Sunday, November 6, 2011

salam...

bila kira-kira hari-hari, aku perasan aku makin bangga diri. atas semua yang aku baru temui, atas segala yang aku baru terokai, aku rasa hidung aku jadi makin tinggi. padahal, tak sepatutnya jadi macam ini...

sebelum ini aku ada prinsip, dan hidup dengan prinsip... lagi-lagi untuk cuba survive dalam dunia komander. satu prinsip yang mungkin tak sama dengan sebahagian orang yang suka merebut peluang. satu prinsip, yang mana dah banyak mengajar aku erti sabar. prinsip yang mungkin datangkan tanggapan yang macam-macam bagi mereka yang tidak faham. bahawasanya aku tak mahu jadi orang yang rebut peluang... tapi memadai dengan aku kutip setiap peluang yang datang. bagi aku (sahaja), tak perlu lah aku nak kejar dan rebut peluang yang orang lain rebutkan. apa beza rebut peluang dan kutip peluang? beza sangat... rebut peluang itu bilamana, walau ramai orang yang mahukan peluang itu, aku tetap mahu peluang itu juga. tapi kutip peluang pula konsepnya beza... kutip peluang adalah bilamana tak ada orang yang mahu peluang itu, dan mereka campakkan atau biarkan dan tidak memandang walau dengan sebelah mata. akhirnya cuma tinggal aku, dan beberapa orang yang lain... itu asalnya yang aku mahu. aku mahu apa yang mereka tak mahu. aku mahu manfaatkan apa yang bagi mereka tak bermanfaat. aku mahu yang itu, mahu peluang yang macam itu. dulu memang hanya itu yang aku mahu. tapi apa yang jadi sekarang...?  aku dah rasa makin lain... aku tak sedar tapi dah mula rasa besar. aku tak sebut tapi dah mula merebut. orang mahu atau tak mahu aku tetap mahu. bagi aku ini satu tanda... tanda aku dah mula hilang prinsip, yang selama ini aku pegang, yang selama ini aku jaga, prinsip yang buat aku terus terpelihara...
... terpelihara dari indah khabar dunia semata.

apa yang nak dikejar pada apa yang orang kejar? patut tanya semula pada diri, apa sebenarnya yang aku mahu, asalnya. apa sebenarnya yang aku harap, asalnya. apa sebenarnya yang aku nak jaga, asalnya. macam mana hidup ini aku nak bentuk, asalnya. sebab bila dah asyik tersua dengan apa yang dah diolah, aku nampaknya makin lupa dengan apa yang asal... dengan kemungkinan untuk ada yang ingatkan aku perihal yang asal adalah 0.01%, aku memang akan lupa diri bila aku mula lupa. harapan untuk aku diperingatkan adalah pada diri sendiri memandangkan cuma aku yang tahu asal aku. cuma aku yang tahu niat asal, dan hampir semua perihal asal... sebab asal itu asal aku.

fuhh... mengeluh. tak suka keluhan. tapi ada masanya, bila sampai masa-masa sebegini aku sendiri pun ter'mengeluh. aku tak tahu apa cara untuk selalu ingat asal-usul. aku tak tahu apa cara untuk selalu waspada dengan bisik-bisik syaitan lagi-lagi dalam rupa pujian. ini... aku pernah terdengar, pujian antara laluan syaitan. laluan untuk selinap masuk ke dalam hati, aku kira. percaya tak? kalau tak... fikir-fikir lah macam mana melalui pujian, syaitan boleh selinap masuk dalam hati manusia yang mulia. manusia dijadikan oleh Allah sebagai semulia-mulia makhluk, sangat rugi kalau kemuliaan itu dijatuhkan serendah taraf syaitan cuma kerana bangga... tapi itulah yang hari ini merantai hati hamba-hamba Ilahi, termasuklah diri aku sendiri.

No comments:

Post a Comment