Saturday, April 30, 2011

mimpi pe...

weh komander2 puncak sekalian... aku mintak maap sebab sekarang aku tak berapa nak positif pasal hal2 komander ni. aku harap aku boleh jadi lebih baik dari ni. tapi entah lah kalau aku mampu...

haha saje nak buat drama melayu kat sini. nak buat citer jadi sentimental... fuh...

pagi tadi kan, aku mimpi komander puncak -alam n perdane- buat event tau. pastu aku masuk kat team security (mcm cite minggu karyawan je; kitorg t'msk ak under security). mase tu turn aku ronda - dgn sorg komande laki, tp xigt sape. motif aku citer pasal ni? tak tahu ape isu. jap fikir... fikir... o..! farid ada, azri ada. siapa lagi tah? ah... susah lah nak ingat.

aku pon tak tau pe motif citer pasal ni. rasa2 aku terkejut kot tetibe mimpi pasal event komander lak cuti2 camni. ahaks! papepon lupekan jela sebab dunia komander dah nampak macam makin **** sekarang. kat tempat aku je kot... kat tempat lain mungkin tak.

tolong lah, dunia... tak kisah lah dunia apa pon. dunia komander, dunia u, dunia remaja, dunia baru... tolong lah jadi lebih positif untuk aku. tak seronok lah hidup macam ni, sume nye nampak pesimis. jadi lah apa pon, jadi lah seteruk mana pon, tapi nampakkan yang positif kat aku. jadilah chaotic mana pon, tapi nampakkan yang elok kat mata aku. jadilah sekejam mana pon, tapi nampakkan yang baik kat hati aku.

" far away... the ship is taking me far away. far away from the memory of the people who care if i live or die..."
lupakan pasal duit. sini ada both - bad news, and also good news.

bad news - tak dapat pergi Sri Iskandar (untuk benda komander). dan ini bagi aku lebih sebab untuk ignore benda2 komander lepas ni.

good news - aku dapat lebih masa untuk stay kat kampung kalau aku balik. but that, doesn't really matter. sebab aku rasa macam tak nak balik kampung cuti ni. tapi on the other side, aku betul2 nak balik kampung.

rasanya aku kena pergi mana2 ni, nak pastikan aku tak 24/7 kat rumah. cuma aku belum tahu nak jalan mana. tak tahu lagi apa aku nak cari kali ni.

cuti lagi,,,

cuti lagi...
budak sekolah tak faham kot, sebab kat sini sekarang era budak2 u yang diploma. hahaha...

gurau je. tapi betul lah, cuti lagi... macam biasa, bila cuti aku cari cara nak cari duit je. macam mana ni, cuti sekejap je. nak kerja pun susah. nak travel lah...?

ehm memula untuk cuti ni aku fikir nak belajar drive. dah daftar, dah buat lesen L pon. tiba2 rasa macam tak nak pergi plak. aish... tak tetap hati.

sekarang aku cuma fikir macam mana nak dapat duit. nak banyakkan duit. nak buat apa? mimpi nak beli kamera sendiri, yang penting waterproof. sebab aku tak suka gadjet yang suka rosak sesuka hati. rosak sebab kena air? susah nya hati aku nak terima. er... aku ada cakap ngan mak, nak kumpul duit beli kamera yang aku suka, mak tanya aku balik. duit JPA dah habis dah ke? oh mak...

aku jawap sikit je, "tak nak lah beli guna duit JPA...". motif aku jawap macam tu? sebab memang tak nak beli guna duit jpa lah kot. kalau aku guna duit jpa macam tu memang boleh aku beli kamera hatta yang aku paling nak sekalipon. tapi rasanya tu cuma akan buat aku hilang KAWALAN DIRI. aku rasa benda ni penting jugak, jadi aku tak nak manjakan diri sangat dan guna apa yang ada untuk dapat apa yang aku nak. lagipun mind-setting aku, barang senang dapat susah nak hargai. lagipun aku kena belajar untuk usaha sikit nak dapat pape. kalau dah aku malas sangat nak usaha - macam sekarang dan bile2, aku tak patut dapatlah. tapi macam2 mana pun aku rasa ini untuk sesetengah benda yang tak sepenting hidup dan mati je. ada setengah benda aku dapatkan jugak guna apa yang aku ada. huhh... mencabar betul hidup nak pegang prinsip.

macam2 terfikir, dapat idea dan macam2 lagi. tapi aku blur part nak buat tu. nampaknya aku tak cukup ilmu dan memang kena ada pembimbing kot. tak pe lah buat masa ni nak tak nak kena lupa dulu lah niat nak cari duit tu...

sekarang aku maen sudoku je lah. aku tahu sekarang orang dah tak main benda ni, sebab benda ni diorang main mase sekolah dulu je kot. nak buat macam mana, mase sekolah aku tak sampai hati nak spend masa kat benda2 yang nampak macam addicting ni. computer game pon aku tak main sangat - even aku rasa macam best gila. boring sudoku - sebab aku beli yang senang punya - aku beralih kat buku. tapi bukan akademik sangat lah. nak kata novel tak jugak... buku citer, hahaha. ada gak buku skrip teater shakespeare - sebab baru ni aku macam dapat seru nak bace plays yang dia buat. stakat ni aku baru bace Macbeth, Hamlet, Othello, The Comedy of Errors. baru nak masuk yang ke4 ni, Julius Caesar. aku tak rasa akan baca semua play yang dia buat sebab memang banyak gila, dan rasanya nanti aku akan boring sebelum sempat khatamkan semua play dia. jadi aku tak aim untuk baca semuanya. cukup setakat yang aku sempat baca selagi aku belum bosan...

nak keluar, nak keluar. tapi tak tahu nak pergi mana... ada tempat nak pergi, aku yang tak nak. 

Thursday, April 28, 2011

kawan

masa itu dia sangat 'messed up'. mungkin dia sangat  keliru, dan rasa sangat teruk. lalu dia pergi masjid, harap akan ada orang tolong leraikan kusut dalam kepala. malangnya tak ada orang kat situ. mungkin ini situasi dia masa tu. aku agak, lah. sebab...

...kawan tu cakap mase kuliah (bkn betul2 kat ak, tp kat sape2 yg ad mse tu) :
"there's one moment, when i was feeling so bad, i went to a mosque... but there's no one".
dan dia tanya kenapa macam itu.

aku sentap. tapi maaf, kawan. sebab masa itu aku tak jawap soalan tu. sebab masa tu aku pun stunned. aku tak pernah terfikir pasal tu. papepun, terima kasih kawan, sebab tanya pasal tu.

(sblm bace kene bace doa senang faham dlu;
ALLAHUMMAFTAH 'ALAINA HIKMATAKA WANSYUR 'ALAINA MIN KHAZAA INI RAHMATIKA YAA ARHAMARRAHIMIN). sebab aku takut ayat aku buat kawan2 konfius... :-B

sebab lepas tu aku cuba cari jawapan. nak cari yang betul2 sahih sebab kenapa Allah tak tetapkan kat masjid mesti ada orang untuk bantu orang yang ada masalah (exactly), Wallahu A'lam. tapi tiba-tiba aku tersedar, ini macam...

...Paderi? kawan maksudkan orang macam paderi ke? sebab Imam kita (org Islam), memang takkan setiap masa ada kat masjid meski hampir sentiasa kat majid. ada beza 'setiap masa' dan 'hampir sentiasa' ya, kawan. setiap masa tu macam paderi lah, seluruh hidup dia kat gereja - sebab tulah diorang tak boleh berkeluarga. hampir sentiasa tu macam Imam2 lah... selalu kat masjid tapi ada masa2 yang diorang balik rumah jugak. jadi takkan ada insan yang akan sentiasa 24jam tunggu di masjid untuk bolehkan orang buat 'confession' macam yang orang2 agama lain buat kat paderi diorang. dalam Islam, tak ada perkara macam ini, kawan. dan itu, sebab ini cara Islam.

Cara Islam yang aku cerita ini, kawan... takkan sama dengan cara agama lain. untuk manusia datang dan mengaku kesalahan pada orang2 tertentu a.k.a 'terpilih', itu tak termasuk dalam cara Islam. sekali lagi aku bagitau, kawan... itu cara agama lain. paderi, sami, mungkin... tapi bukan dalam Islam. mungkin betul kawan cakap, macam mana org nak pergi masjid kalau kat masjid pun tak ada apa-apa? @ tak ada siapa2? mungkin betul, tapi aku cuma rase itu mungkin betul mase fikiran aku masih di tahap terhad. limited. sebab bila aku cuba jauhkan sikit pemikiran aku, jawapan lain datang... jawapan-jawapan lain, datang. dan terus datang. tiba-tiba banyak pulak jawapan yang aku dapat, Alhamdulillah. macam-macam mana pun, jawapan2 tu cuma jawapan yang boleh diterima dari segi logik akal (memandangkan kawan yang tanya ini sangat b'pegang pd logik akal), dan jawapan sebenar dari Allah, WALLAHU A'LAM. ketidakwujudan orang2 tertentu macam paderi tu dalam Islam, ada sebab, kawan...

