sekarang aku makin banyak buat orang annoying dengan aku, walau kadang2 aku tak sedar pun. tapi aku tahu sedar tak sedar itu bukan alasan. mungkin attitude aku makin buruk. dan sedar tak sedar ramai yang makin annoying dengan aku. bukan nak harap orang suka aku dalam hidup, aku cuma harap tak ada orang benci aku dalam hidup. tapi dengan behaviour yang macam ini, aku pun jadi benci dengan diri sendiri. semester ini aku makin hilang diri... aku ada tapi jadi macam tak patut ada.
sampai hari ini, jumaat, hari kelima kuliah mula, dah sebanyak mungkin aku sakitkan hati orang. entah siapa-siapa yang aku kata annoying, sebenarnya aku pun tak betul-betul nak kata, jadi aku mohon maaf... sangat-sangat. dan ramai-ramai orang yang annoying dengan aku, ketahui lah yang aku lebih, bahkan jauh lebih annoying dengan diri aku.
fikir-fikir, aku sekarang terlalu banyak duduk-duduk dengan mereka dan habiskan masa bercerita perihal orang. itu bagi aku sangat keji. mengata orang, macam aku tak. mengumpat orang, macam aku mulia. menilai orang, macam aku bagus. berkali-kali aku kata aku mahu diam, sedang aku masih berkata-kata...
Friday, November 25, 2011
Wednesday, November 23, 2011
intai-intai masa depan.
salam. :-)
tadi aku intai halatuju seusai diploma. dan aku terjumpa beberapa perkara yang kira-kira berkaitan dengan angan aku. antaranya...
1. UiTM :
33) AS229 - Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Persekitaran)
37) AS233 - Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Kimia (Analisis Forensik)
38) AS234 - Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin)
2. UIA :
Bachelor of Human Sciences in Psychology
setakat ini, inilah. nak usha betul2 universiti2 di brunei belum sempat. dengan hasil yang setakat ini, timbul persoalan2 yang tak tahu nak aju pada siapa.
i- UiTM xde progrm ijazah Psikologi ke?
ii- UIA... ak cukp syarat ke nk msk?
iii- U mne lg yg ad prog yg ak nak, eh...?
jawapan entah akan datang dari mana, tapi tak apa lah. syukur lah aku ada masa setahun lagi untuk fikir soal ijazah... sebab ada lagi dua semester sebelum aku boleh tamatkan pengajian diploma. kadang2 rasa macam over, sebab dari masa diploma semester 1 dulu aku dah fikir hal ijazah. tapi biar lah...

Thursday, November 17, 2011
alih angin.
salam.
baru lepas usha2 facebook. tapi jangan salah faham, aku usha je, tak buat pon. buat aku terfikir balik, kenapa aku tak buat facebook? hm... isu yang kalau didebatkan pasti akan punya sangat banyak input. jadi tak payah lah. cukup lah dengan aku kata aku berminat tapi aku tak mahu.
habis mengusha aku ke blog ini. masih macam dulu... tak pasti bila aku akan tukar design tapi tak apa lah, memandangkan aku pun tak berminat nak buat. usha2 facebook tadi, aku terjumpa gambar perkom. perkom zaman aku pelatih kesatria dulu. dan sekarang dah sampai musim perkom lagi. kompeni lain dah mula latihan. tapi kompeni aku masih tertunggu-tunggu. sebab yang sebenarnya pun aku tak dapat kenalpasti. memandangkan aku pun tak mampu sangat nak masuk campur walau aku berminat hulurkan tangan ringankan beban. aku cuma tunggu mereka yang sedang menunggu.
akhirnya bagi aku... biarlah mereka dengan apa yang mereka rancang.
Meeting kompeni juga, biarlah mereka dengan apa yang mereka sibukkan.
aku mahu ketepi soal kompeni, boleh?
dan aku boleh move on dengan soal tae kwon do. 17dis mendatang akan ada grading. D UiTM Puncak Alam. kali ini aku akan ke Puncak Alam tanpa urusan komander, cuma urusan tae kwon do. dan aku suka itu. semester lepas aku terlalu banyak mengahabiskan masa dengan hal komander, jadi mungkin semester ini aku patut ketepi sebentar. ada masa aku pun boleh lelah dengan apa yang aku lalui. jadi aku perlu masa untuk melepaskan lelah itu. maaf kalau ini kedengaran macam satu rungutan. maaf saja.
