Friday, November 30, 2012

Masih.

LOADING...

Salam semua.

Next Chapter masih loading dan akan terus loading sampai tarikh KPT - Kementerian Pengajian Tinggi keluarkan status permohonan untuk program ijazah sarjana muda sesi 2012/2013. Maaf la aku pun memang tengah tak tahu apa akan jadi...

tapi sedar tak sedar, aku sebenarnya memang dah masuk Next Chapter pun. cuma ini mungkin akan jadi chapter yang pendek, sebab terselit tengah-tengah, antara chapter-chapter besar. lagi pun aku tak berapa ada perancangan untuk masa-masa macam ni. selalunya bila hadapi situasi ni, aku tend to go for something unplanned. dan perkara ni goes on and on.

-kenapa? cuti ni panjang kot...

simply put, aku malas nak fikir. benda-benda yang tak plan, aku tak payah fikir... betul. mungkin sebab aku jenis yang I want it all, or I dont want it at all. sebab masa yang singkat macam ni, tak cukup untuk aku isi dengan plan-plan aku yang selalunya serius dan series. plan yang serius? yang biasanya aku buat dengan motif-motif tertentu dan kalau dah susah payah fikir, aku nak pastikan benda tu jadi. maka sebab itu, aku akan push sampai jadi. aku tak suka even fikir pun, pasal benda yang aku tahu aku tak sungguh-sungguh. sebab bila aku tak sungguh-sungguh, bila-bila je aku akan berhenti. sedangkan bila aku betul-betul nak buat, memang akan datang banyak halangan, tu aku tahu sangat. kalau aku tak sungguh-sungguh, susah-susah je la aku pening pale kerah idea-idea dari pemikiran kreatif dan kritis aku cari jalan selesaikan sebarang masalah atau kemungkinan yang timbul sepanjang jalan usaha aku. (penat kepala pike tapi kecundang kat part pelaksanaan). lagi satu, sedih sebenarnya bila aku buat plan lepas tu tak jadi... sakit sikit. jadi sebab tu kot aku pilih untuk tak plan. sebab plan aku buat selalunya makan masa, baik aku buat things unplanned.

tapi sekarang... adakah menyesal?

entah la... aku ada rasa macam benda-benda yang aku buat sepanjang masa ni sikit sangat. sedangkan tu baru 1/3 cuti aku. macam mana dengan 2/3 lagi? akan buat benda sama terus ke? hooo...

tak pelah. buat masa ni, tak apa. kalau sampai aku tak tahan nanti, pandai-pandai lah aku bawak diri pegi mana-mana.

pasal kerja? takut sebenarnya. setakat ni aku ada apply, tapi aku tak tahu aku harap apa sebenarnya. sikit harap aku dapat kerja tu, biar tak bosan cuti, lagipun boleh dapat duit siapa tak nak. kumpul duit banyak-banyak, aku boleh pergi... (hehehe... aku memang nak pergi situ). tapi masalah gak kalau dapat, sebab akiviti harian yang aku dah biasa buat sekarang ni akan terganggu lah. memang lah aktiviti harian tu tak bagi aku duit pun, tapi aku masih ada kebebasan berfikir dan ruang masa yang lapang untuk improve daya tahan aku. tak dapat bayangkan kalau aku dapat kerja tu dan masuk ofis setiap hari pagi sampai petang, balik-balik rumah tidur. apa? 5 daripada 7 hari dalam seminggu aku akan di spend macam tu? oh my...

tu apa yang aku takut sebenarnya. tapi hakikatnya, banyak je benda baru aku boleh belajar masa kat ofis tu kot. banyak benda hidup aku boleh kenal kat ofis tu. untung-untung pasal 5 hari yang aku takut sangat jadi bayang tu, aku pandai pulak hargai 2 hari yang tinggal sisa tu. apa masalah? apa-apa pun tengok keadaan lah... ada masa aku sendiri fikir aku nak kerja dan tinggalkan je ijazah sarjana muda a.k.a degree. peluang tak mati masa ni je, kalau aku kerja terus pun aku boleh sambung belajar lain kali.

