Wednesday, November 13, 2013

Cerita 3 Masa.

Salam.

Hari ini tersedar sesuatu. Kalau rindu sesuatu, tak perlu pusing kembali masa. Lagipun memang masa tak boleh dipusing kembali, kan? Kalau mahu toleh ke belakang balik, kalau boleh pun, secara rasionalnya kita kena lepaskan apa yang ada hari ini. Betul?

Apa yang kita ada hari ini adalah misteri apa yang akan ada dalam hidup kita di masa hadapan. Sesuatu yang tidak pasti, yang kita tidak tahu. Sedangkan apa yang ada dalam hidup kita pada masa-masa lepas sudah jelas. Mahu tinggalkan segala kecemerlangan yang mungkin pada masa hadapan untuk setakat yang kita ada dalam masa lalu?

Memang tak tahu sejauh mana berbaloinya jika dilepaskan apa yang mungkin ada di masa hadapan. Tapi itulah yang menjadi pertaruhan, cabaran yang beri debaran untuk kita hadapi masa hadapan. 

Terikat dengan masa lalu kalau tak dikawal akan membantutkan peningkatan dalam pemikiran. Kita akan cenderung untuk membandingkan masa kini dengan masa lalu. Ini yang bahaya. Akan buat segala yang ada pada masa ini jadi sia-sia. Sekaligus mensia-siakan apa yang mungkin ada pada masa hadapan. 

Tahu dengan kata apa yang 'mungkin' ada pada masa hadapan menunjukkan ketidakpastian, tapi itu hakikatnya. Memang tidak pasti. Tapi jika dipandang ketidakpastian itu sebagai peluang untuk kita dapat yang lebih baik pada masa hadapan, bukan ke itu satu kelebihan?

Terikat dengan masa lalu itu tidaklah aku persalahkan... cuma kata ia perlu dikawal. Dari pengalaman aku (yang walaupun cuma sedikit), terikat dengan masa lalu tidaklah begitu menyeronokkan. Masa lalu mungkin membanggakan tapi jangan sampai ia mengekang pembangunan diri pada masa ini sebab akan mengganggu potensi diri pada masa hadapan. 

Aku sendiri pun mahu semahu-mahunya, kembali menjenguk masa lalu tapi ada perkara yang mesti kita hadapi. Jadi jangan sia-siakan masa hadapan untuk masa lalu. Sebab masa lalu itu di belakang, sedang masa hadapan itu yang ada di depan. Mahunya aku, sampai ke tahap aku harap nak padamkan masa lalu sebab ia terlampau jauh, aku tak mampu nak capai.

Tapi masa lalu itu tak salah. Masa depan itu lagi tak salah. Masa sekarang ini pun tak sepatutnya dipersalahkan. Tak ada perkara yang salah sebab Allah tak pernah tersalah bagi. Apa yang ada dalam masa lalu aku, dah membentuk apa adanya aku hari ini. Cuma apa yang aku buat hari ini, yang akan menentukan apa aku di masa hadapan. Jadi yang perlu aku kontemplasi adalah apa yang aku nak untuk masa hadapan, supaya aku tahu apa yang aku patut buat hari ini.

Dengan meng'update' blog kali ini, hilang sudah 1jam yang aku boleh guna untuk buat assignment (tiba-tiba je). Tapi tak apalah, sebab aku harap teori sekelumit fikiran aku ni boleh sekurang-kurangnya bagi seseorang gambaran tentang masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Paling tidak pun diri aku sendiri, sebab pemikiran orang lain aku tak tahu. Entah bantah entah setuju. Tapi tak kisah, asalkan aku ok.

Sekali lagi, aku tak kesalkan masa lalu. Dan tak pasti dengan masa hadapan. Tapi akan sangat rugi kalau aku tak hargai masa kini.

Sebab itu... kalau aku terlalu rindu pada masa lalu, aku patut cuba untuk hidupkan kembali... bukan sekadar tangisi kehilangannya. Rasa macam masa lalu sentiasa tunggu aku datang untuk menjenguk. 

No comments:

Post a Comment