lagi aku blogwalking dan terjumpa blog farissyedamin.blogspot.com yang bagi aku ada point. tapi sayang dah ditinggalkan. entri terakhir pun 2010 kalau tak silap. padahal entri-entri yang ada buat aku yang memang berminat dengan travels rasa nak cuba. mungkin hentinya dia atas sebab-sebab kekangan masa. mungkin. setakat ini info2 itu agak membantu dan aku dah rasa macam nak mula. tapi tetap... kena tunggu masa. masa duit cukup dan masa dapat kawan yang berminat. percaya atau tak, aku susah nak jumpa kawan yang berminat dan mungkin berani. tak apalah... pasti akan ada nanti.
sementara itu... harap aku dapat terus usaha. sekarang rasa macam aku dah mula nak mengalah. mengalah dengan semua yang buat aku lelah.

Monday, November 14, 2011
manfaat kan.
salam.
huhu... 12 dan 13 lepas aku dan 3 orang lagi pelajar UiTM Puncak Perdana dan 2 orang Puncak Alam, ikut trip budak tae kwon do kampus Shah Alam. Destinasi P.Pangkor.
kali ini bukan aku nak komen pasal pulau itu, cuma aku sikit kagum dengan budak-budak tae kwon do kampus itu. yang handle trip ini nampaknya pelajar laki, flow event pun macam smooth je, cuma masalah kelewatan macam event2 biasa lah. aku tak tau aku je yang excited ke, memang trip ini nice. atau mungkin sebab aku dah terbiasa event2 yang pack, macam event2 komander yang semuanya nak on-time... tapi tak kisah lah, bersyukur kot jadi komander walau kadang2 rasa nak terjun bangunan.
masa trip itu ada beberapa perkara yang buat aku tersentak dan teringat ; oh, aku komander...
1. masa turun bbq yang patutnya jam 8.30pm. aku turun 8.30 dan tengok cuma sir & mem je yang ada kat tempat tunggu. aku fikir2 balik, 'eh, diorang dah gerak dulu ke?'. rupa-rupanya bila tanya sir, diorang semua belum turun.
2. masa sir suruh nyanyi lagu UiTM, aku dah ready2 untuk nyanyi dengan diorang, cuma tunggu diorang mula tapi tak ada respon langsung. pelik gak kenapa tak mula-mula lagi. rupa-rupanya diorang tak ingat lagu itu...
3. masa ada yang tanya, 'ko balik puncak? semester diploma belum buka, ko duk mana?' fikir-fikir balik baru teringat... rupa-rupanya pelajar biasa tak boleh check-in kolej lagi, tak sama macam komander sebab komander ada level (blok) sendiri dan bilik pon komander2 yang tetapkan, tak ikut pengurusan kolej sangat... jadi kalau nak balik awal roger je komander yang terlibat, semua boleh setel.
ini baru satu trip bukan komander, nampak dah beza... seronok tengok benda2 yang luar dari kebiasaan, macam bagi aku, seronok tengok benda2 yang luar dari kebiasaan komander. tapi bukan bermakna aku lagi suka benda2 bukan komander... semua ada kredit sendiri. semua ada positif-negatif sendiri, jadi tak payah nak fikirkan sangat. aku cuma tengok alang-alang aku dah ternampak, tapi aku tak rasa benda-benda ini isu untuk dibanggakan atau diperkecilkan. macam aku kata tadi, aku cuma tengok... dan bak dialog syira osman, aku cuma diam...
hak... seronok sebenarnya. kalau kau komander, kau patut cuba perkara sampingan supaya kau nampak apa yang kau tak nampak selama kau dalam komander ini. habiskan 100% saat yang kau ada cuma dengan komander2 boleh buat kau belajar banyak perkara, tapi lambat laun kau sendiri pun tak faham kenapa kau perlu belajar atau pun biasakan diri dengan perkara itu. lebih baik kau habiskan 95% masa kau dengan komander dan 5% dengan hal yang tak libatkan komander. supaya otak kau berfikir... supaya kau tak cuma belajar, tapi belajar dan gunakan. betul...
masa ini aku teringat pepatah arab yang maksudnya "ilmu yang tak di amalkan macam pohon yang tak berbuah". dan lagi satu bak kata kata, dari dr. fadzillah kamsah; selamat beramal!

