat aku makin samar
untuk apa sebenarnya aku jadi sebahagian dari kalian?

motif, objektif, tujuan,
niat, hasrat, kudrat,
makin berat...

sebab dengan kalian,
makna makin hilang

hingga akhirnya aku dapati
kami cuma patung yang kalian harapkan untuk patuhi
cuma patung yang tidak sepatutnya ada buah fikiran sendiri
itu yang aku fahami apa yang kalian kehendaki
dari kami
benar kah ini, kakak dan abang yang seru kami untuk sertai...
tak lama dulu
aku mahu kalian yang dulu, yang peduli kami
bukan kalian yang sekarang,
yang peduli segala di sekeliling kami tanpa peduli kami

tolong jawap aku
andai kalian terfikir,
sebenarnya...
kami ini adik kah,
atau kami ini bawahan?

jawablah dengan ikhlas bahawa kami bawahan,
takkan ada lagi persoalan
di masa-masa kemudian
dan takkan lagi kami simpan harapan
biar hilang semua angan
untuk jadi adik kalian

lepas ketahui kami cuma bawahan.

jadi apa kata...
tolong suluhkan dengan cahaya yang paling terang
kami bukan adik, kami cuma bawahan.

maaf untuk kesalahan kami hari ini.

keji!

buatkan hari aku jadi keji
buatkan hari esok aku jadi keji
buatkan hari lusa aku jadi keji
buatkan hari kemudian aku jadi keji.

Tuesday, September 6, 2011

kerja

jalan-jalan ke blog orang, mata jadi penat, kepala jadi pening.

penat dan pening bukan sebab macam-macam, cuma mungkin banyak patah-patah kata yang masuk dalam kepala lalu ikut mata.

... ... ...

masa ... ... ... aku baring atas katil kawan, yang aku buat macam katil sendiri. aku dah pejam mata pun. lega. tapi tiba-tiba datang bisik-bisik yang entah dari mana, habiskan kerja yang ada... sebab nanti kerja akan datang lagi.

aku nak jawab apa?

pada diri aku, boleh lah jawab tak apa. pada diri-diri yang lain, aku cuma boleh jawab dengan buka mata, bangun dan teruskan kerja. kerja tak berat, cuma kertas-kertas... tapi entah macam mana kerja yang tak berat boleh buat kepala jadi berat.

jadi.

kalau kau ada kerja, cepat-cepat buat.
sebab nanti, kerja akan datang lagi.

*aku t'tarik dgn kata 'kerja' yg dia guna... kata itu cuma 'kerja', tapi mampu buat aku teruja.

Friday, September 2, 2011

pengerusi organisasi tak berkerusi

aku: bila dia cakap pasal politik aku malas nak dengar...
kawan i: betul... aku pon.
aku : kan? benci betul aku.

kawan ii : eh? benci bapa sendiri? teruk betul...
aku : bukan lah... aku benci dengar dia cakap pasal politik. macam baik dia jangan cakap...
kawan ii : (diam.mungkin merenung kesilapan pendengaran sendiri,atau kesalahfahaman sendiri,atau memang dah lama dia...entah aku fikir banyak sangat kot)
kawan i : ntah ko ni, aku pon dengar dia kata benci dengar ayah dia cakap politik... ko je dengar lain

*p/s tuk kawan i,
             dear kawan, by the way aku memang 'teruk betul' pon...

budak motor merah

dulu aku selalu usha
dia
selalu lalu depan rumah opah aku
untuk pergi rumah opah dia
yang belakang rumah opah aku

tapi sekarang dah lain
meski rumah opah dia
masih belakang rumah opah aku
motor dia dah tak merah
nak usha dia lagi ke?

Saturday, August 27, 2011

dah nak pergi?

salam.

seminit sebelum aku mula tulis kat sini, aku fikir-fikir apa nak tulis. ya lah, lepas ini mungkin tak update sebab aku balik kampung... raya, kan... fikir pasal raya buat aku terfikir pasal ramadhan. dah nak pergi...

padahal sebelum ini tak fikir pun pasal ramadhan. orang puasa kita puasa. orang tarawih kita tarawih. tapi pasal r a m a d h a n , tak terfikirkan sangat pun... jauh lagi nak fikir pasal lailatul qadar, tak berani.

jadinya kosong2 aku nak pulak cakap pasal ramadhan dah nak pergi. apa?

dah nak pergi... makna nya berkat2 rahmat2 itu pun pergi ikut ramadhan ke? maknanya... susah sikit lah hidup lepas ini. mungkin tak akan semudah ramadhan yang mana banyak planning aku jalan lancar dan laju macam luncur ais. mungkin urusan lepas ini tak akan semudah itu? tak tahu... mungkin jugak.

apa-apa pun serah kat Allah je lah. lapang2 hati ini, mungkin nanti akan pergi. emh... mungkin akan hadapi banyak sikit cabaran. nak tak nak...

macam awal sangat untuk aku kata 'selamat hari raya' tapi memandangkan lepas ini tak tahu status, aku cakap lah awal2... huhu.

maaf lah sebab tak banyak input sangat kali ini, sebab blog ini bukan formally untuk sediakan input pun sebenarnya (cume tmpt tebarkn fikiran). kalau ada pun kebetulan je. sebab itu lah...

akhir kata selamat puasa dan selamat raya.

Monday, August 22, 2011

apa nak buat kalau kad bank hilang.

serabut nya kalau jadi macam ini. lagi2 itu kad akaun yang duit JPA, PTPTN, MARA, @ mana2 badan tajaan yang lain, masukkan. tapi jangan nak serabut sangat lah... ada beberapa langkah kita boleh buat, terpulang lah mana yang kita nak, tapi jangan pulak pilih jalan hitam...: biarkan je.

1. cari member2 terdekat dan mintak tolong diorang. cuba tanya apa nak buat. ini untuk korang mungkin berguna, walaupun bagi aku tidak.

2. pergi bank itu sendiri dan settlekan kat situ. senang. bagi orang2 yang tak ada kerja lah. tapi bagi orang2 yang tak banyak masa macam aku, ini pun kena tangguh2 dulu.

3. buat report polis. ini pulak bagi orang yang suka report2 dan perlukan sangat surat report itu. kalau macam aku, yang punya susah nak pergi report2 ini, aku tak pilih yang ini. tapi kalau dah segala harta benda korang dengan pes atau beg2 sekali hilang, tak payah nak keras kepala lah... memang kena pergi balai jugak.

disebabkan aku tak suka 3-3 jalan kat atas ini, dan aku tak boleh nak biar je sebab ada duit dalam akaun itu, aku buat yang ke4 ini...

4. call nombor khidmat pelanggan yang ada tulis kat belakang kad itu. (kad da ilang, camne nk tgk?) itu fikir kreatif sikit lah... pergi lah pinjam kad kawan ke, kad adik ke, kad abang@kakak ke, opah punya pun boleh asalkan dia ada akaun dari bank yang sama.

dah itu cakap lah kat dia, nak hold dulu pengeluaran duit guna kad ATM. kadang2 tak boleh suruh hold akaun guna call je, tapi dia akan bagi pilihan lain yang boleh jugak selamatkan duit dalam akaun itu. itulah fungsi call bank itu. sebab diorang tahu banyak cara yang kita tak tahu. contoh macam delete dulu kad akaun itu, nanti bila ada masa boleh pergi bank itu dan buat kad baru. yang ini tak payah tunjuk report pun tak apa. aku pun baru tahu masa call bank islam, sebelum ini memang tak tahu ada cara senang sikit macam ini. tapi kalau lah nak call pun malu @ malas, aku nasihatkan kau redha kan je lah orang lain guna kad (t'msk duit dlm akaun) kau itu.

