Sunday, October 30, 2011

terduga.

macam mana nak cakap, eh... sekarang dah rasa lain macam balik. rasa yang menakutkan itu dah datang balik. bukan rasa takut... tapi satu rasa yang buat aku rasa takut, dah datang balik.

rasa itu susah nak dicerita. tapi datang tanpa sangka. tiba tak dijangka. rasa itu, kali ini datang dua sekali gus. buat aku rasa takut. rasa ini cuma permainan kali. cuma satu persinggahan dalam hati. sampai masa dah pasti akan pergi. kejap lagi pun boleh berubah hati. dari rasa ini lah aku nak lari.

macam yang sebelum-sebelum nya, aku harap boleh tinggalkan dengan mudah. tapi tahap emosi aku diuji makin tinggi, meningkat mengikut usia hari. sampai ini, tahap dah hampir ke tahap yang aku paling ngeri. kini mungkin dah sampai satu atau dua tahap sebelumnya. tahap yang mana hati aku peduli, yang mana aku akan berfikir seribu kali sebelum lari. akan terfikir lebih baikkah aku lari? takut aku akan terlintas untuk tidak lari... sedangkan selama ini lari dah banyak kali selamatkan aku.

rasa ini yang akan buat hidup aku berubah. mungkin cara aku juga akan berubah. pemikiran, kepedulian, kematangan, keutamaan... semua ini juga mungkin terubah. cuma aku tak pasti positif negatif nya. itu yang buat aku takut. akan sangat menjelekkan kalau perubahan itu ke arah yang negatif, kerana itu aku sebolehnya lari. kalau positif pula, mungkin ada bagusnya tapi sampai bila? sedangkan rasa itu sendiri pun aku yakin pasti akan hilang. sejauh mana pula perubahan positif yang datang dengan rasa-yang-akan-hilang akan bertahan? kalian rasa...

habis. sekarang aku dah balik puncak pun. dan macam biasa, rasa-rasa yang pernah ada itu akan pergi dalam masa beberapa hari. aku cuma perlu beri masa pada diri. dan kali ini tanpa perlu lari, aku dapat jauhkan diri. syukur. sebab dah hampir berakhir rasa itu untuk kali ini. cuma aku masih terkejut dan perlu tenangkan diri kembali.

apa-apa pun yang aku mahu, aku harap boleh kawal diri untuk terima takdir Allah demi masa hadapan aku. untuk satu perkara ini, biarlah 100% Allah yang tetapkan. isu ini tarlampau berat untuk aku, aku tak berani pun nak harap apa-apa. segala kata-kata @ perancangan aku dalam hal yang satu ini tak lebih dari cuma cakap kosong. bahkan aku mungkin tak akan cuba lari untuk kejar kalau dah terjarak oleh takdir walau sedepa. untuk yang ini, aku terlampau takut untuk tersilap. prinsip 'belajar dari kesilapan', aku tak rasa aku sanggup guna untuk yang ini. tak sanggup sakit dalam hal ini.

ok. biarkan habis sampai di sini. sejengkal harapan untuk ini akan jatuhkan aku dengan segunung kecewa. aku terlalu pasti untuk ini. hati paling susah nak kawal, jadi aku memang harap Allah pelihara hati aku, sebagaimana Allah pelihara rasa-rasa aku sebelum ini.

bawah langit-Nya juga aku bernaung...
....langit di UiTM Kuala Pilah, Jambori Komander ke-7.

Friday, October 21, 2011

terpaksa diam sepi

aku sekarang terpaksa. gara-gara penghubung talian moden terbasah oleh pili bomba. ayat boleh tahan...

satu dari sepuluh hari di LIBK, aku sertai komander-komander Melaka bersihkan padang kawad. dengan bantuan pihak bomba, dengan hos yang disambungkan ke pili bomba, kami tembak padang kawad. nak kata susah tak susah sangat, tapi berat. agak mencabar sebab kami tak biasa buat kerja bomba, tapi tak apa lah. yang seronoknya memang basah-basah lah buat kerja itu, kuyup lagi. yang sadisnya fon aku dok rilek dan bermalas-malasan dalam poket. maka dia pun terkuyup sama. nasib lah lepas jemur-jemur bawah kipas pun fungsi dah tak macam biasa. tapi tak apa lah, apa lah sangat. kawan aku dah tanya-tanya "ko bleh idup ke takde fon?". aku fikir-fikir balik, aku tak kisah lah... tapi mungkin orang-orang sekeliling aku yang kisah kot? al-makluum lah aku ada projek nak buat lepas LIBK sebenarnya. mungkin kawan-kawan itu cari aku... tapi apa aku boleh buat?

