Lama sudah... maaf aku tak konsisten. hari ini baru aku menulis lagi, ini sesudah aku balik dari UiTM Machang, Kelantan untuk Jambori Siri-8, jambori tahun 2012 ini.
Cerita jambori ini... kekecewaan. bukan atas kekalahan, tapi atas kesalahan. ada yang tak kena bila masing-masing macam pentingkan diri - dan ini termasuk aku sendiri. beza memang sangat rasa, bila masing-masing cuma fikir rasa sendiri. aku pun macam itu...
Kecewa ini... mungkin kah aku patut lihat juga sisi positifnya? macam tak ada yang positif di sebalik sifat pentingkan diri. macam tak ada... sebalik kekalahan memang adanya positif, tapi tidak di sebalik sifat pentingkan diri. itu kecewa terbesar aku...
Dan sekarang, lepas aku sia-siakan jambori terkhir aku ini... perlu selangkah ke hadapan dan fikir soal masa akan datang. jalan yang aku buka untuk masa depan aku terlalu sempit, risau mampukah aku tanggung akibatnya nanti? fikir-fikir... mungkin tak seburuk yang aku fikir... tapi masih, aku takut. mungkin sebab aku terlampau banyak masa terluang sampaikan sempat fikir benda-benda negatif.
Ada masa aku fikir aku perlu shutdown, lupakan sementara soal masa depan dan buat sesuatu untuk isi masa lapang ni. Ada masa aku fikir aku terlampau bebas untuk buat keputusan sendiri, takut termakan diri sendiri. Ada masa aku fikir aku perlu seseorang untuk beritahu, apa yang aku tak patut buat... aku perlu sesuatu yang ingatkan aku supaya aku tak tersalah dan rosakkan diri sendiri. Meskipun ada masa kawan-kawan kata mereka jeles sebab aku mampu buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa, tapi mereka tak tahu, takut mana aku.
Betul... kebebasan untuk rancang dan atur hidup sendiri, itu sesuatu yang patut aku syukuri. lepas rancang cuma serah dan tawakkal pada Allah. tapi kebebasan itu yang mengongkong aku. kebebasan itu yang ikat dan rantai aku. kebebasan itu yang kurung aku, dalam pemikiran yang cuma didasarkan atas kemahuan aku. aku tak lagi fikir kepentingan orang lain, tanggungjawab pada orang lain, semuanya atas aku. apa yang aku nak, apa yang aku suka, apa yang aku angankan, apa yang aku mampu, tetapi aku abaikan apa yang aku perlu. sebab apa yang aku perlu itu tidak buka pemikiran aku pada apa yang aku nak.
Aku buat keputusan, tak tengok garisan dan batasan. aku tak tengok ke hadapan. aku cuma lihat apa yang aku mahu, dan berserah. aku fikir kalau aku tak capai apa yang aku mahu, tawakkal je dengan apa yang aku ada. tapi aku tak usaha sesungguhnya, aku tak usaha sehabisnya. silap yang aku buat masa jambori ini, aku buat juga masa tentukan masa depan aku. kerana aku terlalu bebas tentukan segalanya sendiri, aku jadi kabur. tak nampak garisan dan batasan.
No comments:
Post a Comment