*tapi kalau dah delete kad itu baik lah cepat2 pergi buat kad itu bila ada masa, takut nanti kau yang tak dapat keluar duit lak sebab tak ada kad ATM. cuma untuk langkah segera bila kad bank hilang, sebab sejam kau tunggu untuk amek langkah pertama pun, risiko untuk orang tarik duit dalam akaun kau itu dah besar sangat. jangan sebab tak nak buat benda yang kita boleh buat, jadilah from hero to zero.

Friday, August 19, 2011

emosi jalanan

maaf sebab aku tak faham kalian.
aku tak tahu apa yang kalian fikir
aku tak tahu juga apa yang kalian nak
tapi...
kalau pun aku dapat hidu apa yang kalian nak
maaf sebab mungkin aku tak rasa macam bagi
kerana tanggapan aku pada kalian dah terbina

entah apa yang aku fikir pasal kalian
mungkin macam itu juga dengan kalian
entah apa yang kalian fikir pasal aku
mungkin banyak sangat salah faham
sebab...
aku fikir kalian macam itu sebab aku anggap aku kenal kalian
dan aku punya tanggapan sendiri terhadap kalian

dari satu pihak ke satu pihak

mungkin kalian fikir sudah kenal aku
jadi kalian buat tanggapan sendiri terhadap aku
tak peduli betul atau salah tanggapan itu
sedang kalian sendiri pun tak tahu apa aku
simpan saja kesempitan itu

kalian... aku cuma harap kalian boleh dengar
tanpa aku perlu bercakap dengan kalian
kerana kalian terlalu pandai bermain dengan kata
kalaupun aku meluah kepada kalian
kalian akan cuma paksa aku telan kembali
bukan itu yang aku mahu
bukan juga aku mahu kalian menangkan aku terus
cuma aku mahu kalian fikirkan setiap kata aku
bila aku berkata-kata

sebab bukan aku mahu tunjuk siapa salah siapa betul
aku cuma mahu kalian fikir semua kemungkinan
setiap dari yang kalian fikir salah ada kemungkinan betul
macam itu sebaliknya

bukan aku mahu maaf-maaf
bukan maaf dari kalian
bukan maaf dari aku
satu pun dari itu bukan harapan aku
ada apa pada maaf
kalau lepas maaf pun tiada perubahan.

jadi diri ini...
boleh tak... biarkan aku.
sebab kalau panah kata2 kalian itu sasarannya aku
ia tak dapat terjah aku
meski panah itu kena aku
luka itu pun aku biarkan
biarkan kalau sampai aku mati kerana luka itu
kerana aku dah tak mahu peduli
sebab bukan hak aku untuk menegur kalau yang ditegur dah tak percaya aku
dan aku kira begitu sebaliknya,
itulah karma
aku pun tahu dan aku pun percaya.

Wednesday, August 17, 2011

4 musim aku...

salam.

maaf, kawan... aku selalu balik sekarang.
maaf, bila kalian ajak aku, aku tolak.
maaf, bila aku ajak kalian, aku hilang.

itu antara salah2 aku sekarang.

dalam hidup aku ada 4 musim,
meski dalam negara aku cuma ada 2 musim.
2/4 musim itu pada keluarga
1/4 musim itu pada hari-hari
1/4 musim itu pada destini.

musim kemarau. mungkin pada hari-hari aku, yang mana sepanjang kemarau banyak yang terjadi bahkan perkara-perkara yang bukan kehendak aku. ada momen-momen yang mengejutkan, macam bila suhu dunia lebih tinggi dari suhu normal yang sudah sedia panas. selebihnya momen-momen yang aku lalui dengan biasa, macam bila suhu adalah normal.

musim sejuk. aku andaikan ini pada destini aku, yang mana aku keluar dari kebiasaan hari-hari yang aku lalui dan cari ketidakbiasaan yang berbeza. macam keluar dari musim kemarau dan nikmati rasa sejuk di tempat lain, sebab sejuk tiada di musim kemarau.

musim luruh dan musim bunga. ini dalam keluarga, yang mana ia berubah ikut masa. macam berubahnya dari musim luruh ke musim bunga.

apa kaitan musim-musim ini dengan keadaan aku sekarang? ada...

aku lalui hari-hari yang kemarau
          dengan semua yang kacau
                    tapi aku dah tak risau
          sebab biasa dah dengan galau.

aku cari musim sejuk
          bila hati mula berlekuk
                    tinggalkan kemarau buruk
          leraikan semua rajuk.

aku hadapi musim luruh
          yang sejak dulu memang keruh
                    yang sentiasa buat hati luluh
          walau seribu kali aku mengeluh
                    segalanya tetap begitu angkuh.

aku hadapi musim luruh
          dengan segala macam gaduh
                   dengan segala harga peluh
          sampai akhirnya aku sekukuh buluh
                   akibat sering merasa jatuh.

kerana itu bila tiba musim bunga
          aku kejar dengan sesungguhnya
                   kerana maknanya tamatlah luruh dan lara
          meskipun aku tahu ia cuma sementara
                   aku mahu terus dapat merasa
          selagi masih ia ada.

jadi tolong beri aku  peluang dan ruang
kerana keluarga aku sedang musim bunga
meski aku sedar ada antara kawan yang hadapi musim luruh
tapi tunggulah, kawan...
nanti kau akan jumpa musim bunga
kerana keluarga mungkin kau merana
kerana keluarga juga kau akan bahagia.

  musim bunga tak akan lama
       jadi biar aku merasa sementara ia ada
  bila nanti ia berlalu
       bila nanti musim luruh kembali
  aku akan pulang menghadapi kemarau.

jadi sebab ini lah aku selalu balik sekarang...
maaf eh, kawan... sebab dah tak selalu spend dengan korang.

Friday, August 5, 2011

pusing2

salam.

maaf aku makin pentingkan diri.
maaf aku makin menyakitkan hati.
maaf aku makin tak sesuaikan diri.
maaf aku makin menjadi-jadi.

tak ada alasan yang aku patut bagi pada kamu
tak ada alasan yang bolehkan aku jadi macam itu.

sepatutnya begitu.
sepatutnya aku tahu.
memang aku tahu.
tapi aku buntu.

aku cuba hilang tapi terpaksa muncul semula.
aku cuba diam tapi terpaksa bersuara semula. 

akhirnya aku cuba betulkan tapi tak daya.
tapi lepas semuanya
aku tetap cuba sedaya upaya.


Wednesday, August 3, 2011

LIBK 2011

salam.

aku terperasan. aku makin annoying. sekarang. aku dah mula tak diam. aku patut lebih diam. sori dowh, kawan2... aku sedar juga perangai aku makin irritating, tapi aku... entah. kenapa ntah aku perangai macam ini. tak ada manners. aku harap lepas ini aku akan lebih diam, supaya aku boleh hormat pada diri sendiri balik.

pasal pelatih2 itu, aku mintak maaf juga. walaupun ada sesetengah yang buat macam itu, tak patut aku campak kat semua. konon2 tadi nak bagi sikit balik kat diorang apa yang diorang bagi kat kami, tapi bila tengok muka2 innocent itu, aku jadi... tak jadi. haha... muka innocent. diorang2 ini yang buat sakit hati, tapi diorang2 jugak yang buat senang hati. diorang tak tahu macam mana senang hati nya kitorang bila diorang jadi baik @ dapat pikap apa yang cikgu ajar diorang. tahniah lah... aku betul2 harap diorang tak repeat sem depan, penat lah buat muka dengan diorang.

cerita libk. Latihan Intensif Bakal Komander 2011 insya Allah buat bulan 10 kat UiTM Lendu. katanya 2 minggu, tapi aku pun tak tahu masa sebenar. tapi kalau ada yang berminat itu, untuk peringkat awal ini aku kata... fikir lah baik2. untuk peringkat seterusnya, yakni lepas fikir baik2 itu, aku kata... dah tak payah fikir lagi. JOM JOIN KITORANG! -ini untuk korang, pelatih2 kompeni N kesatRIA negara Puncak Perdana...

KENAPA MASUK KOMANDER?

-tak lah komander ini benda paling best kat dunia... tapi antara benda yang bermanfaat kat puncak perdana ini.
-tak lah komander ini benda paling Top kat puncak perdana ini... tapi antara benda yang boleh buat korang value diri korang sendiri.
-tak lah komander ini bagi korang harta benda yang banyak (elaun pon berapa lah sangat)... tapi bagi korang pengalaman yang harta benda pon tak mampu beli.
-dan banyak lagi. (aku rela cakap kat korang dari tulis... sbb banyak sgt nak ditulis nanti. jadi kalau minat boleh person to person cakap ngan aku...). lagi pulak tak nak lah jadi indah khabar dari rupa nanti.

Monday, August 1, 2011

pelatih kesatria tersayang...

semalam (ahad,30julai2011) mula2 sangat seronok. seronok sebab resfreshment komander. aku tak kata lah aku suka refreshment itu sebab aku admire puan ke apa. kalau pun aku admire dia, bukan lah punca refreshment itu seronok sebab puan. sebab puan datang pun untuk satu slot je. aku bukan lah admire cara puan handle kitorang physically. aku admire cara puan handle kitorang mentally. entah macam mana, tapi dia mampu buat kitorang ada rasa nak buat yang terbaik. aku jadi semangat bila tengok kawan2 yang dulu punyalah tak nak pergi refreshment, tapi kat refreshment ini diorang semangat. salah sorang dari diorang kata, itu sebab puan noraidah. aku semangat tengok diorang semangat. diorang itu siapa? komander2 puncak naga kompeni N lah!

best nya hari ini sebab itulah. tapi best pergi refreshment itu mati bila balik puncak. sebab? yang tahu, tahu lah. tapi bukan mati nya semangat komander aku itu sebab kena denda yang segala bagai itu. tapi mati nya hati aku kat komander bila semua yang kitorang kena itu puncanya dari lidah pelatih2 yang aku dan komander2 kompeni N yang lain bela2 selama ini. ini pasal mereka...

bukan sakit itu sakit kaki atau sakit tangan sebab kawad, sebab 'excercise' yang dibagi oleh orang2 yang dihormati ini sesampainya kami di puncak perdana. tapi sakit bila fikir banyak mana kitorang dah treasure pelatih2 itu. tanpa tahu yang diorang itu ...

dan mungkin yang lebih sakit bila aku dan kawan2 aku yang baru mula nak bersemangat, dibuat macam itu disebabkan kata2 pelatih yang memang benci golongan komander tak kira apa2 pun, diambil kira. diorang dah memang benci, jadi tak terkejut lah kalau diorang kata komander2 ini serabai. sedangkan diorang pernah pun kata komander ini babi, jadi perkataan serabai itu bagi aku cuma satu perkataan yang diorang guna untuk memaki komander. aku tak tahu yang lain tapi aku rasa macam pelatih2 itu jauh lebih penting sampai setiap butir kata diorang diambil kira tanpa kira hakikat yang diorang memang bencikan komander, jadi semua perkataan yang tak baik itu diorang gunakan untuk gambarkan komander. macam diorang kata komander2 ini babi, babi kah komander2 itu wahai orang2 terhormat?

aku tak berniat nak memberontak. aku tak berniat pun untuk berhenti. cuma aku dah mula rasa kami tak diperlukan. kalau boleh aku nak anggap cuma aku yang tak diperlukan, tapi keadaan semunya melibatkan komander2- aku dan kawan2 lain, lagi2 yang seiring sejalan dengan aku untuk bela budak2 yang dibenci komander2 kompeni lain itu. mungkin kami tak begitu diperlukan sebenarnya? pelatih2 yang memang bencikan komander itu, kata2 mereka lebih diiktiraf dan diperbenarkan oleh golongan kehormat.

termasuk di padang kawad...
bila kami cuba bantu untuk pastikan budak2 itu dapat ilmu kawad yang betul, sedangkan yang betul itu lain dengan apa yang jurulatih ajar, kami dapat title 'tak hormat cikgu'. bila kami cuba buat satu hari untuk ulangkaji dan betulkan kawad pelatih2 kesayangan ini semata2 tak nak diorang gagal, tak nak diorang kena repeat kesatria, kami dapat title 'buat perjumpaan haram'. bila kami ada cadangan untuk perbaiki prestasi atau disiplin pelatih2 itu dan walaupun cuba minta kebenaran cikgu, kami dapat title 'suka memandai2'. masa itu kami bela pun pelatih2 itu, memang tak nak pun torture diorang. cuma nak diorang lulus kesatria, demi TeKA dan kesatria. tapi?

semua yang kami lalu atas nama kompeni itu kami tahan. tapi sakit itu macam sakit sangat bila pelatih2 itu sendiri yang buat kami sakit secara tak langsung. tak tahu diorang maksudkan atau tak kata2 yang diorang lafaz itu, tapi kami terpaksa tanggung setiap akibat. pelatih2 kesatria kompeni N, fakulti teka sesi jun - oktober 2011... terima kasih atas semua itu.

dan kalau korang ingat wahai pelatih2 yang tersayang, pernah salah seorang dari korang tanya "komander tak boleh ke senyum sikit?". jawab ini dulu... macam mana kami, komander2 nak senyum kat korang kalau itu yang korang buat pada kami?

Friday, July 29, 2011

baik.

salam.

maaf lagi. hari ini aku terlepas lagi, assignment ayah agi tak hantar lagi. dah tertangguh lagi.

walaupun macam itu, hari ini untuk aku lebih baik dari semalam, terima kasih ya Allah. kadang2 hidup senang sangat rapuh. perasaan senang sangat luluh. pandangan senang sangat keruh. berdiri pun senang sangat jatuh.
sampai aku jadi lupa.
lupa pada apa aku ada.
ada perkara yang lebih berharga.
berharga yang patutnya aku bangga.
bangga yang berpada,
bukan bangga yang membabi buta.

bosan2 dengan hidup itu dah pergi. buat masa ini.

tapi sampai tadi aku masih tak nak tengok orang2 itu. tolong jangan muncul depan aku, aku minta. cuma sekarang... tolong muncul depan aku dan jangan biar aku terus berpanas hati dengan korang. tolong tunjukkan muka2 korang dan buat aku rasa serba salah untuk ada rasa yang tak elok ke korang. tolong bantu aku untuk lupa sekalian perselisihan...

