Wednesday, January 8, 2014

Italki.com

Tadi aku buka emel, ada satu mesej menarik dari pihak yang menarik. Haha...

Italki.com. Ini bukan tempat cari pakwe hensem, bukan tempat cari jodoh, bukan tempat chatting, bukan tempat bersuka ria macam kebanyakan laman sosial yang lain. Ini laman sosial belajar bahasa. Macam-macam bahasa yang kau nak, sebab dia kumpulkan orang-orang di seluruh dunia yang berminat dengan bahasa, yang perlu atau mahu belajar bahasa. Laman sosial macam ni lah, yang aku suka nak join.

Aku suka sangat nak join. Aku dah lama join pun. Cuma aku dah lama tak sign in. Sebab tu bila dia bagi emel, aku buka saja nak tengok. Tengok2 dia bagi birthday wishes. Haha... Tengok2 emel tu tarikh 6 Jan. Patut lah. Tapi tahu tak kenapa aku nak update kat sini? Sebab... dia bagi aku bukan calang-calang birthday wishes. Ini yang buat aku happy punya...


Haa... 18 languages birthday wishes! Macam mana nak cakap aku suka sangat... Rasa macam sweet la pulak Italki ni. Jadi aku putuskan untuk promote laman ni kat sini. Lagipun laman ni useful sangat untuk kita-kita. Jadi luangkanlah sikit masa korang buka dan daftar kat laman ni, selebihnya explore lah sendiri. Aku pun baru buat sikit-sikit, baru guna sikit-sikit features dia, sebab aku tak luang banyak masa dekat sini. Tu yang aku rasa rugi sangat tu, kalau nak banding dengan Fb. Hehe...

Nak kutuk2 pulak aku ni. Bukan nak kutuk sangat, nak bandingkan je. Dah, dah... nasib baik aku buat bahasa Melayu, kalau tak bengang jugak si Mark Zuckerberg (kalau tak silap eja macam ni la kot) tu. Betul la. Mungkin rasa bosan sikit mula-mula sebab laman ni tak seaktif Fb yang sentiasa banyak orang online setiap masa. Tapi pandai-pandai lah buat apa-apa dekat Italki ni. Kalau pandai, boleh manfaat kan betul2 ni.

Ok. Keep up the good works, Italki!

Cerita Fb.

Salam, & Hi there. 

Hari ni, lepas berhari-hari berbulan-bulan aku fikirkan, datang satu orang tanya aku dalam FB. "Kau ni Pijo yang mana? Aku tak pernah kenal pun..."

Sebab nama aku dalam FB macam tu. Sebab aku buat FB tu untuk keep in touch dengan budak2 diploma dulu, yang memang kenal aku dengan nama tu. Kalau aku contact diorang dan introduce diri aku guna nama F aku, sungguh diorang penat mikir siapa. Sebab aku pernah dengan tak sengaja bagi intro macam tu, memang terpaksa aku cerita panjang lebar nak ingatkan dia, aku ni yang mana. Dan akhirnya dia kata "Oh, Pijo?!"

Aku pun... 'Damn, macam mana lah aku boleh terlupa...'

Itulah serba sikit pasal FB. Dan hari ni, bila budak kelas degree tanya aku Pijo yang mana, macam mana nak jawap pun aku tak tahu. Nak mengaku nama F, tak nak kantoikan FB ni. Nanti diorang add dan aku tak approve kecik hati pulak. Lagipun memang aku tak add sangat lagi budak2 degree. Takut nanti aku galak main FB, komen sana sini tak kawal2 dah. Macam sekarang, aku masih kawal sebab nak keep the identity hidden. Tak boleh bayangkan kalau aku dengan bebas nya guna FB tanpa kawalan.

Dan pasal budak tadi, lepas aku fikir punya fikir nak bagi jawapan selamat jenis macam mana, akhirnya... 'lantak kau lah.' Aku jadi malas nak kisah. Asalkan aku stay hidden. Muahahaha...

