Aku memang pelik sikit.
Con nya senarai kawan aku tak sampai lah beribu-ribu.
Pro nya senang aku tapis senarai kawan aku. Cuma yang berani hadap kepelikan aku je yang approach dan jadi kawan aku.
Either way, aku bersyukur aku pelik sikit. Meski kebanyakan masa aku rasa terasing. Dari komuniti, masyarakat, kumpulan, hm... aku pun tak pasti kami diasing dan dimasukkan dalam komuniti berdasarkan apa. Tempat asal usul ke? Entah.
Jadi manusia pelik sikit, hidup kau takkan mudah. Tapi semuanya atas kau jugak, macam mana nak hadap. Sekarang aku tengah neutral, jadi aku ok. Sesetengah masa, aku rasa macam nak gila. Nak adapt dengan masyarakat tak sepatutnya susah mana, cuma bila kau tak macam kebanyakan ahli masyarakat, kau akan faham apa yang susah sangat. Masa tu kau sendiri pun susah nak faham.
Just... get hold of yourself. At certain times, you're allowed to hate yourself, despise yourself, loath yourself, cry your eyes out, get insane, but right after that... make sure you get up. Get hold of yourself. Because nobody else will. It's just you. You and only you. The reason to get up? Just so you could help others out, help them to stand back on their feet. Remember that.
Jadi manusia pelik. Kau terasing.
Ada yang anggap kau saingan kuat tapi kau jangan punya tanggapan sama.
Sebab kau bukan orang lain. (Sebab itu kau pelik sikit).
Kau akan terasing sebab kau tak mahu pandang cara mereka.
Kau akan sendiri sebab kau tak mahu terikut cara mereka.
Cara mereka yang bertentang dengan kemanusiaan kau.
Jadi manusia pelik. Kau luar kawalan.
Ada yang anggap kau ancaman tapi kau jangan tertipu dan ikut percaya.
Sebab kau tahu diri kau. (Kau pelik sikit).
Kau bukan ancaman tapi kau kawan.
Kau kena pertahankan meski mereka lancar serangan.
Pertahankan hakikat kau kawan bukan lawan.
Jadi manusia pelik. Kau dalam kekeliruan.
Ada arus yang kau lawan saat kau cuba berdiri tegak tapi kau harus nekad.
Sebab kau ada yang jaga.
Kau tahu dengan yakin kau akan terus terpelihara.
Kau tahu kuasa sebenar bukan atas dunia.
Dunia tak lebih dari persinggahan.
Jadi, ini hadiah aku untuk semua 'manusia pelik' di seluruh dunia.
Kau memang pelik, tapi bukan aneh.
Kau unik. Falsafah kau tersendiri.
Jangan kau cemar dengan apa pun.
Kita mungkin sama pelik. Dengan cara sendiri.
*Tinggalkan emel kalau kau rasa kau manusia pelik. Aku teringin nak buat kawan.
No comments:
Post a Comment