Sungguh-sungguh cakap, aku dah nak hilang harapan. Dengan macam-macam benda yang
tak ada untuk aku. Dengan macam-macam benda yang tak cukup baik untuk aku. Dengan macam-macam yang aku tak puas hati. Dengan macam-macam rasa susah yang aku nak maki.
Memang rasa macam hati ini dah nak mati.
Tapi satu demi satu.... sikit demi sikit... Allah bagi.
Bukan harapan besar, yang Allah bagi balik pada aku.
Bukan jalan untuk aku capai impian dulu, langsung tak.
Tapi macam aku kata lah, sikit-sikit... yang kalau nak bandingkan, memang sangat kecil dan tak semegah impian dulu. Tapi yang sikit itulah...
Yang aku kira datangkan kembali ruang bernafas untuk aku. Yang tunjukkan pada aku dengan jelas jalan yang aku dah tak tahu mana nak lalu. Meski bukan jalan hadapi cita-cita impian dulu. Tapi tak kisahlah, bila semua jalan dah mati dan tiba-tiba ada satu jalan yang sempit tahap &%$# pun akan buat kita sanggup meniti.
Sikit demi sikit Allah bagi. Lepas otak dah kering merekah, Allah bagi setitik air pun dah rasa macam WOW. (Analoginya lah).
Baru aku perasan. Allah nak bagi aku sikit-sikit dulu. Mungkin reserve something untuk aku. Buat masa sekarang... masa-masa macam inilah, waktu kemarau hati macam inilah, sabar itu perlu. Masa dah tak ada apa kita boleh buat untuk ubah apa-apa yang kita susah nak terima inilah, redha itu perlu. Benda-benda ini tak teruji sangat masa biasa-biasa, tapi masa kita rasa macam nak gila, itu ujian high-level barangkali. Aku selalu kecundang kat sini.
Memang tak perasan. Sebab Allah bagi sikit-sikit.
Jujurnya aku masih belum ok. Tapi sekurang-kurangnya dah rasa lebih baik. Lepas ini tak tahu macam mana, sebab macam yang aku cakap tadi lah... aku tengah meniti. Jalan yang terbuka sikit-sikit ini, belum terbuka luas buat masa ini... jadi dengan apa yang ada dalam hidup ini, aku kena survive lah. Mungkin lepas ini titi yang rapuh ni roboh, aku jatuh terjunam mana-mana. Tawakkal je. Boleh jadi juga aku dapat meniti sampai ke hujung.
Kadang-kadang nak letak harapan tinggi pun tak berani, sebab aku takut hancur luluh lagi. Tapi memang kena yakin ini terbaik untuk aku buat masa ini. Memang dengan cerita pelangi lah aku pujuk diri (Allah bagi hujan dulu dan sorokkan matahari, sebab nak bagi pelangi). Dari dulu lagi. Dulu pun dah pernah jadi, cuma mungkin tak seberat ini. Barangkali sebab dulu aku pun tak sekuat ini. Sekarang pun tak lah kuat sangat, tapi kuat lagilah daripada dulu. Haha mula dah nak putarbelit. Ok habis kat situ pasal 'dulu'.
Sekarang, aku akan cuba lalu jalan itu. Kecil-kecil, sikit-sikit, tak kisah lah. Asal ada jalan Allah bagi.
Wednesday, February 19, 2014
Sunday, February 16, 2014
Ingat sikit.
Hei mari berimaginasi sikit. Beberapa bulan ni aku rasa macam hidup dah jadi bertambah-tambah susah. Memandangkan macam-macam perkara baru timbul, yang campak aku keluar dari zon selesa aku.
Tentang pengajian. Tentang kewangan. Tentang makanan. Tentang kesukanan. Tentang kelapangan. Tentang kehidupan lah, dasarnya. Dah banyak yang berubah dalam hidup aku ni, rasanya. Tapi bear in mind, ini bukan untuk rungutan meski nampak macam itu.
1) Tentang kehidupan mula berubah bila aku pilih untuk tinggalkan UiTM dan beralih ke institut bukan UiTM. Asalnya cuma niat sebab nak ambil bidang ni, yang UiTM memang tak tawarkan. Maka nak tak nak aku terpaksa minta di institut yang ada tawarkan. Hijrahlah aku, kembara lah aku ke tempat asing. Budaya asing bahasa asing semualah nak asing. Tapi tak lah asing sampai macam luar negara tu. Haha.
2) Tentang kelapangan pulak berubah 360 darjah, memandangkan aku tak terlibat dengan rasminya dengan sebarang unit beruniform berbanding dengan dulu-dulu masa aku jadi komander kesatria. Sekarang aku ada sangat banyak masa lapang, macam aku ada seluruh masa yang ada hanya untuk diri aku. Buatlah apa yang aku nak dengan masa yang berkali ganda lapang tu. Meski hakikatnya masa selapang tu bukanlah yang aku nak sangat pun, sebab aku jadi tak tahu nak buat apa dengan masa yang ada tu.
3) Tentang kesukanan yang berubah disebabkan kekangan-kekangan, ketidakselesaan, ketiadaan team atau kumpulan yang aku boleh harapkan. Buat aku rasa sukan dah tak semenarik dulu, sukan dah tak sebaik dulu, seolah-olah sukan tu dah bukan lagi apa-apa dalam hidup aku.
4) Tentang makanan yang terhad, disebabkan kawasan ni bukan tempat yang senang aku nak dapatkan makanan bagus-bagus, makanan sedap-sedap dan makanan yang boleh buat aku happy. Bukan nak kata makanan sini tak sedap, makanan biasa dia pun ada yang sedap. Cuma makanan luar biasa tu aku susah sangat nak jumpa. Kalau boleh jumpa pun aku kena keluar cari susah payah.
5) Tentang kewangan yang memang sangat jelas pengaruhi aku. Harga purata makanan harian sini memang jauh juga beza dengan Shah Alam sekalipun. Nak harap apa, dah sini jadi kawasan khas pelancongan. Selain tu yuran pun hampir lima kali ganda dari dulu, memandangkan sekarang yuran pengajian dah tak ditaja sebab aku pun dah tak belajar di UiTM. Dan macam-macam lagi.
6) Tentang pengajian sendiri, meski aku dapat bidang yang aku nak... keputusan tak sebaik dulu. Keputusan peperiksaan tu aku benci jugak lah sebab dia buat aku rasa macam aku silap, atau tak patut ambil kos ni. Walau hati aku banyak kali cakap, ini yang aku nak selama ni... aku pelik kenapa bila aku buat benda yang aku nak ni, aku tak boleh cemerlang. Bukan sepatutnya lagi cemerlang ke bila kita buat apa yang kita nak? Atau entah-entah sebenarnya ni bukannya yang aku nak, tapi aku yang tak perasan...? Ini lah yang keputusan peperiksaan buat aku fikir.
Ini-inilah... 1-6 inilah perubahan-perubahan asas yang buat aku rasa macam ni. Aku boleh fikir macam ni, dan aku memang dah fikir macam ni. Tapi sampai satu tahap, disebabkan aku terus fikir dan fikir, dah lepas fasa-fasa kecewa tahap gaban tu, penat jugak aku rasa... sebab fikir macam ni. Sampai pemikiran tu sampai satu tahap yang aku rasa lebih baik. Apa yang aku rasa sebelum ni, bawa aku ke tahap ni. Ke tahap pemikiran yang agak imaginatif tapi buat aku rasa lebih baik ni.
No 1 adalah peluang aku tengok hidup dari sudut lain pulak sebenarnya, tengok perkara-perkara yang aku tak mungkin tengok di tempat-tempat yang aku dah pernah pijak sebelum ni. No 2 adalah peluang untuk aku mula buat benda-benda bermanfaat tanpa perlu ditekan oleh pihak lain, tanpa paksaan atau desakan sesiapa, kalau aku nak buat sesuatu yang bermanfaat aku boleh guna kelapangan yang ada tu. No 3 adalah peluang untuk aku buka minda pada perkara-perkara lain, yang selama ni tertutup oleh kesukanan semata-mata tu.
No 4 adalah peluang untuk aku biasakan diri hidup tanpa nikmat-nikmat macam tu, rasa dan biasakan dengan hidup zuhud sikit sebab dah banyak sangat enjoy selama ni. Macam ni rupanya Allah nak jaga aku jangan bagi terus leka sangat dengan nikmat hidup ni. No 5 adalah peluang untuk aku rasa sikit-sikit dulu kesempitan hidup yang jauh lebih sukar masa zaman kerja nanti, samakan situasi jumlah biasiswa dengan jumlah gaji yang aku takut tak boleh tampung kos sara hidup. Baguslah sekarang dah pandai fikir pasal kos sara hidup.