isk... sebenarnya aku sangat tak suka bila aku jadi macam ni. ambil mudah semua benda. ni lah yang jadi bila aku tak plan. bila aku tak plan sama ada aku nak sambung degree atau nak kerja. bila aku tak plan kerja apa aku nak masuk. bila aku tak plan apa nak buat 3 bulan dari sekarang, apa nak jadi nanti. sebab bila aku tak plan, aku tak ada target. bila aku tak ada target, aku tak ada usaha. bila aku tak ada usaha, aku nothing. aku tak tahu la orang lain, mungkin ada yang rasa kerja je la sekarang, apa nak jadi nanti tengok keadaan lah. nak sambung belajar ke tak nak, nanti lah fikir. tak semestinya kerja sekarang memang dah tak akan sambung belajar. betul apa yang korang fikir tu, cuma aku yang penakut ni takut sangat hati aku tak tetap. sebab aku tahu hati aku memang tak tetap. sebelum masuk diploma dulu pun aku ada mask kerja, entah macam mana masa tu boleh pulak rase macam kalau terus macam tu pon ok je hidup, asalkan hepi. naif sungguh aku...

Sunday, November 25, 2012

Next Chapter.

LOADING...

haha. Salam alaik.

lama jugak aku tinggal blog ni, macam banyak benda nak setel these few days. tapi Alhamdulillah setel dah sikit. sekarang aku tengah cuba sesuatu, tapi hasil tak jelas lagi... mungkin positif mungkin negatif, tapi tak kisah lah. Tawakkaltu ala Allah.

jadi buat masa ni, sambil-sambil tunggu, aku pergi main bola tampar kat Puncak Perdana. Saka betul aku nak tinggalkan tempat tu, kan? hahah... susah nak tinggalkan tempat tu selagi ada geng-geng bola tampar tu. mungkin bila diorang pun dah habis belajar, aku pun dah ada komitmen lain, mungkin aku akan berhenti... benti pegi PP jela, tak tahu lagi akan benti maen bola tampar ke tak - macam aku benti maen bola jaring, dan mungkin macam benti maen tae kwon do. tapi sebenarnya aku tak lah benti pun tae kwon do tu, cuma dah tak ada can nak sambung. kelas kat PP pun dah tak buat sebab tak ada orang... kena pegi Puncak Alam kalau nak ikut kelas TKD, naa!

biar jelah, dengan aku pun agak-agak malas nak pegi PA, aku pun dah tawar hati gak ni nak maen Tae Kwon Do buat mase ni... tak pasti sebab apa, mungkin sebab 'rasa' dah tak sama dengan masa zaman sekolah menengah dulu. masa tu 'rasa' maen Tae Kwon Do tu laen, masuk sampai dalam-dalam-dalam hati. nak pegi latihan pun semangat, ada penyuntik. nak ajak kawan pegi latihan pun ada sebab kukuh. nak ajak budak-budak masuk kelab pun ada motif. jadi untuk teruskan tu, susah macam mana pun, aku tak nak benti sebab ada misi dan visi. wahhaaa... ayat?

tu lah. beza. apa yang beza sebenarnya? can't tell. benda tu benda 'rasa', benda hati. hahaha aku pun pandai cakap pasal hati pe... kau ingat?

um... mungkin beza tu sendiri timbul sebab Cikgu Rosli - Cikgu Tae Kwon Do GTF kat Sungai Besar (otomatik kelab-kelab TKD sekolah kat kawasan tu beliau yg pegang). dan fyi, sekolah aku masa PMR dan SPM, dua-dua kat Sungai Besar walaupun sekolahnya laen-laen (kat sini ade sekolah-sekolah aku). kenapa dengan Cikgu Rosli? nanti aku citer...

