Sunday, April 21, 2013

.PERISAI.

Sekumpulan lelaki dengan baju biru bertulis PERISAI di belakang.

Tadi aku makan dengan kakak dan kawan dia kat food court seksyen 2, Shah Alam. Habis makan kami ke kereta. Aku kena jadi pemandu. Mula-mula elok hidupkan enjin, pakai tali pinggang dan dengan konfiden aku masuk gear. Kereta kancil kakak aku auto, jadi nak masuk gear pun senang...pilih D atau R je. Tapi sebab hati tengah galau, aku masuk gear D sedangkan aku nak undur. Parking tadi pun menghadap divider, jadi sah-sah kena undur, kan? Aku nampak aku masuk gear D, tapi otak aku arahkan kereta ni untuk reverse. Jadi aku agak pelik bila aku lepaskan brek, kereta ni maju ke depan, perlahan. Maka aku tekan minyak sebab ingatkan kereta ni ke depan sebab kawasan tu tak rata, konon-konon kereta tu ke depan sebab turun bukit. Sebab aku tekan minyak tu, lagi lah kereta tu laju ke depan. Bumm! Langgar divider. Habislah aku.

Bila fikir-fikir balik apa masalahnya, baru aku dapat fikir dengan waras, baru aku sedar aku salah masuk gear sebenarnya. Galau nya sampai benda basic macam ni boleh hilang entah ke mana. Bonet tak kemek sebab aku langgar divider tu, impak nya setakat kat bawah-bawah tu je la. Tapi tu lah masalahnya, impak nya kat bawah-bawah tu. Ceritanya, bahagian depan kereta kancil kakak aku tu dipasang besi penghadang - yang sangat membantu bila kereta tu dengan sengaja atau tak, merempuh apa-apa. Kira besi tu kurangkan impak kat bonet depan tu lah. Tapi dalam kes ni, bahagian bawah besi tu ternaik atas divider yang aku langgar tadi, tersangkut. Jadi kalau aku reverse macam mana pun, tak boleh escape. Tersangkut sudah. Matilah aku.

Kakak aku dengan kawan dia dah keluar kereta. Aku terkulat-kulat fikir macam mana nak lepaskan ni. Kenapa lah. Tengah galau + galau tu, ada seorang budak 'perisai' tengok. Dia yang mula-mula jalan ke depan, pusing dan patah balik pergi kat tempat kengkawan dia lepas tengok kami. Kengkawan dia tu ada kira tak jauh jugak la dari tempat kami parking, jadi bila dia orang gelak melampau-lampau, memang boleh dengar. Dalam hati ni, kurang ajar kau gelakkan...datang la sini tolong. Tapi dalam hati je lah, luaran nya tu... sabar je lah.

Tak lama lepas bunyi gelak terbahak-bahak yang datang dari tempat budak-budak tu duduk tadi, datang lah dia orang tengok-tengok depan tu. Bincang-bincang sikit, bagi-bagi arahan sikit kat aku yang tengah duduk tempat driver. Lepas tu geng-geng perisai tu datang kerumun depan kereta ni. Dia orang tolong angkat ramai-ramai, nak bagi lepas... aku dari dalam tolong reverse kereta je. Gigih dia orang tolong ramai-ramai, larat pulak tu dengan aku lagi ada dalam kereta tu. Sampai dapat escape. Masa tu baru lah...

Malu tak terkata lah aku ni. Malu gila? Tak... Lagi malu dari malu gila!

Tapi macam mana pun, Alhamdulillah sangat lah...

Tengok lelaki-lelaki yang macam tu, muka tak hensem pun rasa kacak. Tapi aku rasa kalau lepas ni aku jumpa budak-budak perisai tu lagi, aku tak boleh cam pun. Kalau pun muka dah betul-betul depan muka aku, tetap...aku tak rasa aku akan cam. Sebab aku punya short term memory, sedih kan? Tapi tak apalah, sebab short term memory ni lah yang dah protect aku selama ni. Cuma kali ini rugi sikit sebab aku tak kan ingat muka-muka yang membantu tu. Mungkin lepas ni kalau jumpa pun, aku tak kenal kau dan kau pun lagilah tak kenal aku, haha... Tapi yang pasti, aku memang takkan lupa baju biru kau orang yang bertulis 'perisai' tu.

Aku tak tahu apa maksud 'perisai' tu, persatuan ke, team ke, apa ke, ntah. Aku tak tahu dari mana budak-budak perisai tu, budak induk ke, budak luar yang datang event kat induk ke, mana-mana ke, tak tahu. Tapi PERISAI akan ada dalam minda aku terus. Aku simpan baik-baik ni, walaupun tak dapat save muka-muka kau orang tu dalam memori aku. Terima Kasih sangat, eh. Terima Kasih untuk budak-budak PERISAI. :-)

*Tu lah bahana drive masa tengah galau. Moral of the story, elakkan drive kalau tengah galau. Sebab sebelum ni aku rempuh kereta orang pun, sebab drive masa tengah galau. Pengajaran terbaik ni.