Sementara tu No 6 adalah peluang untuk aku recall balik kalau-kalau ini memang apa yang aku nak. So far ni setiap kali aku tanya diri aku balik, memang ini lah. Keputusan periksa? Lantak kau lah wahai keputusan. Selama ni aku memang benci periksa, tak ingat pulak. Bukan aku pernah nekad ke tak nak cuma excell dalam exam, tapi tak pandai hadap real life challenges? Kenapalah sekarang aku nak kisah sangat... sekarang aku kena reset balik, belajar jangan sebab periksa. Kalau tak inilah padahnya.
So, joy of learning... come back to me, please?

Saturday, February 15, 2014
Matikan Cerita.
Cerita lagi.
Masa jadi sukarelawan untuk acara sukan antara institut pengajian tinggi, aku terjumpa dia. Mula-mula aku nak mengelak tapi jumpa jugak. Dah jadi atlet bola tampar sekarang. Baguslah. Diam-diam aku dengki kat dia. Aku yang main bola tampar dari darjah lima - masa tu sama sekolah dengan dia tapi dia belum mula main lagi, dan aku main lagi awal dari dia tapi dia dah pergi jauh sementara aku masih main suka-suka lagi. Bad habit aku barangkali, tak suka bersaing. Kalau terpaksa berebut tempat aku selalu pilih undur diri, sebab tu agaknya main pun tak ke mana. Ikutkan aku memang tak kisah, tapi memandangkan dia pun dah pergi jauh, buat aku terfikir. Yang aku ni tak ke mana.
Ceritanya kali ini bukan banyak mana aku kesal dengan diri aku sebab tak ke mana, tapi sebab aku sibuk dengki sampai tak sedar apa yang aku ada. Dan sebab aku sibuk toleh ke belakang mengenang apa yang aku hilang. Iyalah, banyak yang aku terlepas dan terpaksa lepaskan sebab masuk UMT ni. Sedangkan apa yang aku ada aku tak perasan. Sampai lah dia cakap pasal dengki dia kat aku. Dia lah. Buat aku teringat balik pada apa yang aku ada. Apa yang dia cakap masa tu memang seklise benda2 yang kawan2 aku pernah cakap kat aku suatu masa yang lepas - yang masa tu aku tak heran apa pun dengan apa yang kawan2 tu cakap. Tapi kali ini, aku terkesan dengan apa yang dia cakap. Mungkin sebab dia cakap on the right time. Di masa aku betul-betul mesti diperingatkan. Sampai aku tak jadi nak rasa diri useless.
Tak kira la dia tu siapa. Kebencian ke kebiasaan ke. Masa dia betul-betul kena. Memang aku tak kira dia tu siapa, sebab tu aku boleh terima dan sebab tu juga aku boleh tinggalkan je. Tapi apa yang dia cakap, memang membantu. Dan dia, yang aku masih ingat lepas dah sepuluh tahun, mungkin aku akan ingat dalam masa sepuluh tahun lagi. Dia pun, terima kasih sebab ingat aku lagi lepas sepuluh tahun. Gila... sepuluh tahun dah rupanya. Jadi kalau aku biarkan sepuluh tahun lagi pun tak apa kot. Kalau dia lupa aku kemudiannya, barangkali supaya aku bebas. Kalau dia tak lupa, fair sudah. Anggap ini macam permainan dulu-dulu. Satu sama. Kau buat aku, aku buat kau. Atau barangkali cuma jadi dalam imaginasi aku je. Pun tak apa.
Tak nak cerita tak bermaksud aku lupa. Tapi tak mengapa kalau kau lupa. Hidup masing-masing, kan. Apa-apa pun terima kasih sebab datang dan sentap aku sekejap. Dan buat aku rasa hidup aku sekarang bukannya sebosan yang aku sangka. Bahkan ada banyak lagi kejutan yang Allah boleh bagi dan hari itu, kau cuma salah satu darinya.
Banyak jalan aku boleh pilih sebagai penyambung cerita ini, tapi biar aku matikan dulu kat sini, biar aku boleh senyum lama.

Subscribe to:
Posts (Atom)