Tuesday, May 1, 2012

hikmah 7.

sebagai biro TTK untuk perkampungan KKEC ini, aku kena ambil gambar kami sepanjang latihan. dan aku ada ambil... memang aku ambil. cuma...

tadi...

lepas joging...

aku buka file image dalam samsung champ putih aku...

tengok cuma ada 3 gambar...

2 gambar wallpaper, 1 lagi ini, statement menarik pasal nikah yang aku snap supaya aku boleh tengok bila-bila aku nak.

yang lain-lain dah tak ada.

aku buka file music, cuma ada 4 lagu... dari banyak-banyak sebelum ini.

yang lain-lain dah tak ada.

aku fikir... kawan aku main dan terdelete kah?

atau... aku terdelete kah? masa aku tidur?

lama-lama malas aku nak fikir.

mungkin virus. sebab semalam aku ke tempat awam, lagi-lagi tempat yang banyak elektronik dan gajet-gajet... dan aku tak off bluetooth.

ok. kemungkinan besar itu punca sebenar, jadi bukan kawan-kawan aku yang jadi punca.

oh... hilang dah semua.

tapi tak apalah. sebelum ini memang aku ada cadang nak clear kan balik file2 dalam itu, buang yang takpatut-takpatut itu. tapi tangguh nya dah lama sangat. mungkin Allah nak permudahkan aku, dibagi nya macam ini. terus (hampir) semua lagu dan gambar hilang... jadi aku tak payah susah-susah nak pilih mana nak buang mana nak simpan. kan? aku rasa macam itu kot. Alhamdulillah lah. cuma...

ada sikit benda yang aku kena check balik champ ini. kalau betul virus kena clear kan dulu lah baru boleh masuk balik lagu-lagu. lepas ini kena letak lagu-lagu yang ada faedah sikit dalam champ ini, baru lah boleh buat pahala dengan teknologi yang ada. rugi kot ada gajet elok-elok tapi tak guna untuk yang manfaat sekali. lagi-lagi kalau ada iphone 4 ke, takkan nak guna untuk suka-suka je kot? alang-alang ada itu manfaat kan biar dapat saham akhirat sekali... baru lah cool ada gajet yang cool macam itu.

orang kata membazir kalau beli gajet-gajet macam itu... memang membazir pun, kalau beli setakat nak tayang-tayang, buat main game, atau sekadar nak rasa ada. sebenarnya tak salah pun ada gajet macam itu kalau kamu memang mampu, tapi kalau alang-alang dah ada, buat lah benda manfaat sikit dengan apa yang kamu ada itu. benda itu teknologi, kan? banyak yang kita boleh buat dengan teknologi, untuk hidupkan bai'ah hasanah - hidup dengan persekitaran dan cara Islam. bukannya sekadar kata 'i luv islam' dan guna harta benda kita untuk hidup dunia je...

contoh? keluarkan fikiran kamu dari kotak... dari aku cuma usul. macam... nak letak lagu elok-elok dalam champ aku, paling tak pun bila dengar masa bosan boleh beringat sikit. tak pun, dengan dengar lagu elok-elok boleh elak aku dengar lagu-lagu yang tak elok- yang maksud lagunya kadang-kadang tak perasan pun tapi rupanya ada tak senonoh. usul aku cuma satu dari sejuta cara macam mana nak manfaat kan gajet kamu. kamu yang lebih tahu fungsi-fungsi sedia ada dalam gajet kamu, mesti boleh fikirkan macam-macam lagi... cubalah fikir. sekurang-kurangnya kamu ada usaha... itu di akhirat nanti, mana tahu boleh bantu.

itu saja kali ini. :-)

No comments:

Post a Comment