cuti lagi...
budak sekolah tak faham kot, sebab kat sini sekarang era budak2 u yang diploma. hahaha...
gurau je. tapi betul lah, cuti lagi... macam biasa, bila cuti aku cari cara nak cari duit je. macam mana ni, cuti sekejap je. nak kerja pun susah. nak travel lah...?
ehm memula untuk cuti ni aku fikir nak belajar drive. dah daftar, dah buat lesen L pon. tiba2 rasa macam tak nak pergi plak. aish... tak tetap hati.
sekarang aku cuma fikir macam mana nak dapat duit. nak banyakkan duit. nak buat apa? mimpi nak beli kamera sendiri, yang penting waterproof. sebab aku tak suka gadjet yang suka rosak sesuka hati. rosak sebab kena air? susah nya hati aku nak terima. er... aku ada cakap ngan mak, nak kumpul duit beli kamera yang aku suka, mak tanya aku balik. duit JPA dah habis dah ke? oh mak...
aku jawap sikit je, "tak nak lah beli guna duit JPA...". motif aku jawap macam tu? sebab memang tak nak beli guna duit jpa lah kot. kalau aku guna duit jpa macam tu memang boleh aku beli kamera hatta yang aku paling nak sekalipon. tapi rasanya tu cuma akan buat aku hilang KAWALAN DIRI. aku rasa benda ni penting jugak, jadi aku tak nak manjakan diri sangat dan guna apa yang ada untuk dapat apa yang aku nak. lagipun mind-setting aku, barang senang dapat susah nak hargai. lagipun aku kena belajar untuk usaha sikit nak dapat pape. kalau dah aku malas sangat nak usaha - macam sekarang dan bile2, aku tak patut dapatlah. tapi macam2 mana pun aku rasa ini untuk sesetengah benda yang tak sepenting hidup dan mati je. ada setengah benda aku dapatkan jugak guna apa yang aku ada. huhh... mencabar betul hidup nak pegang prinsip.
macam2 terfikir, dapat idea dan macam2 lagi. tapi aku blur part nak buat tu. nampaknya aku tak cukup ilmu dan memang kena ada pembimbing kot. tak pe lah buat masa ni nak tak nak kena lupa dulu lah niat nak cari duit tu...
sekarang aku maen sudoku je lah. aku tahu sekarang orang dah tak main benda ni, sebab benda ni diorang main mase sekolah dulu je kot. nak buat macam mana, mase sekolah aku tak sampai hati nak spend masa kat benda2 yang nampak macam addicting ni. computer game pon aku tak main sangat - even aku rasa macam best gila. boring sudoku - sebab aku beli yang senang punya - aku beralih kat buku. tapi bukan akademik sangat lah. nak kata novel tak jugak... buku citer, hahaha. ada gak buku skrip teater shakespeare - sebab baru ni aku macam dapat seru nak bace plays yang dia buat. stakat ni aku baru bace Macbeth, Hamlet, Othello, The Comedy of Errors. baru nak masuk yang ke4 ni, Julius Caesar. aku tak rasa akan baca semua play yang dia buat sebab memang banyak gila, dan rasanya nanti aku akan boring sebelum sempat khatamkan semua play dia. jadi aku tak aim untuk baca semuanya. cukup setakat yang aku sempat baca selagi aku belum bosan...
nak keluar, nak keluar. tapi tak tahu nak pergi mana... ada tempat nak pergi, aku yang tak nak.
No comments:
Post a Comment