Salam, & Hi there.
Hari ni, lepas berhari-hari berbulan-bulan aku fikirkan, datang satu orang tanya aku dalam FB. "Kau ni Pijo yang mana? Aku tak pernah kenal pun..."
Sebab nama aku dalam FB macam tu. Sebab aku buat FB tu untuk keep in touch dengan budak2 diploma dulu, yang memang kenal aku dengan nama tu. Kalau aku contact diorang dan introduce diri aku guna nama F aku, sungguh diorang penat mikir siapa. Sebab aku pernah dengan tak sengaja bagi intro macam tu, memang terpaksa aku cerita panjang lebar nak ingatkan dia, aku ni yang mana. Dan akhirnya dia kata "Oh, Pijo?!"
Aku pun... 'Damn, macam mana lah aku boleh terlupa...'
Itulah serba sikit pasal FB. Dan hari ni, bila budak kelas degree tanya aku Pijo yang mana, macam mana nak jawap pun aku tak tahu. Nak mengaku nama F, tak nak kantoikan FB ni. Nanti diorang add dan aku tak approve kecik hati pulak. Lagipun memang aku tak add sangat lagi budak2 degree. Takut nanti aku galak main FB, komen sana sini tak kawal2 dah. Macam sekarang, aku masih kawal sebab nak keep the identity hidden. Tak boleh bayangkan kalau aku dengan bebas nya guna FB tanpa kawalan.
Dan pasal budak tadi, lepas aku fikir punya fikir nak bagi jawapan selamat jenis macam mana, akhirnya... 'lantak kau lah.' Aku jadi malas nak kisah. Asalkan aku stay hidden. Muahahaha...
Jadi maaf lah kalau aku tak approve. Macam yang aku selalu kata lah, aku tak nak leka sangat pulak nanti. Sekarang ni pun dah leka selalu. Hari tu dah elok deactivate, reactivate sebab info2 banyak dalam grup. Serius banyak. Aktiviti pun banyak promote dalam grup UMT. Nak cakap terpaksa, memang terpaksa reactivate tapi tak ada orang paksa aku main FB lama2 pun, tapi memang itu yang jadi.
Jadi sekarang, aku risau lah... takut makin ramai pulak yang buat isu siapakah empunya FB pelik ni sebenarnya.
No comments:
Post a Comment