Monday, April 30, 2012

tik tok...

pejam celik pejam celik, tinggal berapa hari je sebelum harijadi (KKEC 2012). hari ini latihan dah tak seberat sebelum-sebelum ini, mungkin sebab minggu akhir jadi big boss nak bagi rehatkan diri. lega... dah tak seberat dulu.

tapi fikir-fikir, apa aku akan buat lepas habis KKEC? balik rumah ke...

kalau balik Meru, tahan kah aku? cuti ada sebulan lagi. seminggu di rumah pun dah cukup lama untuk buat aku jadi cacing kepanasan. itu seminggu... kalau sebulan?

mungkin aku balik Kuala Kangsar. sana ada opah. tapi nak mandi Batu Ampar, mungkin susah nak dapat... sebab sepupu-sepupu aku masing-masing dah jauh, ada yang di Terengganu, ada yang di Sarawak. jadi dah tak ada orang untuk aku ajak pergi. nak mandi Batu Ampar seorang, memang tak... pakcik dan opah aku sendiri pun memang takkan bagi. sepupu-sepupu yang ada, samada kecil lagi atau yang parents (yakni pakcik makcik ak) memang tak bagi mandi sungai dah. alasan kukuh - leptospirosis.

Batu Ampar salah satu anugerah terindah Allah dalam hidup aku. setakat ini kawasan ini masih terpelihara, mungkin sebab masih belum diuar-uarkan pada khalayak. ini aku harap akan terus terjaga, sampai bila-bila. aku tahu harapan ini agak mustahil memandangkan sekarang pun tempat ini dah mula didatangi orang. tapi harapan aku tak mati. selagi belum tercemar biar aku terus harap ia takkan tercemar. biar anak-anak kampung itu boleh terus kenal macam mana rasanya mandi sungai, macam yang aku selalu rasa dulu. rasa nyaman, sejuk, tenang, yang Allah bagi melalui sungai itu. rasa itu tak boleh dapat di mana-mana... cuma di sungai-sungai. maka jadilah aku pencinta sungai. sekaligus buatkan aku cinta alam sekitar.

cakap kosong pasal cinta alam sekitar... aku cakap aku cinta alam sekitar, tapi banyak mana yang aku dah buat untuk alam sekitar? banyak mana yang aku dah usaha untuk pelihara? nampaknya masih banyak yang aku belum buat. untuk alam sekitar, bahkan untuk semua di sekitar aku. kamu? kamu kata cinta sesuatu, banyak mana yang kamu dah buat untuk apa yang kamu cinta?

tak perlu cerita cinta sesiapa. kita cerita cinta agama, cinta cita-cita dan cinta yang ada makna - bukan cinta kosong. kalau rasa kita cinta agama, banyak mana yang kita dah buat untuk agama? kalau rasa ada cita-cita, banyak mana yang kita dah buat untuk kejar cita-cita? semua itu... dalam umur kita sekarang. macam aku, 20 tahun. lama itu aku hidup tapi baru banyak mana yang aku dah buat? kalau cerita kosong memang 20 tahun itu kita kata "baru 20 tahun...". tapi kalau cerita hidup, 20 tahun itu "sudah 20 tahun...". sangat kecil beza dari segi bahasanya, tapi sangat besar beza pada makna.

jadi... umur kamu baru 20 tahun atau sudah 20 tahun?

Saturday, April 28, 2012

cabaran 6.

2, 3 hari ini aku makin susah nak kawal tidur. mungkin badan aku dah penat...

Thursday, April 26, 2012

cabaran (hidup).

cinta boleh datang
suka boleh ada

tapi...

cinta pun boleh pergi
suka pun boleh hilang

jadi...

cinta boleh datang tapi akan pergi
suka boleh ada tapi akan hilang.

semuanya semudah itu, tapi sakit nya buat ramai kecundang.
jadi jangan pandang rendah, jangan buat main.
takut nanti tak mampu tanggung.

*aku pun tak mampu tanggung, jadi aku tak nak involve. itu terbaik untuk aku.

