Saturday, February 20, 2016

Tahan.

Lupakan cerita karut aku tentang taktik. Dan sebagai tanda pengecut aku pun hide post tu. Mari move on, ke realiti.

Aku fikir aku perlu keluar bertapa. Aku fikir aku perlu pergi menggua. Kalau dah perilaku aku selalu sakiti orang. Kalau dah kata-kata aku selalu kasari orang. Kalau dah hampir semua tentang aku selalu payahi orang. 

Kesal yang peribadi aku tak semanis orang, runsing yang fikiran aku tak sebaik orang. Khuatir yang fahaman aku tak sebiasa orang. Meski tahu perihal hidup orang semuanya perlu tak sama. Aku cuma nak biasa. 

Dan hakikat yang membaca bawa aku ke dunia maya, aku suka. Cara untuk aku keluar dari dunia yang aku sukar nak terima atau diterima. Walau sedar ada masa aku perlu kembali ke dunia nyata. Tapi separuh hati aku pertahan yang itu jalan derita.

Macam mak selalu kata. Dunia ni memang tempat ujian. Ujian yang kadang aku takut tak dapat nak tahan. 

Wednesday, February 3, 2016

Unik atau palsu.

Aku percaya lagu ada pengaruh tersendiri pada personaliti, pemikiran dan perlakuan manusia. Sebab itu aku 'pilih' lagu apa yang aku benarkan diri aku dengar. Namun tak semua orang percaya benda yang sama.

Terpulanglah, itu hak mereka. Apapun, bila aku keluarkan kenyataan-kenyataan macam "lagu ni tak elok," aku sendiri rasa tak selesa. Sebab bukan semua orang mampu dan mahu terima. Situasinya bila mereka dengar dan nyanyi lagu itu beria, sedang aku diam. Kalau mereka persoal barulah aku nyatakan. Lagu ni tak elok. Kenapa? Sebab lirik dia. Sebab maksud dia. Sebab pengaruh dia. Sedang bagi mereka, "lagu je pun..."

Bagi mereka itu cuma lagu, tapi bagi aku itu lebih dari yang kita sangka. Entahlah, bagi aku semua perkara adalah lebih rumit dari yang kita sangka. Lagu bukan sekadar lagu. Filem yang kita tonton, hubungan, hadiah, cara, gaya, kata-kata, segalanya adalah simbolik, ada makna. Cuma seperkara yang aku bimbangkan. Mungkin aku yang lebih rumit dari segala perkara yang aku sangka itu, hahaha. Pemikiran buat aku jadi rumit. Dan semakin aku berfikir, semakin aku merumit.

I guess I'm suffering from overthinking. Sebabnya aku sendiri tak faham segala fikiran ini, dan bila dah terlampau banyak perbezaan dengan orang lain yang nampak lebih biasa atau normal, aku sendiri jadi tak pasti kalau semua yang aku fikir itu benar. Kadang aku jumpa orang yang hadapi benda sama, aku jadi overwhelmed sebab akhirnya aku mampu fikir yang itu biasa. Aku cuma nak biasa. 

Aku cuma nak jadi biasa. Rasa biasa. Sebab kadang-kadang aku penat dengan segala perbedaan ni. Walaupun kawan kata itu unik, tapi apalah sangat kebaikan yang 'unik' boleh beri pada aku. Akhirnya aku cuma harapkan biasa, yang nampaknya terlalu palsu untuk aku.

Monday, February 1, 2016

All The Best Untuk Kau Pula.

Dah lama aku cuba sungguh-sungguh uji kesabaran dia. Tapi biasanya dia tetap dengan attitude malas nak layan itu. Jadi aku cuba lagi dan cuba lagi. Nampak macam sengaja cuba buat dia marah. Ada benar. Gedik, mengada, segala kutukan dia aku terima. Cuma ada sedikit kebenaran lain juga sebalik percubaan-percubaan annoying aku itu.

Gara-gara dia dengan aku macam orang asing. Dia dengan aku masih macam bukan saling kenal. Dengan dia aku macam dengan lelaki-lelaki yang aku tak rapat, yang baru kenal atau yang tak sekepala atau yang cuma kawan kepada kawan aku. Tak berani nak bergurau pun. Bila aku cuba bercakap dia jawab sepatah-sepatah. Bila aku cuba bergurau dia senyum pun kaver-kaver, yang aku faham kami tak biasa bergelak ketawa sama. Bila aku cuba buat dia marah dia macam biasa tetap dengan attitude malas nak layan itu. Aku cuba juga lah walau macam mana pun. 

Sampai kali ini aku cuba dengan lebih konsisten. Dari kesempatan pertama, sehingga kedua, ketiga dan seterusnya setiap kali dapat peluang aku buat lagi dan lagi. Aku buat dia annoying. Aku ulang-ulang taktik yang sama yang aku kira sederhana. Cuma aku ulang-ulang dengan sangat istiqamah, hahaha istiqamah dalam usaha buat dia annoying. Biarlah sikit demi sikit dia layankan. Tapi sikitlah. Tak apa, sikit-sikit dulu. Cuma aku masih teruskan, guna konsep yang sama. 

Yang akhirnya berbuah hasil. Yang akhirnya dia tak lagi 'malas nak layan'. Dia bengang, geram, tak kisahlah asalkan tak lagi 'malas nak layan'. Dan akhirnya sekarang dah boleh bercakap macam kawan sendiri, bukan lagi macam kawan kepada kawan aku lagi. Dah boleh bahan membahan, tak lagi ketawa kaver-kaver macam dulu kala. 

Cubaan dapatkan perhatian abang sendiri lepas bertahun akhirnya berjaya. Tengok... usaha tangga kejayaan oh. Kalau kau seorang adik perempuan yang terasing dengan abang sendiri macam aku, ada kawan pernah cakap... "Memang kau yang kena effort, jangan give up sebab benda ni makan masa...". Memang pun, sebab benda ini dia cakap kat aku masa zaman sekolah menengah rendah lagi. Selama itu, kalau nak tahu.