*tadi aku terbace balik entri-entri yang awal-awal, mase aku mula buat blog. yang terlintas kat aku adalah yang demikian :
     - "hahaha!"
     - "bongok..."
     - "Ya Allah... aku ke yg tulis ni?"
     - "nasib baik Allah bagi aku hidayah nak tulis benda-benda ni, kalau tak takde yg igtkan aku pasal ni"
     - "kalau la dulu aku tak tulis benda ni, dah tak ingat psl ni..."

Sunday, November 11, 2012

end of chapter.

this is another chapter of my life.

Chapter : Diploma.

Sekitar Jun 2010 - November 2012 (sepanjang pengajian diploma aku). Bertempat di UiTM Kampus Puncak Perdana, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (sekarang Fakulti Filem, Teater & Animasi).

Dalam bab ni, ada beberapa topik yang melibatkan perkara-perkara yang jadi dalam hidup sepanjang aku menuntut untuk diploma. Antaranya...

i) UiTM Kampus Puncak Perdana
   - MDS Jun-Nov 2010 (orientasi budak-budak baru masuk UiTM)
   - Tae Kwon Do
   - Bola Tampar
   - Bola Jaring
   - Bola Keranjang
   - Boling   - Petanque
   - Galah Panjang
   - Baling Selipar
   - Larian
   - Overnight
   - Isu-isu Komander dengan JPK (haha!)

ii) Fakulti Filem, Teater & Animasi
   - Induksi (orientasi budak-budak baru masuk Fakulti TeKA @ FiTA)
   - Semester 1
   - Semester 2
   - Semester 3
   - Semester 4
   - Semester 5
   - Pelajaran (ilmu yang dapat secara langsung atau tak langsung, dari fakulti ini)
   - Persembahan (menonton, membuat, dll)
   - Peperiksaan
   - Keputusan Peperiksaan
   - Pensyarah-pensyarah
   - Kenalan-kenalan dalam  fakulti
   - Sukan Antara Fakulti 2010
   - Sukan Antara Fakulti 2011

iii) Komander Kesatria
   - LIBK 2010 (UiTM Puncak Alam)
   - Jambori Komander 6/2010 (UiTM Kedah)
   - KKEC 2011 (UiTM Perlis)
   - LIBK 2011 (UiTM Melaka)
   - Jambori Komander 7/2011 (UiTM Negeri Sembilan)
   - KKEC 2012 (UiTM Pulau Pinang)
   - Kawad 24 Jam (UiTM Perlis)
   - Kawad Kemerdekaan (Dataran Merdeka)
   - Jambori Komander 8/2012 (UiTM Kelantan)
   - Kawan-kawan Komander kampus Puncak Perdana & Puncak Alam
   - Kawan-kawan Komander kampus cawangan
   - Pelajaran (Ilmu-ilmu kawad, dan pengurusan semua benda samada secara professional ataupun personal)

iv) Peningkatan tambahan
   - JPA (penaja)
   - Lesen Memandu
   - Twitter (benda kecik je kot, hehee...)
   - Self-respect & self-confident (bukannya sebelum ni tak konfiden, tapi benda ni meningkat...)
   - Kemahiran dan penguasaan arah dan halatuju jalan (dah boleh lah nak jalan jauh-jauh sikit)

Ini cuma antaranya, pun dah banyak. Macam dah boleh buat novel ke drama ke filem ke ntah. Tapi semua inilah yang namanya pengalaman. Chapter-chapter sebelum ini, hidup zaman-zaman yang di belakang chapter ini, mungkin aku tak akan bangkitkan sepenuhnya pun sebab aku sendiri dah tak berapa nak ingat. Tapi tak apalah, yang lepas biarkan lepas. Yang ini ada.