Wednesday, July 27, 2011

tipu nanti...

salam.

agak lama aku hilang. dan bila aku muncul lagi di laman ini, aku nak kata... "apa pun yang jadi, kau jangan tipu".

lagi2 cikgu kau. kenapa cikgu? kenapa aku tak kata ibubapa? sebab itu lah... sebab diorang cikgu dan bukannya ibubapa. diorang cikgu yang kau boleh jumpa hari ini tapi belum tentu jumpa minggu depan (ni cite bdk2 u, yg kuliah tiap subjek cume 1kali 1mgu). *p/s lecturer tu cikgu gak la...
ye la... diorang cikgu yang kalau kau tipu dia sekali, boleh jadi tak berkat ilmu2 yang dia bagi. ibu bapa, bukan nak diketepikan cuma nak jelaskan cikgu dan ibu bapa itu tak sama.

dan kali ini aku cerita hal cikgu... "apa pun yang jadi, kau jangan tipu cikgu...".
sebab aku dah terbuat. aku harap masa itu aku boleh diam macam selalu, tapi tak boleh sebab dia betul2 nak soalan itu dijawab. aku rasa terdesak, dan entah macam mana aku cuma give up.

mungkin kata orang... ala... macam lah buat benda teruk sangat, kelentong cikgu je kot...
itu kata kau. cuba kau tukar 'kelentong' itu dengan perkataan asal dia. 'tipu' , kan? mungkin nampak macam kecik je tapi kau tak tahu dengan sekecil2 tipu itu, bencana paling besar boleh datang. tapi itu pun boleh lah di biar2 sikit. tapi urusan dengan Allah macam mana pulak? kau nak jawap apa bila Dia tanya, cikgu yang dah  bagi kau macam2, apa yang kau bagi balik kat dia? belum lagi cerita part nikmat mulut yang Allah bagi untuk kau cakap benda baik2 tapi kau guna untuk tipu...

dah lah... tipu sana sini, tipu kanan kiri, apa yang benar di akhir nanti?

Thursday, July 7, 2011

negatif vs positif.

bismillahirrahmanirrahim.

pernah momen2 aku rasa dunia sekeliling benci aku, yang mana semuanya serba tak kena, aku cari salah2 aku. hasilnya macam2 lah, the list goes on and on.

benda2 macam itu, kalau aku tanya orang pun belum tentu diorang boleh jawap macam yang sepatutnya. belum tentu boleh terjawap. tapi yang paling teruk, aku tak tahu orang mana yang boleh bagi aku jawapan yang benar. aku tak cari jawapan yang betul, cuma aku cari jawapan yang benar. jadi aku tak boleh sebarangan tanya, sebab dalam banyak2 jawapan yang dibagi mesti akan ada jawapan yang betul tapi tak benar. dan sebaliknya. takut2 aku tersalah pilih jawapan untuk dibuat perkiraan. untuk ini, aku tak tahu siapa yang boleh aku tanya sebenarnya.

namun ada juga dalam masa2 itu, yang aku tanya diri sendiri, masa aku tengah condemn diri sendiri... masih, datang jawapan yang mengejutkan buat aku. bila fikir pasal benda2 yang aku ambil negatif, dari satu sudut pandangan yang lain sebenarnya ia positif. sudut pandangan yang lain itu adalah sudut selain pandangan aku, yakni pandangan dari sudut manusia lain. yang mana kalau aku salah seorang dari orang2 yang lain itu, aku akan rasa diri aku sangat bertuah. boleh aku fikir macam itu, rupanya... tapi kenapa selama ini aku asyik nampak yang buruk2 semata? kenapa susah aku nak nampak dari sudut positif ini? sebab aku tak bersyukur kah... mungkin aku jadi tak bersyukur tanpa sedar, dalam usaha nak mengelakkan diri dari bersikap pandang tinggi pada diri sendiri. itu sikap yang aku benar2 tak mahu ada. tapi aku terlajak loathe diri aku untuk semuanya. mungkin juga kerana aku tak terbiasa dengan perkara2 positif pasal diri aku, jadi bila didengarkan betapa positif nya perkara2 itu, aku keliru. keliru yang akhirnya bawa aku ke tanggapan baru. tanggapan bahawa ia sebenarnya tak seindah itu.

kadang2 diri sendiri pun susah nak faham. perkara yang positif pun sanggup dinegatifkan. yang baik pun sanggup diketepikan. kalau pasal diri sendiri, sibuk cari yang negatif. cuma nampak yang tak baik. dah penat nak tanya kenapa, tapi kenapa nampaknya macam aku terus condemn diri sendiri?

lepas fikir panjang, walaupun macam mustahil ada orang yang boleh buat orang sekeliling irritated setiap masa, mungkin memang aku dalam kalangan orang2 itu. mungkin aku memang annoying, macam2 mana sekalipun.

sebab itu aku kadang2 minta maaf pada korang tiba2, bilamana korang tanya kenapa, aku tak jawap, sebab hakikatnya aku pun tak tahu nak jawap apa (buat korang rasa aku minta maaf tak bertempat). cuma aku rasa aku irritating sangat sebelum itu. itu... lah yang jadi bila aku tak behave. sebab itu aku selalu nak diri aku behave. tapi tak selalunya aku mampu, sebab ada masa perkara jadi luar kawalan, aku tak tahu apa nak buat kecuali rasa depress. masa itu entah macam mana aku fikir nak lepaskan, tak tahu.

kawan yang aku paling rindu sekarang ; kawan yang dulu selalu condemn aku. aku selalu runsing dulu, sebab dia yang paling rapat dengan aku tapi entah kenapa dia yang paling suka cakap perkara negatif pasal aku depan aku. sedangkan masa orang lain cakap benda2 positif kat aku, dia selalu nampak imperfectness aku. masa itu aku bodoh2 ingat dia selalu jeles pada aku. sekarang baru aku reti nak faham yang benarnya, yang dia je yang sanggup ambil risiko dianggap jeles (oleh aku) sebab nak aku nampak sisi negatif aku, yang aku kira dia nak aku betulkan... kawan macam ini, susah nak cari sebab bila ada pun tak pernah rasa dia ada. cuma bila dah tak ada baru rasa dia pernah ada...

ironi.

musafir baru   sekali lalu   diketuk dipalu   jatuh kaku

    cari hala   jumpa bala

         hilang arah   makin parah

    tanya soal   jawap sental

soalan jawapan tak sejalan
    jawapan tak menjawab soalan
         ada soalan masih belum berjawap.

salam, aku buat ini dalam runsing. lama2 teringat hasil2 ayah AGI. mungkin hasil aku tak sehebat ayah AGI, tapi berseni tak? emh... memang hidup akan selalu macam ini. tak terfaham dengan semua. tapi harap aku dapat terus tahan. harap aku dapat terus behave. sekarang? dah semakin kelam. makin rasa kosong. apa yang tak kena? ini... soal kawan ke? soal organisasi ke? soal program tambahan ke? atau soal kepercayaan ke? apa yang aku hilang? yang sakitnya, bila tak ada orang yang mampu jawap semua ini...

jadi jawap sendiri lah. cuba.

kata orang kalau tension, lepaskan. jeritkan. pedulikan kalau orang pandang atau tengokkan. biarkan apa orang fikirkan. semuanya ketepikan. terus dan luahkan.
jadi aku cuba. jerit2 dan lepaskan. kalau2 boleh kurang beban.
tapi tak jadi. apa yang aku rasa tadi tetap ada lagi.

kenapa? teknik macam itu betul ke... mungkin ok untuk sementara. mungkin ok untuk yang remeh belaka. tapi untuk yang runsing resah gelisah segala, ...

teringat teknik dulu2... bila runsing baca sesuatu. bila runsing ketepi walaupun buku.
cuma buka Al-Quran. buka sekali hati. kena ada 'percaya' dan 'yakin', akan dapat lah... kalau tak, tak akan rasa lah. yang ini aku belum cuba untuk runsing kali ini, tapi ...

tak jumpa jalan

yang di bawah dah ke atas
yang di atas dah ke bawah
yang kiri ke kanan
yang kanan ke kiri

yang bolak dah terbalik
yang tunggang dah tergolek

maaf.
bukan niat aku nak macam itu.
sendiri pun aku dah tak tahu.

sory dowh, kawans!

