salam.
baru lepas usha2 facebook. tapi jangan salah faham, aku usha je, tak buat pon. buat aku terfikir balik, kenapa aku tak buat facebook? hm... isu yang kalau didebatkan pasti akan punya sangat banyak input. jadi tak payah lah. cukup lah dengan aku kata aku berminat tapi aku tak mahu.
habis mengusha aku ke blog ini. masih macam dulu... tak pasti bila aku akan tukar design tapi tak apa lah, memandangkan aku pun tak berminat nak buat. usha2 facebook tadi, aku terjumpa gambar perkom. perkom zaman aku pelatih kesatria dulu. dan sekarang dah sampai musim perkom lagi. kompeni lain dah mula latihan. tapi kompeni aku masih tertunggu-tunggu. sebab yang sebenarnya pun aku tak dapat kenalpasti. memandangkan aku pun tak mampu sangat nak masuk campur walau aku berminat hulurkan tangan ringankan beban. aku cuma tunggu mereka yang sedang menunggu.
akhirnya bagi aku... biarlah mereka dengan apa yang mereka rancang.
Meeting kompeni juga, biarlah mereka dengan apa yang mereka sibukkan.
aku mahu ketepi soal kompeni, boleh?
dan aku boleh move on dengan soal tae kwon do. 17dis mendatang akan ada grading. D UiTM Puncak Alam. kali ini aku akan ke Puncak Alam tanpa urusan komander, cuma urusan tae kwon do. dan aku suka itu. semester lepas aku terlalu banyak mengahabiskan masa dengan hal komander, jadi mungkin semester ini aku patut ketepi sebentar. ada masa aku pun boleh lelah dengan apa yang aku lalui. jadi aku perlu masa untuk melepaskan lelah itu. maaf kalau ini kedengaran macam satu rungutan. maaf saja.
lagi aku blogwalking dan terjumpa blog farissyedamin.blogspot.com yang bagi aku ada point. tapi sayang dah ditinggalkan. entri terakhir pun 2010 kalau tak silap. padahal entri-entri yang ada buat aku yang memang berminat dengan travels rasa nak cuba. mungkin hentinya dia atas sebab-sebab kekangan masa. mungkin. setakat ini info2 itu agak membantu dan aku dah rasa macam nak mula. tapi tetap... kena tunggu masa. masa duit cukup dan masa dapat kawan yang berminat. percaya atau tak, aku susah nak jumpa kawan yang berminat dan mungkin berani. tak apalah... pasti akan ada nanti.
sementara itu... harap aku dapat terus usaha. sekarang rasa macam aku dah mula nak mengalah. mengalah dengan semua yang buat aku lelah.
sementara itu... harap aku dapat terus usaha. sekarang rasa macam aku dah mula nak mengalah. mengalah dengan semua yang buat aku lelah.
No comments:
Post a Comment