lame dah tak menulis di blog. sebab banyak menulis untuk assignment. syukurlah setakat ini selesai dah...
untuk
 semester depan dan seterusnya, banyak lagilah yang belum selesai. tapi 
tak rasa nak fikir sekarang, tengah kabur lagi memandangkan baru lepas 
dari komitmen jangka masa pendek ini. jadi sekarang nak fikir pasal cuti
 dulu...
cuti ini apa nak buat? macam mana nak buat? apa boleh buat? betul ke nak buat?
kalau
 fikir pasal cuti memang tak akan habis. jadi perhatian teralih pada 
sesuatu yang kononnya boleh jadikan cuti ini berharga. harga gaji. 
nilainya terdapat pada berapa banyak wang yang mampu diperoleh sepanjang
 cuti. nilai cuti semester universiti jadi begini. setidak-tidaknya pada
 aku, sekurang-kurangnya adalah aku. dan mungkin di luar sana ramai lagi
 yang meletakkan nilai cuti semester begini.
hatta seminit yang lepas pun aku masih berfikiran sebegitu. betul... betul-betul sempit fikiran aku.
beria-ia
 aku cari apa yang aku boleh buat untuk jadikan cuti aku tidak kosong. 
dalam banyak-banyak cara, aku pilih duit untuk isikan ruang kosong 
sepanjang cuti aku. aku faham ada sesetengah pihak yang perlukan 'duit 
musim cuti' untuk tampung perbelanjaan yang pelbagai. tapi tujuan aku 
untuk kerja sepanjang cuti, lain... bukan kerana aku PERLU duit sangat 
pun. cuma kerana aku MAHU duit. mungkin sekali sebab aku fikir duit 
adalah benda yang paling menjamin ketidak-kosongan masa yang aku ada 
menjelang cuti semester. tapi benarkah mentaliti aku ini?
fikirkan
 balik sebab-sebab aku nak kerja masa cuti. selain sebab aku tak mahu terus tidur di rumah, selain sebab aku tak mahu kebiawakan di rumah, 
selain sebab aku tak mahu kekaratan di rumah. emm... setakat ini aku 
rasa alasan-alasan ini boleh diterima. daripada aku kemalasan di rumah, 
dan seterusnya terbawa-bawa ke semester yang mendatang, lebih baik aku 
buat sesuatu yang mendatangkan manfaat. aah... lagi sekali aku 
mendefinisi 'manfaat' itu sebagai duit. lebih baik aku buat sesuatu yang
 mendatangkan duit. kenapa aku suka sangat anggap duit itu manfaat 
terbaik? 