lebih dari ok.
tak tahu apa masalah aku tapi aku rasa ini indah...
dan aku rasa semua ini bagi ilham...
dan tak banyak aku nak cakap pasal budak ini...
dan tak banyak gak yang budak ini nak cakap, cuma ini...
aku harap kalian boleh baca apa yang dia cakap tanpa perlu aku terjemahkan di sini. :-) salam hijau dari aku.
*gambar ini bukan tag, aku shoot n upload sendiri.
*latar Kuala Kangsar, Perak - kampung aku!
dan aku rasa semua ini bagi ilham...
dan tak banyak aku nak cakap pasal budak ini...
dan tak banyak gak yang budak ini nak cakap, cuma ini...
*gambar ini bukan tag, aku shoot n upload sendiri.
*latar Kuala Kangsar, Perak - kampung aku!
Sunday, November 6, 2011
salam...
bila kira-kira hari-hari, aku perasan aku makin bangga diri. atas semua yang aku baru temui, atas segala yang aku baru terokai, aku rasa hidung aku jadi makin tinggi. padahal, tak sepatutnya jadi macam ini...
sebelum ini aku ada prinsip, dan hidup dengan prinsip... lagi-lagi untuk cuba survive dalam dunia komander. satu prinsip yang mungkin tak sama dengan sebahagian orang yang suka merebut peluang. satu prinsip, yang mana dah banyak mengajar aku erti sabar. prinsip yang mungkin datangkan tanggapan yang macam-macam bagi mereka yang tidak faham. bahawasanya aku tak mahu jadi orang yang rebut peluang... tapi memadai dengan aku kutip setiap peluang yang datang. bagi aku (sahaja), tak perlu lah aku nak kejar dan rebut peluang yang orang lain rebutkan. apa beza rebut peluang dan kutip peluang? beza sangat... rebut peluang itu bilamana, walau ramai orang yang mahukan peluang itu, aku tetap mahu peluang itu juga. tapi kutip peluang pula konsepnya beza... kutip peluang adalah bilamana tak ada orang yang mahu peluang itu, dan mereka campakkan atau biarkan dan tidak memandang walau dengan sebelah mata. akhirnya cuma tinggal aku, dan beberapa orang yang lain... itu asalnya yang aku mahu. aku mahu apa yang mereka tak mahu. aku mahu manfaatkan apa yang bagi mereka tak bermanfaat. aku mahu yang itu, mahu peluang yang macam itu. dulu memang hanya itu yang aku mahu. tapi apa yang jadi sekarang...? aku dah rasa makin lain... aku tak sedar tapi dah mula rasa besar. aku tak sebut tapi dah mula merebut. orang mahu atau tak mahu aku tetap mahu. bagi aku ini satu tanda... tanda aku dah mula hilang prinsip, yang selama ini aku pegang, yang selama ini aku jaga, prinsip yang buat aku terus terpelihara...
... terpelihara dari indah khabar dunia semata.
apa yang nak dikejar pada apa yang orang kejar? patut tanya semula pada diri, apa sebenarnya yang aku mahu, asalnya. apa sebenarnya yang aku harap, asalnya. apa sebenarnya yang aku nak jaga, asalnya. macam mana hidup ini aku nak bentuk, asalnya. sebab bila dah asyik tersua dengan apa yang dah diolah, aku nampaknya makin lupa dengan apa yang asal... dengan kemungkinan untuk ada yang ingatkan aku perihal yang asal adalah 0.01%, aku memang akan lupa diri bila aku mula lupa. harapan untuk aku diperingatkan adalah pada diri sendiri memandangkan cuma aku yang tahu asal aku. cuma aku yang tahu niat asal, dan hampir semua perihal asal... sebab asal itu asal aku.
fuhh... mengeluh. tak suka keluhan. tapi ada masanya, bila sampai masa-masa sebegini aku sendiri pun ter'mengeluh. aku tak tahu apa cara untuk selalu ingat asal-usul. aku tak tahu apa cara untuk selalu waspada dengan bisik-bisik syaitan lagi-lagi dalam rupa pujian. ini... aku pernah terdengar, pujian antara laluan syaitan. laluan untuk selinap masuk ke dalam hati, aku kira. percaya tak? kalau tak... fikir-fikir lah macam mana melalui pujian, syaitan boleh selinap masuk dalam hati manusia yang mulia. manusia dijadikan oleh Allah sebagai semulia-mulia makhluk, sangat rugi kalau kemuliaan itu dijatuhkan serendah taraf syaitan cuma kerana bangga... tapi itulah yang hari ini merantai hati hamba-hamba Ilahi, termasuklah diri aku sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)