salam.
hari ini mari cerita pasal membaca. sebelum itu aku nak minta maaf kalau aku bawa idealistik2 yang bagi kalian mengarut. aku cuma mahu kongsi dan ajak kalian berfikir semula perihal ini. aku tak paksa sesiapa pun terima pandangan aku, tapi harap kita tak perlu saling cantas mencantas sesama kita. macam2 mana pun, perkongsian kalian dialu2kan juga lah... sebab mungkin aku dah terlepas pandang beberapa perkara semasa menilai.
sebentar tadi sebenarnya aku sedang membaca, bila mana tiba2 datang satu pemikiran yang aku sendiri tak jangka. buku yang aku baca berbentuk psikologi, mungkin itu mempengaruhi. aku baca dengan motif menambah ilmu. macam yang kita tahu selama inilah, buku itu sumber ilmu. tapi tiba2 terlintas dalam fikiran aku, apa yang dinyatakan dalam buku itu... macam mana kalau ia pengaruhi cara aku berfikir?
begini... kalau selama aku hidup sebelum ini aku berfikir dengan cara sendiri. aku fikir apa yang aku fikir. aku nilai perkara sekeliling dengan cara tertentu, sedang orang lain nilai dengan cara tertentu yang mungkin berlainan dengan cara aku. mungkin setakat ini aku masih mempunyai kebebasan berfikir (tapi aku nk tegaskn di sini, aku bkn seorg free thinker). kebebasan berfikir adalah aku masih berfikir dengan pemikiran aku, bukan pemikiran orang lain. berpendapat dengan pandangan aku, bukan pandangan orang lain. dan menilai dengan piawai aku, bukan piawaian orang lain. bermakna aku masih berfikir dengan pemikiran aku.
bila membaca aku akan terjumpa dengan perkara2 baru, pasti, kerana membaca itu sendiri jambatan ilmu, sumber ilmu jadi di situ aku akan temu hal2 baru. hal2 baru itu lah... bila membaca, apa yang kita baca itu adalah apa yang penulis fikir, adalah tanggapan penulis itu sendiri, adalah cara penulis itu menilai. mungkin sebenarnya aku pun boleh punya pemikiran sendiri (b'kenaan hal yg sama) yang mungkin sekali berlainan dengan apa yang penulis itu fikir - kerana fikiran manusia berbeza2. tapi disebabkan aku masih belum hadapi hal yang penulis ceritakan, fikiran aku b'kaitan hal itu kosong. gelas yang kosong pun mudah terisi. jadi aku takut gelas fikiran aku terisi dengan fikiran orang lain. kesannya, bila dalam realiti aku bertembung dengan hal yang aku dah pun terbaca dalam buku itu, aku akan menilai situasi dengan cara penulis itu nilai, tanpa sedar mengetepikan penilaian aku sendiri. pernah kalian hadapi perkara ini? Wallahu a'lam.
bila berlaku perkara sebegini, ada pula positif negatif sebenarnya, itu aku tak nafikan. mungkin ada yang terfikir, "baguslah... sekurang2 nya kita tahu macam mana nak tangani perkara itu sebab dah ada pengetahuan.". tapi entah kenapa aku terfikir, "habis tu macam mana dengan perkembangan otak?". ni sebab bila kita hadapi masalah dan kita berfikir, proses itulah yang mematangkan pemikiran kita. mungkin akan jadi lebih sukar bagi kita kerana tak ada pengalaman, tak pula ada pengetahuan (sbb tak baca kat mana2). tapi sekurang2 nya kita dapat latih otak untuk berfikir dan generate idea yang akhirnya akan temukan kita dengan inisiatif2 yang berpotensi selesaikan perkara itu. berbanding dengan kita terus guna inisiatif yang kita tahu, yang kita peroleh hasil dari pembacaan sebelum2 nya. kita tak bersusah payah cari solusi. jadi...
cuba... jika ada dua orang kanak2 yang sudah belajar asas metematik - tambah tolak, suruh mereka duduk bersama. suruh salah seorang dari mereka (A) yang minat membaca, untuk baca buku tambah tolak matematik. yang dalam nya ada tulis sifir tambah yang susah bagi tahap mereka, contoh 200+1 = 201, 200+2 = 202, 200+3 =203, dan seterusnya. seorang lagi (B) tak payah baca. lepas itu bagi mereka soalan2 yang jawapannya ada dalam buku itu. dengan gunakan tekanan yang sama bagi kedua-dua kanak2 itu untuk selesaikan soalan2 matematik itu (contoh kalau dapat jawap dan jawapan betul boleh dapat coklat), fikir...
1-berapa peratus kemungkinan (A) rujuk pada buku tadi memandangkan dia tahu dalam buku itu ada jawapan bagi soalan2 itu, dan tahu pula jawapan itu di halaman mana? berapa peratus kemungkinan (B) rujuk pada buku memandangkan dia tidak buka pun buku itu sebelumnya kerana tidak minat membaca?
2-bagi (A) yang tahu di mana dia boleh peroleh jawapan, berapa peratus kemungkinan yang dia akan gunakan cara kiraan matematik untuk dapatkan jawapan? bagi (B) yang tak tahu adanya jawapan dalam buku itu, berapa peratus kemungkinan pula dia akan gunakan cara kiraan matematik untuk dapatkan jawapan?
jadi... memanglah cara mudah dah ada. jawapan dah ada depan mata, buat apa susah2 kira macam budak (B)? tapi cara mana antara kedua, yang boleh tambahkan tempoh valid ilmu yang kita ada? memanglah guna cara mudah itu jimat masa, tapi selama mana ia boleh diguna?
di sini bukan aku nak kata tak minat membaca itu lebih baik. cuma nak kata tak semestinya yang tak minat membaca itu lebih tak baik. kita ada cara masing2. orang lain pun macam itu. kalau rasa kita lebih baik dengan membaca, tak boleh juga kata mereka yang jarang membaca itu tak sebaik kita. bahkan mereka MUNGKIN lebih baik. mereka pun belajar untuk hidup, cuma mungkin bukan dengan cara yang sama macam kita. jadi mari kita betulkan tanggapan.
kira2 dah panjang ini. kenapa aku boleh punya fikiran macam ini, aku pun kurang pasti. mungkin kerana cara aku fikir lain sikit (tak bnyk pon). atau mungkin kerana aku malas membaca. atau mungkin kerana kemungkinan2 yang lain juga... cuma aku nak kata, perihal pendapat kita, betul atau salah bukan masalah. semua orang boleh punya pendapat sendiri tapi kita masih boleh berkongsi. tak semestinya perlu terima kalau kita sangsi.
jadi sampai sini saja dulu. ada masa aku tulis entri lagi... :-)