Sunday, July 3, 2011

tanda harga.

seems like everybody's got a price, i wonder how they sleep at night when the sale comes first and the truth comes second, just stop for a minute and smile...

why is everybody so serious acting so damn mysterious, you got your shades on your eyes and your heels so high, that you can't even have a good time...

why is everybody so obsessed? money can't buy us happiness, can we all slow down and enjoy right now, guarantee we'll be feelin alright...


Sunday, June 26, 2011

bulan bintang

belakangan ini bintang dah susah nak jumpa. aku harap boleh jumpa setiap kali tengok langit. aku harap akan keluar banyak2 macam dulu2. tapi itulah, susah nak jumpa sekarang. tanpa bintang2, aku nampak bulan. bulan penuh. aku tak tahu bila masa@tarikh lazim bulan akan keluar penuh sebab memang aku tak ambil tahu pasal bulan. sebab aku rasa dah ramai yang ambil tahu pasal bulan, jadi aku lebih berminat pada bintang. memang betullah. kawan2 pun ramai yang lagi suka bulan...

bila bintang hilang, aku pun musykil ke mana. mungkin ke sebab sekarang masa untuk bulan? mungkin dah sampai masa untuk bulan keluar penuh. jadi bintang beri laluan untuk bulan... supaya perhatian orang tak teralih dari bulan bila mereka dongak ke langit. cuba kalau ada bintang even masa bulan penuh, orang yang lagi suka bintang susah nak perasan sinar terang bulan itu.

Friday, June 24, 2011

just say never

See I never thought that I could walk through fire.
I never thought that I could take the burn.
I never had the strength to take it higher,
Until I reached the point of no return.

I will never say never
...


baru balik dari sukan kompeni. maaf lah topik kali ini mungkin bosan, sebab ini pasal komander. pasal tanggungjawab yang jatuh atas bahu aku kali ini. aku sendiri pon bosan nak cakap pasal ini, jadi aku rasa mesti orang nak baca pun bosan. jadi aku cakap awal2, untuk post kali ini, baik kamu navigate. yang berkenaan, aku minta maaf awal2, mungkin cerita ini bukan yang indah untuk korang.

aku musykil...
kenapa aku nak kisah?
kenapa aku tetap nak harap?

(you may say i'm a dreamer
but i'm not the only one...)

bila aku tanya
bila kamu boleh turun
maksud aku bila kamu betul2 nak turun.

bila aku tanya
bila kamu boleh sampai
maksud aku bila kamu betul2 komfem sampai.

bila aku tanya
soalan yang nampak macam tak perlu
masa itu aku memang betul2 nak tahu.

jadi setiap jawapan yang kamu beri
setiap kata yang kamu lafazkan
itu aku pegang sebagai janji
aku anggap sebagai peretujuan

tapi tak tahu bagi kamu apa.

ehm... mungkin aku terlayan sangat rasa itu. terima kasih pada kawan komander puncak alam yang jadi tukang dengar. kurang2 sekarang dah kurang...

apa2 pun aku nak sampaikan terima kasih pada kompeni N juga sebab turun, walau perancangan ada sikit terganggu dan ada sikit huru-hara untuk hari ini. paling penting terima kasih Allah sebab izinkan kami malam ini. kalau Allah tak izinkan memang satu apa pun tak akan jadi...

Tuesday, June 21, 2011

ermh

pernah tak rasa macam loser ?

pernah tak?

           pernah tak?

                     PERNAH TAK?!!!!

tak payah nak over sangat lah sebenarnya. jadi loser itu tak lah teruk sangat, cuma kadang2 memang ada yang pandang sebelah mata. tapi bukan semua. kenapa kau peduli orang yang pandang sebelah mata itu? kenapa tak nak peduli pasal orang yang pandang kau dengan dua belah mata?

berat juga bila dah rasa diri kau loser. tapi lagi berat kalau kau sendiri yang nak terus jadi loser. hebat mana pun, kau tak akan jadi yang terhebat. kau kena faham itu. hebat mana pun pasti akan ada yang lebih hebat. kau kena ingat itu. jadi? tak payah nak jadi yang terhebat sangat lah. cukup lah dengan jadi yang terbaik... itu kata aku.

terbaik? tak sama dengan terhebat... aku rasa terhebat itu sentiasa pastikan diri baik di mata orang lain. tapi tebaik itu sentiasa pastikan diri baik di mata sendiri. beza itu...

                       BEZA...

aku pilih terbaik.

motif tulisan kali ini? kau fikirlah...

tulislah yang positif.

maaf sebab ada antara kandungan yang tak berapa positif. cuma tempat ini dah jadi medan luahan secara tak sedar. macam2 mana pun, berhasil. sebab koman2 beban yang aku tanggung sebelumnya dah kurang... harap2 tak ada yang terganggu dengan sebarang luahan yang aku masukkan.

esok hari untuk HBU 111 (Kesatria Negara 1). ada masanya aku harap cikgu ambil cuti sekali dua supaya kitorang boleh dapat sikit masa dengan pelatih. tak tahu apa motif aku, tapi jujurnya aku ada harapkan itu. tapi bukan lah maknanya aku tak suka cikgu datang ajar... sebab kalau ya memang kurang ajar.
cuma aku harap dapat buat budak2 itu faham kenapa diorang kena lulus dan kenapa diorang kena fokus dengan semua yang cikgu akan ajar diorang. sebab kalau diorang tak faham itu, gerenti diorang main2 terus. mungkin antara diorang ada yang masih anggap koko di UiTM ini sama dengan koko di sekolah, yang tak ada istilah repeat koko.

bukan nak takut2kan, tapi kenyataan cikgu pasal 30 orang repeaters (terbanyak dlm sejarah) HBU 111 adalah pelajar dari fakulti kami, buat kami risau. sedikit sebanyak menjejaskan nama fakulti (mcm ksh sgt...).

macam2 mana pun, aku harap pelatih2 kali ini boleh survive. buat lah apa2 pun, tapi jangan ponteng koko. sebab itu paling penting kalau nak lulus. kalau tak, ketidaklulusan itu menyumbang kepada suara2 sumbang yang mengata2 fakulti ini. (mcm mana nak bgtau diorg ni...)

ada apa dengan mereka.

i did some blogwalking... there's so much niceness. and it was so nice watching the niceness.

but then... back to reality, this is mine.
GPA aku belum cukup untuk puaskan hati mereka. dengan tak tahu betapa berat aku nak dapatkan, semudah itu mereka condemn aku. memang GPA aku tak cukup banyak, tapi paling kurang consider lah sikit macam mana hidup aku di sini. macam mana aku face semua yang kat sini. semua hari yang aku lalu kat sini. aku minta maaf sebab tak dapat bagi lebih banyak, tapi comparison antara aku dengan dia sangat tak adil bagi aku. sebab ini lah aku tak nak sampaikan pada mereka perihal keputusan peperiksaan. sebab tak kira banyak mana aku dapat, mereka akan banding dengan yang lebih banyak. (teringat psl dpt 5A mse UPSR dlu, dan slh sorg dr mrk ni tnye 'kenapa 5A je'). jadi aku memang tak nak peduli pendapat mereka yang mengira nilai kehidupan cuma pada keputusan peperiksaan. aku nak kira nilai kehidupan pada apa yang ada dalam hati dan fikiran, tapi obsesi mereka pada keputusan peperiksaan sering menghalang. bukan semua yang dalam peperiksaan itu tanyakan soal hidup. bukan semua dalam peperiksaan itu berkaitan soal hidup. kebanyakan cuma teori. teori yang entah apa-apa, tapi pelajar perlu tahu. boleh aku cuba terima teori2 itu tapi tolong jangan desak aku. biarlah aku terima dengan cara aku sendiri.