Wednesday, April 18, 2012

cabaran 5.

almost lost my mind... you scared me out of it. 

kau menakutkan bila kau macam itu. aku tahu ada sesuatu... kau tak perlu beritahu, tapi aku rasa kau perlu ingat sesuatu yang kau memang tahu. yang nampaknya kau makin lupa dalam masa haru-biru macam yang kau sedang lalu.

tolong... ingat perkara itu.

Saturday, April 14, 2012

suka aku.

tadi aku blogwalking... sampai satu blog ini, nak kata best, mungkin tak bagi sesetengah orang. cuma aku boleh kata... pergi lah kalian usha dulu...

nak usha, klik sini...

aku baca pun tergelak jugak, lagi-lagi bila tengok contoh yang dia bagi. itu yang rasa nak kongsi itu...

pesan...

hari ini 'dia' sudah tiada... tapi ada pesanan yang ditinggalkan untuk kita. untuk aku, kamu, dan mereka.


Khutbah Terakhir Nabi Muhammad SAW
9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH
"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan !!! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahwa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik! dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya.
Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba- Mu. "
hari ini aku terjumpa, jadi mungkin aku patut kongsi dengan kalian...
*kredit kepada "islam2u.net".

Friday, April 13, 2012

pengalaman 4.

maka hari ini nama aku digugurkan dari acara Extreme Outdoor Quest (EOQ) untuk KKEC ini. seterusnya aku perlu beralih kepada acara Jalan Lasak Berhalangan pulak, huhu...

entri kali ini aku tak mahu namakan sebagai cabaran, memandangkan pengguguran aku dari acara EOQ tak lah beri aku tekanan, atau sukarkan detik-detik aku sepanjang perkampungan ini. bahkan aku lega...

kamu boleh kata aku nyatakan ini - bahawa aku lega tak perlu sertai EOQ - sebab nak sedapkan hati sendiri. terpulanglah kamu nak kata apa...

di sini aku bezakan EOQ dengan Jalan Lasak Berhalangan begini :
-EOQ ; larian 5km shj tp kena speed
-Jalan Lasak ; larian 10km dgn halangan tp slow pace sebab kena sustain sampai 10km & kena lari dgn spike boot, half U  Kesatria Negara.

sementara itu, beza EOQ dengan Jalan Lasak Berhalangan yang mempengaruhi fikiran aku :
-EOQ ; larian (SAHAJA), nak laju berterusan sampai 5km.
-Jalan Lasak ; larian yg blh diperlahankan, & laju bila nak laju, & ada halangan2 yg blh bawa aku kembali ke zaman kanak2 dulu, cuma halangan2 ini lebih matang & mencabar (dan bukan larian semata-mata).

aku yang sejak dulu memang tak suka larian, tentu-tentulah aku lebih suka acara Jalan Lasak Berhalangan. nak lari lama-lama, straight gitu untuk EOQ, aku tak rasa mental aku sekuat itu. kalau Jalan Lasak, aku boleh ambil masa rest sekejap, dan sambung lagi... itu tak apa.

jadi itu... sebab aku betul-betul maksudkan bila aku kata aku lega tak perlu masuk EOQ. biar aku masuk Jalan Lasak kalau layak... boleh lah berbakti jugak untuk Puncak Naga, haha!

kecewa... tipu kalau aku kata tak ada kecewa langsung. tapi kecewa aku... bukan sebab tak dapat masuk EOQ, tapi sebab stamina aku tak mampu lagi nak compete even dengan peserta EOQ pun... aku dah risau ni, kalau dengan mereka yang cuma peserta EOQ untuk Komander Kesatria Endurance Challenge 2012 ini pun aku tak mampu compete, macam mana aku nak compete untuk jadi Tentera Laut Diraja Malaysia? Mesti PasKaL TLDM lagi jauh... Macam mana aku nak jadi Paskal kalau sejauh ini je tahap ketahanan aku? Waa... ini sangat kecewa!

itulah ceritanya... aku serius bila aku kata aku lebih suka Jalan Lasak Berhalangan, bukan EOQ. aku serius bila kata aku tak kecewa tak dapat masuk EOQ... dan sangat serius bila kata kecewa aku sebab fikirkan cita-cita aku, bukan sebab fikirkan EOQ.

