Friday, April 13, 2012

pengalaman 4.

maka hari ini nama aku digugurkan dari acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) untuk KKEC ini. seterusnya aku perlu beralih kepada acara Jalan Lasak Berhalangan pulak, huhu...

entri kali ini aku tak mahu namakan sebagai cabaran, memandangkan pengguguran aku dari acara EOQ tak lah beri aku tekanan, atau sukarkan detik-detik aku sepanjang perkampungan ini. bahkan aku lega...

kamu boleh kata aku nyatakan ini - bahawa aku lega tak perlu sertai EOQ - sebab nak sedapkan hati sendiri. terpulanglah kamu nak kata apa...

di sini aku bezakan EOQ dengan Jalan Lasak Berhalangan begini :
-EOQ ; larian 5km shj tp kena speed
-Jalan Lasak ; larian 10km dgn halangan tp slow pace sebab kena sustain sampai 10km & kena lari dgn spike boot, half U  Kesatria Negara.

sementara itu, beza EOQ dengan Jalan Lasak Berhalangan yang mempengaruhi fikiran aku :
-EOQ ; larian (SAHAJA), nak laju berterusan sampai 5km.
-Jalan Lasak ; larian yg blh diperlahankan, & laju bila nak laju, & ada halangan2 yg blh bawa aku kembali ke zaman kanak2 dulu, cuma halangan2 ini lebih matang & mencabar (dan bukan larian semata-mata).

aku yang sejak dulu memang tak suka larian, tentu-tentulah aku lebih suka acara Jalan Lasak Berhalangan. nak lari lama-lama, straight gitu untuk EOQ, aku tak rasa mental aku sekuat itu. kalau Jalan Lasak, aku boleh ambil masa rest sekejap, dan sambung lagi... itu tak apa.

jadi itu... sebab aku betul-betul maksudkan bila aku kata aku lega tak perlu masuk EOQ. biar aku masuk Jalan Lasak kalau layak... boleh lah berbakti jugak untuk Puncak Naga, haha!

kecewa... tipu kalau aku kata tak ada kecewa langsung. tapi kecewa aku... bukan sebab tak dapat masuk EOQ, tapi sebab stamina aku tak mampu lagi nak compete even dengan peserta EOQ pun... aku dah risau ni, kalau dengan mereka yang cuma peserta EOQ untuk Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 ini pun aku tak mampu compete, macam mana aku nak compete untuk jadi Tentera Laut Diraja Malaysia? Mesti PasKaL TLDM lagi jauh... Macam mana aku nak jadi Paskal kalau sejauh ini je tahap ketahanan aku? Waa... ini sangat kecewa!

itulah ceritanya... aku serius bila aku kata aku lebih suka Jalan Lasak Berhalangan, bukan EOQ. aku serius bila kata aku tak kecewa tak dapat masuk EOQ... dan sangat serius bila kata kecewa aku sebab fikirkan cita-cita aku, bukan sebab fikirkan EOQ.

kalau nanti kamu lihat aku dan terlintas di fikiran "kesian dia tak dapat masuk EOQ...", aku rasa kamu boleh simpankan saja kesian kamu itu. sebab masuk EOQ memang bukan harapan aku... tentang latihan yang kamu fikir selalu lihat aku buat, itu cuma untuk sediakan diri aku... satu, untuk cita-cita aku. dua, untuk pastikan kalau aku diberi amanah masuk acara-acara yang perlukan stamina aku, aku tak kan buat spoil. sebab kalau sampai kumpulan aku lambat @ prestasi kumpulan aku jatuh sebab aku, itu lagi teruk dari apa-apa salah yang aku buat pada mereka, atau yang mereka buat pada aku.

lagi satu... disebabkan aku tahu kemampuan aku. bila aku tak rasa aku mampu untuk tolong kumpulan EOQ, andai kata aku terpaksa masuk, aku akan risau. bila aku risau, aku akan push diri untuk buat latihan extra... latihan bila orang lain tak buat. dan bila aku push diri aku, aku tak suka sebab aku akan jadi keji pada diri sendiri... sedangkan orang lain tak seteruk itu. jadi, setiap latihan secara automatik datangkan tekanan... ruang-ruang keseronokan makin hilang.

memanglah pergi KKEC ini bukan untuk berseronok-seronok, tapi janganlah sampai hilang terus seronok itu. bagi aku macam itu.

Jalan Lasak Berhalangan... tak berani nak kata apa-apa lagi. cuma akan ada sedikit perubahan pada rutin latihan aku lah. aku tahu... latihan Jalan Lasak ini tak akan semudah yang aku sangka, cuma aku fikir mungkin ia tidak begitu menekan macam EOQ. tekanan memang banyak, dengan jarak sampai 10km, dengan lari kena pakai spike, dengan latihan kena bawa beban, dan macam-macam... tapi mungkin ini tak akan permainkan mental aku seteruk EOQ (dalam EOQ mungkin takut team jadi lambat sebab aku, sedangkan dalam Jalan Lasak team memang akan lambat... sebab kena bawa harbour set).

jadi hari ini aku lega. sebab latihan aku lepas ini InsyaAllah akan kurang tekanan mental. latihan aku lepas ini InsyaAllah akan lebih enjoy. latihan aku lepas ini mungkin akan ada kurang perasaan serba salah berbanding dengan latihan sebelum ini. latihan aku lepas ini, InsyaAllah aku tak bebankan orang lain... dan lagi, latihan aku lepas ini, InsyaAllah aku tak bebankan diri aku lagi.

cuma... maaflah, kumpulan Jalan Lasak... aku terpaksa ganggu kalian, memandangkan aku dah terkeluar dari EOQ. (cuak gak, kot2 ada yg rasa aku nyibuk nanti...) tapi kalau kalian tak kisah tak apalah.

jadi, setakat ini lah kali ini... syukur untuk hari ini. *syukur sangat.

2 comments:

  1. Puncak perdana diploma or degree.. If diploma, nnt degree join la palapes navy.. Dpt lebih pendedahan kehidupan navy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puncak perdana diploma. Right, patut join palapes masa degree tapi life's kinda dramatic, jadi no palapes untuk degree jugak. Anyway, thanks. Haven't give up yet.

      Delete