pejam celik pejam celik, tinggal berapa hari je sebelum harijadi (KKEC 2012). hari ini latihan dah tak seberat sebelum-sebelum ini, mungkin sebab minggu akhir jadi big boss nak bagi rehatkan diri. lega... dah tak seberat dulu.
tapi fikir-fikir, apa aku akan buat lepas habis KKEC? balik rumah ke...
kalau balik Meru, tahan kah aku? cuti ada sebulan lagi. seminggu di rumah pun dah cukup lama untuk buat aku jadi cacing kepanasan. itu seminggu... kalau sebulan?
mungkin aku balik Kuala Kangsar. sana ada opah. tapi nak mandi Batu Ampar, mungkin susah nak dapat... sebab sepupu-sepupu aku masing-masing dah jauh, ada yang di Terengganu, ada yang di Sarawak. jadi dah tak ada orang untuk aku ajak pergi. nak mandi Batu Ampar seorang, memang tak... pakcik dan opah aku sendiri pun memang takkan bagi. sepupu-sepupu yang ada, samada kecil lagi atau yang parents (yakni pakcik makcik ak) memang tak bagi mandi sungai dah. alasan kukuh - leptospirosis.
Batu Ampar salah satu anugerah terindah Allah dalam hidup aku. setakat ini kawasan ini masih terpelihara, mungkin sebab masih belum diuar-uarkan pada khalayak. ini aku harap akan terus terjaga, sampai bila-bila. aku tahu harapan ini agak mustahil memandangkan sekarang pun tempat ini dah mula didatangi orang. tapi harapan aku tak mati. selagi belum tercemar biar aku terus harap ia takkan tercemar. biar anak-anak kampung itu boleh terus kenal macam mana rasanya mandi sungai, macam yang aku selalu rasa dulu. rasa nyaman, sejuk, tenang, yang Allah bagi melalui sungai itu. rasa itu tak boleh dapat di mana-mana... cuma di sungai-sungai. maka jadilah aku pencinta sungai. sekaligus buatkan aku cinta alam sekitar.
cakap kosong pasal cinta alam sekitar... aku cakap aku cinta alam sekitar, tapi banyak mana yang aku dah buat untuk alam sekitar? banyak mana yang aku dah usaha untuk pelihara? nampaknya masih banyak yang aku belum buat. untuk alam sekitar, bahkan untuk semua di sekitar aku. kamu? kamu kata cinta sesuatu, banyak mana yang kamu dah buat untuk apa yang kamu cinta?
tak perlu cerita cinta sesiapa. kita cerita cinta agama, cinta cita-cita dan cinta yang ada makna - bukan cinta kosong. kalau rasa kita cinta agama, banyak mana yang kita dah buat untuk agama? kalau rasa ada cita-cita, banyak mana yang kita dah buat untuk kejar cita-cita? semua itu... dalam umur kita sekarang. macam aku, 20 tahun. lama itu aku hidup tapi baru banyak mana yang aku dah buat? kalau cerita kosong memang 20 tahun itu kita kata "baru 20 tahun...". tapi kalau cerita hidup, 20 tahun itu "sudah 20 tahun...". sangat kecil beza dari segi bahasanya, tapi sangat besar beza pada makna.
jadi... umur kamu baru 20 tahun atau sudah 20 tahun?
No comments:
Post a Comment