kalau nanti kamu lihat aku dan terlintas di fikiran "kesian dia tak dapat masuk EOQ...", aku rasa kamu boleh simpankan saja kesian kamu itu. sebab masuk EOQ memang bukan harapan aku... tentang latihan yang kamu fikir selalu lihat aku buat, itu cuma untuk sediakan diri aku... satu, untuk cita-cita aku. dua, untuk pastikan kalau aku diberi amanah masuk acara-acara yang perlukan stamina aku, aku tak kan buat spoil. sebab kalau sampai kumpulan aku lambat @ prestasi kumpulan aku jatuh sebab aku, itu lagi teruk dari apa-apa salah yang aku buat pada mereka, atau yang mereka buat pada aku.

lagi satu... disebabkan aku tahu kemampuan aku. bila aku tak rasa aku mampu untuk tolong kumpulan EOQ, andai kata aku terpaksa masuk, aku akan risau. bila aku risau, aku akan push diri untuk buat latihan extra... latihan bila orang lain tak buat. dan bila aku push diri aku, aku tak suka sebab aku akan jadi keji pada diri sendiri... sedangkan orang lain tak seteruk itu. jadi, setiap latihan secara automatik datangkan tekanan... ruang-ruang keseronokan makin hilang.

memanglah pergi KKEC ini bukan untuk berseronok-seronok, tapi janganlah sampai hilang terus seronok itu. bagi aku macam itu.

Jalan Lasak Berhalangan... tak berani nak kata apa-apa lagi. cuma akan ada sedikit perubahan pada rutin latihan aku lah. aku tahu... latihan Jalan Lasak ini tak akan semudah yang aku sangka, cuma aku fikir mungkin ia tidak begitu menekan macam EOQ. tekanan memang banyak, dengan jarak sampai 10km, dengan lari kena pakai spike, dengan latihan kena bawa beban, dan macam-macam... tapi mungkin ini tak akan permainkan mental aku seteruk EOQ (dalam EOQ mungkin takut team jadi lambat sebab aku, sedangkan dalam Jalan Lasak team memang akan lambat... sebab kena bawa harbour set).

jadi hari ini aku lega. sebab latihan aku lepas ini InsyaAllah akan kurang tekanan mental. latihan aku lepas ini InsyaAllah akan lebih enjoy. latihan aku lepas ini mungkin akan ada kurang perasaan serba salah berbanding dengan latihan sebelum ini. latihan aku lepas ini, InsyaAllah aku tak bebankan orang lain... dan lagi, latihan aku lepas ini, InsyaAllah aku tak bebankan diri aku lagi.

cuma... maaflah, kumpulan Jalan Lasak... aku terpaksa ganggu kalian, memandangkan aku dah terkeluar dari EOQ. (cuak gak, kot2 ada yg rasa aku nyibuk nanti...) tapi kalau kalian tak kisah tak apalah.

jadi, setakat ini lah kali ini... syukur untuk hari ini. *syukur sangat.

Wednesday, April 11, 2012

cabaran 3.

apa aku dah buat hari ini...

keji, aku sakiti kawan lagi.

dia kah yang cepat sakit hati, atau aku yang selalu sakitkan hati?

mungkin aku.

nak balik rumah, nak lari tinggalkan tempat ini.

nak leraikan kusut ini.

nak biar semua runsing ini pergi.

tapi sampai bila aku nak lari?

rasa kosong kat sini.

jiwa kacau lagi...

habis stok coklat aku makan, dalam proses kontemplasi. ha ha...

Monday, April 9, 2012

cabaran 2.

kelmarin, 7 april... kena 'badi'. badi yang aku pun tak tahu punca. tapi buat aku sangat menderita. rasa seksa. satu-satu perkara aku tak mampu tahan... gatal!

gatal nyamuk pun boleh buat aku tak duduk diam - sebab itu aku sangat tak suka nyamuk. tapi kali ini gatal bukan sekadar sebab nyamuk, dan aku pun tak tahu apa sebab sebenar...

tahan-tahan tak tahan... sabtu malam lak ada meeting progress perkampungan. rasa memang macam gila-gila nak excuse, tapi aku pergi jugak atas sebab-sebab tertentu. esok hari ada latihan lagi di FRIM (Forest Research Institute Malaysia - kot). yang ini pun aku rasa sangat-sangat tak nak pergi. tapi lagi sekali, aku pergi jugak. ikut latihan macam biasa... meski muka pun dah lain, mata bengkak, tangan bengkak...

