Berita terbaru adalah aku melawat narathiwat. Lain-lain cuma hal-hal biasa, ujian-ujian biasa yang selalu sailang hamba. Segala berat hati, sakit rasa, betul-betul buat aku nak bercerita. Cuma aku tak berminat nak bercerita berita terbaru itu, sebaliknya tentang hal-hal biasa yang buat aku sebu. Sampai hati aku jadi beku, otak aku tepu. Aku nak bercerita yang itu.
Aku faham ujian yang datang menyailang hakikatnya cuma bertahap kemampuan aku. Namun hati masih gemar terkesan. Aku faham ujian akan naikkan darjat aku. Namun aku jadi kaku tak tahu apa nak buat. Ujian kuat memaku. Sampai-sampai langkah-langkah yang aku susun satu demi satu dah tak lagi mara. Aku nak lompat lepaskan diri pun tak pernah cukup tinggi. Jadi persoalan sama tu berulang-ulang, apa nak buat. Apa aku nak buat. Akal jadi mati. Tubuh jadi kaku. Aku cuma mahu tidur tak bangun-bangun.
Katanya kalau kau murung jangan sendiri. Banyakkan bersama kawan-kawan. Benar, tapi itu cuma berkesan dengan kawan yang sayangkan kau. Kawan yang biasa selalunya tidak begitu peduli, dan akhirnya kau lebih makan hati dengan kegembiraan mereka saat kau sengsara. Aku fikir mungkin sebab itu Allah ajarkan cara hidup Islam yang berkonsep 'be the best you can be to others'. Supaya saat-saat begini, orang yang hampir sakit jiwa pun mampu rasa lebih baik tentang dunia. Hakikatnya mungkin itu. Tentang dunia itu memang tempat ujian. Tapi siapa yang ada sekeliling kau saat ujian datang itulah yang akan tetapkan bagaimana kau hadapi segala sailangan itu. Jadi saat ni jika aku sedang bersama dengan 'kawan-kawan bergembira', tak patutlah aku harapkan mereka turut serta dalam aku punya sengsara. Yang aku dah tahu ini perlu aku faham. Supaya nanti aku tidak jadi parasit yang persalah-persalahkan mereka yang tidak berkaitan.
Buntu ini. Apa aku nak buat. Masa ini mungkin kalau aku di bangunan pun aku terjun. Kalau di acu M16 pun aku lebih harap ditembak. Kalau di jalanan pun aku lebih harap dilanggar. Kalau di laut pun lebih harap dibawa arus. Janganlah aku mula berkata-kata seperti si atheis, yang sehabis ujian hanya pandai minta mati.
No comments:
Post a Comment