aku tak nak peduli pendapat mereka. tapi tetap... semuanya tinggalkan kesan pada aku. buatkan semua yang aku anggap bernilai jadi tak ada nilai lagi. dan kali ini... buatkan aku rasa keputusan peperiksaan aku yang agak meningkat untuk sem2, macam sampah.

jadi... sekarang tolong berhenti ambil tahu perihal keputusan peperiksaan aku. nilai yang kalian mahu tak akan tercapai oleh aku. maka biarlah aku capai nilai yang aku mahu. dan benar2... tolong berhenti ambil tahu perihal itu. sebelum aku yang berhenti ambil tahu keputusan peperiksaan aku.

Saturday, June 18, 2011

lama-lama...

makin lama makin mencabar.

dulu aku macam itu
macam sekarang yang buat orang shocked
mungkin diorang tak expect aku macam itu
tiba-tiba sekarang aku macam itu
lepas satu tempoh aku tak macam itu.

mula-mula aku cuba nak berubah
aku cuma nak betulkan langkah
tak mahu terus buat salah.
tak mahu terus jadi orang yang suka berbalah.

mula-mula dah dapat ruang untuk berubah
dan aku dah pernah dapat berubah
bila dapat peluang masa mula di sini
tapi sekarang entah...

'sekarang' itu sejak aku di beri amanah
sebab tak nak sesal sebab biarkan semuanya rebah
akhirnya kembali ke situasi yang buat aku resah

aku kembali jadi macam yang dulu
sebab aku yang dulu selalu tahu
apa nak buat bila perlu
tapi aku kalau boleh tak mahu jadi macam dulu
tapi aku tak boleh buat tak tahu
amanah ini beri aku harapan baru
harapan untuk kami maju

aku cuma nak jadi lutsinar
biar kewujudan aku orang tak sedar
tapi masih sempat jadikan benang selembar
aku cuma nak jadi lutsinar
tapi makin lama makin mencabar

aku cuma nak diri berubah
tapi sekarang entah
yang baru aku ubah kini dah kembali berubah.

Wednesday, June 15, 2011

macam mana ni...


Sunday, June 12, 2011

buku-buku.

beli buku dan beli buku lagi. beli buku tak nak yang tak ada manfaat. tapi dah beli buku yang ada manfaat, tak pula dimanfaat kan buku itu. beli buku nak yang elok2, jaga elok2 tapi tak pula baca elok2 buku itu. beli buku nak yang intelligent tapi baca tak pula consistent. belum habis baca buku yang beli dulu, dah beli lagi satu. nanti beli lagi satu. beli buku tapi baca kaku. itu aku.

jadi macam mana nak baca buku dan pastikan aku save semua yang dibaca? even tak semua, patutnya biarlah ada. tapi dengan attitude ini, macam mana aku nak expect aku baca buku? hmph...

dulu aku selalu malas baca buku sebab anggap hidup bukan dalam buku. hidup adalah apa yang kita lalu. nak sukses dalam hidup bukan bergantung pada buku. buku tak membantu. buku itu cuma kertas2 yang memberitahu. kertas2 yang bercerita tentang sesuatu. tapi entah apa yang aku tak sedar... yang aku tak tahu... buku itu juga cerita pasal apa yang kita lalu. buku cerita apa yang telah lalu. juga apa yang baru. itu... aku terlepas pasal buku

...

Thursday, June 9, 2011

yang tak tahu

called mak guna public fon sebab kredit tak ada. tak angkat. jadi aku tinggal kan beberapa missed call yang aku buat dalam masa hampir 15 minit non-stop, jadinya dalam jumlah yang banyak dengan harapan mak tahu aku cuba untuk contact mak.

.....

mak tak call aku balik.

aku teringat. dah lama aku tak cakap dengan mak. sebab benda yang sama jadi last time, bilamana panggilan dari aku ke telefon mak tak berjawab. macam2 terlintas dalam fikiran aku. macam2... jadi aku pon konon2 tawar hati untuk telefon lagi. tapi itu lah... kata orang air dicincang tak akan putus. sebanyak mana pun aku cuba jauhkan diri, lama2 aku toleh ke belakang juga. sejauh mana pun aku mampu berdikari, lama2 hati rasa perlu juga. selama mana pun aku cuba pujuk diri, akhirnya hati jadi tak tentu juga.

aku tak tahu apa yang buat ikatan seteguh itu. yang aku tahu jauh mana pun aku lari, nanti tetap ingin kembali. jadi sebelum ego bertambah tinggi lebih baik aku berhenti. takut2 nanti aku jadi terlalu bangga untuk mengalah, yang mana di akhir cerita kelak semuanya hancur musnah. supaya tak terjadi, supaya aku tak hidup dalam sesal di masa depan... ketepikan je lah ego yang masih kecil ini.

bukan nak minta simpati sangat, cuma nak minta korang teliti. aku rasa semua orang ada masalah sendiri dengan keluarga, meski tak nampak sama... pandai2 lah, jangan sampai nanti terpaksa habiskan sisa2 hidup untuk menelan sesal sampai ke ajal.

sebesar2 terasa aku setiap kali mak tak angkat call dari aku, semuanya jadi kecil bila mak bagi sms kat aku.

serius mana masalah itu bukan pada saiz,...
                                      (mcm bila org kata "aku ada mslh bsr" @ yg lain kata "mslh kecik je tu"),
                                                                                ...tapi pada cara kita hadapi.

tak akan faham

Salam...

maaf atas kebiadaban
kini menanggung berat beban
akibat dari perbuatan
kerana salah perhitungan

maaf atas kebiadaban
melepas segala perasaan
amarah dan kekasaran
kini terbit sesalan

maaf atas kebiadaban
meski puncanya tak dapat pastikan
salahkah aku atau kalian
pedulikan
biarkan

maaf atas kebiadaban
tak mahu lagi saling persalahkan
cuma harap pada kebaikan
untuk hapuskan kotoran kejahatan
tertanya mungkinkah dapat betulkan

maaf atas kebiadaban
tolong...
semua itu aku tak maksudkan
bukan nak ketepi kalian
aku termakan hasutan syaitan
aku terhanyut rasa diabaikan

maaf atas kebiadaban
bukan niat gantikan kalian
atau jadi pengganti kalian
cuma aku menumpang kebahagiaan

maaf...
aku cuma mahu cuba
menumpang pada mereka
sementara peluang masih ada
supaya aku belajar redha
dengan semua di depan mata
dengan semua yang aku rasa

maaf atas semuanya
mengharap dapat pulih segala
mengharap dapat kembali semula

*.....*

Tuesday, June 7, 2011

PTAR Puncak Perdana

ini tempat yang paling tak ramai orang menjelang awal semester...

perpustakaan lah. dulu aku benci ke perpustakaan, rasa macam perpustakaan itu tak rasional. macam mana nak cari buku kat situ, sedangkan buku ada beribu-ribu? aku juga rasa macam ke situ cuma buang masa dan waktu. sebab rata2 banyak masa akan dihabiskan bukan untuk baca buku, tapi untuk cari buku semata-mata. dah cari buku berjam2, baru jumpa. itu pun kalau jumpa. kadang2 buang masa berjam2 cari buku kat perpustakaan tapi tak juga jumpa. maka masa sangat tersia. itulah alasan2 ku untuk tidak ke perpustakaan...

