Monday, September 19, 2011

cuti sem lagi

lame dah tak menulis di blog. sebab banyak menulis untuk assignment. syukurlah setakat ini selesai dah...

untuk semester depan dan seterusnya, banyak lagilah yang belum selesai. tapi tak rasa nak fikir sekarang, tengah kabur lagi memandangkan baru lepas dari komitmen jangka masa pendek ini. jadi sekarang nak fikir pasal cuti dulu...

cuti ini apa nak buat? macam mana nak buat? apa boleh buat? betul ke nak buat?

kalau fikir pasal cuti memang tak akan habis. jadi perhatian teralih pada sesuatu yang kononnya boleh jadikan cuti ini berharga. harga gaji. nilainya terdapat pada berapa banyak wang yang mampu diperoleh sepanjang cuti. nilai cuti semester universiti jadi begini. setidak-tidaknya pada aku, sekurang-kurangnya adalah aku. dan mungkin di luar sana ramai lagi yang meletakkan nilai cuti semester begini.

hatta seminit yang lepas pun aku masih berfikiran sebegitu. betul... betul-betul sempit fikiran aku.

beria-ia aku cari apa yang aku boleh buat untuk jadikan cuti aku tidak kosong. dalam banyak-banyak cara, aku pilih duit untuk isikan ruang kosong sepanjang cuti aku. aku faham ada sesetengah pihak yang perlukan 'duit musim cuti' untuk tampung perbelanjaan yang pelbagai. tapi tujuan aku untuk kerja sepanjang cuti, lain... bukan kerana aku PERLU duit sangat pun. cuma kerana aku MAHU duit. mungkin sekali sebab aku fikir duit adalah benda yang paling menjamin ketidak-kosongan masa yang aku ada menjelang cuti semester. tapi benarkah mentaliti aku ini?

fikirkan balik sebab-sebab aku nak kerja masa cuti. selain sebab aku tak mahu terus tidur di rumah, selain sebab aku tak mahu kebiawakan di rumah, selain sebab aku tak mahu kekaratan di rumah. emm... setakat ini aku rasa alasan-alasan ini boleh diterima. daripada aku kemalasan di rumah, dan seterusnya terbawa-bawa ke semester yang mendatang, lebih baik aku buat sesuatu yang mendatangkan manfaat. aah... lagi sekali aku mendefinisi 'manfaat' itu sebagai duit. lebih baik aku buat sesuatu yang mendatangkan duit. kenapa aku suka sangat anggap duit itu manfaat terbaik?

No comments:

Post a Comment