Friday, February 4, 2011

baby dumping issue.

budak sekolah agama lagi ramai yang buat camtu. sebab diorang culture shock. mase sekolah, banyak bende yang diorang takleh buat, so lepas abes sekolah diorang excited nak buat sume tu.

buat ape tu?

buat bende2 yang budak sekolah biase dah biase buat.

aku nak nafikan. tapi atas dasar apa? aku teringat kawan-kawan aku kat sekolah dulu. memang mase sekolah masing2 jaga diri. tapi lepas abes sekolah ni, macam2 dah berubah. hot topic kami dulu " couple tu haram ". isu yang dah berpuluh-puluh ribu kali diperdebatkan. dan aku boleh-boleh tak mahu bahas lagi. dasarnya sama je sebenarnya. kalau mash nak persoalkan, fikir dulu untuk apa kita nak perdebatkan lagi. supaya kamu boleh dengar apa yang kamu nak dengarkah? sampai aku membenarkan apa yang kamu buatkah? maaf, pergilah.
dah terlajak pulak. sebenarnya aku nak kata, isu-isu hangat di zaman sekolah di sekolah agama dulu. cuma sekadar isu rupanya. segala fakta dan info yang diketengahkan tak disimpan dalam fikiran. tak dipegang dan dijadikan pedoman. maka untuk apa perdebatan itu dulu? sekadar untuk tunjuk siapa benar siapa salahkah? untuk tunjuk siapa lagi ramai pengikut atau pengaruhkah? kalau tu sebabnya, maka kite tak beza lah dengan mereka. mereka yang aku tengok hari-hari sekarang. samalah.

isu ni dah khali. aku bosan. tapi bolehkah diam2 je? terpulanglah camne kau nak fikir. kau jagalah diri kau sendiri dulu. lepas tu jangan lupa fikir camne nak jage sedara2 kau. yang kat sekeliling kau tu. sementara aku fikir camne nak hadapi sedara2 yang kat sekeliling aku ni...

No comments:

Post a Comment