sekarang aku rasa rugi sebab banyak sangat benda dalam tempat itu yang aku dah terlepas. sekarang bila dah besar gajah baru tahu baru sedar semua yang baik pasal perpustakaan. sama macam dulu masa kecil aku tak suka tengok kartun sebab rasa kartun2 itu macam bodoh2, dan aku tak suka benda bodoh2. tapi bila dah besar dan aku cuba tengok kartun, boleh pula hilangkan stress. hal ini aku sedar masa di sekolah menengah, di akhir tingkatan 5, bila mana tekanan belajar untuk SPM melonjak2. masa itu lah aku ke bilik tv asrama dan buka tv. sebab tak ada cerita best, aku tonton je lah kartun yang tersiar masa itu - Hello Kitty. pelik tak pelik, aku boleh terhibur juga dengan benda yang aku kata bodoh2 masa kecil dulu. entah kenapa dengan aku masa kecil dulu...

sekarang kalau korang bosan @ tak tahu apa nak buat, pergi je lah perpustakaan terdekat. banyak yang ada kat dalam itu, bukan cuma buku. aku pun sekarang dah ke perpustakaan. walaupun tak selalu, singgah lah bila lalu. cuma baru2 ini, termalu pula aku. sebabkan ngantuk sangat, aku bantai tidur dalam itu. malang lagi bila librarian lalu. dia kejut, terkulat-kulat aku sebab malu...

*aish... harap2 tak ada org igt muka aku sbb tidur dlm pstakaan ini...

Sunday, June 5, 2011

soal takdir

buat apa2 asyik tak jadi. jadi katanya...kalau dah takdir tak jadi, buat elok mana pun tak akan jadi!

tapi kata mereka...
tak ada apa yang boleh ubah takdir kecuali usaha dan doa.

dulu aku selalu keliru pasal takdir. takdir itu Allah dah tetapkan. Apa... maknanya kalau dah takdir aku tak cemerlang masa ujian, aku takkan cemerlang? pastu kalau dah takdir aku memang akan cemerlang, tak payah belajar pun akan cemerlang. itu alasan yang bagus untuk kanak-kanak yang malas macam aku dulu, haha...

tapi aku tetap lah pelajar waktu itu, jadi aku tetap nak cemerlang macam orang lain. tapi kalau dah takdir memang aku takkan cemerlang, macam mana...?

persoalan ini bawa aku ke kata-kata...
takdir takkan berubah melainkan dengan usaha dan doa.
ayat ini sangat common. aku faham maksud tersurat nya. kalau aku nak cemerlang, kena usaha dan doa. itu lah  formula yang di bagi. ikut lah kalau nak cemerlang. jadi sejak itu aku tahu kalau nak berhasil mesti usaha dan doa pada Allah. tapi... aku masih keliru soal takdir. sebab aku masih belum faham maksud tersirat ayat itu, jadi aku cuma dapat formula dan bukan nya fahaman pasal takdir. aku terus terbawa-bawa dengan persoalan pasal takdir.

aku keliru dengan kata2...
'takdir itu dah ditetapkan'.
'manusia di bagi pilihan dalam hidup'.
'pilihan membentuk manusia ke arah jalan yang dipilih'.
macam mana manusia boleh ada pilihan kalau semua nya dah sedia ditetap dan ditakdir untuk mereka? macam mana... 'manusia jahat sebab dia pilih untuk jadi jahat atau sebab memang dah ditakdirkan dia akan jadi jahat?'. itu benar2 pernh kelirukan aku. tapi demi masa... lepas bertahun, baru sekarang aku faham. meskipun tidak lah sefaham mereka yang benar2 faham, ia cukup untuk tetap kan pemikiran dan keyakinan aku.

lepas bertahun-tahun terkeliru dengan keberadaan takdir, akhirnya baru aku faham sikit. akhirnya baru aku dapat jawapan bagi soalan2 takdir itu. meski bukan secara terang-terang, semua nya berkait rapat dengan soal2 yang selama ini kacau emosi aku. dan jawapan takdir...

Saturday, June 4, 2011

jawab takdir

masa itu aku nak balik Puncak Perdana. aku jalan lambat2 sebab beg agak berat dan aku kesian kat diri sendiri sebab kena bawa beg berat itu. jalan dari rumah untuk ke basten bagi aku jauh, lagi2 bila kena bawa beg seberat itu. sebab taman perumahan kat situ walaupun dekat dengan pekan, masih ada jarak yang agak jauh. paling susah bila dah sampai pekan, kena melintas ke seberang untuk pergi basten. nak melintas pula jalan yang agak2 kacau bilau...

sampai aku di pekan (tapi belum melintas), bas Rapid KL U90 yang menuju ke kompleks lalu... (What the...)
aku pun tercengang je lah kat situ tengok bas itu berlalu, sebab bas itu memang kalau berhenti kat basten itu tak lama, tambah lagi aku masih belum melintas jalan yang kereta lalu tak putus2 itu. jadi aku memang tak sempat. selain merungut, aku kata dalam hati ...

"isk... kalau lah aku cepat sikit je tadi," tapi ada pula hati aku jawap...

"ala, kalau aku cepat2 pun mesti bas itu tetap lagi cepat dari aku. dah takdir aku tertinggal bas..."

dan begitu lah nampak nya aku telah bermonolog. entahkan cuma nak pujuk hati, atau bagi alasan atas kelambatan aku tadi. agak2 kalau aku jalan cepat2 tadi, dapat ke aku naik bas itu? atau keadaan tetap sama -bas tu ttp dtg lg awal dr masa aku smpai situ...?

dah sampai pkns nanti, kena naik bas U605 untuk ke Puncak Perdana pula. ni lagi satu bas-susah-dapat. aku harap lepas turun dari U90 -yg dtg lps aku tunggu lame gile!- ini aku tak perlu tunggu lama sangat. tapi nasib tak baik sangat...

ada juga masa2 lain yang mana aku terlepas bas yang baru je lalu... itu sangat perit, lagi perit dari terlepas bas yang dah lama lalu - memg lah, kan...? haha... salahnya sebab aku lambat ke? atau memang kah takdir aku setiap kali itu aku terlepas bas yang baru lalu?

tak lama lepas kejadian itu, tiba lah hari aku nak keluar ke pkns. aku jalan macam biasa, malas2... perlahan2 sambil tengok alam sekeliling, sekitar bumi. tiba2 aku teringat momen2 terlepas-bas-baru-lalu. aku fikir2 itu sebab takdir kah? kalau aku sampai basten lebih cepat sikit, apa takdir itu tetap 'aku terlepas-bas-baru-lalu' kah? atau sebenarnya kalau aku sampai basten cepat sikit aku dapat naik bas itu? aku tertanya-tanya... dan bila aku tertanya-tanya, aku sangat nak tahu. bila aku rasa nak tahu, aku tahu aku kena buat sesuatu. maka nya aku jalan cepat2. biarlah kalau aku tetap alami keadaan terlepas-bas-baru-lalu itu sebab mungkin dah takdir aku macam itu. sekurang-kurangnya aku boleh dapat jawapan tentang takdir ini...

dengan jalan cepat2, aku sampai kat basten awal seminit (mungkin) dari masa yang aku sampai basten dengan jalan lambat2 macam yang aku biasa buat. sampai2 aku kat basten, bas pun sampai...

wah...

hari itu, aku penat sebab jalan cepat2 ke basten. tapi sekurang-kurang nya aku lega... dan aku sangat enlighted. bukan semata2 sebab aku dapat naik bas yang aku sepatutnya terlepas, tapi sebab semuanya. soalan aku terjawab. dan jawapan itu ada makna sendiri dalam hidup ini... jawapan itu bawa perubahan yang besar, dan kefahaman yang lebih dalam perkara yang penting bagi insan.

dengan itu, faham lah aku... takdir tetap di sekeliling kita, yang mengubah itu lah pilihan yang Allah bagi kat kita. yang terlintas di fikiran aku dari semua itu, The destiny is around us, the choice is on us...

Thursday, June 2, 2011

citer sikit-sikit...

kali ini tak ada cerita menarik, atau cerita yang memotivasi kan. sebab aku sendiri pun macam dah nak hilang motivasi. tak ada apa2 yang berguna untuk dikongsi kan sama2. cuma aku tahu aku mahu tulis. jadi aku tulis lah apa yang ada.

microsoft word dah tak berfungsi. akan timbul masalah bila nak buat assignment nanti. jadi aku kena lah cepat2 setel kan ini. ada tak cara lain selain bawak pergi kedai? aku nak cuba install sendiri tapi tak ada installer lah. kalau macam ini lah, memang tak tahu jalan lain lagi. tebal kan muka bawak pergi kedai brother itu lah. nasib baik kali ini bukan sebab nak format lagi. kalau tak aku tak tahu betapa malu nya aku kena tanggung, sebab asyik datang format netbook je...

assignment datang lah lambat2 sikit. buat masa ini aku belum boleh layan tau... sebab word tak berfungsi lah. itu sangat penting bagi budak penulisan macam aku. kalau tak ada itu, nak buat assignment guna apa? One Note tak boleh lah, sebab features tak sama. betul2 perlukan microsoft word ini...

Plant Vs Zombie dah sampai level 5 dah... (baru sampai 5). sebab aku tak 24/7 main game, jadi progress agak lambat sikit. sebab aku tak nak ketagih macam sesetengah orang yang main game. kalau boleh tak nak lah ketagih... tapi masa depan aku tak tahu.

pening ni... sebab malam tadi luangkan masa kat sekitar taman tasik shah alam, jadi tidur kejap2 je. pasal malam tadi? tak ada jumpa apa2 yang impressive pun kecuali bila kitorang sampai masjid sekitar subuh. ada perasaan yang lain kat situ. rasa camne? pergilah sendiri, boleh lah cuba rasa gak. rasa itu patut rasa sendiri, sebab kalau aku cerita pun cerita tu takkan sekuat korang rasa sendiri.

ok. salam.

Monday, May 30, 2011

tak sengaja

aku minta maaf kalau kamu rasa aku kerek, angkuh, berlagak, besar kepala dmm (dan macam-macam).
aku tak boleh kata apa2, aku tak nak nafikan semua itu...
cuma aku mintak maaf.

kalau boleh aku nak kamu faham, semua itu tak ada kena-mengena dengan apa2 pencapaian. memang itu (dah lama) ada dalam diri aku. cuma belakangan ini tak berapa kelihatan sebab aku cuba buat perubahan. cuma sekarang mungkin telah tiba2 terkeluar lagi. itu lah yang aku takutkan. itulah yang jadi bila aku mula berkata-kata. semuanya kerana kata-kata...

aku minta maaf, kawan-kawan.

*aku patut lebih diam...

Sunday, May 29, 2011

tulis...

dulu masa aku masih kecil, cikgu kata...
tulislah diari...

lepas itu masa aku dah besar sikit, aku baca majalah dan jumpa...
tulislah diari...

dan sekarang, ayah AGI kata...
tulislah hari-hari.

aku rasa, cikgu suruh tulis diari dulu sebab tak nak budak2 kecil itu pendam. sebab mereka kecil lagi, pendam perasaan sangat mudarat bagi mereka. semua itu akan tinggalkan kesan pada mereka. pengaruh pada peribadi mereka. dengan tulis diari, sekurang-kurangnya mereka belajar meluah.
dalam majalah aku jumpa kesan tulis diari dari aspek saintifik. tulis diari boleh mendorong perkembangan... paling simple, perkembangan dari segi bahasa dan ideologi. tulis diari dalam bahasa asing sangat membantu. kalau biasakan tulis dengan bahasa inggeris, boleh dorong improvisasi dalam bahasa inggeris. kalau mampu tulis bahasa arab, improve bahasa arab lah! (mampu...?)
kalau dalam bahasa melayu, nak kata mendorong perkembangan dalam penggunaan bahasa melayu itu agak susah lah (sangat susah kot...) sebab orang tak menulis diari dengan bahasa baku... ini lah yang slack sikit. sebab bahasa melayu sekarang dah banyak divariasikan dengan kreativiti sendiri yang lagi banyak mencacatkan bahasa. aku kat sini bukanlah sebagai pencinta bahasa melayu, tapi aku cakap ini sebab aku hormati bahasa melayu. tapi memandangkan kesedaran itu bukan dalam fikiran setiap orang sekarang, lagi2 sasaran yang aku target untuk diajak tulis diari ini dari golongan muda-muda (sebab aku orang muda), memang sah-sah lah kalau tulis diari tak guna bahasa melayu baku - mungkin sebab ada yang anggap skema. tapi tak kisah lah. bukan tak kisah langsung, tapi untuk peringkat awal, tak apa lah. sebab tulis diari guna bahasa melayu yang tak sempurna pun dapat membantu juga...
cuma bukan dalam aspek bahasa lah, tapi ideologi.  

tulis lah bila terfikir, dan fikir lah apa tertulis.

     caranya mudah... bila kamu terfikir sesuatu, ambil pensel dan tulis atas kertas. dah tu, cuba baca balik apa yang ditulis itu. daripada apa yang kamu baca daripada apa yang kamu tulis tadi, tuliskan apa yang kamu terfikir pasal tu. senang, kan?
apa sebab nak buat macam ini? rasional nya... kadang2 kita tak tahu apa yang kita fikir. kadang2 kita tak sedar apa yang kita tulis. kadang2... apa yang kita tulis itu sebenarnya ada nilai. bila dah tulis dan baca balik, baru kita terfikir sesuatu. benda yang kita pun tak sangka akan fikir. dah macam itu, boleh lah latih diri untuk berfikir. baru fikiran berfungsi. tak lah fikiran itu mati.

ayat aku mungkin tak sempurna tapi kadang2 berguna.

kadang2 aku pun tak jangka boleh terkeluar ayat2 yang bila aku baca balik, aku rasa cambest. tak sangka aku reti buat ayat2 yang tak biasa aku buat macam itu (tak kisah lah kalau org nk kate bende tu biase, diorg ape tau... asalkn aku suke). tapi bila fikir balik, semua nya sebab aku teruskan menulis. bila fikir balik baru sedar, itu semua ilham yang datang tanpa sedar. kalau aku tak tulis, mungkin ke aku jumpa ilham tu... ?

*uh... lupe plak. yang penting, tulis dari hati... 

tulislah apa yang betul2 korang nak tulis. paling kurang pun mesti ada seorang yang akan hargai itu - korang sendiri. elak(jauh2)kan tulis apa yang korang rasa orang nak baca... sebab itu takkan ke mana - ni pesan seorang pensyarah aku (aku yg amek diploma penulisan).

ok, salam aman dari aku...