Wednesday, April 6, 2011

jom tengok balik...

kenapa kita memblog? sebab apa ya...
sebab nak menulis. lama-lama baru aku sedar, memblog tak seseronok menulis diari. patutlah...
lepas baca satu research tu, rupa-rupanya bila kita menulis dengan tangan, ada hormon tertentu yang akan membuahkan lebih banyak idea, berbeza dengan cuma menaip sebab kita hanya menekan-nekan keyboard papan kekunci. patutlah...

patutlah bila buat assignment selalu kering idea. patutlah bila rasa nak tulis sesuatu, kalau on blog untuk update, sangkut tiba-tiba. sebab ni rupanya. disebabkan menaip, jadi minda tak begitu terangsang untuk berfikir dan keluarkan idea-idea yang sepatutnya.

apakah maksudnya aku akan berhenti berblog? tah... tak kot. cume aku takkan paksa2 diri update blog lagi. aku harap untuk masa terdekat ni aku akan kontemplasi lagi pasal penulisan-penulisan aku. supaya aku tak tulis perkara yang sia-sia...lagi.

tak mahu sia-sia...

2 comments: