Thursday, February 17, 2011

bahasa budaya.

baru ni aku g blogwalking jap... pas berminggu-minggu aku tak sempat nak buat. nak gak tengok khabar2 kawan2 lame. ape citer diorang, ape kisah diorang, ape hal diorang. nak gak usha2. then aku jumpe satu blog yang aku rase korang penah jumpe gak. dalam blog tu, tengook2 sejuk gak hati bace. tapi dalam sejuk2 tu tibe2 macam ade yang menyentap. kenapa...

indah bahasa yang ada pada blog tu. betul... cume bile aku tengok updates kat situ, ape yang kawan2 buat baru ni, aku sentap. dengan indah nya bahasa pada budaya dalam kata2 tu, tak tahulah apa yang tak kena pada budaya dalam blog itu. macam kontra pon ade. kawan... kenapa perlu macam tu? bukan niat nak mengkritik, bukan niat nak mengutuk, cuma aku nak mengata... dan aku harap apa yang aku nak kata boleh sampai pada pemikiran kawan.

untuk apa indahnya bahasa kalian kalau budaya tak seindah bahasa? mungkin bagi kalian bahasa itu cuma pakaian. memang... bahasa itu seakan cuma pakaian untuk dipamer-tayang pada orang. boleh dipakai-pakai. tapi kalian perlu ukur pakaian tu juga. berbudayalah seindah pakaian yang indah itu. macam orang kate, perempuan kalau pakai baju kurung tu sopan2lah sikit, lelaki kalau pakai songkok tu elok2lah sikit. ini cuma contoh, contoh yang aku tak rela bagi tapi mesti bagi supaya kawan2 paham.

iye... bagi kalian lah, mungkin fikir aku narrow. sebab masih fikir macam mase kite kat skolah dulu, ini tak boleh itu tak boleh. tapi aku cuma nak kalian tahu, ke'narrow'an aku bukan kerana pemikiran aku masih di tahap sekolah. terpulanglah kalau itu pada tanggapan kalian...

*aku macam nak benti takat ni, sebab macam tak mampu taip pape... tapi macam aku kene teruskan,

maaf sebab campur urusan kalian. suka hati kalian lah nak ber'apa' sekalipun. kalau tak suka tak yah join, (tak yah lah sibuk2), kata kalian dulu. macam kalau dalam tv keluar cerita2 yang kita tak sepatutnya tengok,   tukarlah siaran. jangan tengok. tapi sekalipun aku tak tengok, aku pasti orang kebanyakan kat luar sana melihatnya. dan dengan penglihatan itu mereka mengira. benar. jawap ini...
macam mana aku patut tukar siaran begitu saja sedangkan aku tahu saudara-saudara aku di luar sana ramai yang melihat itu? sedangkan aku tahu bagaimana mereka mungkin akan terpengaruh olehnya? dan kalian suruh aku duduk tepi diam2...

buat masa ini aku pun tidak mampu buat apa-apa, kan...? nak ke stesen tv itu pun mustahil, nak pula minta mereka tamatkan siaran yang tidak patut itu. MAMPU? jujurnya aku TAK mampu... tapi mustahilkah suatu hari nanti aku mampu melakukan sesuatu apabila yang sama berlaku@berulang lagi? tidak KALAU aku berusaha untuk mengejar sesuatu yang boleh memberikanku hak itu. kalian juga lah... cuma nak atau tak nak semata. atas alasan apapun, ketidakmampuan kita adalah kerana kita tidak mencuba untuk mampu.

apa yang korang lalui? kita lalui macam2. tapi jangan ambil kesempatan lah atas kebebasan itu. memanglah kita sudah bebas dari peraturan sekolah, tapi kita masih terikat dengan 'peraturan' hidup. gaya hidup mana yang kalian mahu ikut...  ...   ...   ...   ...   ...   ...

No comments:

Post a Comment