Monday, February 20, 2012

karma


"kalau kau nak orang respect kau, kau kena respect orang lain".

aku tahu itu, dan aku faham sangat. kalau aku nak orang turun masa aku buat refreshment, aku kena turun masa esman buat riadah juga. dan kamu kata ini cuma sebab aku tak turun waktu riadah yang aku sepatutnya turun petang itu, jumaat lepas. aku tahu.

aku kata maaf sebab aku tak turun yang itu. bukan sebab aku tak respect esman, atau kau atau siapa-siapa. aku cuma tak suka dekat dengan 'dia' yang dalam diam kata aku tak patut ada dalam kalangan kamu. aku tak turun masa kamu buat persiapan untuk camping, yakni masa aktiviti kompeni petang jumaat itu, kali itu, sebab 'dia' ada dan aku tak nak 'dia' terus menganjing kewujudan aku dan buat aku patah hati 100% dengan kamu. macam-macam mana pun aku sangat berterima kasih pada esman sebab tak balas dendam sebab aku tak turun petang itu, dan tetap turun malam itu untuk refreshment yang aku buat.

aku turun aktiviti kompeni selama ini bukan sebab nak kamu turun refreshment yang aku buat pun. satu yang aku harap kamu faham... bila aku turun aktiviti kompeni, cuma sebab aku masih boleh tahan dengan apa yang aku expect untuk masa itu. dan bila aku turun awal, cuma sebab aku ada hati dan semangat nak turun. dan kalau aku tak turun, itu sebab aku tahu ada sesuatu yang diri aku tak akan tahan. maaf juga untuk ini. untuk sesuatu yang aku tak boleh tahan. baik datang dari kamu atau dari 'dia' atau dari sesiapa juga, ada masanya ada perkara yang aku tak mampu tahan. macam yang aku kata, aku tak kisah kalau kamu pukul aku, tepuk tampar aku, cubit aku, jentik aku, aku betul-betul tak kisah. tapi yang aku kisah bila kamu toreh hati aku, dengan sekecil-kecil pisau lisan, dengan seremeh-remeh hal perkataan, lagi-lagi yang melibatkan kompeni.

maaf sebab hal jadi macam ini... mungkin kalau aku tak peduli pasal kompeni, hal-hal macam ini tak payah jadi kot. mungkin benda akan jadi sesimple yang mungkin. tapi maaflah... sebab aku sayang kompeni. maaf sebab aku sayang kompeni, maka aku jadi macam ini.

No comments:

Post a Comment