Thursday, April 28, 2011

kawan

masa itu dia sangat 'messed up'. mungkin dia sangat  keliru, dan rasa sangat teruk. lalu dia pergi masjid, harap akan ada orang tolong leraikan kusut dalam kepala. malangnya tak ada orang kat situ. mungkin ini situasi dia masa tu. aku agak, lah. sebab...

...kawan tu cakap mase kuliah (bkn betul2 kat ak, tp kat sape2 yg ad mse tu) :
"there's one moment, when i was feeling so bad, i went to a mosque... but there's no one".
dan dia tanya kenapa macam itu.

aku sentap. tapi maaf, kawan. sebab masa itu aku tak jawap soalan tu. sebab masa tu aku pun stunned. aku tak pernah terfikir pasal tu. papepun, terima kasih kawan, sebab tanya pasal tu.

(sblm bace kene bace doa senang faham dlu;
ALLAHUMMAFTAH 'ALAINA HIKMATAKA WANSYUR 'ALAINA MIN KHAZAA INI RAHMATIKA YAA ARHAMARRAHIMIN). sebab aku takut ayat aku buat kawan2 konfius... :-B

sebab lepas tu aku cuba cari jawapan. nak cari yang betul2 sahih sebab kenapa Allah tak tetapkan kat masjid mesti ada orang untuk bantu orang yang ada masalah (exactly), Wallahu A'lam. tapi tiba-tiba aku tersedar, ini macam...

...Paderi? kawan maksudkan orang macam paderi ke? sebab Imam kita (org Islam), memang takkan setiap masa ada kat masjid meski hampir sentiasa kat majid. ada beza 'setiap masa' dan 'hampir sentiasa' ya, kawan. setiap masa tu macam paderi lah, seluruh hidup dia kat gereja - sebab tulah diorang tak boleh berkeluarga. hampir sentiasa tu macam Imam2 lah... selalu kat masjid tapi ada masa2 yang diorang balik rumah jugak. jadi takkan ada insan yang akan sentiasa 24jam tunggu di masjid untuk bolehkan orang buat 'confession' macam yang orang2 agama lain buat kat paderi diorang. dalam Islam, tak ada perkara macam ini, kawan. dan itu, sebab ini cara Islam.

Cara Islam yang aku cerita ini, kawan... takkan sama dengan cara agama lain. untuk manusia datang dan mengaku kesalahan pada orang2 tertentu a.k.a 'terpilih', itu tak termasuk dalam cara Islam. sekali lagi aku bagitau, kawan... itu cara agama lain. paderi, sami, mungkin... tapi bukan dalam Islam. mungkin betul kawan cakap, macam mana org nak pergi masjid kalau kat masjid pun tak ada apa-apa? @ tak ada siapa2? mungkin betul, tapi aku cuma rase itu mungkin betul mase fikiran aku masih di tahap terhad. limited. sebab bila aku cuba jauhkan sikit pemikiran aku, jawapan lain datang... jawapan-jawapan lain, datang. dan terus datang. tiba-tiba banyak pulak jawapan yang aku dapat, Alhamdulillah. macam-macam mana pun, jawapan2 tu cuma jawapan yang boleh diterima dari segi logik akal (memandangkan kawan yang tanya ini sangat b'pegang pd logik akal), dan jawapan sebenar dari Allah, WALLAHU A'LAM. ketidakwujudan orang2 tertentu macam paderi tu dalam Islam, ada sebab, kawan...

cuba fikir... kalau di masjid ada insan terpilih yang akan sentiasa ada untuk membolehkan orang Islam datang dan mengadu macam2, atau mengaku salah, atau apa-apa pun yang kawan terfikir, ... apa akan jadi pada hubungan manusia dengan Allah? apa akan jadi pada hakikat manusia sepatutnya bergantung pada Allah je? apa akan jadi pada hakikat hubungan manusia dengan Allah tak ada pengantara? Hakikat hubungan manusia dengan Allah tu direct, kawan... tak perlu ada pengantara. manusia nak minta apa pun kat Allah, TAK BOLEH ada pengantara, kawan. meski antara Allah dengan manusia selalunya ada pengantara, tapi tu hak Allah je. Allah boleh bagi manusia hidayah atau hadiah melalui apa-apa pengantara. tapi manusia tak boleh minta apa-apa dari Allah melainkan secara terus.
sebab kalau manusia guna pengantara, dia mungkin akan letak pergantungan dia lebih kat pengantara tu, bukan kat Allah. tak percaya? terpulanglah... memang senang cakap "tak semua orang macam tu", tapi kebanyakannya macam tu. kalau manusia bukan macam tu, patutnya tak adalah isu2 syirik semua tu.

Hubungan dengan Allah. hubungan antara manusia dengan manusia pulak. kalau ada perkara macam yang kawan harapkan tu, maka diskriminasi akan lebih teruk lah. kalau sedar,lah... sekarang pun dah nampak diskriminasi. orang yang cuba nak jadikan Islam tu cara hidup, kita mula panggil dia ustaz. kadang2 aku ada rasa macam panggilan tu sebenarnye EJEKAN. naluri manusia aku kata macam tu. boleh kata fikiran aku dah cukup matang untuk bezakan mana ejek, mane puji, mane sindir, mane perli, dan macam-macam lagi. jadi cukuplah memperbodohkan diri... emh, sbenarnya point aku kat sini tadi, kalau ada orang macam yang kawan cakap tadi, aku takut orang tu didewa2kan pulak. padahal dalam Islam, manusia semua sama. bukannya bila ada gelaran tertentu, taraf dia automatik jadi lagi tinggi. yang tentukan taraf manusia kat sisi Allah cuma IMAN. bukan gelaran dan pangkat - pendeta ke, ape ke tu. kalau gelaran mulia sekalipun, kalau dia buat dosa macam orang yang tak mulia, die kene hitung sama je macam yang lain yang tak ada gelaran tu.

setakat ini aku harap kawan boleh pertimbangkan semua ini, jawapan soalan2 kawan tu.

sebenarnya aku stunned sebab kawan boleh terfikir untuk pergi masjid bila runsing tu. tu sebab nye... cuma bila sampai masjid, benda tak macam yang kawan bayangkan. kalau, lah... kalau lah, kan... kalau lepas ini kawan betul2 runsing dan terfikir tuk pergi masjid lagi, pergi lah. pergi la tapi jangan harapkan apa-apa, jangan harapkan keadaan akan jadi macam dalam tv - nanti akan ada org utk nasihat kita. sebab cerita2 tu even portray real life, takkan 100% sama, kawan. dan apa yang tak ada dalam tv tu, org tv tak mampu buat. Scene dalam hidup sebenar ini sume Allah yang buat, sebab tu banyak yang manusia tak dapat explore dengan logik akal yang cetek ni. bila kawan pergi masjid untuk lari dari runsing2 atas dunia ni, tak payah susah2 cari orang ntuk luahkan. tak perlulah. duduk diam2 dalam masjid tu dan mengadu kat Allah, ape jadi lepas tu biar lah Allah tetapkan. apa2 pun jadi lepastu, memang tu lah yang terbaik untuk kita, kawan...

ni macam peleraian yang simple sangat, tapi tu jelah yang aku boleh bagitau kawan... sebab yang lebih2 tu, tak dapat cerita dengan kata2. dia akan jadi lagi indah kalau kawan pergi dan jumpa sendiri... dan aku kata JUMPA, jangan gantikan dengan 'cari'...

*Wallahu 'Alam = Allah yang lagi tahu.

No comments:

Post a Comment