Jadi maaf lah kalau aku tak approve. Macam yang aku selalu kata lah, aku tak nak leka sangat pulak nanti. Sekarang ni pun dah leka selalu. Hari tu dah elok deactivate, reactivate sebab info2 banyak dalam grup. Serius banyak. Aktiviti pun banyak promote dalam grup UMT. Nak cakap terpaksa, memang terpaksa reactivate tapi tak ada orang paksa aku main FB lama2 pun, tapi memang itu yang jadi.

Jadi sekarang, aku risau lah... takut makin ramai pulak yang buat isu siapakah empunya FB pelik ni sebenarnya.

Friday, January 3, 2014

Boleh lagi.

Semalam aku terfikir sesuatu. Tak. Pagi tadi aku terfikir sesuatu. Pagi tadi rasa lapang sikit, (feeling blessed). Hihi.

Terfikir apa? Teringat pada gitar putih tiba-tiba. Aku nak belajar main gitar. Betul-betul, sungguh-sungguh, sekarang. (Lebih baik, sebelum reput.) Kesian. Dulu beli gitar guna hasil titik peluh sendiri. Tak sempat belajar dengan budak-budak yang pandai main tu... sebab diorang habis diploma dulu daripada aku. Sekarang... baru terbuka hati balik nak belajar. Tapi kena cari sifu baru lah... Sifu dulu? Geng budak-budak akaun tu la. Sempat aku belajar main lagu Kosong-Najwa Latiff sebab lagu tu jadi tema dengan Datin Maimun untuk KKEC 2012. Jadi aku serius dengan lagu tu. Lagi satu lagu diorang ajar aku macam2 versi, lagu Birthday... (WTH?!!) Biar la aku nak main lagu Birthday ke apa. Kecoh la...

Dua lagu tu je la, yang aku sempat belajar tapi sekarang dah lupa semua. Hari tu aku kerah punya kerah, pun tak boleh ingat jugak. Mungkin sebab aku skip steps kot, sebab aku belajar-belajar petik terus main lagu. Patut belajar satu-satu tapi aku boring belajar sendiri, satu-satu dari internet. Kalau aku tanya apa-apa kat laptop tu pon dia tak jawap apa. Macam tu lah. Belajar, macam-macam cara ada kalau nak belajar. Tapi aku tersangkut dengan kata-kata nak belajar tu kena berguru.

Sekarang cuba lah. Memandangkan dua tiga detik ni aku tiba-tiba asyik terhidang dengan discouraging things aku rasa aku kena cari balik cara hidup yang bawa aku 'ke sana' tu. Pandai-pandai jaga diri lah. Fikir yang bukan-bukan, buat yang bukan-bukan, buat apa? Macam-macam lagi boleh di-explore.

Mudah-mudahan kali ni Allah kuatkan aku untuk belajar sampai aku boleh ajar orang lain. Kau tak kan tahu sejauh mana atau sebanyak mana atau yang mana satu, ilmu yang kau boleh bawa dan kongsi dengan orang lain sampai akhirnya ilmu yang itu jadi sesuatu dalam hidup dia. Selama Allah bagi ruang aku belajar sesuatu, itu peluang nak dapat ilmu tak kira ilmu apa pun. Mungkin ada ilmu yang aku belajar tu tak bawa aku ke mana, kata orang. Tak kisahlah. Sebab aku pun masih dalam proses nak tentukan ilmu mana yang akan bawa aku ke mana-mana. Jadi selagi boleh aku kaut apa jenis ilmu pun. Mana tahu suatu hari yang indah atau pun tak indah, aku boleh guna ilmu yang sekarang tak nampak berguna tu.

Betul? Suka hati lah kau nak setuju ke tak. Aku cuma rasa ilmu tu meluas, 'Terokaan seluas lautan' bak tema UMT sendiri. Maaflah, warga-warga UiTM. Sekarang kemungkinan besar kamu akan lebih kerap dengar (baca) aku cerita UMT memandangkan buat masa ni aku jadi warga UMT. Tapi jangan meluat, menyampah atau risau, sebab...
                                                     

*credit to ruangankalbu for image.

Sampai. Bila. Pun. Ilmu. Tak. Ada. Penghujung. :-D