cuba fikir... kalau di masjid ada insan terpilih yang akan sentiasa ada untuk membolehkan orang Islam datang dan mengadu macam2, atau mengaku salah, atau apa-apa pun yang kawan terfikir, ... apa akan jadi pada hubungan manusia dengan Allah? apa akan jadi pada hakikat manusia sepatutnya bergantung pada Allah je? apa akan jadi pada hakikat hubungan manusia dengan Allah tak ada pengantara? Hakikat hubungan manusia dengan Allah tu direct, kawan... tak perlu ada pengantara. manusia nak minta apa pun kat Allah, TAK BOLEH ada pengantara, kawan. meski antara Allah dengan manusia selalunya ada pengantara, tapi tu hak Allah je. Allah boleh bagi manusia hidayah atau hadiah melalui apa-apa pengantara. tapi manusia tak boleh minta apa-apa dari Allah melainkan secara terus.
sebab kalau manusia guna pengantara, dia mungkin akan letak pergantungan dia lebih kat pengantara tu, bukan kat Allah. tak percaya? terpulanglah... memang senang cakap "tak semua orang macam tu", tapi kebanyakannya macam tu. kalau manusia bukan macam tu, patutnya tak adalah isu2 syirik semua tu.

Hubungan dengan Allah. hubungan antara manusia dengan manusia pulak. kalau ada perkara macam yang kawan harapkan tu, maka diskriminasi akan lebih teruk lah. kalau sedar,lah... sekarang pun dah nampak diskriminasi. orang yang cuba nak jadikan Islam tu cara hidup, kita mula panggil dia ustaz. kadang2 aku ada rasa macam panggilan tu sebenarnye EJEKAN. naluri manusia aku kata macam tu. boleh kata fikiran aku dah cukup matang untuk bezakan mana ejek, mane puji, mane sindir, mane perli, dan macam-macam lagi. jadi cukuplah memperbodohkan diri... emh, sbenarnya point aku kat sini tadi, kalau ada orang macam yang kawan cakap tadi, aku takut orang tu didewa2kan pulak. padahal dalam Islam, manusia semua sama. bukannya bila ada gelaran tertentu, taraf dia automatik jadi lagi tinggi. yang tentukan taraf manusia kat sisi Allah cuma IMAN. bukan gelaran dan pangkat - pendeta ke, ape ke tu. kalau gelaran mulia sekalipun, kalau dia buat dosa macam orang yang tak mulia, die kene hitung sama je macam yang lain yang tak ada gelaran tu.

setakat ini aku harap kawan boleh pertimbangkan semua ini, jawapan soalan2 kawan tu.

sebenarnya aku stunned sebab kawan boleh terfikir untuk pergi masjid bila runsing tu. tu sebab nye... cuma bila sampai masjid, benda tak macam yang kawan bayangkan. kalau, lah... kalau lah, kan... kalau lepas ini kawan betul2 runsing dan terfikir tuk pergi masjid lagi, pergi lah. pergi la tapi jangan harapkan apa-apa, jangan harapkan keadaan akan jadi macam dalam tv - nanti akan ada org utk nasihat kita. sebab cerita2 tu even portray real life, takkan 100% sama, kawan. dan apa yang tak ada dalam tv tu, org tv tak mampu buat. Scene dalam hidup sebenar ini sume Allah yang buat, sebab tu banyak yang manusia tak dapat explore dengan logik akal yang cetek ni. bila kawan pergi masjid untuk lari dari runsing2 atas dunia ni, tak payah susah2 cari orang ntuk luahkan. tak perlulah. duduk diam2 dalam masjid tu dan mengadu kat Allah, ape jadi lepas tu biar lah Allah tetapkan. apa2 pun jadi lepastu, memang tu lah yang terbaik untuk kita, kawan...

ni macam peleraian yang simple sangat, tapi tu jelah yang aku boleh bagitau kawan... sebab yang lebih2 tu, tak dapat cerita dengan kata2. dia akan jadi lagi indah kalau kawan pergi dan jumpa sendiri... dan aku kata JUMPA, jangan gantikan dengan 'cari'...

*Wallahu 'Alam = Allah yang lagi tahu.

