Sunday, February 16, 2014

Ingat sikit.

Hei mari berimaginasi sikit. Beberapa bulan ni aku rasa macam hidup dah jadi bertambah-tambah susah. Memandangkan macam-macam perkara baru timbul, yang campak aku keluar dari zon selesa aku.

Tentang pengajian. Tentang kewangan. Tentang makanan. Tentang kesukanan. Tentang kelapangan. Tentang kehidupan lah, dasarnya. Dah banyak yang berubah dalam hidup aku ni, rasanya. Tapi bear in mind, ini bukan untuk rungutan meski nampak macam itu.

1) Tentang kehidupan mula berubah bila aku pilih untuk tinggalkan UiTM dan beralih ke institut bukan UiTM. Asalnya cuma niat sebab nak ambil bidang ni, yang UiTM memang tak tawarkan. Maka nak tak nak aku terpaksa minta di institut yang ada tawarkan. Hijrahlah aku, kembara lah aku ke tempat asing. Budaya asing bahasa asing semualah nak asing. Tapi tak lah asing sampai macam luar negara tu. Haha.

2) Tentang kelapangan pulak berubah 360 darjah, memandangkan aku tak terlibat dengan rasminya dengan sebarang unit beruniform berbanding dengan dulu-dulu masa aku jadi komander kesatria. Sekarang aku ada sangat banyak masa lapang, macam aku ada seluruh masa yang ada hanya untuk diri aku. Buatlah apa yang aku nak dengan masa yang berkali ganda lapang tu. Meski hakikatnya masa selapang tu bukanlah yang aku nak sangat pun, sebab aku jadi tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu.

3) Tentang kesukanan yang berubah disebabkan kekangan-kekangan, ketidakselesaan, ketiadaan team atau kumpulan yang aku boleh harapkan. Buat aku rasa sukan dah tak semenarik dulu, sukan dah tak sebaik dulu, seolah-olah sukan tu dah bukan lagi apa-apa dalam hidup aku.

4) Tentang makanan yang terhad, disebabkan kawasan ni bukan tempat yang senang aku nak dapatkan makanan bagus-bagus, makanan sedap-sedap dan makanan yang boleh buat aku happy. Bukan nak kata makanan sini tak sedap, makanan biasa dia pun ada yang sedap. Cuma makanan luar biasa tu aku susah sangat nak jumpa. Kalau boleh jumpa pun aku kena keluar cari susah payah.

5) Tentang kewangan yang memang sangat jelas pengaruhi aku. Harga purata makanan harian sini memang jauh juga beza dengan Shah Alam sekalipun. Nak harap apa, dah sini jadi kawasan khas pelancongan. Selain tu yuran pun hampir lima kali ganda dari dulu, memandangkan sekarang yuran pengajian dah tak ditaja sebab aku pun dah tak belajar di UiTM. Dan macam-macam lagi.

6) Tentang pengajian sendiri, meski aku dapat bidang yang aku nak... keputusan tak sebaik dulu. Keputusan peperiksaan tu aku benci jugak lah sebab dia buat aku rasa macam aku silap, atau tak patut ambil kos ni. Walau hati aku banyak kali cakap, ini yang aku nak selama ni... aku pelik kenapa bila aku buat benda yang aku nak ni, aku tak boleh cemerlang. Bukan sepatutnya lagi cemerlang ke bila kita buat apa yang kita nak? Atau entah-entah sebenarnya ni bukannya yang aku nak, tapi aku yang tak perasan...? Ini lah yang keputusan peperiksaan buat aku fikir.

Ini-inilah... 1-6 inilah perubahan-perubahan asas yang buat aku rasa macam ni. Aku boleh fikir macam ni, dan aku memang dah fikir macam ni. Tapi sampai satu tahap, disebabkan aku terus fikir dan fikir, dah lepas fasa-fasa kecewa tahap gaban tu, penat jugak aku rasa... sebab fikir macam ni. Sampai pemikiran tu sampai satu tahap yang aku rasa lebih baik. Apa yang aku rasa sebelum ni, bawa aku ke tahap ni. Ke tahap pemikiran yang agak imaginatif tapi buat aku rasa lebih baik ni.

No 1 adalah peluang aku tengok hidup dari sudut lain pulak sebenarnya, tengok perkara-perkara yang aku tak mungkin tengok di tempat-tempat yang aku dah pernah pijak sebelum ni. No 2 adalah peluang untuk aku mula buat benda-benda bermanfaat tanpa perlu ditekan oleh pihak lain, tanpa paksaan atau desakan sesiapa, kalau aku nak buat sesuatu yang bermanfaat aku boleh guna kelapangan yang ada tu. No 3 adalah peluang untuk aku buka minda pada perkara-perkara lain, yang selama ni tertutup oleh kesukanan semata-mata tu.

No 4 adalah peluang untuk aku biasakan diri hidup tanpa nikmat-nikmat macam tu, rasa dan biasakan dengan hidup zuhud sikit sebab dah banyak sangat enjoy selama ni. Macam ni rupanya Allah nak jaga aku jangan bagi terus leka sangat dengan nikmat hidup ni. No 5 adalah peluang untuk aku rasa sikit-sikit dulu kesempitan hidup yang jauh lebih sukar masa zaman kerja nanti, samakan situasi jumlah biasiswa dengan jumlah gaji yang aku takut tak boleh tampung kos sara hidup. Baguslah sekarang dah pandai fikir pasal kos sara hidup.

Sementara tu No 6 adalah peluang untuk aku recall balik kalau-kalau ini memang apa yang aku nak. So far ni setiap kali aku tanya diri aku balik, memang ini lah. Keputusan periksa? Lantak kau lah wahai keputusan. Selama ni aku memang benci periksa, tak ingat pulak. Bukan aku pernah nekad ke tak nak cuma excell dalam exam, tapi tak pandai hadap real life challenges? Kenapalah sekarang aku nak kisah sangat... sekarang aku kena reset balik, belajar jangan sebab periksa. Kalau tak inilah padahnya.

So, joy of learning... come back to me, please?

No comments:

Post a Comment