pahit memang pahit. tapi yang pahit itu yang sangat manis untuk aku. dan itu yang aku tunggu dari kamu...
macam yang aku pernah kata tapi mungkin kamu tak percaya... aku lebih senang kamu katakan sepahit-pahit realiti ke aku, berbanding jika kamu berdiam diri kerana tak mahu aku kecil hati.
HARI INI SANGAT INDAH... dan ini tiada makna tersirat, melainkan yang tersurat. dan kalau kamu tahu... setiap hari aku belek halaman kamu-kamu, mencari kejujuran kamu perihal aku. cuma hari ini baru aku jumpa...
jadi... Terima Kasih (juga cuma yang tersurat) sangat-sangat, kawan. aku sayang kamu. dan bila aku baca entri Pesanan kamu, aku jadi tambah sayang pada kamu-kamu.
aku tak kisah kalau kamu tak sayang aku... kata lah aku syok sendiri, juga aku tak kisah. tapi boleh aku terus anggap yang kamu pedulikan aku? sebab kamu masih jenguk aku di sini. dan boleh kamu biar aku terus sayang kamu?
kalau jawapan kamu "tak boleh", maaf... sebab aku tak boleh akur. sebab fikiran aku dah set, yang aku sayang kamu. dan biar lah kalau kamu benci aku pun...
* * * * * * * *
selain sebab kamu... satu lagi yang buat hari aku hari ini indah adalah refreshment. tapi lepas tolak hal muka terbakar lah... meski hari ini banyak hal yang jadi, banyak kepenatan, banyak kelenguhan, dan banyak juga ketidakcukupan nafas... tapi di hujung refreshment, aku puas. mungkin sebab benarnya kata-kata penghujung bagi penyeksaan itulah keindahan. dan mungkin sebab aku stay dalam penyeksaan refreshment ini, aku peroleh apa yang ada di hujungnya. aku pun tak tahu dari mana datangnya rasa seronok itu, yang pasti ia hadir.
Finally bila balik, penantian aku selama ini berakhir pula. aku dapat pula apa yang aku dah lama harapkan dari kamu-kamu. biar lah kalaupun ayat kamu berbaur kemarahan, aku juga tidak kisah. marah lah aku, keluarkan apa saja yang kamu simpan. itu kelegaan bagi aku. aku pernah cuba pancing kejujuran dari salah seorang dari kamu, cuma hasilnya tak cukup memuaskan. tak cukup tajam untuk aku. sebab pada jawapan itu masih ada unsur-unsur menjaga hati. bila kata pasal tajam, aku tak harap kamu sindir aku. cuma teguran-teguran yang dilakukan secara terus, tanpa kiasan. sebab dengan kiasan, aku kadangkala tertafsir juga perkara-perkara sampingan. kadangkala tafsiran itu lari dari makna asal. jadi semuanya carca-marba. sebab aku bukan pentafsir yang baik.
dan kamu jangan risau, meski aku tak sentuh isi-isi pesanan kamu, the points taken. cuma tak perlu aku ulas di sini, sebab niat aku mahu kamu jujur memang bukan untuk membidas. tapi untuk jumpakan khilaf-khilaf yang aku tak akan sedar dengan sendiri, yang mana kalau aku sedar pun aku tak pasti sebab aku tafsirkan hal-hal sampingan yang entah apa-apa juga. cuma dengan bantuan kamu-kamu lah, baru aku boleh jumpakan semua itu. tapi cuma bila kamu luahkan dengan kemarahan, baru kamu keluarkan yang sebenar-benarnya. dan entri-entri aku yang mungkin buat kamu marah...
apa-apa pun, aku tak tahu apa akan terjadi esok. aku tak jangka. mungkin masih... kamu dengan hidup kamu dan aku dengan hidup aku. itu pun aku tak kisah. sebab hari ini aku dapat beberapa 'sesuatu' untuk hidup aku. kalaupun esok nak jadi hari paling hell @ damn dalam hidup aku, biarlah ia jadi cerita esok. sebab untuk hari ini, syukur...
No comments:
Post a Comment