Thursday, April 7, 2011

marah

ok... salah satu sebab yang buat aku jadi macam tu. sebab marah. name glamour nye anger. kenal tak?

kawal marah sangat susah. sebab tu jangan marah bila marah. jangan sampai kalah dengan marah. sebab padah marah tu parah...

ada kawan yang bagi aku baik sebab sanggup bagitahu. bahawasanya aku sangat annoying bila aku marah. jadi terima kasih sangat2 kat dia, aku sedar sikit. dulu memang aku tahu marah aku sangat gila, gila menyakitkan hati. cuma sekarang aku dah tak berapa nak sedar sebab masuk sini, aku dah kurangkan marah. cuma mungkin baru ni aku mula marah macam tu lagi. sebab tu aku rase semua yang aku rasa sekarang ni. mungkin sebab diorang dah terkena tempias marah tu. ah... maaf, sangat lah kawan. aku patut tahu, apa-apa masalah yang buat aku marah, bukan masalah korang. takde kena mengena dengan korang. aku patut tahu masalah aku cuma masalah aku, tapi aku lupa. sebab aku lupa hakikat kawan yang sebenar dalam zaman ni. kawan yang macam dalam fairytale tu dah takde zaman sekarang... aku patut sedar tu. takpe lah. eh... maaf, eh. no offense. tak nak lah debatkan perkara ni, jom kita terima je seadanya. bukan salah kawan bila hal jadi macam ni, tapi salah aku sebab masih belum betul2 masukkan diri dalam situasi macam ni. nampaknya aku kena usaha lebih sikit lah. untuk faham semua ni.

oh... dengar macam negatif. tapi janganlah anggap negatif sebab kalau pun dunia dah memang macam tu... hidup tetap berjalan. dan tetap hidup atas dunia. jadi biarlah dunia berkitar dengan cara ia sendiri. kita lah yang kena bawak dan pandu hidup kita ni, samada mampu cope atau tak. kalau tak, takde sape yang rugi selain diri sendiri. kalau dapat cope, takkan ade yang lebih untung dari diri kita sendiri. jadi nak tak nak, kita kena suaikan hidup dengan dunia ni dan caranya.

jadi yang penting sekarang kita mesti kawal marah. lagipun, pernah dengar tak? orang yang kuat tu bukan nya orang yang menang berlawan, tapi orang yang menang kawal marah. kenapa sampai macam tu? sebab marah tu sangat teruk... syaitan pun senang masuk bila kita dikawal marah. aku pun mesti tangani ni, dan InsyaAllah korang tak rugi kalau korang pun mula cuba kawal marah...

Wednesday, April 6, 2011

jom tengok balik...

kenapa kita memblog? sebab apa ya...
sebab nak menulis. lama-lama baru aku sedar, memblog tak seseronok menulis diari. patutlah...
lepas baca satu research tu, rupa-rupanya bila kita menulis dengan tangan, ada hormon tertentu yang akan membuahkan lebih banyak idea, berbeza dengan cuma menaip sebab kita hanya menekan-nekan keyboard papan kekunci. patutlah...

patutlah bila buat assignment selalu kering idea. patutlah bila rasa nak tulis sesuatu, kalau on blog untuk update, sangkut tiba-tiba. sebab ni rupanya. disebabkan menaip, jadi minda tak begitu terangsang untuk berfikir dan keluarkan idea-idea yang sepatutnya.

apakah maksudnya aku akan berhenti berblog? tah... tak kot. cume aku takkan paksa2 diri update blog lagi. aku harap untuk masa terdekat ni aku akan kontemplasi lagi pasal penulisan-penulisan aku. supaya aku tak tulis perkara yang sia-sia...lagi.

tak mahu sia-sia...

mungkin tak faham...

tulis dari hati... kalau tak, tulisan itu sia-sia.
itu sangat mendalam.

ok? hari ini, dan sebelumnya aku agak runsing. pening macam kepala pusing. keliru.

keliru aku dengan mereka. kadang-kadang aku tak sedar dan tiba-tiba mereka 'hilang'.
kadang-kadang aku berkata dan tiba-tiba mereka menyita. kadang-kadang aku tenang dan tiba-tiba mereka mahu perang. kadang-kadang aku pun tak tahu.

bila aku risau mereka tak pernah ada. bila aku ngeri mereka tak peduli. jadi mengapa bila aku bahagia?