Cuak tak cuak, tak lama lagi dah nak mula chapter baru. Yang itu aku masih belum pasti, meski aku dah rancang. sebab apa yang kita rancang tak semestinya menjadi. Jadi buat masa ini, aku cuma boleh kata aku mungkin akan masuk ke Chapter Ijazah ataupun kalau tak, mungkin Chapter Dewasa yang mana aku terus kerja. Wallahu A'lam.

Saturday, November 10, 2012

Value of Life 1.

A few unexpected moments worth more than a thousand expected hours.

Thursday, November 8, 2012

honestly

what is 'being honest' all about?

Sometimes it's just saying things the way it is. not a single word you should change, not a single thing you should put on cover.

Sometimes it's telling everything. there's no doubt, nothing to hide and nothing to keep from others.

Honestly, setakat ini.

Wednesday, November 7, 2012

...

Salam.

Lama sudah... maaf aku tak konsisten. hari ini baru aku menulis lagi, ini sesudah aku balik dari UiTM Machang, Kelantan untuk Jambori Siri-8, jambori tahun 2012 ini. 

Cerita jambori ini... kekecewaan. bukan atas kekalahan, tapi atas kesalahan. ada yang tak kena bila masing-masing macam pentingkan diri - dan ini termasuk aku sendiri. beza memang sangat rasa, bila masing-masing cuma fikir rasa sendiri. aku pun macam itu...

Kecewa ini... mungkin kah aku patut lihat juga sisi positifnya? macam tak ada yang positif di sebalik sifat pentingkan diri. macam tak ada... sebalik kekalahan memang adanya positif, tapi tidak di sebalik sifat pentingkan diri. itu kecewa terbesar aku...

Dan sekarang, lepas aku sia-siakan jambori terkhir aku ini... perlu selangkah ke hadapan dan fikir soal masa akan datang. jalan yang aku buka untuk masa depan aku terlalu sempit, risau mampukah aku tanggung akibatnya nanti? fikir-fikir... mungkin tak seburuk yang aku fikir... tapi masih, aku takut. mungkin sebab aku terlampau banyak masa terluang sampaikan sempat fikir benda-benda negatif. 

Ada masa aku fikir aku perlu shutdown, lupakan sementara soal masa depan dan buat sesuatu untuk isi masa lapang ni. Ada masa aku fikir aku terlampau bebas untuk buat keputusan sendiri, takut termakan diri sendiri. Ada masa aku fikir aku perlu seseorang untuk beritahu, apa yang aku tak patut buat... aku perlu sesuatu yang ingatkan aku supaya aku tak tersalah dan rosakkan diri sendiri. Meskipun ada masa kawan-kawan kata mereka jeles sebab aku mampu buat keputusan sendiri tanpa dipengaruhi sesiapa, tapi mereka tak tahu, takut mana aku.

Betul... kebebasan untuk rancang dan atur hidup sendiri, itu sesuatu yang patut aku syukuri. lepas rancang cuma serah dan tawakkal pada Allah. tapi kebebasan itu yang mengongkong aku. kebebasan itu yang ikat dan rantai aku. kebebasan itu yang kurung aku, dalam pemikiran yang cuma didasarkan atas kemahuan aku. aku tak lagi fikir kepentingan orang lain, tanggungjawab pada orang lain, semuanya atas aku. apa yang aku nak, apa yang aku suka, apa yang aku angankan, apa yang aku mampu, tetapi aku abaikan apa yang aku perlu. sebab apa yang aku perlu itu tidak buka pemikiran aku pada apa yang aku nak. 

Aku buat keputusan, tak tengok garisan dan batasan. aku tak tengok ke hadapan. aku cuma lihat apa yang aku mahu, dan berserah. aku fikir kalau aku tak capai apa yang aku mahu, tawakkal je dengan apa yang aku ada. tapi aku tak usaha sesungguhnya, aku tak usaha sehabisnya. silap yang aku buat masa jambori ini, aku buat juga masa tentukan masa depan aku. kerana aku terlalu bebas tentukan segalanya sendiri, aku jadi kabur. tak nampak garisan dan batasan.