Tapi tiba-tiba baru-baru ni aku termakan racun lagi. Racun pemikiran. Yang buat segenap tubuh badan aku tanggung kesannya sekarang. Pernah dengar tak... "If you judge a fish by its ability to fly, you'd kill him?". Benda-benda macam tu lah.
Mampu aku buat sesuatu, bukannya sesuatu yang aku buat sekarang. Kerana itu aku jadi pemalang. Screw up sana sini. Sampai bila pun tak pasti. Tapi kalau fikir lama, wujud aku kat sini cuma sekadar untuk jadi loser kah? Kau tahu kah rasanya jadi loser...
Kenapa. Bila kau tengok orang boleh senang hati macam tak akan mati. Bila kau tengok orang boleh buat sewenang-wenang macam tak akan pulang. Bila kau tengok orang boleh pergi macam tak akan kembali. Bila kau tengok orang boleh buat itu ini sedang kau masih berdiri kira satu per satu konsekuensi.
Kau nak merokok tapi takut rosakkan jantung. Kau nak hisap dadah tapi takut rosakkan badan. Kau nak fanatik kpop tapi takut rosakkan pemikiran. Kau nak fanatik barat tapi takut rosakkan kepercayaan. Kau nak bergaduh tapi takut rosakkan kebaikan. Kau nak bertumbuk tapi takut rosakkan keperibadian. Kau nak kejar duit tapi takut rosakkan prinsip. Kau nak terjun laut tapi takut mayat tak diterima bumi.
Jadi... ini semua apa? dan bila aku sedar, aku yang tentukan samada ini sejenis ketakutan atau pemeliharaan.
Tapi masih... nak anggap ini benar-benar pemeliharaan, takut itu kekaburan.

No comments:
Post a Comment