nak beli fon baru amek masa jugak. jadi disebabkan aku tak dapat sambung projek terbengkalai aku sebab fon dah rosak dan timbulkan masalah pada aku untuk contact kawan-kawan projek aku itu, aku menetap di puncak memandangkan nak balik rumah pun, mak aku bukannya ada... sebab pergi kursus seminggu. di puncak aku sertai budak-budak jambori buat latihan fitness, padahal aku dah cadang dah jambori tahun ini aku tak nak pergi. walau teringin teroka UiTM Kuala Pilah plak, tapi aku tak ada hati nak pergi jambori tahun ini lagi-lagi dah ada macam-macam nak buat sebenarnya. tapi fon rosak punya pasal, tersangkut lah aku dengan jambori ini. mula-mula memang ikut latihan je, tapi lama-lama rasa nak pergi plak, lagi-lagi puan suruh aku ganti komander puncak alam. tak tetap pendirian lah aku ini...

jadi untuk seminggu seterusnya aku terpaksa membantutkan lagi projek yang dah lama tertangguh. maaf aku kepada NAB, PIJA, UMMUL, yang merupakan warga UIA. dan maaf aku juga kepada NIK SYAFIQAH, ATIKAH AMIN, DAYU P.A. dan TIMAH P.A., warga UiTM. aku tak ada niat nak hilangkan diri atau mengelak atau apa-apa yang negatif. aku harap kalian tetapkan dengan usaha kalian, meski aku tak berhubung dengan kalian. bilamana urusan aku tamat sudah, bila nanti masalah fon aku selesai sudah, aku akan sambung kembali apa yang aku tinggalkan. buat masa ini aku cuma mampu minta maaf... atas semua masalah yang timbul sebab aku.

*moga urusan kau, aku dan mereka dipermudahkan...

cerita LIBK.

salam.

lama dah tak update ini. maaf sebab aku hilang sebentar, bawa budak pergi LIBK sesi 1/2011 di Melaka.
bila aku kata 'budak', aku tak maksudkan budak-budak, tapi adik-adik yang baru nak naik jadi komander. LIBK itu adalah Latihan Intensif Bakal Komander, dan kali ini diadakan di UiTM Lendu, Melaka. Aku dulu di Puncak Alam je...

Tahniah pada komander2 Melaka sebab berjaya jayakan LIBK kali ini walaupun ada macam-macam kita tak sama, tapi itulah variasi. serius ada masanya kami terkejut, tapi kami pun dapatlah jumpa macam-macam juga di situ. kami pun baru belajar juga sebenarnya... haha!

kepada 'budak' yang kami bawa ke LIBK itu, yang aku maksudkan tadi, tahniah atas kejayaan kalian passing out dan dimaktubkan sebagai komander kesatria. kepada bekas Bakal Komander yang sekarang dah pun bergelar Komander, lebih-lebih lagi dari kampus Puncak Alam Puncak Perdana, itulah permulaan bagi kalian. segala yang kalian lalui di LIBK, segala kejian dan kebencian kalian pada kami komander pengiring, aku maafkan sebab kalian mungkin belum faham sepenuhnya motif dan sebab musabab kami. aku percaya suatu masa kalian akan faham, ringkas sebab aku dulu macam kalian juga. aku juga benci komander yang jaga kami, aku juga maki dalam hati, aku juga rasa nak smackdown komander2 yang jaga masa itu... aku dah lalui semua yang korang lalui, bahkan mungkin lebih teruk dari yang kalian lalui. mungkin kalian nak kata, masa dah berubah dan orang tak guna dah cara kami itu... terpulanglah nak kata apa, tapi memandangkan kalian dah naik jadi komander, satu hari nanti kalian akan faham sendiri. buat masa ini... percaya jelah dulu.

lupa lak, bekas Bakal Komander dari kampus lain yang ada terkena dengan Komander Pengiring dari Puncak Perdana Puncak Alam, kalian boleh benci kami, cuma kami harap ajaran kami kalian tak lupa. marah kami bukan bencikan kalian, cuma bencikan sedikit ketidakmahuan kalian untuk bersungguh-sungguh. kami percaya kalau lah kalian lebihkan sedikit usaha dan kesungguhan kalian, kalian jauh lebih baik dari yang sekarang. kami cuma mahu bantu untuk tekan kalian untuk lebih berusaha. jangan persoalkan cara kami kerana kami ada prinsip sendiri... prinsip yang mungkin kalian tak akan faham disebabkan persekitaran yang berbeza, tapi tujuan kami solid... itu saja yang kami perlu kalian tahu.

antara 6 wajah-wajah yang mungkin pernah buat benci kalian membuak-buak...
 

 di masa kalian tak sedar...


jadi dari ini, kuatkan semangat dan kesungguhan kalian. supaya kalian benar-benar berjaya... kami hanya bantu kalian di permulaan (LIBK), jalan dah terbentang luas, segalanya atas kalian...

selamat berjaya!