sampai tengahari, kami balik puncak alam. Nad nak turun di Puncak Perdana, ajak-ajak aku. tapi aku yang nak sangat turun Puncak Perdana (PP), tak ikut dia. sebab aku dah sangat-sangat tak tahan. aku fikir nak balik Puncak Alam dan tidur terus, moga-moga bila bangun tidur, gatal-gatal itu hilang. jadi aku balik Puncak Alam (PA)...

balik PA, aku terus naik bilik... tak fikir makan (padahal selama ini makan paling penting bagi aku), tak fikir apa-apa. cuma fikir nak mandi... nak hilangkan gatal-gatal itu. dapat aku mandi, sejam lebih jugak aku bertapa dalam bilik air. lega sangat bila kena air! tapi lepas mandi... lepas keluar bilik air, tak sampai sejam pun, gatal datang balik. dan aku tak tahan sangat (lagi)... aku buat keputusan untuk balik. untunglah rumah dekat... aku naik rapid u90, dengan seorang junior PA, memandangkan dia pun memang nak ke PKNS. sampai-sampai rumah, aku masuk bilik mak aku, salam, letak beg di katil dan... "mak... gatal..." dan aku terus baring. mengada tak aku? hahaha...

di rumah, lepas makan aku cuma tidur, konon-konon kalau tidur aku tak payah fikir pasal gatal. nak ke klinik, ayah aku tak balik lagi. finally jam 8 mak bawa aku ke klinik juga walaupun ayah aku tak balik lagi. ahad malam itu, aku ke klinik lepas bertahun-tahun aku tak pergi. dapat kad... maknanya lain kali aku boleh pergi klinik itu free-free sebab bayaran majikan mak aku (LHDN) yang kena tanggung. disebabkan aku teruja sikit dapat kad itu (lawa lah jugak, lagipun name ak ad kt situ...), aku tanya mak, "nape tak buat kad ni dr dulu je..." sebab kad itu valid sampai aku genap 21 je, dan sekarang aku dah 20... maknanya aku dah tak punya masa lama untuk nikmati. yang mengejutkan adalah jawapan mak aku yang buat aku terfikir balik dan tergelak. mak aku jawap... "slame ari ni bile kmu ad g klinik?" - sebab kad itu dibuat bila pesakit ke klinik je. tergelak aku... betul jugak kata mak aku, patutlah aku baru nak dapat kad ini.

pengakhir episod ini, aku dibagi ubat lah. doktor kata gatal ini sebab alahan, yang aku pun tak tahu alahan pada apa. bukan makanan lah, sebab sebelum itu aku makan macam biasa je. katanya mungkin pada habuk, air, udara, dan lain-lain. aku kena makan ubat dan sapu ubat. semua tentang ubat. sampai hari ini (2 hari kemudian), aku masih makan ubat meski aku malas... cuma, bila malas aku set minda, 'takpe2, ni ari ptame@kedue, mkn je dlu...'. maknanya mungkin hari keempat aku akan berhenti. mungkin juga hari ketiga kalau menjelang hari ketiga, semua seksa dah hilang atau gatal dah reda. apa nak buat... malas.

cabaran kali ini, aku rekod dalam ini lepas keadaan beransur pulih, jadi mungkin kedengaran tidak begitu buruk. dan bisa pena pun kurang. tapi tak apalah... dah masa gatal itu aku nak buka laptop pun tak ada hati.
hah... syukur dah makin reda sekarang.

hikmah cabaran kali ini...

*ada sesuatu dalam hidup aku.
*aku jumpa satu perkara yang aku tak tahan... jadi aku macam orang lain jugak, ada hal-hal tertentu yang aku tak tahan.
*aku berbalik pada keluarga... tahu ada masanya aku sangat perlukan mereka walau independent mana pun aku.
*dapat kad medical...

dan banyak lagi, yang rasanya aku tak payah tulis... cukuplah asal kamu dapat tahu, setiap perkara ada hikmah. dan hikmah itu tak akan datang kalau kita terus rungutkan perkara itu... kita kena jaga minda. semuanya cun saja...