Wednesday, February 3, 2016

Unik atau palsu.

Aku percaya lagu ada pengaruh tersendiri pada personaliti, pemikiran dan perlakuan manusia. Sebab itu aku 'pilih' lagu apa yang aku benarkan diri aku dengar. Namun tak semua orang percaya benda yang sama.

Terpulanglah, itu hak mereka. Apapun, bila aku keluarkan kenyataan-kenyataan macam "lagu ni tak elok," aku sendiri rasa tak selesa. Sebab bukan semua orang mampu dan mahu terima. Situasinya bila mereka dengar dan nyanyi lagu itu beria, sedang aku diam. Kalau mereka persoal barulah aku nyatakan. Lagu ni tak elok. Kenapa? Sebab lirik dia. Sebab maksud dia. Sebab pengaruh dia. Sedang bagi mereka, "lagu je pun..."

Bagi mereka itu cuma lagu, tapi bagi aku itu lebih dari yang kita sangka. Entahlah, bagi aku semua perkara adalah lebih rumit dari yang kita sangka. Lagu bukan sekadar lagu. Filem yang kita tonton, hubungan, hadiah, cara, gaya, kata-kata, segalanya adalah simbolik, ada makna. Cuma seperkara yang aku bimbangkan. Mungkin aku yang lebih rumit dari segala perkara yang aku sangka itu, hahaha. Pemikiran buat aku jadi rumit. Dan semakin aku berfikir, semakin aku merumit.

I guess I'm suffering from overthinking. Sebabnya aku sendiri tak faham segala fikiran ini, dan bila dah terlampau banyak perbezaan dengan orang lain yang nampak lebih biasa atau normal, aku sendiri jadi tak pasti kalau semua yang aku fikir itu benar. Kadang aku jumpa orang yang hadapi benda sama, aku jadi overwhelmed sebab akhirnya aku mampu fikir yang itu biasa. Aku cuma nak biasa. 

Aku cuma nak jadi biasa. Rasa biasa. Sebab kadang-kadang aku penat dengan segala perbedaan ni. Walaupun kawan kata itu unik, tapi apalah sangat kebaikan yang 'unik' boleh beri pada aku. Akhirnya aku cuma harapkan biasa, yang nampaknya terlalu palsu untuk aku.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. "Lagu bukan sekadar lagu"
    saya sangat setuju huhu. Ia beri effect. Based on the lyrics. Even kita tak faham.

    I was a person that sparsely dengar lagu jiwang. Memang jarang or tak dengar langsung. Dan hati ni pula bukan jenis minat bercinta. Kebetulan or effect huhu

    Saya banyak dgr lagu yg bersemangat or menyesal dgn sin dan hidup. Kadang2 tu yg asyik fikir mati huhu. kebetulan or impak lagu?

    "I guess I'm suffering from overthinking."
    Memang susah kalau overthinking huhu

    BTW nice to meet u and have Good Fate!!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice to meet u too and because of people's prayer (including u) i believe i've been blessed with good fate now.

      Genre2 lagu yg macam yg awak dengar tu good enough to nurture good faith ok, so keep loving what u love.
      Lagu jiwang tak dengar pun takpe, haha.

      Thanks again for reading.

      Delete