bila-bila aku terfikir. aku mengintai dunia dari ruang yang terpinggir. mungkin lebih baik berhijrah dan bermusafir. merentas dunia dan jauh dari hampir. seberang sungai yang mengalir. meneliti kesesatan orang-orang kafir. mengingatkan diri yang tersingkir.

aku jatuh tersadung. berhujan tanpa payung.

ah...mungkin semua itu cuma perasaan. kenapa perasaan memberontak? tak tahu... oh, mungkin.
baguslah. bagus... hati kamu jangan biarkan jadi pemberontak, meski semua di sekeliling kamu baling bom pada kamu. kalau kamu rasa mereka semacam, selagi mereka tak beritahu apa salah kamu. kamu fikir sendiri dan jika kamu masih tak dapat detect, biarkan sajalah. mereka rasa kamu salah dan tidak pula mereka tegur salah kamu. kenapa? buat kamu rasa kamu salah tapi kamu tak tahu kenapa. tiba-tiba saja menghukum dan balingkan bom kepada kamu. sudahlah... tak perlu risaukan sangat kot. bom itu mereka baling, tapi belum tentu mengena kamu. bom itu menuju ke kamu tapi belum tentu ia meletup. kalaupun bom itu meletup kamu, belum tentu kamu hidup atau mati. cuba lah hadapi dengan berani. kalau mampu, tanyakan untuk apa bom itu dibaling ke kamu. kalau perlu cuba ambil dan 'pulangkan' semula bom itu ke mereka.

aku pun kadang-kadang letih dengan kerenah mereka...

Monday, April 4, 2011

feedback

untuk perkhemahan kesatria negara II?
hari tu tak sempat lah  komander, mase tulis tu sikit sangat tak sempat nak fikir.
tapi kalau serius nak tau...

aku letak sikit feedback lah eh. tapi ni personally lah... orang laen mebi rase laen.

bende baru yang aku dapat:
teknik abseiling - even tak sempat pratikal, tak kesah la sebab aku tau care die skarang.
bace peta n kompas - lagi2 kompas la...ni kompas moden ah, bukan kompas org dulu2 yang simple tu...
kenal sket2 attitude member2 puncak alam - whoa...no komen, bia aku dengan impresi sendiri.
kenal lebih sikit budak2 puncak alam - ikhlas ni dowh...mase jambori dulu bape org je, mase refreshment ngan dinner tak sempat nak kenal2.
mule reti hargai air minum - haus sangat tak sempat minum mase latihan, so skarang bile minum air je aku rase nikmat gile!

baru paham nape orang penat slalu kate "tak larat" - ni mase kitorang mandi kolam awam hutan lipur tu. bola tercampak kat sungai luar tembok kolam tu. aku turun sebelah sane untuk amek bola kat sungai tepi kolam tu. tengah2 antare sungai dengan kolam tu ade lak tembok tinggi gak. nak terjun pergi belah sane memang senang, tapi nak panjat naik balik... sampai ade rase nak giveup sbb dengan ketinggian atas paras kepala, aku kena push lebih sikit untuk panjat. tapi mase tu tak boleh nak push sebab penat gile... member2 tak tolong sebab diorang ingat aku boleh handle. masalah nye mase tu aku PENAT GILE dowh... tapi Allah bagi aku sikit lagi tenaga, cukup2 tuk aku panjat tembok antare kolam n sungai tu. dapat2 naik atas tembok tu, dah habis tenaga, tak boleh nak turun pelan2 dalam kolam... aku jatuhkan je badan dalam kolam tu. wa...puas gile sebab success!

yang tak bape nak sonok tu...
flying fox punye kabel putus jadi semua tak dapat buat. tapi takpe lah... takde rezki namenye. kalau aku dapat buat lagi kang, takut jadi pro sangat sebab asyik dapat buat je kan...
river crossing pon tak buat, mebi sebab tak cukup mase. emh...

lagi...dah tak bape nak ingat. tunggu eh, len kali kalau ade lagi aku edit kat sini. stakat ni, ni lah... kat sini korang bace bende2 yang positif je sebab aku malas lah nak tuils yang negatif. bukan takut komander2 tu terbace... bahkan aku rase macam tak mungkin diorang lalu sini dan bace blog ni kalau aku kutuk2 pon. cume tu etika sendiri la... kalau aku tulis kutuk2 diorang pon, pe faedah kat korang? ape lak faedah kat aku?

yang positif banyak faedah jadi aku tak kesah la nak tulis bende2 tu. faedah kat semua... sedar tak sedar, there must be something...